RSS

Tuesday, July 21, 2009

Ayla: Gosip..Gosip..Gosip di Korea

Salam…korg nk dgr gosip x, kat tmpt ak blaja ni kan Korea University, budak NIIED (Korean Gov) ade 8 orang yg sme batch ngan ak. 2 orang dari Moroko, 2 orang dari Ghana, 2 org dari Brunei, 2 orang dari Malaysia. Kwan ak lagi sorang ni, die org Cina Sarawak. Die hidup sorg2 ngan mak die dari kecik lagi..

Pastu nak dijadikan cite, kawan ktorg yang dari Ghana ni asal amik gambar je kan mesti tangan tu x leh nak wat biase je, mesti nak letak atas bahu. So mmg sume la gmbr yg diambil tu tangan laki tu atas budak Cina ni. Kawan ak ni plak kan, die x ske, tapi dh byk kali ckp, die latek gak, so, mse letak kat badan die, mesti badan die automatik jd kecut n keras gitu, ahaha. Dulu, mase mule2 amik gmbr ngan laki ni pn, die ade gak ltk tgn atas bahu ak, akupn ape lg, halangla, memangla diorg x tau, tp even kwn ak yg cine ni dah mrh, x paham2 gak bhs Inggeris.

So, kawan ak yg sorg ni pengikut setia Facebook, die ni rajin upload gambar dlm facebook, die pn msukkan la sume gambar tanpa ditapis sebelumnye. 1 day, mak die tepon, ketika kejadian marah-memarahi itu berlaku, aku berada di tempat kejadian, memang mak die marah, die x ckap ape2 pun… die diam je, ak pun mcm pelikla kan..

Lame kot, die diam, habis cakap, die nangis, first tyme…

Die pun cite la…rpe2 nye, mak die tengok gambar tu kat pejabat, krenye, gne kawan2 die punye profile,

Lagi yang nak naek hangin bile kawan2 mak die meng-api2 kan mak die.

Dorg kate “anak u ni selamber je bg lelaki letak tangan atas bahu”,”x sensetif nye anak u ni”…

Wah, memang saje je simbah minyak kat api…



Selepas kejadian itu, sume gambar telah dibuang.. Kemudian, mak kawan aku yang sorg ni, melalui sepupu die, telah berjaya memiliki profile sendiri dalam facebook, supaya nanti bile2 leh la die tgk gambr kwn ak sorg ni… Aku pn x de lagi, ahahaha…

Sian die… Pastu kan yang aku pelik ngan kawan aku pelik, bile mak die, marah gile bile laki negro ni, wat camtu, padahal gambar yg laen ade gak, laki Cina Tanah Besar wat camtu kat die, x jadi ape2 pn..

Dlu, die ade kwn jmp kat konsert, sorg pensyarah, letak gak tangan bkn kat bahu, kat pinggang lagi tu…

X kne marah pn… Ntah la, nmpak nye, laki negro memberi kesan yg besar.. Okla, gossip utk kali ni…

Bye,,,


Ayla suruh kaler mata tapi aku tak reti sgt la seni2 spray ni..sorry stakat ni jue bole buat..hihi



Thursday, July 16, 2009

Memperkenalkan....Catatan Ayla Shi di Bumi Korea

Assalamualaikum

Apa khabar sume? Buat pengetahuan sume, aku ada seorang adik perempuan yang sedang belajar di Korea University a.k.a. Kodae. Dia masih dalam kelas bahasa. Baru pegi je pun. Akhir bulan Mac hari tu. Dia ni mmg sekepala dgn aku la. Sama2 gila. Wakakaka. Jadi aku sarankan dia tulis pengalaman hidup di Korea. Aku nak dia tulis..ye la..kot2 kami bole terbitkan buku catatan kembara kami sendiri ke nanti. Aku punye tulisan tentang pengalaman di luar negara ada di post2 tahun 2006. Siapa2 yang rasa2 nak baca, bole pegi ke bahagian 2006. Maka selepas ini post2 aku akan ada tulisan adik aku a.k.a. Ayla. Dia malas nak uruskan blog sndri. Jadi aku suruh dia bagi kat aku je supaya aku boleh hantar ke blog aku. Talau tetiba ada tulisan sengat2 @ italic, maksudnya akulah yang bagi komen...hehe~Terimalah post sulung daripada AYLA..


Annyong Haseyo!!!

Hai sume, first time tulis cite pasal diri sndri..uhuhuhu,

Okla, minggu ni stat sem baru, semester musim panas, belaja bahasa Korea level 2. Alhamdulillah, level 1 lepas dengan jayenye.. Kawan-kawan Malaysia,(under JPA) sume balik untuk 2 bulan sempena musim panas ni. Tapi, sempat pause bape hari je, raye kat cni jugak..hihihi, time kasih ye, temankan budak Malaysia yang x leh balik ni… Budak kelas sem ni, x same ngan budak sem lepas. Pergh, sem lepas, memang bebal dok dlm kelas tu, asal rehat je, sume ckp bahasa masing2. Dah le sume nye dari China dan Jepun, memang sakit telinga dengar dorg ckp. Lagi2 bahasa cine tu, adoila… Sem ni, kutempuh dengan harapan dapat kawan baru dari pelbagai negara. Kalau boleh, ade orang Melayu lagi best, walaupun itu agak mustahil, eh bukan mustahil, memang tinggal harapan jela..

Nak dijadikan cerita, kelas sem ini, terdiri dari dari 5 orang jepun, 1 orang Korea yang tinggal kat Canada, 6 orang China, dan sorg orang Malaysia. ARGHHHHH!!! Memang tensen, asal rehat je, kalo bleh nk dengar muzik je tau..sakit telinga, sebab dah la x paham, x sedap plak tu. Jepun ok lagi, ni yang cine, adoila…. Tapikan, nasib baik, sem ni punye orang cine, rata-rata leh ckp bahasa Inggeris.

