RSS

Sunday, October 04, 2009

Kenangan Musim Panas di University of Pennsylvania, Philadelphia

Assalamualaikum!!!

Sekarang baru aku berpeluang tulis dengan tenang hati. Minggu ni tak payah tulis paper yang menganggu jiwa raga. Haha!

Ok untuk pengetahuan mereka yang tak tau lagi, aku sekarang sudah sambung belajar. Berenti keje sebab nak sambung belajar walaupun gaji hari tu dah kira sedap. Huhu~ Walaupun dah elok2 keje, aku tak rasa gembira sebab aku rasa aku bole buat lebih lagi dari tu. Jadi aku nekad untuk bergelar pelajar semula.

Bukan senang nak sambung belajar ni terutamanya masalah biasiswa. Aku nak belajar dalam bidang yang peliks..kalau nak sambung kat Malaysia, kena buat dengan ayah aku...tak nak la..jadi aku ambil keputusan utk cuba di luar. Dalam masa 5 tahun aku banyak 'berlegar-legar' di negara2 asia barat. Jadi untuk ijazah kedua ni, aku rasa nak cuba barat la.

Alhamdulillah aku dapat biasiswa akhirnya daripada pihak universiti sendiri dan daripada kerajaan Amrika. Memang tak sangka boleh dapat. Alhamdulillah...kalau tak susah gak aku nak bayar yuran yg mahal giler tu. Satu tahun 60 000 USD. Huh, giler mahal!!!!

Hmpir 5 tahun di Iran, pengalamnnya tentu berbeza dengan pengalamn di Amerika. Aku jadi takut bila aku fikir...bole ke aku hidup negara bkn Islam ni? Bole ke aku survive? Oleh sebab aku dapat biasiswa daripada kerajaan Amerika, aku ada program lain yang aku perlu ikuti. Sebelum pergi ke universiti sendiri, aku perlu ikut program pre-akademik selama 3 minggu di University of Pennsylvania di Philadephia.

Mereka yang menghadiri program ni adalah wakil dari negara-negara lain yang dapat biasiswa daripada US government (Fulbright Scholarship). Kawan bilik aku dari Rusia, namanya Natalia. Aku tanya dia ada tak peserta lain yang pakai tudung...dia kata takde...aku dah mula rasa gelabah. Macam mana penerimaan mereka terhdap aku yang nampak 'pelik' ni?

Mula-mula gelabah sbb fikir pasal tudung, kemudian pasal nak bergaul dgn 'duta-duta-'negara lain ni. Hai...bole masuk ke? Tak sangka pula mereka semua baik dengan aku. Memang terasa macam satu keluarga. Loving and caring to each other. Macam mana ye nak kata....Dorang ni budak2 pandai tapi otak pun sewel gak, Hahaha~ Mcm2 benda kelakar dorang buat. Memang best la. Rasa takut aku terhadap penerimaan mereka terhadap tudung pun terhapus sama skali. Benda sebaliknya pula yang terjadi!

Cuba bayangkan, mereka tertunggu2 setiap hari nak tengok apa baju yang aku pakai!!! Wakakakaka! Terasa macam stylo plak skjp. Dorang kata dorang suke tgk aku pakai tudung n padankan dgn baju yang sesuai. Setiap hari mesti la aku dapat pujian.. Bukan saja daripada perempuan tapi daripada lelaki gak. Laki2 yg cute plak tu. Huhuhuhu~ Aku harap penampilan aku ni dapat la jadi dakwah untuk mereka. Aku nak mereka ada perspektif baik terhadap Islam dan terutamanya wanita berhijab ni.

Pengalaman di University of Pennsylvania mmg tak bole dilupakan. Kitorang masih berhubung dengan sesama sendiri walaupun dah pergi ke universiti masing2. Aku harap sangat aku dpat jupe mereka lagi satu hari nanti. Pelajar2 asing kat universiti sendiri pun tak seramah dan tak se'best' dorang. Rindu plak..isk..isk..

