RSS

Tuesday, December 12, 2006

salji di iran



aku tak pandai nak susun gmbr2 ni. sebenarnya dah lama aku nak hantar gmbr2 ni tapi asyik fail je. biasa la. site kat universiti aku tu lembap skit. bila dtg tmpt mahal ni, baru la jalan. ok.

gmbr cerah dgn pagar kuning: tu dkt balkon bilik aku. semester ni baru la diorang pasang pagar cam tu. mmg mengganggu pemandangan btol. tak tau la napa diorang pasang. dgr kata ada budak try terjun bunuh diri dari situ. tak tau la. ok..gmbr tu masa pertama kali salji turun pada 1 dec yg lepas.

gambar waktu malam: salji tak berenti2 tutun sampai malam. pastu ralji pun dah jadi bulat2. bebudak asrama turun main malam tu.

gambar ada budak pompuan tunduk: itu gmbr pagi slps 1 dec. itu kat universiti aku. rasa mcm cantik sgt. sbb tu la aku amik gmbr.

gambar 2 budak pompuan: tu kat padang universiti. cantikkan? aku kekadang lepak sorang kat situ. layan blues. hehehe

gambar bebudak: anak2 pekerja universiti amik peluang main salji. tgh buat org salji masa tu.

ok sampai sini dulu. nanti aku cuba hantar post lain. ye la. ada oprg tu tanya bile nak hantar post baru...kali ni aku cuma bole hantar gambar je. exam nak dkt ni. doakan aku yek. jumpa lagi. assalamualaikum




Bookmark and Share

Sunday, December 03, 2006

1 Dec 06-The First Snow Fall of The Year

Aku bersandar di kerusi setelah rasa penat menelaah buku. Kadang-kadang rasa boring jugak. Dengan status sebagai satu-satunya pelajar Malaysia di sini, aku memang jarang bercakap dengan orang. Pastu semester ni plak aku tinggal seorang dalam bilik. Kawan bilik aku dah habis blaja dan dia nak balik China tak lama lagi. Sementara tu dia tinggal kat rumah kawan dia. So tinggallah aku seorang. Walaupun macam tu, aku tahu macam mana nak menyibukkan diri supaya aku boleh terlupa rasa kesunyian ni. Aku akan menulis cerita ke..artikel ke.. atau aku akan tengok filem atau serial kelakar. Gelak aku sorang2 dalam bilik. Hehehe.

Aku bangun dari kerusi dan menuju ke arah tingkap. Saja nak tengok pemandangan kat luar. Ambik nafas jap sambil boleh tengok daun-daun kuning musim luruh yang dah gugur banyak. Aku tengok pokok2 kat depan bilik aku. Mula2 biasa saja pastu aku mula perasan sesuatu. Aku beliakkan mata luas2. Memang betul salji…Masya Allah memang cantik..dan sejuk gile…tak sangka skang salji boleh turun. musim luruh tak habis lagi. Nampak gaya tahun ni memang musim sejuk akan lebih 'power'. Bermulalah episode untuk aku menjadi beruang. Terpaksa pakai baju tebal2.

Bila luar dah sejuk, ada plak pemanas kat dalam bilik…ha mulalah..asyik rasa nak melantak dan berhibernasi la plak. Bertambah bulatlah pipi aku nanti. hehehe. Salji tak berhenti-henti turun sampailah malam. Bila malam, semua tempat dah jadi putih. Mulalah bising kat asrama. Biasalah..budak2 perempuan kumpul ramai2 main salji. Ada perang salji la..ada nak buat snowman la..aku tak berani turun..sejuk…nanti2 lah aku main salji. Masih terkejut dgn kedatangan salji sebenarnya. Tak bersedia lagi nak meredah salji tu.

Besok bila nak gi u, berlapis2 aku pakai. Jalan pun macam pengantin. Perlahan semacam sbb takut terjatuh. Sempat aku ambil gambar pemandangan kat u. cantik. Skang kat Iran, apa cite menarik ye? Ha! Ish, aku tak sangka betul yang presiden Iran, Ahmadi Nejad tulis surat utk rakyat Amerika. Aku memang respect betul dengan keberanian dia. Hari tu, dah tulis surat utk George Bush. Ntah baca ke tak surat tu. Ntah2 terus buang je. Skang surat utk rakyat amerika la plak. Bravo Ahamdi Nejad! Bile ada pemimpin berani macam ni, baru la amerika tu slow skit. Kalau tak, asyik nak tunjuk taring je.

Pastu bile aku tengok berita, aku ternampak sesuatu yang menarik. Benda tu berlaku kat Karaj, satu kawasan hampir dengan Tehran. Satu kumpulan perompak telah ditangkap oleh polis. Nak tau apa dia hukuman diorang? Memang menarik. Mereka dipakaikan kain putih yang ditulis PEROMPAK di depan kain tu. pastu polis dah sediakan topi panjang ala2 ahli sihir kat dlam filem. Dibuat daripada kertas dan panjang memuncung tinggi.. Tangan masing2 diikat kayu di belakang. Diorang naik kat belakang lori kecik. Pastu bawak round2 kat kawasan tu. memang happening gile…semua org tengok. Mengalahkan perdana menteri sbb 4,5 kereta polis iring diorang. Pastu…traffic jam la plak. Lagi la orang tengok diorang. Malu gile tapi harap diorang boleh insaf dgn perbuatan diorang. Bile kena interview, siap nangis2 tutup muka. Insaf dah la kot…

Panjang pulak la aku bebel kali ni kan? Saja je tulis panjang2. ada mood la plak. Dah boring2 baik aku tulis kan? Ok guys. Korang je la kawan melayu aku waktu skang. Walaupun secara siber, ni dah kira bersembang la kan? Aku tengah sibuk tulis cerita ni. Tetiba plak dapat idea. Doakan la aku habiskan cerita ni ye? Cerpen bersiri sebenarnya…aku target..akhir bulan januari siap la kot. Ok la. Sampai sini dulu. Jupe lagi. Hasta luego!

Bookmark and Share

Tuesday, November 14, 2006

Gambar lawatan ke Isfahan dan Shiraz.




gmbr rumah dgn ros tu: baghe eram

gmbr bangnan tiang tu: chehel sutun

gmbr org: pelayan kedai kopi di pusara hafez

gmbr kaca warna warni: rumah di naranjestan

Bookmark and Share

Monday, November 13, 2006

Slamat Pose Enam!

Assalamualaikum.
apa khabar sume? dah lama gile aku tak hantar post. sibuks skit le...tak tau nak cite camne. mmm..pose dah habis. raya plak skang. dah pose 6 ke blom korang? aku tgh cube la ni. korang mesti dah habis posekan? aku sebenarnya ada banyk gile benda nak cite tapi takde masa nak tulis lagi la. apa2 pun aku akan cube tulis nanti. cume skang ni aku baru je tulis artikel lagi satu utk student kat mesir. ada org lain plak yang mintak tolong aku tulis. rasa2nya utk majalah pelajar2 kelantan kat mesir kot. so..seperti biasa aku akan paparkan artikel aku kat blog. yg original punye la. tak tau la nanti diorang potong ke..apa2 ke artikel aku ni. okla..cite biasa je...cite lawatan sambil belajar. tak tau nak cite apa sebenarnya. nak cite pasal pengalaman baru dtg ke iran....rasanyatak sesuai la sbb aku dah tulis dlm artikel dulu. tak nak la benda berulang plak. sebenarnya aku nak upload skali gambar2 berkenaan tmpt2 yg aku cite dlm artikel ni tapi ada masalah plak kt sini. sabar je la. lain kali ye? ape2 pun sudi2 lah baca artikel aku kali ni.

Lawatan Sambil Belajar ke Isfahan dan Shiraz, Iran

Hari itu ketika kelas baru saja bersurai, salah seorang daripada ahli kelas saya mengumumkan satu berita yang agak mengejutkan. Seramai 20 orang daripada pelajar kelas saya dibenarkan untuk mengikuti rombongan senior kami. Memang menghairankan kerana setelah hampir 3 tahun saya belajar di universiti ini, itulah pertama kali saya mendengar wujudnya rombongan sebegitu. Barulah saya tahu kakak-kakak senior yang bersusah payah untuk memohon budjet rombongan daripada pihak universiti. Sudah pasti kerja itu amat sukar kerana bukan selalu pelajar akan berjaya mendapat tajaan universiti. Bak kata orang Iran, mereka 'siap bunuh diri lagi' untuk mendapatkan kebenaran khas itu.

Pada pagi Selasa itu, sebuah bas besar sudah siap menunggu kami di hadapan universiti. Masing-masing kelihatan teruja untuk mengikuti rombongan yang julung-julung kali diadakan. Saya tidak beberapa mengenali kakak-kakak senior. Namun begitu, mereka amat mesra dan baik hati. Guru pengiring kami tiba dan bas pun bergerak meninggalkan perkarangan universiti menuju ke Isfahan, destinasi pertama kami. Pelajar kelas saya memang agak pemalu dan hal ini bertentangan bagi kakak-kakak yang duduk di bahagian belakang bas. Ketika bas mula bergerak, mereka sudah mula menyanyi, bertepuk tangan dan menari. Itulah dia kelebihan universiti kami yang pelajarnya terdiri daripada perempuan saja. Mereka boleh membuat riuh rendah tanpa ada 'suara sumbang' yang menegur.

Perjalanan dari Tehran ke Isfahan mengambil masa kira-kira 4 jam. Kami tidak singgah lama di Isfahan kerana destinasi utama kami sebenarnya adalah Shiraz. Tempat pertama yang kami kunjungi ialah Chehel Sutun (Tiang Empat Puluh). Ia merupakan istana hinggap ketika zaman Kerajaan Safavid. Dindingnya cantik berhias dengan lukisan mengenai peristiwa yang terjadi pada zaman itu. Daripada perkara remeh seperti majlis tarian untuk para tetamu sehinggalah kepada perkara serius seperti peperangan. Barangan antik yang berasal daripada zaman itu turut dipamerkan. Kami mengambil gambar beramai-ramai di hadapan istana itu yang dihiasi dengan 20 batang tiang. Persoalannya mengapa istana ini dinamai Chehel Sutun jika hanya terdapat 20 tiang saja? Di hadapan istana ini ada sebuah kolam yang besar. Mereka mengambil kira 20 tiang di hadapan istana dan 20 bayang-bayang tiang yang dapat dilihat di permukaan air di kolam itu. Maka, jumlahnya menjadi empat puluh!

Kemudian kami singgah di sebuah kawasan lapang yang dipanggil Naqshe Jahan. Pada zaman dahulu, Isfahan pernah menjadi ibu negara Iran. Naqshe Jahan adalah sebuah kawasan lapang yang terdiri daripada istana, masjid, bazar, kedai dan macam-macam lagi. Sebuah kolam besar terletak di tengah-tengah medan itu. Kehebatan seni bina Islam dapat dilihat daripada bangunan yang terdapat di situ. Memang indah dan unik rekaannya. Seni bina dari Iran selalunya berwarna biru firuz. Setiap reka bentuk mempunyai fungsinya yang tersendiri. Contohnya lekukan di siling bukanlah perhiasan semata-mata tetapi ia juga berfungsi dalam proses pemantulan suara.