Ari ni kan, ari ke -3 kelas. Semalam ngan kelmarin, dating kelas pakai tudung wane itam tau, yang sme, malas nak tukar. So, ari ni pakai baju hitam, pakaila tudung putih. Sebaik sahaja kumelangkahkan kaki ke dalam kelas, cikgu cakap, “WAH! Ayla ssi, ari ni pakai tudung wane putih la”. Habis satu kelas pandang aku, aku pun macam pelik la kan…ala, putih, bukannya bermanik-manik, bukan berkilat-kilat pun.

Hm, peliks, x pela, first time kot. Nanti Jumaat ni, ak ingatkan, nak pakai baju kurung pulak, yang bermanik-manik, berkelip-kelip, mesti dorg rase pelik nye…

Ahahahaha…



Ceh, konon2nya comel sangat la tu!



Dari kiri, seol kem yuo dari China, Natsuki Jepun, Lee So Sang China, Tetsio Jepun, Jin Ping Yuo China, Wei Wei China, Sonseng nim, Yang Chou China dan....AYLA..huhu~



Wednesday, July 15, 2009

K-Pop Fever: Suju?

Assalamualaikum sume

Anyonghaseyo! Kali ni aku nak bercerita tentang aktiviti aku pada hari Sabtu lepas(11 Julai 2009). Kawan skola aku, Nani ajak aku menghadiri satu aktiviti anjuran fan club Suju. Aku mula2 menganga la jugak. Ape kebenda tu? Rupa-rupanya Suju ni adalah singkatan bagi Super Junior. Super Junior adalah artis dari Korea Selatan yang terdiri daripada 13 orang lelaki. Ramai giler tu! Huhu~ Kalah satu pasukan bole sepak.

Ini adalah hasil dari kemasyhuran K-Pop yang melanda dunia hari ni. K-Pop tu Korean Pop kalau tak silap la. J-Pop pun ada gak (Japanese Pop) tapi aku tak tau setakat mana popularnya J-Pop di Malaysia ni. Bab2 K-Pop dan J-Pop ni aku tak tau sangat. Kalau drama Korea, tau la. Maka aku pun temankan Nani pergi ke Korea Plaza di Menara Hap Seng. Saja nak tengok camana aktiviti fan club. Nani kata peminat Suju pakai baju biru. Jadi aku pun pakai la baju biru untuk menghormati minat mereka. Hehe.

Sampai2 je aku nampak ramai yang pakai t-shirt biru yg sama. Waa..bersemangat sungguh. Siap tempah baju sama2 tu. Ada yang siap buat ala2 name tag utk digantung di leher.


Nilah kumpulan Super Junior. Ramai kan?




Nama pun Korea Plaza kan? Maka banyaklah benda2 Korea yang dipamerkan di situ. Masuk2 je aku ternampak pelakon Boys Over Flowers. Tau tak cite tu? Citu tu diadaptasi dari manga. Dah ada 3 versi pun. 1) Meteor Garden (Taiwan) 2) Hana Yori Dango (Jepun) 3) Boys Over Flowers (Korea). Citenye sama je tapi buat sampai 3 versi. Huhu~ Nampak sgt ramai peminat.



Kalau sape yg tak tau, nilah pelakon2 popular untuk drama popular tu.




F4 Boys



Boleh percaya tak aku amik gmbr dgn F4? hehe..jgn jeles..




Kat situ ada juga demonstrasi masakan Korea. Masa dijemput makan, aku smpat lagi bertanya kat budak2 kat situ,"Makanan tu halal ke? Ada tuuuuut tak?" Budak tu jwb balik," Halal. Dia tak bubuh tuuut." Hahaha!


Demonstrasi masakan Korea



Nampak tak gadis2 yg memakai t-shirt biru dlm gmbr d bwh ni? Haa...tu la t -hirt yg mereka tempah khas.

Suju Fans tgh makan makanan korea



Baju Korea yg sangat cute




Ada juga kempen menderma darah. Aku tak derma...takut...Tapi kalau bagi darah skit kat Edward, bole la..wakakaka. Lari tajuk. (Edward= vampire dlm cite Twilight)


Darah...darah...



Selain tu, ada demonstrasi pertolongan kecemasan. Memang banyak perkara berfaedah yang kami pelajari.


Ikat jangan tak ikat. Jangan sampai terjerut sudahlah.



Kemudian kumpulan musik tradisional cina dari UM pula yang membuat persembahan. Memang best la. Lagu melayu pun dorang main. Lagu ikan kekek dan rasa sayang. Kagum tengok gaya tangan dan lenggok badan dorang masa main benda alah tu.



Wonderful Performance




Waaa..aku memang tak sangka aktiviti fan club begini rupanya. Bukan la setakat nak menyanyi atau menari je, macam2 aktiviti bermanfaat diadakan. Ada derma darah, belajar first aid, persembahan muzik tradisional dll. Apa2 pun acara terakhir la yg paling ditunggu2 oleh para peminat Suju. Sekumpulan lelaki cina (13 orang semestinya) menari salah satu daripada lagu popular Suju iaitu Sorry Sorry. Memang tak sangka dorang bole menari ala2 Suju. Susah tu tarian Suju. Macam2 pergerakan yang perlu dihafal. 13 orang plak tu. Apa2 pun tahniah diucapkan kerana usaha dan minat mereka.

Para peminat perempuan bersorak mengikut lagu tu. Aku rasa kagum plak. Waa...bole dorang bersorak cantik ikut lagu. Ni mesti dah berlatih bersorak dulu ni.

Menari 'Sorry Sorry'





Aku sempat berkenalan dengan adik2 dari kumpulan fan club Suju. Budak2 UIA tu..huhu~. Terima kasih yang tidak terhingga buat Nani atas sumber foto2 dlm post kali ni. Nanti kita g lagi ye Nani?


Aku sempat pejam mata plak.