Ok kat sini aku kepilkan beberapa gambar kenangan di UPenn.




Ni hari pertama aku sampai..kami g tengok perlawanan bola sepak. Baru berkenalan tapi semuanya mesra dan baik hati.



Kami, Fulbrighters amik gambar di depan bas setelah bermalam di rumah keluarga angkat masing2.



Kami sempat lagi bergambar semasa berjalan untuk menuju ke Muzium Kesenian Philadephia




Dalam tren bersama Natalia dari Turki dan Rebecca dari Ghana



Aku depan air pancut bersama-sama Thuli dari Swaziland dan Rebecca





Aku sempat bergambar di tangga semasa Jamuan Perpisahan di UPenn



Sempat berposing dgn Sal dari Cambodia. Dia sgt suka mengenakan aku tapi sgt baik hati. Dia yg bnyk tolong aku utk menyesuaikan diri di UPenn




Haa..ni memang idea Sal la ni..Sblh kanan adalah Joe dari Korea Selatan






Keluarga Fulbrighters UPenn 2009. I miss u all guys!


Ha...ni sempat lagi berposing kat dlm bilik..huhuhu..ok la jupe lagi dlm post lain insya Allah


Sebelum terlupa, aku nak update cerita 'Orang Kaya'. Dah lama dah...Huhu..Terima kasih kpd Sum yg selalu mengingatkan aku utk meng'update' blog ni.

Seperti biasa gambar muslimah bawah tu aku ambil dari blog orang lain..Bukan aku punye..Aku cakap awal2 ni. Ok. Terimalah 'Orang Kaya' Episod 3!


Orang Kaya
Episod 3 (OK 3)





"Kau ni biar betul Ina. Kau dah fikir masak-masak ke?" Farisya memandangku pelik selepas aku memberitahunya tentang rancanganku.


"Aku serius ok? Apa saja aku akan lakukan untuk pelajaran. Lagipun, ok apa idea aku ni? Bagus untuk semua pihak." Semalaman aku berfikir tentang rancanganku. Bukan saja fikir masak-masak, dah terlebih masak dah pun. Aku sudah mengambil keputusan untuk melaksanakan ideaku itu.


"Lantak kaulah, Ina. I hope you know what you are doing. So, apa langkah pertama kau?" Farisya yang pada mulanya nampak ragu-ragu kini kelihatan teruja.


"Eh, dia pula yang lebih-lebih! Ok. Langkah pertama aku dah buat semalam. Aku dah kumpulkan semua maklumat dalam sampul surat ni." Aku keluarkan sekeping sampul surat besar berwarna coklat dari beg sandang. Farisya membukanya dan membelek isinya satu persatu.


"Kau memang genius lah Ina," katanya sambil ketawa.


"Terima kasih. Langkah kedua, aku nak jumpa dia di kereta dia sendiri. Aku dah tanya budak-budak lain tentang kereta dia. Maklumlah orang glamour, senang je nak tau mana satu dia punya kereta."


"Aku rasa excited pulak Ina. Minah Bond versus Mat Capub. Hebat tu!" Farisya tersenyum lebar memandang wajahku.


"Excited saja tak cukup Sya. Kau kena temankan aku pergi ke tempat letak kereta."


"Oh, boleh je! Cakap je apa saja. Titah tuanku patik akan tunaikan." Sempat lagi Farisya bergurau. Kami bergerak ke arah tempat letak kereta. Melihat Satria merah itu, tiba-tiba saja jantungku berdegup kencang.


"Alamak, tiba-tiba pulak aku rasa takut, Sya."


"Ish, jangan berundur setapak sebelum berjuang! Beranikan diri!"


Waa…dia ni pula yang berlebih-lebih semangat. Tadi dia juga yang ragu-ragu.


"Kau duduk kat atas boot kereta dia ni." Cadang Farisya dan aku mengikut saja. Setelah selesa dengan kedudukanku, aku sempat bertanya lagi.