Kami sempat menjamu selera di tepi jambatan yang bernama Seyose Pol (Jambatan Tiga Puluh Tiga). Jambatan ini unik dan mempunyai 33 buah lubang di bawahnya. Sangat cantik lebih-lebih lagi apabila disimbahi cahaya lampu pada waktu malam. Jambatan di Putrajaya sebenarnya dibina berdasarkan rekaan bentuk Seyose Pol di Isfahan. Semalaman kami tidur di dalam bas untuk meneruskan perjalanan ke Shiraz. Pada awal pagi kami tiba di Universiti Shiraz. Universitinya luas dan besar jika dibandingkan dengan universiti kami di Tehran. Kami terus menghala ke arah asrama untuk berehat. Setelah beberapa jam berehat, kami menaiki bas semula untuk memulakan lawatan di sekitar Shiraz.

Kami turun di sebuah taman yang dipanggil Baghe Eram (Taman Eram). Saya tidak dapat mempercayai apa yang saya lihat memandangkan taman itu sangat cantik dihiasi bungaan yang berwarna-warni. Secara kebetulan kami datang pada musim bunga. Iran mempunyai kalendar yang tersendiri. Ketika itu adalah bulan April tetapi menurut kalendar mereka ketika itu adalah bulan Urdibehest. Behest ertinya syurga. Orang di sana kata jika mahu melawat Shiraz, datanglah pada bulan Urdibehest kerana Shiraz akan jadi begitu indah bak syurga. Saya sendiri tidak pernah melihat syurga tetapi saya rasa saya faham dengan apa yang dimaksudkan. Taman itu begitu luas dihiasi dengan bungaan pelbagai jenis dan warna. Air kolam yang jernih menambahkan seri taman itu. Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah berjalan di tepi pohonan oren di situ. Jalannya panjang dan ketika menyusuri jalan itu, saya dapat melihat putik-putik buah. Bau wangi menusuk hidung. Sangat indah baunya. Asli dan menyenangkan. Dari jauh lagi bau itu akan menyambut para tetamu.

Selepas itu kami bertolak ke Naranjestan. Di situ terdapat rumah lama yang dihiasi dengan kaca putih dan kaca berwarna-warni. Pada waktu dulu, rumah itu milik Orang Kaya Shiraz tetapi sekarang dibuka untuk tatapan umum. Apabila cahaya matahari memancar ke kaca-kaca itu, cahaya yang amat indah akan terhasil. Sememangnya seni Iran dalam bidang kaca memang sesuatu yang boleh dibanggakan. Halaman rumah itu pula terdapat taman yang dihiasi dengan bunga dan kolam air. Hujan renyai mula turun tetapi bagi kami ia hanya menambahkan keindahan Naranjestan. Bau hujan bercampur dengan bau bungaan memang ajaib.

Hafez adalah salah seorang daripada penyair agung bumi parsi. Beliau adalah orang yang pintar dalam bidang muzik dan juga seorang hafiz al-quran. Kelebihannya itu digunakan untuk menghasilkan syair yang tiada tolok bandingannya. Orang Iran sangat menyanjungi Hafez. Mereka menilik nasib dengan menggunakan syairnya. Kami berhenti lama di pusaranya kerana kawan-kawan saya mahu 'menghabiskan masa yang banyak bersama Hafez.' Sementara menunggu rakan-rakan yang tidak habis-habis menilik nasib, saya dan beberapa teman lain pergi ke kedai kopi di situ. Para pelayan di situ memakai pakaian tradisional yang amat menarik. Di situ orang ramai boleh meminum kopi atau teh, menikmati manisan khas Shiraz sambil menghisap Gelion. Lelaki dan wanita menghisapnya dengan tiub yang panjang dan ia mempunyai pelbagai perisa.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Takhte Jamshid yang popular di seantero dunia dengan nama Persepolis. Takhte Jamshid adalah kawasan istana hinggap raja pada zaman kegemilangan Kerajaan Parsi kira-kira 2500 tahun dahulu. Kawasan itu sangat luas dan kesan peninggalan Kerajaan Parsi masih dapat dilihat walaupun banyak juga yang telah terhakis dan tidak kurang juga ada yang telah dicuri. Kami mendapat penerangan lengkap daripada seorang pemandu pelancong. Memang menarik kerana orang zaman dahulu pun mampu membina tempat yang unik itu tanpa bantuan alat-alat canggih. Di dinding terukir gambar-gambar yang mempunyai ceritanya yang tersendiri. Pada zaman dahulu Kerajaan Parsi merupakan salah satu daripada kuasa terkuat dunia. Banyak kerajaan berada di bawah kuasa Kerajaan Parsi. Oleh itu, setiap kali tiba Perayaan Noruz (Tahun Baru bagi kalendar parsi), kerajaan-kerajaan lain akan mempersembahkan hadiah buat Raja Parsi. Kisah orang-orang ini dan hadiah masing-masing terukir di dinding Takhte Jamshid.

Inilah cerita serba ringkas tentang lawatan saya ke Isfahan dan Shiraz. Sebenarnya beberapa helai kertas tidak cukup untuk menggambarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan ini. Iran sememangnya berpotensi untk menjadi sebuah negara pelancongan yang baik. Sayangnya tiada promosi meluas dilakukan kerana masalah mereka dengan Amerika. Harap-harapnya saya dapat memberi gambaran baik tetang Iran pada kalian. Iran adalah negara empat musim yang cantik dan kaya dengan kesan sejarah. Jika ada yang berminat untuk datang dan melihat sendiri Iran, silakanlah. Saya akan menunggu kalian di sini. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan!


Firuz Akhtar bt Mohamad Bohari
Tehran, Iran
firuz_akhtar@yahoo.com


Penulis adalah pelajar tahun akhir dalam bidang Kesusasteraan Parsi di Universiti Al-Zahra, Tehran, Iran.
Bookmark and Share

Friday, October 20, 2006

Pengalaman Shooting Raya Bersama TV3


Aku tgh ada klas masa tu bile tetibe je tepon aku berbunyi. Gelabah gile aku. Tak pernah2 berbunyi pun handset ni. Hari ni plak berbunyi bile aku ada klas plak tu. So, sambil menayang sengih kepada kwn2 klas yg lain, aku terus 'on'kan silent mode. Bile sampai waktu rehat, aku tengok balik hs aku. Waaa...sampai 5 kali misscall tu! Mesti urgent ni. Bile aku dail no tu blk, ayat pertama yg aku dengar-siapa ni? Aik? Bukan ke aku yang patut tanya soalan tu dulu? Rupe2nye Uncle Nik dari embassy yg tepon. Dia kata hari sabtu aku dijemput ke rumah duta pukul 9 malam untuk shooting raya. Kena berlakon raya, jadi kena pakai baju cantik2 la mcm nak raya. Shooting raya kat Iran ni merupakan kali pertama sebenarnye sbb telekom dgn baik hatinye sponsor. Aku pun mule la terbayang2...cam mana nak shooting nanti? Dah la masih bulan ramadhan...Boleh ke kitorang timbulkan suasanan raya tu nanti?

Aku sesaja tepon ummi aku beritau pasal hal ni. Mula ummi sibuk beritau pakai baju tu...pakai tudung ni...pakai kasut tu...Heheheh. Ummi....ummi... Alhamdulillah bungkusan raya daripada ummi sampai cepat. Pos laju tu...4 hari dah sampai. Thank u ummi. Melayang duit 300 ringgit...Hiihi. So aku dah dpt la baju raya 2 pasang drpd malaysia. Aku je dpt baju 2 pasang tahun ni. Adik2 sume sepasang je. Wakakkaka!! (gelak kejam) Satu baju kurung warna pink2 merah dgn tudung pink. Satu lagi baju kebarung hijau2 kuning dgn tudung kuning. Warna tema family tahun ni, pink. Baju kebarung tu ekstra ummi saja2 bagi. Kawan2 foreigner suka sangat dgn baju raya aku. Diorang kata cantik n beberapa org juga la yg tlah 'test' pakai baju aku tu. Tak pasal2 aku punye baju tu jadi baju test umum. Hihihihi. Tak pe la. Aku gembira tengok diorang suke baju islamik macam tu.

Hari Sabtu tu plak aku ada klas dari pukul 8 pg sampai 3 ptg. Pas tu plak aku kena pegi money changer. Mmg penat hari tu. Bile dah sampai asrama, aku dah lembik semacam. Buka pose pukul 5.30 ptg pun rasa tak larat. Mmg mata aku dah berat. Nak gak tidur jap. Tapi kawan Vietnam aku tu, Phuong dah brapa kali bagi warning..jgn tidur Firuz! Awk tak de masa ni! Aku angguk je dan kata aku nak masuk bilik aku jap. Masuk2 je bilik, terus aku baring. Heheh. Tetiba pintu bilik aku dibuka. Firuz!!!! Jgn tido!! Adui....Phuong ni kacau la... Dia tau aku akan solat terawih dulu sblom pegi. Ye la. Kalau nak shooting pun, aku tak nak la miss solat terawih. Dah la waktu tu 10 malam akhir ramadhan. Takkan la nak miss solat terawih sbb benda tu je kan. Btol tak? Aku masih baring atas katil bile dia dok membebel suruh aku solat skang juga. Pening kpala aku. So...aku jerit la..Woi..nak sembahyang apenya? Isyak pun tak masuk lagi ni!!! Akhirnya aku ditinggalkan Phuong dan aku pun lelapkan la mata buat 5, 6 minit. Lega..
Masa aku tgh solat terawih sorang2 dalam bilik tu, aku ada dengar pintu bilik aku dibuka beberapa kali. Mesti Si Phuong tu yg dtg 'check' aku. Dia tu sebenarnya budak baik. Walaupun dia tu Buddha, but very understanding. Dia la best friend aku kat asrama. Very caring orgnye. Tengok la. Dok jaga aku mcm mak yg jaga anak dara dia yg degil. Heheheheh. Lepas tu sempat lagi aku mandi..Bile dah siap mandi, jam dah pukul 8 malam. Baru je masuk bilik, Phuong dah sampai pinti bilik aku. Dia suruh pakai baju dulu tapi dgn sengih aku kata....hehehe...blom seterika lagi. Adui...tak pasal2 aku kena ceramah free...Dah seterika baju, aku gi bilik dia. Sebenarnya dia kobar2 sgt tu sbb nak make up aku. Aku pun berpuluh2 kali warning dia...jgn bubuh make up tebal. Aku tak suka. Aku hampir2 dipelangkung Phuong bile setiap kali dia letak make up skit, aku mula tengok cermin n suruh dia padam balik. Bengang la dia. Akhirnya siap la make up ekspres tu. Aku puas hati dgn kerja tangan Phuong tu. Dia pandai make up org supaya nampak natural look. Ditambah dgn pakai spek, mmg tak nampak sgt la mekap aku tu. Tapi skali lagi Phuong bagi warning supaya aku tak padam balik mekap tu. Dia tau sgt taktik aku. Bile aku balik bilik, slalunye aku padam balik. Hihihihi. Tapi kali ni tak nampak sgt, aku tak padam la.

Bile sampai rumah duta, aku nampak aunty2 embassy tgh sibuk gantung replika ketupat kat dinding. Waa...Mmg btol2 nak raya ni. Sume org pakai baju raya. Org laki sume pakai baju melayu n samping. Aku pakai baju kebarung hijau tu dgn kasut tinggi yg ummi beli dulu. Terasa plak diri ni tinggi jap. heheheh. Masa aku tgh sembang, ada la akak ni dtg. Uncle Razali dok sibuk perkenlkan aku pada akak tu. Aku senyum je la. Dia tanya...kenapa blaja sastera parsi? Aku kata bile blaja benda unik, peluang aku utk kerje dan benda2 lain akan lebih terbuka. Dia kata...Waa..pandai jawab n dia pegi. Aku dah rasa lain macam. Siapa akak tu ye? Rasa macam penah kulihat tapi di mana ya?