Itulah pengalaman pertama aku mengikuti aktiviti fan club walaupun aku agak blur masa mula2 dtg. Aku rasa seronokmelihat mereka teruja buat benda yg mereka minat. Di bawah ni aku ada masukkan video klip 'Sorry Sorry' dari Suju untuk tatapan sume. Ada english subtitle lagi tu..



Masa aku tengah surf Youtube untuk lagu 'sorry sorry' ni, aku ternampak sesuatu yang menarik. Banduan di sebuah penjara di Filipina ni ada kumpulan tarian yang tersendiri. Bagus jugak tarian mereka. Dahlah ramai giler. Mmg memerlukan perancangan yang teliti untuk melatih banduan yang seramai tu untuk menari. Mereka membuat persembahan untuk pelawat penjara setiap bulan. Rasa macam tengok konsert plak. Aku rasa pelawat mesti teruja untuk pergi penjara untuk tengok persembahan dorang. Baru2 ni (27 Jun 2009) dorang buat persembahan tarian untuk lagu 'Sorry Sorry'. Tengoklah betapa bersemangatnya mereka menari!

Ok jupe lagi di post akan dtg. Anyong!

Orang Kaya (OK2)

*Aku tak tahu pasal apa post ni buat perangai. Kalau nak baca dgn font yg lebih cantik, baca post ini di blog archive. Tekan post 'Orang Kaya 2'. Nanti keluar post tu saja. Fontnya lebih kemas. Terima kasih.

Assalamualaikum

Semenjak dua menjak ni ada la peningkatan pembaca blog aku ni. Tak disangka2 habis post2 lama dibongkar smula. Hehe~ Lagi2 post pada tahun 2006 iaitu post tentang pengalaman aku di Mesir. Bila aku bukak balik, alahai kesiannya dorang nak baca. Kecik bebenor tulisannya. Sebenarnya sblm blog ni, aku ada blog di Frendster. Kemudian barulah aku tukar blogspot. Jadi post2 yg lama tu aku copy paste melulu saja tanpa edit. Jadi sekarang aku dah besarkan tulisan di post2 tahun 2006. Aku jugak dah tampal komen2 pembaca semasa di blog friendster dulu di blogspot ni. Saja aku letak balik komen2 tu buat pembakar semangat aku untuk terus menulis. Kalau ada yang belum baca post2 2006, sudi2 lah baca. Boleh tahan juga kelakarnya. Hehe~


Pada tahun tu, aku ada hantar post untuk bertanyakan pendapat pembaca untuk nama2 watak dalam cerita2 aku. Terima kasih pada mereka yang sudi memberikan pendapat. Kat sini, aku tampal balik komen mereka:


  1. Dr Farid Nazmi Says:

    Farid Nazmi…Sedap x?

  2. Dr Farid Nazmi Says:

    Muslimahnye….Salwani Alwi..Cadangan jer

  3. Averrose Says:

    laki - firdaus
    pompuan - lisa surihani
    jgn tanye sape.. mesti jual punye.. hehe

  4. Pa'aN Says:

    laki-amar fikri…ltak name arjun rampal pun bleh…cannavaro ke
    pmpuan-ilham farhani

    bantai2 ltak je ni…

  5. sa'a Says:

    nama penuh dia saadiah. nick nama [sa'a] memang tak tido malam la para pembaca novel ko

  6. blackz Says:

    ala…akak letak jer nama amir
    grenti laku punyer
    heheh…heroin ltak la nama awek amir…ok x

  7. Nazhar Says:

    just want to suggest u some name

    Guy - azane azran,idzham bakri, saiful junaidy,abdullah sufi, m.azhar
    gurl- nureen safiya,nur imamah, ezzati zuhaila.

    just my 2 cents ;p

    regard
    -MAMZ-

Kalau ada sesiapa yang sudi lagi beri cadangan dan pendapat untuk nama watak2 dalam cite aku, silakanlah ye. Selalunya bila menulis, aku pening pikir nak buh nama apa. Macam nak buh nama anak plak. Tapi memang pun. Cite2 yang aku tulis, aku anggap macam anak sendiri. Hehe~


Jadi untuk cite Orang Kaya ni, aku ada amik beberapa cadangan yang diberikan tu. Terima kasih daun keladi, kalau boleh nak nama lagi. Cadang nama sendiri pun takpe..Hehe~ Ok. Terimalah sambungan cerita Orang Kaya Episod 2.



Orang Kaya

Episod 2 (OK 2)

Aku melangkah longlai masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu. Topi keledar kuletakkan di atas rak kasut. Perlahan-lahan aku memanjat tangga sambli mengheret beg sandang. Seharian di kampus tambah dengan kebimbangan aku terhadap pelajaran benar-benar meragut tenagaku. Setelah mandi, aku menunaikan solat asar. Kemudian, aku terus mencari bantal dan duniaku mencari gelap serta merta.


"Kak Ina! Kak Ina!" Panggilan itu berselang-seli dengan bunyi ketukan di pintu.


Lenaku terganggu dengan bunyi bising itu. Aku mengusap mata sambil menguap sekali dua. Seorang gadis comel sudah terpacak di pintu bilik. Tangan kanannya memegang sebuah buku manakala tangan kirinya memegang tombol pintu.


"Laa…tidur ke? Sorry la sangat-sangat. Lisa nak tanya soalan matematik sebenarnya." Dia lantas duduk di birai katil.


"Pukul berapa sekarang Lisa?" Aku sendiri tak pasti berapa lama aku melelapkan mata.


"Rasanya 8.10. Kenapa?"


Mataku yang kuyu itu terus terbeliak mendengar jawapan Lisa.


"Alamak! Lamanya akak tidur. Sembahyang maghrib pun belum lagi ni." Aku terus melompat dari katil dan terus meluru ke arah tandas untuk mengambil wudhuk sekali lagi.