"Mmm..Sya. Ok ke aku duduk macam ni? Tak macam perempuan dot dot dot ke?"


"Eh, taklah. Kau nampak macam serikandi yang gagah berani."


Apasal Si Sya ni tiba-tiba dapat angin pendekar melayu ni? Tak habis-habis dengan madah-madah dari tadi.

"Ina! Dia dah datanglah. Aku blah dulu." Farisya terus beredar meninggalkan aku sendirian. Dari jauh aku dapat mendengar suara seorang lelaki menjerit marah. Mmm..now the action begins.


"Woi, pompuan! Siapa suruh kau duduk atas boot kereta aku? Bercalar kang!" Jeritnya memarahiku dari depan kereta. Aku masih tenang duduk tanpa bergerak sedikitpun.


"Pekak ke? Cepat turun! Kalau aku mengamuk, kau juga yang susah nanti." Melihat aku yang buat endah tak endah, dia menuju belakang ke arah boot kereta.


"Turun aku kata! Tu.." terhenti jerkahannya apabila wajahku dilihatnya.


"Kau? Hei, Minah Bond! Kau nak siasat kereta aku pulak ke?" Dia nampak lebih tenang daripada tadi. Eh, nama dia apa ye? Lupa pula nak tanya budak tadi. Hentam sajalah.


"Er..Abang Boy..saya nak minta tolong sebenarnya. Bukan nak siasat apa-apa. Boleh tak Abang Boy?"


"Abang Boy?" nampak sangat dia jijik dengan panggilan aku itu. Dia terdiam sebentar dan tiba-tiba dia menjerit kecil.


"Kau ni adik aku ke? Papa dah pernah kahwin lain tak beritau aku ke?"


Cepat-cepat aku menggeleng. "Saya tak tau nama abang sebenarnya. Semalam terdengar Dr. Zul panggil abang, Boy."


Dia mengurut dada lega. "Buat terperanjat aku je. Keluarga aku saja yang panggil aku Boy.Ingatkan kau adik tiri 'rahsia' aku tadi."


Mukanya tiba-tiba menjadi marah semula.

"Dah tu menggatal panggil aku abang buat apa?"


"Dah saya tak tau nama siapa. Panggil je la abang sebab seniorkan?" Pandai juga aku menjawab ye? Hehehhe.


"Amar. Amar Fikri. Panggil je Amar. Tak payah nak berabang-abang walaupun aku ni senior. Geli aku."


Tersenyum aku mendengar katanya. Jawapan pertama dah dapat. Ada harapan untuk menang besar ni.

"Oklah. Saya sebenarnya nak minta Amar jadi tutor saya.." Amar mahu memotong kataku tetapi aku cepat-cepat menghabiskan ayatku.


"Tapiiiii…tapi bukan secara percuma. Saya nak offer sesuatu yang menarik untuk Amar." Jelasku sebelum aku tersenyum kepadanya.


"Aaah,takde offer offer! Aku tak berminat. Baik kau turun dari kereta aku ni." Dia sudah mahu masuk ke dalam perut kereta. Cepat-cepat aku bersuara lagi tanda aku tidak putus asa.


"Amar tak nak belajar kat UK ke? Rasanya Amar memang teringin sangat nak pergi sanakan?"


Terhenti langkah Amar serta merta. Dia menoleh ke arahku dengan dahi berkerut. Tangannya bersilang di dada sambil merenungku.

"Oh..jadi Minah Bond dah dengar semuanya semalam ye? Ok. So..what can you do about it Bond Girl?"

Aku senyum melihat responsnya.


"Ok. Macam ni. Amar jadi tutor saya. Saya pula tolong Amar bagi Dr. Zul kahwin lagi. Amacam? Menarik tak?" aku mengangkat kening beberapa kali seiring dengan senyuman.


"Hei, Minah! Kau ingat senang ke? Lagipun nak suruh dia kahwin dengan siapa?" katanya dengan tawa sinis.