Shooting pun bermula. Ada lagu raya. Ada kuih raya. Macam2 ada. Kitorang pun diajak untuk 'menyerbu' makanan. Sambil makan tu, sempat aku tanya uncle Razali ttg akak tu. Dia kata itu la Akak Norazlina Redzuan, pengacara Majalah 3. Oooo...patut la...Aku pun disuruh bagi ucapan sbb aku la sorang2 nya wakil student. Sambil pegang mikrofon TV3 tu, aku mula la cakap laju2. Gelabah gile wei. Ntah apa la yg aku cakap. Harapnya ok la nanti. Ade gak wakil proton yg dtg. Esoknya diorang dah nak balik dah sbnrnya. Tapi alang2 kan. Yang aku sakit hati tu...sempat diorang berlakon sedih. Diorang kata...sedihnya...ini la dia rasanya beraya kat perantauan....kami dah lama tak balik raya.....syahdunya..Ada gak yang buat2 menangis. Eeee....geramnya aku. Ada yang nak kena 'fire' dgn aku ni. Dah la diorang blk Malaysia esoknya. Saje je nak sakitkan hati kitorang yang stay ni. Huh!!

Esoknya, kitorang ada shooting untuk solat raya. Aku pegi sbg interpreter utk krew TV3 tu. Belakon masuk masjid je. Dah la kena pakai Cadur yang panjang tu. Alhamdulillah aku dapat yang'wangi' punye. kalau dapat yg hapak, mau pengsan aku. kesian kak lin. aku yang dah betahun2 duduk iran pun tak pandai2 pakai cadur lagi. kak lin apalagi? asyik terjatuh je cadur dia. siap terlucut tudung dia. kak lin mula bising...alamak nampak aurat! Hiihih. klaka la kak lin ni. org iran sendiri pun pakai tudung cincai2 je. pastu kak lin bercakap kt satu spot berlatarbelakangkan gunung alborz. masa tu mula la pakcik polis dtg menyibuk. tak bagi shooting kat situ plak. maka aku sbg penyelamat pun tolong la ckp kt polis tu. pandai la aku goreng skit. last2 dia bagi shooting kat situ tapi jap je. itu la first time aku tengok shooting pengacara tv3 secara live. kak lin sempat tanya aku mekap dia ok tak. aku cakap ok je. bukan mudah sebenarnya. tengok tv, mcm laju je dia cakap. tapi sebenarnya brapa kali cut sebenarnya. akak lin ada skrip kat tangan tapi dia asyik terlupa skrip plak.akhirnya stlh berapa kali cube, dia berjaya gak. dah habis kat situ kitorang gi shopping jap. secara kebetulan, hari tu iran cuti rasmi. sume kedai la tutup. hish...kesian btol pd krew TV3 ni. tak dapat nak shopping. so aku teman gi pasar je la. aku la tukang tanya harga, beli n macam2 lagi. kak lin banyak beli buah. lps iran, dia akan fly ke cambodia buat shooting kat situ plak. so dia nak bagi buah skit kat org sana.

sampai kat hotel, kak lin ajak gi bilik dia. solat zuhur jap n kitorang sembang2. kak lin suka brg2 antik. dia siap beli meja kecik anitk lagi. dia kata mesti best duduk kat iran kan? aku sengih je. aku ckp boring la kak...saya sorang je kat sini. iran is a dull country la kak...tapi kak lin kata..kalau org hargai tempat2 bersejarah mcm ni..mesti diorang suka kat iran. tapi pastu dia plak kata...akak cume duduk sini 3 hari..tak tau la kalau tinggal kt sini macam firuz. ntah2 boring kan? aku gelak je. baik kak lin ni. cute je orgnye. dia kata kalau majalah 3 bagi dia keje suruh pilih antara new york n pakistan ke...dia pilih pakistan. dia suka negara2 macam tu katanya. tak suka sgt negara modern. boring tengok tempat2 mewah. malaysia pun ada macam tu. aku tak ikut hantar kak lin kat airport sbb jauh sgt. sblom berpisah, kak lin minta no contact. so kitorang tukar2 la emel. kak lin pun sempat offer aku something. offer aku duduk dalam kotak dia supaya bole dia bwk balik aku ke mesia. Hihihihihi. apa la kak lin. tak muat la. dia bagi hadiah perfume kecil n sedikit fulus. heheheh. tak banyak tapi bagi aku sbg org yg tgh kopak ni..mmg la banyak. 30 dollar.

hmmm...itu la serba skit pengalaman aku. insya Allah ia akan ditayangkan hari raya ni. kat berita. kat buletin utama, laporan khas. tak tau la malam raya ke, raya first ke.ok sampai sini dulu. dah lama aku tak bebel panjang macam ni. harapnya tak boring. di kesempatan ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. maaf zahir dan batin. semoga berjumpa di lembaran akan datang...wassalam.


Bookmark and Share

Monday, October 09, 2006

Lari Pada Malam Raya

Assalamualaikum...dah masuk pertengahan ramadhan pun ye, sekejap je masa berlalu. iran bulan pose biasa je. nothing interesting sbb aidil fitri takdisambut meriah di sini. perayaan terbesar di iran...perayaan tahun baru mereka pada bulan mac. iran ni ada kalender sendiri tau. kalau ikutkan kalendar diorang skang ni bulan tujuh tahun 1385. hihihihi. pelik kan? katanya diorang ikut kalendar hijrah. kalender islam kite kalendar hijrah qamari kan...ikut bulan kan...tapi diorang kalendar hijrah shamsi, ikut matahari. macam2 la diorang ni. suka benar buat benda lain dari lain. puasa pertama di iran pun pada hari kedua korang sume berpose. thn lepas plak...raya di sini pada hari raya kedua raya korang. sabar je la..tapi aku tak pedulik pun. aku lari dari asrama n tumpang tidur rumah kwn. pastu esoknye bile org iran tgh pose lagi aku trus meluru ke embassy, beraya dgn org embassy. wakakakaka. rasa2nya tahun ni pun kes raya lambat di iran ni akan berulang lagi.
ok la. kali ni aku sambung artikel aku yg dulu tu.


SIRI 4: INI BUKAN DUNIAKU

Menurut cerita yang saya dengar, Saidina Hussien juga mempunyai anak remaja yang bernama Ali Akbar. Dia juga syahid dalam peperangan ini. Simbolik kepada kematian Ali Akbar, patung bersaiz anak remaja lelaki tanpa kepala dan berlumuran darah pula yang akan diusung. Seperti biasa, wang daripada orang ramai juga akan disemat di situ. Saya pernah menghadiri perbarisan ini di sebuah kawasan di pinggiran Tehran. Sebuah replika kuda yang dipanah kelihatan di tempat perbarisan. Tidak silap saya, kuda itu mungkin simbolik kepada kuda Saidina Hussien.

Orang India di negara kita akan memikul alat semacam gabungan besi di bahu dan ada juga dicucuk di mulut ketika perayaan Thaipusam. Di sini pula mereka memyediakan gabungan besi yang terdiri daripada pedang atau topi besi. Satu gabungan besi itu mewakili sepasukan tentera kononnya. Ia akan dihias cantik dengan bulu burung dan sebagainya. Bergantung pada kewangan sesuatu kumpulan , gabungan besi itu boleh jadi besar atau kecil. Lazimnya kumpulan yang mewakili masjid atau sesuatu kawasan tertentu akan mempunyai gabungan besi yang besar. Ada juga anak-anak lelaki kecil yang bernazar untuk sesuatu dan membeli gabungan besi yang kecil. Ketika perarakan, gabungan besi itu akan dipikul di atas bahu. Pada kali pertama saya melihat benda itu, saya tidak boleh membayangkan langsung bagaimana seorang lelaki boleh memikul benda itu yang sememangnya amat berat! Makin besar gabungan besi yang saya lihat, semakin gerun saya rasakan, tidah patah tengkukkah nanti? Cuba bayangkan benda sebesar itu akan dipikul oleh seorang lelaki sahaja! Oleh itu, selalunya di belakang pemikul, ada beberapa orang lelaki yang sudah bersedia untuk menggantikan tempat. Ada yang kuat boleh bertahan sehingga 100 meter sebelum bertukar orang. Ada juga yang mampu berjalan beberapa tapak sahaja. Saya begitu kagum apabila ada yang mampu berpusing ke kanan dan kiri dengan gabungan besi itu. Saya pula merasa takut jika benda itu akan terjatuh ke atas kepala orang ramai. Pemikul gabungan besi ini akan berdiri di hadapan sekali seolah-olah ia merupakan lambang kepada sebuah pasukan tentera. Dari jauh orang ramai dapat membezakan kumpulan-kumpulan ratapan yang berlainan berdasarkan gabungan besi itu.

Kumpulan yang mempunyai gabungan besi yang besar, peratap dengan rantai besi yang teratur gerakannya dan mainan muzik yang kuat dan hebat sememangnya menjadi perhatian orang ramai. Kebiasaannya kumpulan seumpama ini akan dianggotai oleh orang muda atau orang berumur yang kuat. Mereka yang sudah tua pula akan membentuk kumpulan yang lebih 'tenang'. Bala akan diundang jika mereka menyertai kumpulan anak muda yang gah dengan bunyi gendang yang kuat. Takut ada yang mati sakit jantung pula. Kumpulan pakcik tua selalunya tidak mempunyai gabungan besi dan pemuzik. Hanya ada seorang penyair dan yang lain akan mengikut dari belakang sambil memukul lembut dada masing-masing.

Dalam sesak orang ramai, tiba-tiba saya rasa disirami air. Habis basah tudung saya. Rupa-rupanya ada beberapa wanita yang membeli botol air mawar. Air mawar itu dipercik untuk orang ramai. Masalahnya saya tidak dapat bergerak kerana orang terlalu ramai dan akhirnya semua air itu menghala ke arah saya sahaja. Menjelang tengah hari, banyak orang akan mula beratur di khemah-khemah yang didirikan. Mereka yang bernazar selalunya akan memberi makanan percuma kepada orang ramai. Hidangan yang disediakan adalah pelbagai tetapi selalunya mereka akan memberi ghurme sabzi atau ghimeh kerana harga penyediannya agak murah berbanding lain. Saya memang tidak lalu makan ghurme sabzi dan saya akan mengambil ghimeh. Maka dua hingga tiga hari itu saya hanya makan ghimeh sehingga naik muak.

Malam pada hari peperangan dipanggil Shabe Ghariban. Kata mereka malam itu adalah malam di mana para wanita dan anak-anak dari pihak Saidina Hussien yang masih hidup mengalami kesedihan yang amat setelah mengetahui kekalahan pihak mereka. Tanpa orang yang melindungi dan lebih-lebih lagi menjadi tahanan, mereka terkapai-kapai dalam lautan kesedihan. Sebagai simbolik untuk malam ini, rakyat Iran akan keluar beramai-ramai dari rumah pada malam itu dan memasang lilin di masjid-masjid dan tempat-tempat lain. Kononnya lilin mereka dapat menerangi malam sedih itu. Ada juga membuat tanglung daripada kertas keras. Nama Hussien atau Zahra (ibu Saidina Hussien) atau Zainab(kakak Saidina Hussien) akan ditoreh di atas kertas keras itu. Kemudian lilin yang menyala akan diletak di dalamnya. Dari jauh nama-nama tu akan kelihatan memancar dalam gelap. Cantik sekali dan saya pernah membantu kawan Iran saya membuatnya.