"Tak sembahyang lagi ke? Ingatkan dah sembahyang tadi. Orang pakai telekung untuk sembahyanglah bukannya untuk tidur." Perlian Lisa kedengaran dari luar bilik air. Aku sendiri tidak sedar yang aku tertidur tanpa sempat menanggalkan telekong setelah solat asar tadi. Penat punya pasal…apa pun tak ingat.


Selepas solat maghrib, aku menolong Lisa dengan soalan matematik. Akulah yang akan menjadi sasaran setiap kali dia mempunyai masalah dalam pelajaran. Walaupun aku sendiri ada masalah dalam pelajaran, aku akan cuba membantu selagi mampu. Lisa Surihani, itulah sepupuku yang agak rapat denganku. Memandangkan dia tak mempunyai kakak, akulah menjadi tempatya bermanja. Aku pula yang tiada adik, sudah tentu melayannya sebaik-baiknya. Aku menunaikan solat isyak dulu sebelum turun untuk makan malam. Lisa cepat-cepat menghabiskan kerja sekolah sebelum turun bersamaku.


"Kak Ina, jom main Play Station 2 sama-sama."


Aku memandang wajah kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun itu.


"Nanti dulu la Saiful. Kak Ina nak makan ni. Saiful dah makan ke? Jom la makan sekali." Anak kecil itu terus memadam televisyen dan mengikutku ke dapur. Dua orang adik beradik itu memang manja denganku. Apa saja yang aku kata, sudah tentu dituruti. Ada peluang nak eksploitasi mereka….hehehheheh.


"Ina, tadi mak Ina telefon. Dia saja nak tanya khabar Ina. Puas Maksu panggil Ina tapi tak berjawab. Ingatkan Ina tak ada kat rumah tadi."


Aku tersengih cuma. Cepat-cepat aku tolong Maksu yang sibuk menghidangkan makanan.


"Ina tertidur tadi. Sorry la Maksu. Nanti Ina telefon mak balik."


Masing-msing mengambil tempat duduk di meja makan. Malam itu Maksu masak tomyam ayam dan sayur campur. Memang sedap masakan Maksu. Saiful sedang sibuk bercerita tentang kawan barunya di sekolah. Kami hanya mendengar sambil memberi komen serta diselangi dengan ketawa sekali sekala. Aku memandang wajah 3 beranak itu. Hatiku rasa sayu mengenangkan Maksu yang sudah bergelar janda sejak 2 tahun lalu. Paksu meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Sejak itu Maksu tidak pernah ungkit mengenai perkahwinan kali kedua. Walaupun dia nampak gembira, aku tahu sebenarnya dia kesunyian. Aku pernah nampak Maksu menangis keseorangan sambil menatap gambar Paksu buat beberapa kali. Lisa dan Saiful pun masih memerlukan kasih sayang seorang bapa.


Sejak medapat tahu yang aku ditawarkan masuk ke universiti di Selangor, Maksu terus mengajak aku tinggal di rumahnya. Tak perlu tinggal di asrama katanya. Mak aku semestinya gembira mendengar cadangan Maksu. Dia terlalu risaukan aku yang pertama kali berpisah daripada keluarga. Sekurang-kurangnya apabila aku tinggal dengan Maksu, ada juga orang yang akan manjagaku.


Walaupun Selangor dengan Kedah bukannya dekat, dia mahu aku selalu pulang ke rumah setiap kali cuti. Aku pun faham kesunyian mak dan ayah di kampung. Abang-abang dan kakak semuanya sudah berumahtangga dan tinggal berjauhan. Agak sukar untuk mereka pulang ke kampung selalu. Sebagai anak bongsu yang masih belum berkahwin, akulah yang perlu selalu menjenguk mereka. Betul tak?


Selesai makan, aku terus menelefon mak. Macam-macam pesanan yang mak sampaikan. Naik berasap telefon rumah Maksu. Takpalah. Cakaplah panjang-panjang mak. Lagipun mak yang akan bayar bil telefon ni kan? Hehehhe.


Aku cuba mengadap kembali nota subjek Dr. Zul. Teresak aku sendiri. Kenapa susah sangat nak faham ni? Aku ni dah kena sumpahan bengap ke? Nampaknya aku perlu cari seorang tutor. Aku perlu tebalkan muka untuk meminta tolong daripada senior sendiri. Mulai esok aku akan mulakan episod pencarian tutor. Aku tak yakin dengan calon tutor cadangan Farisya. Sembilan puluh peratus aku akan ditolak. Lagipun aku pun tak dapat fikirkan 'sesuatu yang menarik' itu.


Apa-apa pun esok aku akan melawat Dr. Zul di biliknya. Aku perlu minta dia tolong terangkan sekali lagi tentang formula baru ini. Aku mula sibuk menyiapkan kerja untuk subjek-subjek lain. Lewat malam itu, barulah mataku terasa berat semula. Sambil baring, aku menatap gambar mak dan ayah yang terletak di atas meja lampu tidur di sebelah katil.


'Selamat malam ayah, selamat malam mak. Ina tidur dulu ya? Assalamualaikum' bisikku sebelum megucup gambar itu.


# # #


Besar-besar aku melangkah untuk cepat tiba ke bilik Dr. Zul. Walaupun aku tahu sekarang masa kosong Dr. Zul, aku perlu bijak menggunakan masa. Jika lambat tiba, alamatnya aku terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan giliran bertanya kerana pelajar lain pun akan datang. Dari jauh, aku dapat mendengar suara orang berbual dari bilik Dr. Zul. Nampaknya ada orang sudah sampai dulu. Harapnya tak ramailah orangnya.


"Cuba papa tengok kertas yang Boy baru print ni. Boy dah survey di internet. Rasanya universiti ni sesuai untuk course Boy." Suara anak muda kedengaran dari pintu bilik Dr. Zul yang tidak tertutup rapat.


Papa? Anak Dr. Zul ke? Takkan la aku nak kacau perbualan anak beranak pula? Aku tak jadi masuk ke bilik Dr. Zul. Aku bersandar di tepi dinding sementara menunggu mereka selesai berbual.