"Oh, jangan bimbang pasal tu. Kita cuba bagi Dr. Zul kahwin dengan Maksu saya."


"Apa? Kau gila ke? Siapa nak kahwin dengan Maksu kau? Kenal pun tak." Ketawanya semakin kuat.


"Sebab tulah saya dah sediakan maklumat tentang Maksu saya. Nah, ambillah ni." Aku meghulur sampul surat besar itu tapi tidak bersambut.


"Kau serius ke minah oi? Dah jangan nak mengarut. Lebih baik kau turun dari kereta aku cepat."


Aku tunjuk muka serius sambil menyilang tangan di dada.

"Kalau Amar tak ambil sampul surat ni, saya tak akan turun dari sini. Biarlah saya pasang khemah terus atas kereta ni."


Marah Amar datang semula. Nampaknya dia bengang melihat kedegilanku. Dia merampas sampul surat itu dari tanganku sambil mendengus kasar.

"Tak pandai-pandai nak turun lagi ke?" Kasar sungguh suaranya memarahiku. Aku melompat turun dengan senyuman lebar hingga ke telinga. Dengan muka masam, Amar masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjin.


"Terima kasih Amar!" Jeritku sambil melambai ketika kereta Amar meluncur laju meninggalkan tempat itu.


# # #


Dua pasang mata itu melihatku dengan pandangan yang kosong. Tiada langsung tindakbalas yang ditunjukkan.

"Korang faham tak apa yang Kak Ina beritahu tadi? Kenapa senyap je ni?"


Aku merenung wajah Lisa dan Saiful yang sedang bersila di depanku. Aku baring semula sambil memeluk patung beruangku. Kenapalah diorang ni tak bercakap langsung? Aku panggil diorang masuk dalam bilik bukannya untuk sedap-sedap duduk atas katil aku yang sememangnya empuk ni.


"Kak Ina.." suara Saiful serta-merta membangunkan aku dari pembaringan.


"Ye Saiful. Cakaplah." Kataku dengan senyuman lebar.


"Maksud Kak Ina, Saiful akan dapat papa baru tak lama lagi ke?" Muka anak kecil itu sarat dengan rasa ingin tahu.

Ish, macam mana nak beritahu budak kecil ni?


"Kalau rancangan Kak Ina ni menjadi, Saiful akan dapat papa barulah tak lama lagi. Saiful kan teringin nak papa baru? Saiful pernah beritau Kak Ina dulu."

Saiful terdiam semula sambil menunduk memandang tangannya. Aku mula rasa bimbang. Budak kecil ini tidak setujukah? Dulu dia juga yang sibuk mengadu tentang rindunya untuk bergurau senda dengan seorang bapa.


"Tapikan Kak Ina..Mama setuju ke? Uncle yang Kak Ina cakap tu baik ke? Sesuai ke diorang? Kitorang pun tak kenal uncle tu. Ntah-ntah dia orang jahat ke?" bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Lisa.


"Nanti dia tak pukul kitorang ke?" tanya Saiful pula dengan wajah bimbang.

Laaa…budak kecil ni bimbang tentang tu ke rupanya? Patutlah senyap semacam je. Selalunya dia yang paling becok sekali.


"Korang tak payah risaulah. Takkan la Kak Ina nak bagi orang jahat jadi papa korang. Sebab dah kenal uncleUncle ni pensyarah Kak Ina. Kak Ina dah hampir 2 tahun ada subjek dengan dia. Memang baik gile dia ni." nilah, Kak Ina calonkan dia jadi suami Maksu.


Aku bangun dari katil dan menuju ke arah meja cermin. Sebuah album kukeluarkan dari laci meja itu.

"Kak Ina ada gambar uncle tu. Cuba tengok gambar-gambar kat universiti Kak Ina ni."