Di masjid, sekolah, dewan atau Husainiye( tempat program keagamaan) pelbagai program akan dijalankan.Orang ramai akan berkumpul untuk mendengar ceramah khas tentang kisah berdarah Karbala atau ada seorang penyair akan menyanyikan semula kisah itu dengan nada yang amat sayu. Saya pernah mengikut kawan saya ke sebuah sekolah untuk melihat sendiri acara itu. Lampu tidak dipasang untuk menambahkan suasana sayu. Saya duduk dalam sesak itu sementara telinga saya disajikan dengan ceramah dan tangisan para wanita. Saya melihat sekeliling dan kelihatan ramai wanita yang sedang meratap kesedihan. Saya juga sedih dengan tragedi Karbala itu tetapi saya hanya mampu membaca doa dan menghadiahkan surah pada para syahid. Kesedihan saya hilang begitu sahaja apabila saya terdengar tangisan yang melampau dari para wanita. Mereka menangis terlalu kuat sehingga merupai jeritan pula. Meremang bulu roma saya. Akhirnya saja menjadi bosan. Sempat juga saya melelapkan mata dua tiga kali dalam kegelapan itu.

Semua stesen televisyen Iran akan menunjukkan rancangan yang berkaitan dengan Saidina Hussien. Rakan-rakan asing saya yang lain tidak suka memasang televisyen atau radio pada bulan muharram. Hanya bunyi tangisan atau syair pilu yang kedengaran. Para lelaki akan berkumpul beramai-ramai dan menlagukan syair pilu. Ada seorang 'solo' yang mengetuai syair dan yang lain akan mengikut. Macam-macam kerenah dapat dilihat. Ada yang hanya duduk sambil memukul dada. Sesetengahnya akan membentuk bulatan di sekeliling solo. Solo akan berdiri di tempat yang lebih tinggi sambil memberi galakan pada mereka yang mengelinginya. Mereka yang mengelinginya pula akan melompat-lompat dalam bulatan sambil memukul kepala masing-masing seiring dengan sebutan Hussien…Hussien..Hussien..

Televisyen Iran akan menunjukkan upacara ratapan Karbala di negara-negara lain. Ada negara yag menjalankan acara itu di bangunan khas atau tempat-tempat tertentu yang lain. Kebanyakannya rakyat Iran juga yang sudah berhijrah. Apa-apa pun, acara di negara lain tidak mampu menandingi kehebatan panganjuran acara di Iran. Negara lain hanya membuat satu acara. Iran pula menganjurkan acara itu di setiap negeri. Setiap negeri pula ada beberapa bandar. Sebagai pusat Syiah dunia, acara ini boleh dilihat di mana-mana di Iran dan rakyatnya begitu bersemangat mengikutinya setiap tahun.

Saya kagum dengan semangat orang Iran yang begitu memegang teguh pada tradisi sendiri walaupun dikecam dunia. Namun begitu, alangkah bagusnya kalau semangat ini diprakitikkan dalam mempertahankan agama Islam kita. Bukan terhad saja pada tradisi. Jika semua umat Islam ada semangat kuat begitu, agama kita akan berjaya menguasai dunia. Dalam lautan manusia itu, saya hanya berdiri di satu sudut. Sambil memandang mereka yang sedang asyik dalam perbuatan sendiri, saya hanya tersenyum. Sungguh hebat semangat mereka dan mereka senang dengan perbuatan mereka. Saya terasa seperti hidup di planet lain. Lain benar dengan tempat-tempat lain yang pernah saya lawati. Dalam hati saya berbisik…walau berapa tahun pun aku tinggal di sini, walau berapa kali pun aku menonton acara mereka ini, ini tetap bukan dunia aku. Dunia aku ada di sana sedang menunggu aku dengan segenggam ijazah…

Firuz Akhtar Lubis
September 2006

Penulis merupakan pelajar semester keenam di Universiti Al-Zahra di Tehran, Iran dalam bidang Perbandingan Tamadun Islam Khasnya Peradaban Parsi.
Bookmark and Share

Saturday, September 30, 2006

Slamat berbuka dgn makanan sedap2. Waaaa...nak jugak!

dah seminggu umat Islam seluruh dunia berpuasa kan? sekejap je dah seminggu kan? cepat gile. aku 2 hari lepas gi beli buku untuk sem ni. adui....kopak gak la. mahal gile buku. dah la aku ada 10 subjek. ada la hampir 200 ringgit duit aku habis untuk buku je la. takpela. ilmu punye pasal... alhamdulillah aku gi dgn kawan vietnam aku. ada la org tolong angkatkan skali buku aku yang belambak2 tu. hehehehhe. aku tiap2 hari buka pose dgn makanan universiti je la. tak sempat nak masak. abis klas pun lambat. ala..kalau takde klas pun, malas gak nak masak. hihihiih. makan sorang2 je. buat apa la nak masak? tak de mood. lain la kalau makan reramai. ok kt sini aku ada sambung artikel aku. siri ketiga. jumpa lagi ye dalam post akan dtg. sayonara.....

SIRI 3: MUHARRAM BULAN TANGISAN

Pengalaman tinggal di kalangan penduduk Syiah memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kepercayaan dan amal ibadat mereka ada sedikit perbezaan dengan mazhab kita. Kadangkala terasa hidup di lingkungan orang berlainan agama lebih mudah berbanding hidup di kalangan orang berlainan mazhab. Walaubagaimanapun, kami tetap seagama dan alhamdulillah saya mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Iran kini memang terkenal di seantero dunia dengan pelbagai kontroversinya yang tersendiri. Sebagai salah satu daripada negara Islam yang terkuat, Iran juga mendapat perhatian dunia. Mungkin sesiapa yang belum pernah datang ke Iran akan berfikir yang Iran adalah sebuah negara yang amat tegas dalam hukum Islam. Sememangnya setiap wanita yang menjejakkan kaki di Iran perlu mengenakan tudung kepala tanpa mengira bangsa dan agama. Namun begitu secara terus terang saya katakan yang pemakaian tudung di negara kita lebih elok dan baik berbanding Iran. Sedikit saja dari mereka yang memakai tudung dengan elok. Selebihnya hanya sekadar mengikut undang-undang di negara Iran.

Wanita di sini juga mengenakan cadur (sejenis kain yang lebar dan besar seperti cadar). Lazimnya cadur yang dipakai berwarna hitam dan dipasang di kepala dan panjangnya mencecah kaki. Boleh dikatakan warna hitam adalah warna rasmi Iran. Pada bulan-bulan awal di Iran, ramai yang memandang saya dengan pandangan yang tidak menyenangkan. Di kalangan pelajar asing di Qazvin, hanya saya seorang yang berani memakai pakaian berwarna-warni. Kebanyakan pelajar asing perempuan mengenakan pakaian seperti perempuan Iran. Saya pula selamba memakai baju kurung yang berbunga dan berwarna-warni ke kelas. Tidak lama kemudian, kawan-kawan mula mengikut cara saya. Tidak lagi 'berkabung' dengan warna hitam saja. Pada pendapat saya, apa salahnya saya berpakaian ceria. Pakaian saya menutup aurat, lebih baik dari berpakaian hitam tetapi tudung hanya menutup separuh kepala.

Salah satu daripada perayaan terbesar di Iran ialah bulan berkabung pada bulan Muharram yang lebih dikenali sebagai bulan asyura. Bagi penganut mazhab Syiah bulan Muharram adalah bulan berkabung kerana Saidina Hussin syahid dalam tragedi peperangan pada bulan itu. Bermula dari 1 Muharram, Iran akan mula dipenuhi dengan kain rentang hitam. Masing-masing mula berpakaian hitam dan hanya lagu-lagu rintihan dan tangisan yang kedengaran. Berbeza dengan negara kita, 1 Muharram disambut dengan meriah sempena tahun baru kalendar Islam.

Rasa berpinar mata apabila semua tempat yang dipandang berwarna hitam. Telinga pula disajikan dengan rintihan dan tangisan. Betul-betul mempengaruhi spiritual seseorang untuk merasa sedih. Sensitiviti rakyat bertambah menjelang 9 dan 10 Muharram. 9 dan 10 Muharram merupakan cuti umum sempena ulangtahun hari kematian Saidina Hussin. Jika ada seseorang memasang lagu, sudah pasti ada yang datang menegur. Kadang-kadang rasa tertekan pula apabila semua orang perlu mendengar kaset ratapan sayu. Oleh itu, saya dan kawan-kawan dari negara asing sering mendengar muzik atau memasang CD secara senyap-senyap di dalam bilik.

Saya seperti biasa akan memakai baju berwarna. Tidak mahu menambah ‘kesuraman’ suasana sebegitu. Alhamdulillah rakyat Iran tidak mengambil kisah sangat tentang pakaian saya kerana saya bukannya orang Iran. Walaubagaimanapun, kawan-kawan saya yang tidak beragama Islam atau mereka yang tidak 'alim' pun akan terdorong untuk memakai pakaian hitam kerana desakan suasana. Jika mereka memakai tudung yang berwarna cerah,mereka akan berasa janggal.

Pergi saja ke bandar, suara ratapan dari pembesar suara akan kedengaran. Barangan berkaitan dengan Saidina Hussin dijual di mana-mana. CD rintihan, kain rentang, pengikat kepala, pelekat, poster dan sebagainya banyak dijual. Hampir semua kereta juga memasang kaset yang sama dengan suara yang kuat. Naik pening kepala saya mendengar suara tangisan di merata tempat.

Pada pagi 9 Muharram, semua tempat akan ditutup. Sukar juga mahu menjumpai kedai yang dibuka. Semua orang akan membanjiri kawasan tumpuan di tempat masing-masing. Hari itu ‘perbarisan ratapan’ akan dijalankan. Terdapat kumpulan besar dan kecil menyertai perbarisan itu. Setiap kumpulan terdiri daripada ahli pemain muzik, ahli ratapan dan penyair. Alat-alat muzik yang digunakan ialah gendang yang amat besar, gendang-gendang kecil dan piring pemukul. Selalunya para pemain muzik terdiri daripada para remaja. Mereka memakai pakaian seragam hitam dan mengikat kepala masing-masing dengan kain tertulis 'Ya Hussin', 'Hussin Jan' (Hussin Nyawaku) dan sebagainya. Ahli ratapan akan membuat 2 barisan dengan pakaian seragam hitam. Setiap satu daripada mereka memegang rantai besi yang mempunyai pemegang. Menjelang hari asyura, rantai besi ini akan dijual di merata-rata tempat. Dari saiz kecil untuk kanak-kanak sehinggalah yang besar dan nampak menggerunkan. Penyair pula akan berdiri di hadapan kumpulan sambil memegang mikrofon. Ada pula seorang lain yang akan tolong menolak pembesar suara.

Suara pukulan gendang memecah keheningan pagi 9 Muharram itu. Setiap kumpulan bagaikan berlumba-lumba untuk membunyikan gendang dengan lebih kuat. Jantung saya seperti mahu tercabut akibat kedahsyatan bunyi itu. Posisi setiap kumpulan adalah seperti berikut : belakang kumpulan terdiri daripada pemain muzik, para peratap sengan rantai besi berdiri di tengah dan penyanyi berdiri di hadapan sekali. Penyair akan mendendangkan kisah berdarah Karbala. Para peratap akan berjalan secara tersusun ke hadapan sambil memukul badan mengikut rentak syair dan muzik di belakang kumpulan. Semakin kuat pukulan gendang, semakin kuat mereka memukul badan. Baju hitam yang dipakai juga menjadi putih akibat kekuatan pukulan. Ada juga baju yang terkoyak dan lebam biru di belakang badan terserlah. Bilangan kumpulan bagi setiap kawasan tidak tetap. Bergantung pada kepadatan penduduk di sesuatu kawasan. Kadangkala angka kumpulan di kawasan boleh mencapai 20.