"Papa tak mau tengok kertas ni Boy. Kan papa kata papa takkan setuju," tegas suara Dr.Zul.


"Papa, tolonglah bagi peluang Boy sambung Masters kat luar negara. Boy teringin sangat nak belajar kat sana."


"Apa kurangnya Malaysia ni? Belajar je la kat sini."


Ada masalah ke diorang ni? Tak sangka pula aku dapat dengar suara garang Dr. Zul. Selalunya lembut saja dalam kelas.


"Papa, tak aci lah macam ni. Papa dulu pun belajar kat luar negara. Kenapa pulak Boy atk boleh pergi?" jelas sangat rasa tak puas hati dari suara itu.


Betul juga kan? Kenapa Dr. tak izinkan? Dr. izinkanlah anak Dr. belajar di luar Negara. Kesian pula saya dengar suara dia yang merayu-rayu tu.


"Boy pun tau kan? I can bear anything but not loneliness."


"Boy bukannya nak tinggalkan papa buat selama-lamanya. Boy pergi untuk belajar je."


"Mama dah tinggalkan papa. Sekarang satu-satunya anak papa pun nak tinggalkan papa juga?" Agak tinggi suara Dr. Zul.


Aku segera menekup mulut supaya mereka tak terdengar suara terkejutku. Isteri Dr. Zul lari dengan lelaki lain ke? Waaa..berita sensasi ni. Aku cuba dekatkan diri lagi ke pintu. Mana boleh aku lepaskan sepatah perkataan pun pada waktu keemasan ni. Betul tak?


"Papa, mama dah lama meninggal dunia. Sejak Boy sekolah menengah lagi. Kita kena teruskan kehidupan ni papa. Apa kata papa cari pengganti mama sekarang?"


"Papa masih teringatkan mama lagi. Bukannya senang nak cari yang baru, Boy. Lagipun papa dah lama biasa hidup tanpa isteri. Bukannya tanpa anak. Papa tak akan berkahwin lagi Boy. "


Kesiannya Dr. Zul. Isteri dia dah meninggal dunia rupanya. Sorrylah Dr. Zul, tadi saya ingatkan isteri dr. ….


"Ok lah. Ikut suka hati papalah nak kahwin lagi ke tak nak. Apa-apa pun, nanti papa boleh jenguk Boy kat UK nanti. Papa takkan rasa sunyi."


Huh, pandai betul Si Boy ni main pusing-pusing ayat! Dr. tengah cakap pasal lain, dia boleh masuk bab lain pula. Tiba-tiba suasana menjadi senyap. Aku rasa mesti Dr. Zul bengang dengan kedegilan anak sendiri. Tak paham-paham bahasa!


"Oklah. Papa akan bersetuju bila.."


"Ye ke papa? Terima kasih." Teruja suara Boy meraikan kegembiraan.


"Jangan happy cepat sangat Boy. Papa tak habis cakap lagi. Papa akan bersetuju bila papa berkahwin lain."


"Apa?"


Aku dapat bayangkan rasa terkejut Boy itu. Aku yang di sebalik dinding ini pun sudah separuh menganga akibat terperanjat mendengar syarat Dr. Zul.


"Tapi papa kata papa masih teringatkan mama. Papa kata papa tak nak kahwin lagi."


"Well….itu masalah Boy. Boy yang kena fikirkan macam mana nak bagi papa kahwin lagi."


Tergelak aku sendiri. Bijak sungguh Dr. Zul bermain taktik dengan anak sendiri. Haha, kalah juga Si Boy tu!


"This is not fair! Papa saja bagi syarat susah-susah. Papa saja tak nak Boy pergi. Mana boleh macam ni."


"Kalau susah, belajar sajalah kat Malaysia. Kan senang?" Aku dapat mendengar nada perlian dalam ayat itu.


"Ooo..papa ingat Boy tak boleh buat? . Boy ada masa setahun lebih lagi nak habiskan pelajaran kat universiti ni sebelum sambung masters. Jangan ingat Boy akan duduk diam. Tengoklah. Akhirnya papa akan izinkan juga Boy pergi ."


Wah, berapi-api semangat dia! Darah mudalah katakan. Cubalah sungguh-sungguh ye Boy? Aku pun teringin nak tengok apa yang dia boleh buat. Macam drama tvlah pula. Hai, rasa macam nak tergelak gila ni…aku menekup mulut dan menekan perut. Ke kanan dan ke kiri aku berjalan untuk menahan ketawa. Aku terhenti apabila ada kepala yang menunduk mahu melihat wajahku.


"Nak terberak ke kau ni?"


Terbeliak mataku melihat gerangan orang di depanku. Terus aku berdiri tegak mengadapnya. Apa Mat Capub buat kat sini? Nak tanya soalan pada Dr. Zul juga ke? Atau nak teman aku curi-curi dengar perbualan Dr. Zul dengan Si Boy tu?


"Ke..kau jadi Minah Bond, curi-curi dengar perbualan kitorang? Apasal sibuk nak tau pasal hal keluarga orang lain? Eh, pompuan! Balik baca buku lagi baguslah!" Dengan jelingan sebagai hadiah, dia terus melangkah pergi meninggalkan aku yang terkebil-kebil keseorangan di situ.


Berkerut dahiku memikirkan kembali kata-kata Mat Capub tadi. Eh..rasa-rasanya….Ya Allah! Mat Capub tu Boy, anak Dr. Zul ke? Biar betul? Dr. Zul ada anak yang belajar di universiti ni ke sebenarnya? Sama jurusan pula tu. Tercegat aku di situ buat seminit dua. Tak macam anak dengan bapa pun. Bapa bukan main gentleman, anak pula….rasa macam tak percaya pula.


Tiba-tiba mataku terbuntang buat kali kedua. Rasa seolah-olah ada lampu bercahaya di atas kepalaku.