Berebut-rebut Lisa dan Saiful mahu melihat album gambar kenangan aku di universiti. Segala peristiwa menarik di universiti akan kurakamkan dalam gambar dan kuletakkan dalam album itu.

"Machonya uncle ni Kak Ina. Nampak gentlemanlah," aku tersenyum mendengar komen Lisa.


"Tulah Kak Ina dah cakap. Takkan la Kak Ina nak pilih orang tak best pulak untuk korang. Korangkan sepupu kesayangan Kak Ina."


"Dia pandai main Play Station 2 tak Kak Ina?" soal Saiful pula sambil matanya terus menatap gambar-gambar itu.


"Itu…Kak Ina tak taulah. Ala..kalau dia tak pandai pun, nanti Saiful boleh ajar diakan?"

Saiful mengangguk laju. Dia tersenyum menampakkan giginya yang tidak cukup itu.


"Dia tak kahwin-kahwin lagi ke Kak Ina?" Lisa memulakan soal siasatnya.


"Dah kahwin tapi isteri dia dah meninggal dunia. Dia ada sorang anak je."


"Oh..ye ke? Boleh ke dia ngam dengan kitorang? Tak pasal-pasal berebut baju dan bilik dengan Lisa pula nanti."


"Dia boleh ke main Play Station 2 dengan Saiful nanti?"


Aku tergelak menahan rasa geli hati.

"Anak uncle tu lelaki lah, Lisa. Lagipun dia dah besar. Lagi tua daripada Kak Ina. Pasal Play Station tu, Kak Ina rasa dia boleh je main dengan Saiful. Budak laki walaupun dah masuk universiti pun tetap gilakan games tau."


"Ye ke? Kalau macam tu Saiful kena berlatih dari sekarang. Mana boleh Saiful kalah dengan dia. Saiful nak pergi main sekaranglah." Saiful sudah lompat turun dari katilku.


"Eh, nanti dulu Saiful. Kak Ina tak pasti lagi benda ni menjadi ke tak. Jangan terlalu mengharap. Kita sama-sama doa ye? Lagi satu, Saiful jangan beritahu mama tau? Ni rahsia besar kita bertiga."


Saiful meletakkan jari di bibirnya.

"Rahsia, Kak Ina," bisiknya lantas berlari turun ke arah ruang tamu.


Aku berbaring sambil merenung siling. Saiful nampak gembira dengan projek besarku itu. Tiba-tiba aku rasa takut pula. Aku tak mahu menabur harapan palsu kepada anak kecil itu. Jika rancanganku tak menjadi, dia akan kecewakah nanti?


"Lisa memang harap mama kahwin lagi. Mama sebenarnya sunyi walaupun nampak ceria sepanjang masa." Suara Lisa mematikan lamunanku. Aku memusingkan badan ke arah kiri. Lisa sudah baring di sebelah sambil merenung wajahku.


"Lisa pun rindukan kasih sayang seorang ayah. Lisa tau Kak Ina hanya nak yang terbaik untuk kitorangkan? Terima kasih Kak Ina."


Sebak aku mendengar harapan anak gadis berumur 15 tahun ini. dia mempercayaiku untuk menolongnya mencari kebahagiaan keluarganya.

"Sama-sama." Bisikku sambil mengucup dahinya.


Aku sudah ambil keputusan untuk meneruskan projek-Dr. Zul dan Maksu ini. Dua hari sudah berlalu sejak aku bertemu dengan Amar di tempat letak kereta. Dia masih belum menghubungi telefon bimbitku walaupun aku sudah menyelitkan nombor telefonku di dalam sampul surat itu. Biarlah aku sabar menunggu buat beberapa hari lagi. Jika dia tidak menghubungiku setelah seminggu, aku akan mencari tutor baru dan aku akan mulakan rancangan perkahwinan kedua Mak Su itu. Aku takkan kecewa jika dia menolak permintaanku. Lagipun, aku ada Lisa dan Saiful untuk menolongku. Merekalah penolong yang paling baik, betul tak?