Saya hampir tenggelam dalam banjiran orang ramai. Alhamdulillah kawan saya kejap memegang tangan saya. Ketika sedang sibuk mencari tempat yang sesuai untuk menonton perbarisan , tiba-tiba saya ternampak beberapa orang lelaki berpakaian perang zaman dahulu sedang menunggang kuda dan unta. Rupa-rupanya ada pertunjukan secara langsung tentang peperangan di karbala dan pertistiwa syahid Saidina Hussien.
Orang ramai yang datang untuk menonton perbarisan semuanya berpakaian hitam. Anak-anak lelaki kecil pula selalunya dipakaikan jubah putih, selendang putih di kepala, dan pengikat kepala. Sebenarmya itu adalah simbolik untuk anak kecil Saidina Hussien yang katanya bernama Ali Asghar. Ali Asghar yang masih bayi ketika peperangan karbala berlaku, mati akibat dipanah pihak musuh. Menurut cerita yang saya dengar daripada kawan saya, pihak musuh menyekat saluran air daripada sampai ke pihak Saidina Hussien. Saidina Hussien yang kasihankan anaknya, mendukung anak kecil itu ke hadapan untuk menunjukkannya kepada pihak musuh. Pihak musuh dirayu supaya memberi sedikit air kepada anak kecil yang tidak berdosa itu. Malangnya kata rayuan itu bukan sahaja dipandang remeh malah anak kecil itu pula dipanah di tengkuk. Oleh itu, sesetangah kumpulan yang lazimnya terdiri daripada kanak-kanak akan membawa replika keranda atau buaian bayi yang berlumuran cat merah (simbol darah). Orang ramai pula akan menyemat wang pada buaian itu. Kadangkala buaian itu akan kelihatan berwarna-warni pula kerana diselubungi wang kertas pelbagai warna. Air percuma akan diberi pada orang lalu lalang sebagai simbolik utuk menghilangkan dahaga pihak tentera Saidina Hussien yang kehausan pada peperangan. Ada juga para wanita yang membawa labu air (kosong sebenarnya) untuk tujuan yang sama.
Bookmark and Share

Sunday, September 24, 2006

Ramadhan Mubarak..

Selamat berpuasa ya kawan2 sume. semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna berbanding Ramadhan yang lepas. korang nk tau tak...hari ni pun Iran tk pose lagi tau. (Ahad, 24 sept)..pelik tak? hari ni masih dianggap hari syak. esok baru mula puasa. hai...lantak la korang..asyik nak berlain je dgn negara lain. seperti biasa...aku pose sorang2 le. solat terawih sorang2 dlm bilik. buat 8 je la. hehehehhe. nk hantar gmbr kt salam aidilfitri kt utusan tapi tak reti la. ada sape2 bole tolong ajar tak? aku dah cube hantar tapi tak tau la btol ke tak.
ok..skang aku akan sambung artikel aku yang siri kedua tu.

SIRI 2: CABARAN SENTIASA MENZIARAHIKU

Keesokan harinya saya bangun dari tidur dengan badan yang panas. Ibu mula merungut. Baru dua hari di Iran, sudah demam. Bagaimana saya mahu tinggal di negara yang bersalji ini selama bertahun-tahun? Itupun salji masih belum turun lagi. Hanya cuacanya amat sejuk. Kami pergi ke Kementerian Pendidikan untuk melaporkan diri dan saya dikehendaki pergi ke Qazvin untuk memulakan pelajaran. Qazvin adalah salah satu daripada negeri di Iran. Ia terletak kira-kira dua jam dari Tehran. Kami bertolak ke Qazvin dengan menaiki teksi. Sekali-sekala kami berhenti di pertengahan jalan untuk berehat.

Qazvin amat berbeza jika dibandingkan dengan Tehran. Udaranya bersih. Tidak banyak kesesakan lalu lintas dan tenang tanpa banyak bunyi bising. Tapi sudah semestinya agak kekampungan. Terasa seperti berjalan di padang pasir. Kami tiba di Universiti Antarabangsa Imam Khomeini dan saya dibawa ke pusat bahasanya. Di situ pelajar-pelajar asing akan mengikuti kursus bahasa sekurang-kurangnya setahun. Ayah saya yang mendaftarkan saya di situ kerana di kalangan kami dia seorang sahaja yang mengetahui bahasa Parsi. Saya ditempatkan di kelas satu (4) dan sebenarnya kelas sudah dimulakan dua tiga hari lepas.

Ayah membawa saya ke kedai untuk membeli beberapa keperluan asas seperti barangan mandi dan sebagainya. Kemudian kami ke bank untuk membuka akaun baru.Sementara menunggu ayah menguruskan hal akaun, saya dan ibu duduk di ruang menunggu. Tiba-tiba ibu mula menangis. Tidak berhenti-henti mengelap air mata yang semakin deras mengalir di pipi. Saya merusaha memujuk ibu yang kelihatan sedih. Ibu kata yang saya gembira mahu meninggalkannya kerana saya tidak mengalirkan setitis air mata pun. Dengan senyuman saya berkata:"Jangan menangis ummi. Along sudah bertahan dari awal sampai sekarang untuk tidak menangis. Along mahu jadi kuat." Saya tidak mahu menangis di hadapan mereka kerana saya tidak mahu mereka bimbang.

Kami tiba di asrama perempuan. Asrama perempuan dikelilingi dengan dinding yang tinggi. Pintu masuknya diselubungi kain langsir yang amat besar dan berat. Ibu membantu saya membawa barang ke dalam asrama. Saya ditempatkan di bilik 3 orang. Ketika saya tiba di bilik itu, seorang gadis sedang bersiap-siap untuk ke kelas. Kulitnya cerah, sederhana tinggi dan dia berasal dari Tajikistan.

Akhirnya masa untuk mengucapkan selamat tinggal tiba jua. Saya tidak berasa sedih sangat ketika meninggalkan keluarga di Malaysia kerana kedatangan saya ke Iran ditemani ibu dan ayah. Ayah dan ibu memeluk saya erat. Terasa berat hati untuk berpisah. Kali ini jika kami berpisah entah bila kami akan bertemu lagi. Ketika itu rasa sebak mula bertandang. Tanpa disangka titisan air mata saya yang pertama pun mengalir.

Perjuangan saya bermula dari saat itu. Selama ini ibu dan ayah begitu menjaga saya. Hidup saya hanyalah rumah dan asrama saja. Ke mana saja saya pergi pastinya ditemani ahli keluarga. Terasa seperti seekor burung yang berada di dalam genggaman tuannya. Setelah dibesarkan dan diberi pendidikan, tuannya meleraikan genggaman dan berkata, "Terbanglah dikau di langit biru. Pandai-pandailah membawa diri. Kelak tiada siapa yang akan membantumu lagi.". Terdetik di hati, mampukah saya? Dengan sayap yang baru tumbuh ini, mampukah saya terbang membelah langit biru?

Rakan sebilik saya namanya Shahnaz. Pintar berbahasa Tajiskistan, Rusia dan Parsi. Seorang lagi kawan juga berasal dari Tajikistan. Agak tembam orangnya dan namanya Syafaat. Hari-hari pertama di Qazrin memang sukar. Kami bertiga berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Terasa seperti itik bercakap dengan ayam pula! Puas saya digelakkan Shahnaz dan Syafaat. Saya menjadi seperti burung kakak tua apabila asyik mengulang kata-kata mereka. Saya bertekad untuk cepat-cepat mempelajari bahasa parsi supaya saya dapat berkomunikasi dengan orang lain. Tiap-tiap malam sebelum tidur, Shahnaz akan mengajar saya beberapa perkataan baru. Dipaksanya saya menghafaz banyak perkataan dalam satu malam. Dia akan menguji saya semula samada saya ingat atau tidak. Sukar juga belajar di bawah bimbingan guru yang tegas itu tetapi sememangnya jasa Shahnaz tidak akan saya lupakan. Dia adalah salah satu daripada penggerak penting dalam proses pembelanjaran parsi saya.

Tidak cukup dengan itu, kadangkala mereka mengajar saya perkataan-perkataan salah. Shahnaz sekali sekala akan mengajar saya bahasa Tajikistan. Saya yang tidak tahu apa-apa hanya mengulangi perkataannya sehingga orang lain datang menegur. Saya jadi keliru. Yang mana satu yang betul? Bahasa Parsi dan Bahasa Tajikistan bercampur aduk dalam fikiran sya. Suatu hari saya bertanya daripada seorang gadis Yaman mengenai nama pelajar di situ. Dia memberitahu saya yang pelajar itu namanya Khar dan seorang lagi Khuk. Semestinya sebagai pelajar baru di situ saya mula mencari ramai kenalan baru. Saya cuba menegur mesra tapi sebaliknya saya dimarahi pula. Rupa-rupanya Khar membawa maksud keldai manakala Khuk pula babi! Sabar sajalah dengan kerenah kawan-kawan yang suka mengenakan saya. Walaubagaimanapun, dengan sikap mereka ini, semangat saya untuk mempelajari Bahasa Parsi semakin membara. Dalam masa sebulan saja, saya sudah mula boleh bercakap.

ok. sampai sini dulu. berjumpe lagi kite pada masa akan dtg. slamat berpose ye sume! wassalam
Bookmark and Share

Thursday, September 21, 2006

Siri Pertama Artikelku

Aku sebenarnya baru siapkan artikel utk majalah student malaysia kt mesir. diorang yang mintak aku tolong tuliskan. dah siap dah tapi tak tau la samada artikel aku ni best atau tak. aku hanya tulis apa yg aku tau saja la kan. tak hantar lagi sebenarnya ni. terhilang plak emel diorang. so sementara tunggu reply dari pihak sana, aku lepak la dulu. bile artikel dihantar ke majalah, tak sume yang akan dipaparkan. mesti la ada bhg yg akan dipotong. so..khas untuk pembaca blog aku ni, aku akan masukkan artikel aku yg original dlm blog ni. tapi bersiri2 la tau. kalau dah namanya artikel utk majalah, bhsnya agak serius n berbunga2 la skit. hihihiih.


SIRI 1: AZAM BARU DI DUNIA BARU

Masih terasa lagi basahnya pipi tatkala saya menangis pada petang 2001 itu. Perasaan kecewa yang melanda jiwa tidak dapat digambarkan. Sejak kecil saya sering memanjat tangga pentas untuk mengambil hadiah di atas kejayaan cemerlang. Namun begitu, pada petang perjumpaan ibu dan guru itu, saya terasa tercabar. Keputusan peperiksaan percubaan SPM saya tidak beberapa baik. Ada juga guru yang mengatakan saya sudah tiada harapan untuk mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Paling tinggi pun mungkin B4. Saya terasa kecewa dan malu terhadap ayah dan ibu. Dengan linangan air mata, saya memohon maaf. Saya sudah cuba yang terbaik tetapi keputusannya tetap begitu.

Tanpa saya sangka, ayah dan ibu hanya tenang. Tiada sedikit pun riak marah atau kecewa yang muncul pada wajah mereka. Terima kasih ayah, ibu. Sesungguhnya kalianlah insan yang paling memahami diri ini. Ketika itulah ayah mencadangkan aku mengambil bidang Sastera Parsi di Iran. Sememangnya ayah hanya memberi cadangan dan tiada langsung unsur-unsur paksaan. Entah mengapa ketika itu hati saya berubah 360 darjah. Saya yang dulunya begitu bencikan sastera tiba-tiba begitu berminat dengan cadangan ayah. Betullah kata orang yang kita tidak patut terlalu membenci atau terlalu menyukai sesuatu, kelak yang sebaliknya pula akan terjadi. Sejak hari itu saya sudah mengambil keputusan untuk memilih Sastera Parsi sebagai bidang saya. Walaupun begitu, saya tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi SPM yang bakal menjelma.