"Yes! Yes!" terlompat-lompat aku sendiri di sebalik dinding. Senyuman nakal terukir di bibirku. Hmm…rasa-rasanya aku dah tahu apa dia 'sesuatu yang menarik' itu.


# # #

Monday, July 13, 2009

Pertunjukan Fesyen di Iran


Assalamualaikum


Aku dapat emel tentang pertunjukan fesyen di Iran. Aku sendiri pun tak pernah tengok pertujukan fesyen di sana secara live. Sudah semestinya semua bertudung litup la sebab nak masuk surat khabar kan..Tapi kesian gak, macam tak ada penonton je..











Benda hitam yang dia pakai ni dipanggil 'codur'. Panjangnya macam cadar. Aku pernah gak test pakai...





Wartawan kot..






Baju batik tu..














Ya...jangan terpedaya ya. Orang Iran takdenye pakai begini. Mereka pakai anak tudung sebab nak buat pertunjukan fesyen. Nak tau camana sebenarnya gadis Iran bertudung? Ha...inilah dia.


Fesyen ni aku panggil 'tudung tenggek'. Sebab tudung tu mcm bertenggek je atas kepala. Depan nampak, belakang pun nampak.


Tak dinafikan gadis-gadis Iran memang lawa2. Bagi aku mereka lebih cantik daripada gadis Arab.


Untuk pengetahuan semua, di Iran ada polis pakaian. Orang yang berpakaian tak ikut peraturan akan ditangkap. Kawan aku pernah ditangkap sebab bajunya tak labuh ke lutut dan panjang hingga di atas peha saja. Dia kena amik gambar pegang kadbod di depan macam penjenayah. Hehe~ Kesian Roya.


Yang baju hitam tu, memang ternyata ditangkap kerana tudung tenggek. Yang baju putih tu tak pasti lah.Takkan sebab warna kot. Aku kat sana pakai baju ala2 pelangi lagi. Huhu~


Seorang wanita ditahan polis pakaian dan diberi teguran secara 'live'. Kena la btul2kan tudung tu..


Orang Iran bila keluar dari Iran menjadi antara orang yang paling seksi. Macam desperate la plak. Tapi dari pandangan peribadi, aku tak setuju dengan peraturan tudung di Iran. Semua orang tak kira agama wajib pakai tudung. Akhirnya macam nilah jadinya. Mereka bencikan Islam kerana tudung...Hai...ke situ plak ye..

Kawan Vietnam aku plak kata, " Firuz, saya takkan masuk Islam sebab sy benci tudung."
Aku katalah, " Maaf la sebab awak kenal Islam di Iran ni. Islam memang wajibkan pakai tudung tapi awak perlu tahu Islam bukan setakat tudung sahaja. Banyak benda yang menarik dalam Islam. Awak boleh masuk Islam dan tak pakai tudung dulu. Biar keinginan tu datang kemudian."

Apa2 pun aku rasa seorang wanita yang pakai tudung ikhlas dari hati lah yang paling ayu..










Tuesday, July 07, 2009

Orang Kaya (OK1)

Assalamualaikum

Apa khabar? Beberapa hari ni, rasa boring plak. Hehe..tak sabar nak tunggu adik aku balik dari Mesir. Boleh la ajak dia jalan2.

Aku nak ucapkan terima kasih pada mereka yang sentiasa memberi galakan utuk aku terus menulis. Kpd Is and Sum79, trima kasih yang tak terhingga. Tu la...penyakit malas ni susah btul nak sembuh. Huhu~ aku ni jenis yang bole buat keje dgn baik dalam suasana tertekan. Haish...mcm tu pulak ye? Hehe..mmg bile aku 'dihimpit', aku laju je buat keje n hasilnya memuaskan. Tapi tu la benda yang perlu baiki.

Tgk tu...ada yg kata aku punye blog bole ganti google image. Wakakaka! Pedas tuh..ye la ye la..aku tulis la... Terima kasih ye Ikan Pari. Aku punye blog ni pun bermusim. Ada musim bebel2, musim gmbr, musim video. Dah banyak sgt gambar ye? Ok sekarang aku tulis plak. Tapi aku masih suka la gambar2. Kalau ada gambar lagi, tak pe la yek?

Aku bukak balik pen drive lama aku. Ternampak plak satu benda yang diselaputi sarang labah2. (betapa lamanya ia terkubur). Aku dah hampir terlupa dgn anak aku yang sorang ni. (Karya=anak) Ish ish kejam sungguh mak ni ye? Aku ada tulis cite ketika aku di Iran. Tak habis lagi sebenarnya tapi aku akan mula post lah. Baru la aku akan terasa nak menyambung balik cite ni.

Cite ni romantik komedi. Cite santai je. Memang banyak kelemahan tapi takpe la. Aku akan cuba menulis lagi. Tajuk pun tak bubuh lagi. Aku ada tulis rangka cite ni. Mana pegi ye? (sambil tangan menyelak buku2 nota yg dah lama) Kena cari balik ni! Camne nak sambung cite ni? (sambung garu kepala)

Buat sementara waktu ni, aku bubuh tajuk Orang Kaya la. Nanti kot2 terlintas tajuk lain, aku tukar le. Ke ada yg nak bagi cadangan ke. Hehehe.

Terimalah cite zaman muda2 aku dulu..Orang Kaya..



Orang Kaya

Episod 1 (OK1)
(gambar diambil dari www.iluvislam.com dan sy ada potong skit.thank u..)

Air mataku hampir mengalir apabila aku menatap helaian kertas di hadapanku. Rasa sebak di dada memang tidak boleh ditahan-tahan. Aku awal-awal lagi sudah mengeluarkan tisu dari beg tangan untuk menyapu air mata yang bakal keluar tak lama lagi.


"Ina, yang kau termenung lagi kat situ buat apa? Cepatlah bangun!" suara nyaring itu serta merta melenyapkan mood sedih aku ketika itu.