"Kak Ina." Panggil Lisa. Aku memandang mukanya sambil tersenyum.

"Kita kena cuba sungguh-sungguh untuk mama tau."


Aku mengangguk riang mendengar katanya.


"Kak Ina. Aja-aja!"


Tawaku pecah.

"Fighting!" sahutku.


"Aja-aja fighting!" sorak kami sama-sama sebelum tawa kami pecah semula.

# # #


Bookmark and Share

10 comments:

Unknown said...

....bestnya dpt pengalaman mcm firuz...well done my dear friend..aini doakan firuz berjaya..
btw...citer tuh mmg best....ade mase juga ye buat citer mcm ni...
banyak idea ni...
keep in touch k

Unknown said...

trima kasih sbb sudi lawat blog yg dah bersawang2 ni....sbnrnya citet u citer lama..tulis masa studi kat iran lagi..skrg baru nak bubh kat blog...huhu~ enjoy ye..kalau nak baca yg episod2 dulu kena cari la dalm post lama. hehhe..ok keep in touch

is-nanie said...

Dalam gambar ramai2 tuh.. orang yg pakai baju oren sgt menyerlah..
skali tgk dah leh spot.. hahaha..

Dorang ingatkan kalo islam, bertudung tuh.. mcam berpurdah.. berhijab hitam2 cam org Arab, Iran atau Afghan.. Nih siap kalerful lg.. haha..

Tengok gambar pon.. tau firuz enjoy masa tuh.. Rindu lak nk hang out same2.. Pakai baju 'pelik2'.. hahaha.. Take care~.. ^^

sum79 said...

Heh, lama benor teman nunggu sambungan citernyer...dah berjanggut neh, he3...btw thnxz eh :-)

sakina said...

kak firuz! bestnye pengalaman kat UPenn! harapnya akak akan happy mcm tu jugak kat univ sendiri yer~ ;)

firuz akhtar said...

saja je pilih kaler pelik2 utk raya kali ni. cantik apa? adik firuz kata macam warna sami buddha! ahahah. bile firuz muncul mlm tu utk majlis, ramai yg puji kaler. dorang kata pandai pilih kaler lagi...hai..adikku buta warna. huhu

tu la perspektif mereka terhadap org berhijab ni sempit sikit. harapnye dorang jgn la fikir yg org islam ni pengganas dah.

rindu la nani nak meronggeng sama2. heheh. insya Allah kalau firuz balik mesia nanti, kite mesti kuar sama2 ye. g fan club ke...huhu.

firuz akhtar said...

minta maaf la sbb menyebabkan sum punye janggut berjela2. hehehe. terima ksih byk2 sum sbb rajin peringatkan sy ni. thank u! shukran! :)

firuz akhtar said...

trima kasih sakina. Pengalaman UPenn mmg best, Kat uni akak tak best sgt. Foreigners dia tak seramah mcm akak kat UPenn dulu. tapi takpe la. yg penting kena pandai sesuaikan diri. U take care ok?

Unknown said...

2015-7-18 xiaozhengm
cheap ray ban sunglasses
gucci
coach factory outlet
air max 90
replica watches cheap
michael kors outlet
ed hardy
oakley sunglasses wholesale
louis vuitton
michael kors handbag
polo ralph lauren
louis vuitton pas cher
coach outlet online
coach outlet online
cheap jordans
coach outlet online
ray ban uk
chanel online shop
pandora jewelry
nike air force
replica watches
gucci uk
christian louboutin
christian louboutin sale
kate spade handbags
kate spade outlet
air max shoes
ed hardy clothing
toms shoes outlet
kate spade uk
ed hardy clothing
mont blanc pen
pandora rings
fitflops outlet
true religion outlet
prada outlet
polo ralph lauren
soccer jerseys wholesale
coach outlet store online

Unknown said...

s7f35n9r20 i1f31f9d36 e7b15h6f23 s8j39v5v10 g7o79t0z92 b6l91e1t28