Alhamdulillah keputusan SPM saya tetap cemerlang. Walaupun saya menerima banyak tawaran untuk belajar di matriks dan institut pengajian tinggi yang lain, saya tetap menolak. Setelah menunggu keputusan penerimaan ke universiti dari Iran hampir setahun, akhirnya surat dari Iran pun tiba. Ayah saya terus membeli tiket kapal terbang syarikat Iran Air pada awal bulan Januari 2003.

Malam itu rumah kami penuh dengan tetamu. Rumah terang benderang disimbahi cahaya lampu. Kawan sepejabat ayah turut datang untuk meraikan pemergian saya. Kira-kira 5 buah kereta mengiringi pemergian saya ke lapangan terbang. Saya merupakan cucu sulung dalam keluarga. Oleh itu, saya adalah 'perintis' di kalangan cucu untuk pengajian di luar negara.

Pelbagai nasihat dan pesanan ditaburkan. Belajar bersungguh-sungguh, jangan lupakan kami dan yang paling menggelikan hati-jangan kahwin dengan orang Iran. Melihat ahli keluarga yang datang beramai-ramai untuk memberi sokongan, saya terharu. Saat yang dinantikan telah tiba. Beberapa orang ahli keluarga menangis kesedihan. Setelah mengucapkan selamat tinggal dan memberikan lambaian terakhir, saya, ibu dan ayah melangkah ke arah perhentian 'skytrain' di KLIA. Peliknya tiada setitis pun air yang mengalir di pipi saya.

Penerbangan le Iran selama 8 jam memang memenatkan. Hari masih gelap tatkala kami tiba. Sementara menunggu kedatangan kawan ayah, kami mengambil tempat duduk. Lapangan Terbang Iran tidaklah sebesar mana. Terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan KLIA. Rakan ayah, Oghoye Ali (Encik Ali) akhirnya tiba dengan senyuman lebar. Saat melangkah keluar dari lapangan terbang, saya sudah menggigil kesejukan. Terdetik di hati, bagaimana mungkin saya tinggal dalam cuaca sejuk begini.Selama ini pun saya tidak tahan dengan penghawa dingin di hotel. Inikan pula musim sejuk yang bertemankan salji. Melihat kota Tehran pada pukul 6 pagi memberikan saya rasa baru. Teringin melihat Tehran dengan sepuas-puasnya tetapi hari masih gelap. Kami dihantar ke sebuah hotel. Setelah solat subuh, kami tertidur kepenatan.

Saya bangun dengan semangat berkobar-kobar. Tehran, tungulah kehadiranku! Kota Tehran memang begitu sesak. Ayah saya beritahu Tehran tiada bezanya dengan Jakarta. Bilangan orang di Tehran pada waktu siang menjangkau ke 15 juta manakala malam pula 12 juta. Pada waktu siang, penduduk dari kawasan berdekatan akan membanjiri Tehran untuk bekerja. Saya tidak mampu bernafas dengan baik. Udaranya kotor dan tercemar. Bagaimana saya mahu tinggal di sini jika bernafas pun terasa sukar?

Orang-orang Iran cantik belaka. Asal mereka adalah dari golongan Aryan. Tinggi, berkulit cerah, mata berwarna dan rambut juga ada yang bewarna cerah. Boleh dikatakan mereka seperti orang Eropah tetapi mereka mempunyai kecantikan tersendiri. Secara nisbah saya boleh katakan dari 10 orang, 6 tergolong dalam kumpulan cantik. Bagi saya, orang yang menyapu sampah di tepi jalan juga boleh dijadikan model!

Perempuan di sini memakai pakaian yang dipanggil montu. Montu ini seperti jubah berseluar. Perbezaannya, mereka memakai montu dengan seluar jeans. Tudung pula kelazimannya ‘maknae'. Sejenis tudung seperti tudung sekolah cuma lebih pendek. Paling panjang pun sehingga ke paras dada dan diperbuat daripada kapas(cotton). Terasa kelaianan dan kejanggalan diri ini lantas saya meminta supaya dibelikan montu dan maknae. Sebagai permulaan, saya membeli dua pasang montu berwarna biru dan kelabu. Dengan montu baru, kami menyusuri jalan Tehran yang sesak. Setiap mata tertumpu kapada kami. Terasa seperti artis terkenal pula!

Kami pergi ke Enqelab-tempat yang dipenuhi dengan buku.Ayah seperti biasa meluangkan masa yang banyak melihat buku-buku disitu. Saya dan ibu penat menunggu ayah. Semestinya kami bosan menunggu kerana kami tidak tahu langsung bahasa Parsi. Berbeza dengan ayah dia tahu bahasa Parsi dan sudah pasti dia mengalami waktu yang menggembirakan. Sambil menuggu ayah, saya dan ibu sempat memerhatikan orang Iran yang lau-lalang. Kebanyakan daripada mereka mempunyai hidung yang bertampal. Ibu berbisik"Mungkin orang Iran ramai yang terjatuh sehingga hidung mereka patah". Pembedahan plastik memang terkenal dan berleluasa di Iran. Mereka menjalani pembedahan plastik mata, pipi, bibir, dan yang paling popular ialah pembedahan hidung.

Ayah keluar dari kedai buku terpakai dengan dua ikat buku. Itu baru satu kedai! Belum lagi kedai-kedai lain. Kami singgah makan di sebuah restoran bawah tanah. Melihat makanan yang disediakan di situ, tekak saya kembang. Lain benar dengan makanan kita di Malaysia. Tengok saja rupa, saya sudah tidak lalu. Supnya hijau semacam lumut saja! Kami hanya memesan teh biasa dan roti.


Bookmark and Share

Khabar Pertama Dari Tehran...

Assalamualaikum. apa kabar? aku skang dah sampai ke bumi Iran ni. kalau ikutkan hati, malas sebenarnya nak balik sini. tapi bile teringatkan pelajaran kt u, aku pun pujuk la diri supaya sabar n balik je la. lagipun sebenarnya ramai yg tunggu kepulangan aku. kesian kt kawan2 aku. diorang lagi la tak de pegi mana2 waktu summmer holidays ni. kawan2 vietnam aku duduk asrama je la. bile nampak je aku, terus menjerit2 kegembiraan. terkejut gak aku. dia kata kalau aku lambat skit balik, dia akan jadi gile. ye la. mmg boring la kalau duduk kt asrama yg sememangnya boring tu.

yang penatnya...kena kemas balik bilik tu. kononnya sblom summer holidays tu, bilik perlu dikosongkan sbb nak cat asrama. jenuh gile nak kemas. sblom2 ni tak pernah kena kosongkan bilik. kunci je. kali ni bile kena kosongkan, rasa susah gile. ye la. barang slama 3 tahun nak kemas. tak ke banyak? pas tu kan...bile balik asrama, tengok2 sata hapak benda pun tak buat. tensionnyeeeeeeeee...buat penat je aku kosongkan bilik tu. skang ni kena kemas balik. sabar je la. sampai skang tak habis kemas lagi. nanti la aku sambung balik keje tu...

alhamdulillah flight aku hari tu ok. masa flight dari cairo ke dubai, aku dpt duduk di tengah2 antara 2 org lelaki arab. aduii....dah la badan tahap bapak bear. semput aku kt tengah2. nak gerak skit pun susah. dah la hampir 4 jam. keras la aku duduk menonton tv depan krusi. itu pun alhamdulillah ada tv. kalau tak de, terus kejang aku kt situ.

sampai dubai pukul 12 tgh mlm. next flight pukul 1.15 a.m. so dgn pantasnya aku gi mencari surau n tandas. pening gak kpala cari. penah gi solat kt situ tapi lupa plak kt mana. akhirnya setelah bersai' jauh, akhirnya aku jumpe gak surau. bile dah siap tu, haaaa.....mcm cite dlm filem plak. aku lari gile....sbb rasa2nya mcm dah terlambat. tengok kt screen, dah tunjuk last calling. apa lagi..lari la aku memintas sume org. ckp excuse me...excuse me....alhamdulillah aku kena bwk handbag dan laptop je. ringan la skit. yg aku tak percaya kedua-dua beg aku boleh lepas masuk dlm cargo kpl terbang. hehehehhe. gumbiranya aku....mula2 tu cadang nak bubuh beg hijau gedabak je dlm cargo sbb rasanya dah terlebih berat. pastu tetiba plak miss tu mintak plak beg hitam medium aku yg lagi satu. bile timbang, sumenya 39 kg. lpas plak. wakakakkaka....aku dah siap suruh adik aku bwk beg stanby lagi. kot2 kena buang skit benda ke? alhamdulillah....

bile naik flight dari dubai ke tehran plak, dah mula nampak muka2 iran. dah rasa boring plak. hihihiih. tu tak sampai lagi tu. alhamdulillah dapat duduk sebelah pompuan. sampai tehran pukul 3 a.m. terus tukar duit, naik teksi n gi rumah kwn sbb waktu tu asrama tutup.

2 hari lepak rumah die, aku balik asrama. mcm2 komen aku dengar. firuz dah gemuk la...firuz dah gelap mcm org afrika la...hai..lantak la korang nak cakap apa2. yg pentingnya i really had a wonderful,wonderful summer in egypt.

hmmmm...berrmula la cabaran baru untuk sem baru ni. kwn bilik aku org cine. dia dah habis blaja n skang nak uruskan sijil je. sementara tu, dia kerje kt syarikat cine. so..dia jarang balik asrama. term ni macam aku sorang2 la kat dalam bilik. bagus gak. tak nak aku dpt kwn bilik baru. nanti mesti org afghanistan nak masuk bilik aku., dah la ramai kwn yg akan dibawa ka bilik nanti. susah plak aku nak studi kalau asyik bawa tetamu je.

ok la. sampai sini dulu. sori sbb tak dpt nak tembus masuk frenster kt iran ni. sbb tu la aku tukar blog ni. apa2 pun....aku nak ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. semoga puasa kite diterima Allah. dan semoga puasa tahun ini lebih elok dari sebelumnya. jumpe lagi ye? khudahafez (bye dlm bhs parsi)
Bookmark and Share

Monday, September 04, 2006

Sleeping Beast Meets Ahmadi Nejad

walaupun handset aku dah berkali2 berdering, rasa macam mata aku ni digam2 plak. susah btol nak buka. jwb je tepon, dgr suara org arab. trus buka mata. rupanya org dari markaz iqra' tepon. dia kata klas aku yg sepatutnya mula pukul 11 akan bermula pukul 9.30 pg. ltak je tepon, dgn automatiknya aku buat filem hindustan atas katil. aku berguling2 sambil jerit tension..tidak!!!! zawil yg kt katil sebelah pun terkejut. dia tanya-kak firuz, kenapa?!- geramnye! malas nak bangun. dah la mengantuk gile ni!