"Ish, kau ni! Air mata aku yang nak keluar ni pun tak jadi keluar sebab dengar suara kau yang macam guruh tu." Rungut aku sambil mengemas buku nota dan alat tulis. Aku cepat-cepat memasukkan semua barang ke dalam beg sandang.


Sambil menuruni tangga dewan kuliyah, Farisya tak habis-habis membebel tentang perutnya yang kononnya amat berbakat dalam bidang nyanyian. Eleh…aku tau lah. Tak payahlah nak buat alasan lagi. Semestinya dia mahu aku menemaninya ke kafe fakulti seperti biasa.


"Nur Darina, boleh saya bercakap dengan kamu sekejap?" Jantung aku hampir berhenti berdegup apabila suara garau itu menyapaku. Aku cuba memberi senyuman walaupun aku tahu senyuman itu tentunya nampak pelik. Farisya menunggu aku di luar dewan kuliyah.


"Ye, dr."

"Awak pun tahukan macam mana prestasi awak sejak akhir-akhir ni. Kenapa? Awak ada masalah ke?" pensyarah aku itu menunjukkan muka prihatin. Dia betul-betul ambil berat tentang hal ehwal pelajar-pelajarnya.

Aku tak berani menentang mata pensyarahku.


"Saya tak taulah doktor. Saya rasa macam susah sikit nak faham topik baru ni. Bukan saya tak cuba doktor. Saya dah cuba banyak kali tapi susah betul saya nak tangkap topik ni," Aku hanya beritahu perkara sebenarnya.


Dr. Zul terdiam seketika sebelum menyambung kata.

"Saya faham masalah kamu Darina. Topik ni memang susah sikit. Kamu perlu banyak buat latihan. Cuba minta tolong daripada kawan-kawan atau senior kamu. Mmm…apa kata kamu ambil pelajaran khusus dengan senior kamu? Pelajar-pelajar saya yang dulu pun buat benda yang sama. And..the result was quite good you know."


Dr, Zul sudah mula melangkah keluar.

"Jumpa lagi minggu depan. Jangan lupa fikirkan cadangan saya tu." Aku tersenyum sebelum mengucapkan selamat jalan kepada pensyarah kesayanganku itu.

"Baiklah dr. Saya akan cuba ikut nasihat dr. tu" Dr. Zul mengangguk senang lantas melangkah ke arah tempat letak kereta.


* * *


Kafe fakulti riuh rendah dengan suara mahasiswa-mahasiswi yang tidak habis-habis berceloteh. Aku pula masih tenggelam dalam kesedihan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.


"Apasal kau ni Ina? Kuih kat depan kau ni tak berusik pun. Kalau kau tak nak, aku boleh tolong habiskan."

Aku cepat-cepat menjamah karipap di hadapanku. Huh, dasar piranha betul Farisya ni! Tak boleh langsung tengok makanan.


"Heheh. Tau pun takut. Kenapa kau ni? Dari tadi nampak tak ada mood je. Macam nak nangis pun ada." Farsiya mengeluarkan suara simpatinya. Walaupun dia ni ahli keluarga piranha, dia jugalah kawan baik aku sebenarnya.


"Aku ada masalah besar dalam subjek Dr. Zul ni. Susah sikit nak pick up. Sebab tulah aku nak menangis bila tengok nota akhir kelas kat dalam dewan kuliyah tadi."

"Aku pun bukannya terror sangat dalam subjek ni. Jangan risaulah," pujuk Farisya.

"Mana boleh macam ni. Aku nak cuba yang terbaik. Kesian kat Dr. Zul. Aku tak nak kecewakan dia dengan prestasi aku yang buruk ni."


Farisya tergelak sendiri.

"Tak nak kecewakan dia? Ceh, macam dialog drama lak. Eh, kau ni ada apa-apa dengan dr.ke?” Jari Farisya mula mencucuk-cucuk pinggangku.

"Kau ni elok-elok sikit ye. Aku suka gile dengan dr. sebab dia pensyarah yang baik. Pengajarannya best dan dia pun selalu take care pasal student dia. Aku anggap dia macam ayah aku sendiri tau."

"Yelah. Aku tahu. Jadi, apa rancangan kau lepas ni?"


Aku menghirup air bandung didepanku.

"Ntahlah Sya. Dr. suruh aku cari tutor dari kalangan senior. Aku pulak tak ngam sangat dengan senior ni."


"Senior kita ni som.." Kata-kata Farisya terpotong apabila bunyi tepukan tangan memenuhi kafe. Kami menoleh ka arah sekumpulan pelajar lelki yang kelihatan galak menyokong kawan mereka untuk menyanyi. Seorang mahasiswa sudah berdiri di atas meja kafe sambil melambai tangan kepada semua.


"Gila ke dia tu?" Terkeluar ayat itu dari mulutku.

Pelajar lelaki lain sudah mula bersiul nakal sambil menggalakkan mahasiswa itu. Mulut aku memang dah ternganga luas sebaik saja aku mendengar lelaki itu meyanyikan lagu cinta 100% sambil bergelek di atas meja. Farisya pula bertepuk tangan sekali sambil ketawa riang.


"Sya!" tegurku sambil memegang tangannya supaya tidak bertepuk lagi.

"Apa salahnya? Best apa show dia tu. So cool!" kata Farisya dengan sisa ketawanya.

"Eee..aku benci dengan lelaki mencapub macam tu. Cari publisiti!"


"Dahlah Ina. Sampai bila kau nak teruskan prejudis kau pada kaum lelaki ni? Tak semua lelaki macam samdol tu tau."

Aku sudah mula menjegil mata.

"Eh! Kenapa pulak tiba-tiba kau cakap pasal dia ha? Cerita lama jangan dok ungkit lagi!" Tanganku mengetuk meja.


"Ok. Ok. Relax Ina. Sorry ok? Ina, budak laki tu walaupun mencapub macam tu tapi dia tu pandai gila tau,"

Aku kembali menjamah karipap yang masih tinggal di dalam pinggan.

"Mana kau tahu?"

"Dia salah satu senior yang paling popular sebab genius tapi slumber."

Aku hanya mengangguk tanpa menunjukkan rasa minat untuk menonton pertunjukan percuma di situ.


"Ina!!" Tersentak aku mendengar jeritan Farisya yang tiba-tiba itu.

"Ya Allah! Kau ni nak kena pelangkung dengan aku ke? Apasal tiba-tiba menjerit ni?" Aku mengusap dada perlahan.


"Apa kata kau minta dia jadi tutor kau?"

Tersedak aku mendengar cadangan yang tak munasabah itu.

"Kau gila ke Sya? Belajar dengan laki mencapub tu? Eee..tolonglah!"


"Aku serius ni Ina. Dia selalu dapat four flat dalam peperiksaan. Memang selalu dapat Anugerah Dekan dia tu."

Kepala yang tidak gatal kugaru. Muka ragu-ragu kutunjukkan pada Farisya.


"Buang ego kau tu Ina. Ingat. Kau kan tak nak kecewakan Dr. Zul," cucuk Farisya lagi.

Ish, pandai betul Farisya ni nak mempengaruhi aku! Apapun kata Farisya pun betul juga.

"Tapi..kalau aku nak dia jadi tutor aku pun, tak semestinya dia setuju,"

Farisya pula yang mula terdiam. mungkin dia faham dengan kerisauanku ini.


"Orang macam tu takkan nak ajar junior yang dia tak kenal. Rasanya tak kena dengan gaya dia untuk mengajar. Mengajar menyanyi boleh la kot."

"Kau kata la yang kau akan bayar dia duit. Bukannya mengajar percuma." Cadang Farisya.

Aku menoleh melihat pelajar lelaki itu yang sedang asyik menyanyi lagu rock pula.


"Tengok cara pakaian dia pun kita boleh tahu yang dia tu anak orang kaya. Takkan la kerana duit yang tak seberapa dia boleh bersetuju nak mengajar aku?"

Farisya mendengus perlahan. Dia senyap sambil mnghirup air tanda berfikir.


"Kalau duit tak boleh pakai, aku rasa kau kena offer dia sesuatu yang menarik supaya dia setuju nak ajar kau." Selepas seminit, akhirnya Farisya bersuara.

"Sesuatu yang menarik? Macam mana tu?"

"Mm..basuh kereta dia ke, basuh baju ke, nyanyi untuk dia ke.."

"Apa?! Tak naklah aku." Pantas aku menggeleng tanda bantahan sepenuhnya.


Masam muka Fariysa. "Habis tu..macam mana?"

Aku memandang semula ke arah 'calon tutor' aku itu. Dia baru habis menyanyi dan sedang sibuk menghantar flying kiss kepada 'peminat-peminatnya'.

"Takpelah Sya. Biar aku fikirkan dulu apa dia 'sesuatu yang menarik' tu."


###

Friday, July 03, 2009

Airline Meals

Assalamualaikum

Aku dpt emel ttg makanan di kapal terbang. Mula2 rasa macam... bole caya ke? Tapi lepas tgk Iran Air punye makanan, haa..mmg sah la ni. Aku rasa yang paling cun makanan Japan Air.
Macam mana dgn hidangan kapal terbang yang lain? Mereka yang selalu travel, bole la merasa ye..huhu~


Kuwait Airways





Saudi Arabian Airlines





Iran Air





Air India





China Air




Air Canada




Jamaican Airways




Japan Air





And....Air Asia! Huhu~

Beautiful Arts









Wednesday, July 01, 2009

Journey to Seoul, South Korea (6)

Assalamualaikum friends!

We'll continue our journey today. Remember we just visited the past division of Teddy Bear Museum at the previous post? So today we'll continue to the present division-modern society of Koreans.Like before, this post is also full of pictures! Enjoy the pictures of cute teddy bears.



Welcome to the funfair + zoo!



Balloons! Balloons!




Near Lotte Plaza. A high standard place.




Concert! DBSK concert..(especially 4 nani)



Road shows



Bile tengok ni, teringat kat ayah n ummi lak. D book cafe, ayh n ummi minum2 kopi, ayh cari buku..hehe



Suicide? Huhu~



Ice skating



Ice skating again


World Cup..



Teddy Bears shopping Luis Vuitton! Huhu~ Rich bears



Bear bodyguards guarding Mr. President



Santai..




Breakdance!
The bear was really twirling around with just one finger!



Who's the cutest? Hehe..




With the Royal Prince n Princess




Queen Firuz in the middle




Have you guys ever watched Princess Hours a.k.a. Goong? It was really popular. Korean drama about royal family. A very nice one.



It is originally a manga. The manga is still ongoing.



Ok in the drama they use teddy bears as symbols of the characters in the drama.





Guess what? I got to see the teddy bears used in the drama live at this museum lor! Heheh..Very very cute tau. This one is the ballerina.



The royal couple



Four main characters of the drama




Shin n Chae Kyoung in school uniforms




Royal wedding clothes



Picture shots from the drama




Shin's best friend: Alfred



Anyone? Please translate
...



Wall of Bears




Have you watched Winter Sonata? Very popular-sad love-full of tears-drama. The main actor Bae Yong Joon is so popular there that they even created bears by the name Joon! Huhu~






As I told before, some of the teddy bears in the museum are actually moving. U can see some of them in the video below. This video is from the drama 'Boys Over Flower'. You guys can see from this seconds: 0.07 until 1.20. At the end of the show room, there is a shop full of teddy bears. Many choices u can see there





Ok. We are finished with the Teddy Bear Museum for today. We'll continue our journey in the next post. Anyong!

~Memory in front of the Teddy Bear Museum~

Weird Cakes

Marriage Certificate


Laptop?







Posto..posto..










Eee..tak rela makan kasut...kasut sukan plak tu...huhu~