aku gagahkan gak diri bangun. sememangnya aku sampai lambat la. aku kalau dah mengantuk, mmg susah skit nak concentrate. cuba bayangkan, aku dah la sesorang dlm kelas tu sbb amik private learning. sambil baca petikan kuat2, aku bole tetido! hihihiih. pastu bile terjaga, aku buat2 la yg kononnya aku tak paham perkataan tu. sbb tu la ter'pause' kejap. pastu bile aku punye ngantuk dah sampai tahap gaban, aku minta kebenaran gi toilet. haaa...ni aku mmg tak percaya aku bole buat benda ni. kt tandas tu ada cermin. pastu ada la tempat nak letak syampu ke, sabun ke, brg2 ke kt depan cermin. aku dgn selambanya bole letak kepala kt atas tu n zzzzzzzzzzz... bile kepala terjatuh, aku letak kepala balik n sambung zzzzzzzzzz....2, 3 kali gak la aku letak kepala balik. pastu buka mata luas2 n senyum kt cermin tu sambil ckp...firuz! aja2 huaiting!!! jgn mengantuk ok? hai...apa la nak buat dgn budak firuz sorang ni? mmg dasar sleeping beast la.

alhamdulillah aku slamat selesaikan kelas dgn jayanya. akhirnya aku dah bole concentrate kt pelajaran klas. alhamdulillah. ptg tu singgah la kt cc. bile bukak akhbar utusan. seperti biasa ada berita pasal negara kontroversi 'tercinta' aku tu. iran ada masalah plak dgn pihak atom antarabangsa sbb iran tak berentikan kerja diorang. ada plak tulis kt situ, kemungkinan berperang plak. waaa!!!!jgn la perang. kesian la kt org2 iran. kesian kt aku gak. tinggal je setahun nak habis studi ni. presiden iran- ahmadi nejad mmg berani. dia janji takkan berenti keje atom diorang sbb dia kata itu hak diorang.

bile ckp pasal ahmadi nejad ni, aku teringat lak kenangan aku nampak encik ahmadi tu secara live. sebenarnya ahmadi nejad tu nama family dia je. aku lupa nama pertama die. huruf j kt nama nejad tu disebut mcm huruf s kt perkataan pleasure. masa tu univ. aku menyambut ulangtahun ke 40. presiden dtg sempena perayaan tu. pastu plak ada sessi ckp2 antara presiden dan bebudak u. mula la mcm2 komen kuar. ahmadi nejad amik keputusan utk melawat asrama waktu tu gak sbb bubudak bnyk komplen psl asrama.

masa tu aku ada dlm bilik kt tingkat 3. bebudak jerit kt asrama.-ahmadi nejad miyod...ahmadi nejad miyod..maksudnya, ahmadi nejad nak dtg. sume dah gelabah. nak kemas bilik ke tak. kitorang bebudak foreigners mule le kelam kabut kemas bilik. takut dia buat spot check kt bilik foreigners plak kang. kat halaman asrama tu mmg dah penuh gile. bebudak dah berkumpul reramai. aku malas nak turun. so duduk kat balkoni je jadi pemerhati. bebudak bilik2 sebelah aku yg terdiri drpd pelajar asing, lepak kt balkoni gak. malas aku nak turun. biar la bg bebudak iran sendiri tengok dr dekat presiden diorang tu.

punya le lama tunggu. akhirnya yg ditunggu tu pun tiba. ish..ish..ish..comel je sebenarnya ahmadi nejad ni. rendah orgnya. tak nampak langsung dia. tenggelam dek org ramai. bebudak pompuan asrama pun lagi tinggi dari dia. ada la bodyguard beberapa org. bebudak pompuan hulur2 surat luahan perasaan atau komen mereka pd dia. ahmadi nejad ni baik orgnye. walaupun sesak, dia sambut gak surat2 yg banyak tu selagi terdaya. pastu tetiba shakira, kwn sri lanka aku cuit aku dan ckp...firuz, let's go down n take a picture of him. shakira ni medic student. secara kebetulan dia ziarah univ. aku hari tu. so..mmg die lepak sama aku la. aku mmg ckp english dgn die. ye la. nak gak 'rest' dr bhs parsi skali skala. aku sempat ckp..what?! n ternganga tapi dia dah tarik aku.

mmg adventurous sungguh dalam usaha nak amik gmbr pemimpin negara yg semakin popular kt dunia sejak akhir2 ni. rasa mcm nak buat misi penting utk negara je. shakira dan aku dah pegang tangan kuat2 sambil turun bwh. tangan sebelah aku dah pegang kamera. punye le ramai!!! aku dah la pendek je. sakit tangan aku digenggam shakira kerana dia takut aku terlepas tangan. aku berpeluang tengok muka ahmadi nejad tu dari dekat tapi tangan plak tak le nak ke atas utk amik gmbr sbb terlalu ketat.

aku dan shakira ikut je presiden. skali skala terdengar jeritan sbb ada yang nak terjatuh la, ada yg kena pijak sikit la. aku sempat la amik gambar seflash dua. tapi aku rasa mmg tak jadi gmbr tu la sbb dah gelap masa tu. budak2 pompuan iran mmg kuat gile la. kuat betul diorang menolak org. dlm masa aku cuba bergelut nak imbangkan bdn dan mencapai tangan shakira, tetiba plak aku rasa mcm aku dlm laut. rupa2 nya aku jatuh dlm parit!! habis basah seluar aku!terus terbantut usaha aku untuk jd mamarazzi. aku jerit panggil shakira suruh berenti. alhamdulillah dia nak dgr ckp aku.

baru le aku tahu cabaran menjadi seorang wartawan. mmg susah gile.aku mmg tak sanggup sbb aku susah skit nak sabar. kalau aku jadi wartawan, mau je aku buat road block kt depan ahmadi nejad. aku tanya dia soalan puas2. selagi dia tak jawab soalan aku, jgn harap la aku nak bg jalan. kalau tak, biar aku baling bom atom sebiji kat die. hihihihi.

mmg pengalaman yg tak dpt dilupakan. bukan senang nak tengok pemimpin negara yg terkenal kt dunia secara live. tak brapa lama lps tu, tetiba plak asrama bagi peti ais baru, carpet besar baru, baiki sana, baiki sini. dah tobat agaknye. hehheh. itu la dia penangan seorang insan yg bernama ahmadi nejad.

ok sampai sini dulu ye. insya Allah kite jumpe dlm post akan dtg. take care guys....khudohafez!( goodbye in persian)
Bookmark and Share

Thursday, August 31, 2006

Besday Edisi 4 Tahun

Tak sangka aku dah berumur 22 tahun skang. tiba2 aku terasa pinggang aku mula membongkok. uhuk! uhuk! aku dah tua!!waaaaa!!! eh...apa plak dah tua? makin cute la kan? hiiihihih.

selama aku hidup di perantauan, besday aku ada mcm2 versi. besday aku jatuh pada 29 ogos. jadi, mmg jatuh pada musim cuti panas la. slalu la sesorang sbb waktu cuti. selama 4 tahun ni, lokasi besday aku selalu bertukar2. 2003-iran, 2004-turki, 2005-syria, 2006-egypt.

2003- masa tu musim cuti panas yang pertama buat aku. ramai je kekawan foreigner lain yg balik rumah. aku tak nak la balik sbb aku baru je sampai iran bulan januari tu. tak sampai setahun pun lagi. ingat lagi masa malam besday tu. asrama masa tu hampir kosong. mmg jarang nampak orang. aku duduk di halaman asrama sambil tengok bulan. rasa macam nak nangis tapi tak ada air mata. mmg rasa sayu gak la. tetiba kawan bilik aku(orang afghanistan) dtg dan bagi hadiah kek. gembiranya aku masa tu sampai terkeluar terus air mata. terharu sgt sbb ada gak org yg sudi meraikan besday aku. so..kitorang mkn la kek dua org. wlaupun sgt sempoi dan kecil, aku tetap enjoy. ye la masa tu aku baru 19 tahun. perasaan nak sambut besday dgn family masih kuat. aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kt kwn tu yg ada kt afghanistan skang. kheili mamnun, marzie! yadesh bekher.

2004- pada tahun tu aku ikut kwn turki aku balik rumah dia. ckp dgn dia sorang je sbb dia kwn univ aku. kitorang ckp bhs parsi dua org je la. aku dok menganga la bile diorang ckp turki sesama sendiri. sebenarnya ada banyak pengalaman yang aku tak dapat lupakan masa di turki tu. insya Allah aku akan cuba ceritakan pengalaman aku di turki dalam post2 yang akan dtg. mula2 tu mmg boring la sbb aku tak phm langsung bhs turki. tapi alhamdulillah aku tak buang masa. dari dok menganga tak sudah2, aku habiskan novel pertama aku tu. pastu aku ada gak la blaja bhs turki skali skit2.

masa besday aku, rasa sedih gak. tak ada sesiapa pun ingat. cuba pujuk diri balik. ala....dah masuk 20 tahun dah pun. tak yah la nak ingat besday ni...pastu baru aku sedar yg kwn aku tu pi beli kek . walaupun kek tu kek span 4 segi dalam plastik dari kedai runcit, aku tetap gembira. atas kek span tu plak, dia tonyoh beberapa btg lilin. ala...tak payah berlilin2. tapi dah dia buat, aku tiup je la. pastu amik la gambar sempena dah habis umur belasan aku. tak sangka aku dah masuk umur puluhan....

2005- aku di damascus. ha...masa tu aku glamer skit. hehhehe. dpt banyak sgt hadiah sampai aku boleh susun elok2 atas meja ruang tamu. dapt hadiah dari kwn mesia, indon, singapore, iran, china. plg banyak hadiah dpt drpd kaum adam. hehehhe. nak buat cam mana? dah ada org bagi. amik je la. aku sebenarnya tgh buat homework dlm bilik. tepat pukul 12 mlm, tetiba kekawan nyanyikan lagu hepi besday utk aku. diorang cucuk lilin atas sebiji epal. diorang kata tak sempat nak beli kek sbb kedai dah tutup. ala...aku tak kisah. epal pun epal la. keprihatinan mereka terhadap besday aku tu dah mencukupi sebenarnya.

kata orang, 21 tahun tu kunci kebebasan. btol ke? aku tak tau la. aku rasa sama je. dah beberapa tahun aku hidup sesorang di negara orang. harapnya dgn bertambah usia ni aku semakin matang. tapi...nakal tu mesti tetap ada la!

2006- rasa excited nak sambut besday dah semakin kurang. dah besar dah kot! hehehhe. tahun ni aku di egypt plak. org first yg wish aku adalah kwn iran aku. aku tepon dia pasal urusan semester baru 2 hari sblom besday aku. bile dia dengar je suara aku, terus dia wish aku. terharunye....

pastu mlm besday plak, adik aku, apes tepon dari madinah. aku angkat je tepon, dia terus nyanyi lagu besday. thank u apes!!! love u so much! tak sabar nak tunggu die balik umrah. pastu masa mlm 29 tu mak aku lak tepon. aku sgt2 terharu sebab slama aku di negara org 4 tahun ni, mak aku tak penah tepon masa besday. terharu gile! pastu mak aku ckp, adik2 aku kat asrama tepon rumah suruh mak aku tepon aku sempena besday. thank u adik!! love u all so much! ayah aku yang tak penah ingat besday sendiri pun wish besday kt aku.

paan lak dtg rumah buatkan pizza. zawil masak lauk. aku yg sememangnya malas nak buat apa2, hanya buat puding caramel je la. pastu mbak sane lak dtg rumah. kitorang mkn la sesama.

alhamdulillah, bersyukur pada tuhan sbb memanjangkan umur aku. harapnya umur aku ini akan dihabiskan utk perkara2 berfaedah dan diredhai Allah. aku plg tension dgn soalan sempna umur 22 ni....kak firuz, bile nak kawin? argh!!! tensionnye!

apa2 pun, aku nak ucapkan selamat hari lahir pd sume kekawan2 terutamanya pada mereka yang lahir pd bulan 8. stay cool friends!! got to go. adios...
Bookmark and Share

Sunday, August 27, 2006

Let's Learn Persian 1

Assalamualaikum buat pembaca blog yang dihormati. cewah! formal la plak. selama ni, ke mana2 saja aku pergi mesti orang tanya. bhs parsi tu cam mana ye? bunyinya mcm bhs apa ye? bole ckp sikit tak? bole ajar skit tak? dan macam2 bentuk soalan lagi.

bhs parsi ni sama akar dgn bhs urdu dan bhs hindi. so...skang aku bole la paham skit2 bhs pusing2 pokok dan guling2 atas rumput tu. hehehhe.

untuk menghormati permintaan kawan2 yang ingin tahu ttg bhs parsi dan berminat utk blaja, maka aku wujudkan la bhg ni. kepada yang tak berminat tu tak apa la. sekadar tengok sekali lalu pun jadi la.

ok. kita mulakan dgn nombor. benda yg mudah dulu. aku tulis ikut ejaan bunyi org melayu tau.

yek=satu
do=dua
se=tiga
chohor=empat
panc=lima
shish=enam
haft=tujuh
hasht=lapan
noh=sembilan
dah=sepuluh

itu saja dulu. nanti aku akan sambung dgn nombor lain. kepada yng berminat utk belajar topik lain, hantar la pendapat kat komen ke, mesej ke. insya Allah aku akan ajarkan.
sampai sini dulu. jumpa lagi di kelas akan datang. sayonara!!
Bookmark and Share

Monday, August 21, 2006

Saprol...Turun Dulu Saprol

Di kelas markaz nil, aku ada dua org kawan indonesia. salah seorangnya agak baik dgn aku. aku ada juga gi melepak rumah dia beberapa kali. orangnya pandai main biola. bile tengok dia main biola, dgn tetiba je aku rasa romantik semacam. rasa macam ada angin bertiup n gesekan biola pun kedengaran. cewah! sempena hari kemerdekaan indon yang ke 61, ada banyak acara yang disediakan. dia masuk pertandingan band. masa saringan, banyak juga band yg masuk. band dia plak terpilih sbg salah satu drpd tiga finalis dan akan bertanding lagi pada malam ulangtahun indon. dia jemput aku. aku apa lagi? kecik tapak tangan, stadium bola sepak aku tadahkan!

aku sebenarnya sesaja nak tengok sambutan merdeka org2 indon di mesir ni mcm mana. pada musim panas tahun lepas, aku di damascus, syria. aku pegi la ke majlis sambutan merdeka indon yg ke 60 tu. mmg grand gile! tak kusangka langsung. ada band, tarian, karoake n mcm2 lagi. so, kali ni aku nak jadi pemerhati di mesir lak. sbb setahu aku embassy indon kt iran juga kalau buat sambutan apa2 mmg besar-besaran. waktu raya je,mesti kitorang serbu embassy indon. embassy2 negara lain pun dtg gak.

masalah pertama pun timbul. nak pakai baju apa yek? jenuh aku pikir. aku sebenarnya ada beli baju kebarung tapi tak pernah pakai lagi. nak pakai, rasa malu gak. aku bukan org indon, tapi plak kekobar tunjuk semangat kenegaraan. tapi kawan lain kata...ala, pakai je la. hari kemerdekaan kan? so aku pun rasmikan la baju tu. tapikan....bile tengok kekawan indon lain, aku hampir nak kena sawan. diorang semua pakai baju sempoi. pakai jeans je. malu le aku. aku lak yg kekobar ni. tapi alhamdulillah ada gak sorang budak mesia yg temankan aku. aku pakai baju kebarung, dia pakai baju kurung. alhamdulillah...ada gak la kwn yg pakai baju ala2 kemelayuan ni. kalau tak...malu gue seorang.hehehhe

naik bas dari hayyu sabe' sampai la ke tahrir. embassy indon di belakang four season hotel. sesampai je ada band budak2 belasan tahun tgh buat persembahan. terror btol diorang. kecik lagi tu! main gitar, bass, biola dan vokal dalam lingkungan 10-14 tahun. yg main drum lagi la. 8 tahun! tenggelam langsung di sebalik drum tu. aku mmg tak nampak budak tu langsung. tetiba je drum tu berbunyi. bile habis buat show, tetiba plak ada sorang budak kiut kuar dari tpt drum tu. mmg kecik gile die. n semua ahli band tu pompuan. main plak...lagu apa korang nak tau? lagu jujur dari kumpulan radja.

lps solat asar, kitorang tunggu acara pertandingan kumpulan nasyid dan band bermula. sambil tu, kitorang sembang2 dulu. tetiba plak kitorang ternampak sorang lagi pakai baju kebarung. alhamdulillah..lega la aku. sekurang2nya ada teman. kemudian, baru la kami sedar yg dia tu sebenarnya mc majlis! waa...kekobar aku yek? org ingat aku lak yg masuk pertandingan nasyid sbb pakai baju lawa2. sabar je la....diorang ni sempoi btul la. kalau kite la gi majlis merdeka malaysia, mesti la akhawatnye pakai baju kurung ke baju kebarung ke.btol tak? malunye akuuuu.

pertandingan nasyid pun bermula. kumpulan pertama kumpulan iqra. ada org main muzik n penyanyinya 2 pompuan n sorang laki. bagus gak suara diorang. kump. kedua lak, kump. dai nada. besttt gileeeeeeeeee!!! diorang nyanyi acapella tapi gile hebat. aku dah tak larat nak nganga dah. kump. ni penah buat persembahan kat arma sempena english week. klau buat album, mesti lakunye. kump. tige kump. sohwatussalam. not bad...

lps tu, pertandingan band pun nak bermula. aku duduk dgn akhawat indon yg lain di atas rumput halaman embassy tu. mmg besar gile embassy die. kitorang duduk depan la. ikhwan plak duduk belakang kitorang. aku duduk belakang skali dalam grup pompuan tu. tetiba plak bising kat belakang. bile aku pandang, ada satu kump. lelaki baru sampai dan diorang duduk belakang aku. rupe2nye diorang ni penyokong utk kump. band. ya Allah!! bising gile. diorang penyokong kump. band mummy. siap bersorak2 lagi. ada ketua penyorak..dia sebut kuat2..'motto mumi!!"(lahjah indon utk mummy). pas tu penyokong2 lain jawab reramai....'biasa-biasa saja tapi mantap'. ntah brapa puluh kali diorang ulang pun aku tak tau. band lain buat persembahan pun diorang masih sebut motto kump. mummy. kwn indon aku main biola dalam band yg pertama. dia sorang je pompuan dlm band tu. sayangnya sound system tak btul. tak dengar sgt bunyi biolanya. tapi aku tau dia main dgn baik. band kedua, penyanyinya pompuan. tau tak yg mana? the same girl yg menyanyi utk kump. nasyid iqra. aku terkesima sebentar la. dia bole lagi lompat2 atas pentas. aku rasa dia tu ada kekeliruan aliran la. ngak tau yg mana mau dipilih...penyanyi nasyid atau rocker..

akhirnya tiba la giliran band mummy. ya Allah. telinga aku dah nak tercabut. naik cair taik telinga aku. dah la penyokong2 tu duduk btol2 blkg aku. ketua penyokong dah amik kerusi dah. berdiri atas tu mcm conducter choral speaking lak. dia jerit la suruh sebut motto mummy tu. siap ada bendera. habis dijerit2..i love u mumi(lahjah indon)!!! mmg dahsyat band tu. pemain2 band tu semua balut muka macam mumia. terkezut aku. hidung n mulut balut skali. cam mana la nak bernafas? mmg skru mulut aku dah longgar akibat menganga tahap maksima. bile start je muzik....ganas gile!! penyanyi die mcm menjerit je. sampai timbul urat2. pemain gitar siap lompat2. kalau lompat kijang tak pe gak. penyokong blkg aku apa lagi....diorang ikut lompat la..takut aku..dah siap pegang kepala...takut diorang terjatuh kat atas aku. tak pasal2 aku penyek dihempap nanti. ada sorang pakcik yg duduk kt kerusi tetamu. bile band mummy buat show, muka dia berkerut gile. sandar kat kerusi. pegang kepala, pegang dada. aku kesian kat pakcik tu tapi ada rasa nak tergelak gak. ganas gile show band tu smpi bergulung2 dahi pakcik tu. aku dah pesan kat kawan mesia aku tu....eh..kalau pakcik tu pengsan...awk kena gi buat cpr tau. hehehheeh.

kemudian kami diminta mengisi borang kump. nasyid dan band favorit(lahjah indon utk favourite).pas tu kami menjamu selera sambil tunggu waktu solat maghrib. aku ada jemput adik aku. dia dtg dgn sorang kwn dia. diorang tengok dari kump. nasyid kedua sampai kump. mummy tu. diorang jumpe aku. adik aku kata...ganas gile diorang tu along. tak sangka ustaz2 indonesia tu camni.....aku senyum je la. lps diorang amik makanan, diorang balik sbb ada program lain. lps solat maghrib, majlis dimulakan dgn rasmi. ada mc. mc yg pakai baju kebarung tu la. die budak tahun akhir di situ. ada ucapan dari duta embassy dan keputusan pertandingan. utk kump. nasyid....1.dai nada 2.iqra 3. sohwatussalam. band lak..kump. mummy tu no satu. tak sangka aku...

dai nada ada buat persembahan lagi. best gile....sgt harmoni. ada nyanyi lagu jawa gak.ada persembahan gambus. penonton dijemput menari. ada budak teringin nak menari tapi malu. dia balut muka dia dgn tisu tandas, baru la dia kuar menari. gelak gile aku. pastu ada org arab mesir yg pandai ckp indon. dia tu mmg pandai gelek la. kalah m daud kilau. ada gak persembahan dari ibu2 embassy indon. diorang buat senam robik. tapi rasa mcm joget lak. syok sgt diorang bersenam sampai pihak pengurusan kena matikan muzik sbb pjg sgt. hihhihih.

bile malam semakin larut, penonton semakin penat. mule la diorang mengarut. selamba je diorang tegur mc atau grup persembahan turun cepat2 dari pentas. lawak btol. korang pernah tengok filem 'kiamat sudah dekat'? tgh2 buat persembahan, tetiba suara dari grup penonton keluar....saprol...turun dulu saprol..udah kemalaman...pastu ada band nyanyi lagu patriotik ala2 rock. tgh2 lagu tu, penyanyi tu baca sajak. tetiba penonton senyap. aku ingatkan diorang terharu ke....tetiba di tgh2 bacaan sajak tu ada suara plak yg kata....ya Allah please ya Allah.....kawinkan aku sama si sarah!

habis je program kt embassy, aku pun nak balik la ke hayyu asyir-rumah kwn indon aku tu. kwn aku tu ada grup x-schoolmates. mmg rapat diorang. secara kebetulan salah sorang dari mereka menyambut hari lahir pada mlm tu. sempena tu, diorang ajak naik sampan menyusur sungai nil. mcm2 lagu diorang nyanyikn utk birthday girl. tetiba plak suruh aku nyanyi lagu siti nurhaliza. bersungguh2 aku kata..tak mau! tak mau! alhamdulillah diorang tak suruh lagi. gile hape nak suruh aku nyanyi? tak pasal2 banjir kang. tambah la lagi air sungai nil yg sudah sedia banyak tu.

satu malam bersama anak2 indonesia mmg satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. memang semangat enjoy mereka kuat. bile duduk dgn diorang, rasa mcm berada dlm dunia hiburan yg tiada hujungnya. berbeza sungguh dgn anak2 malaysia. tapi hatiku tetap bersama anak2 malaysia. aku kata kt kwn mesia yg ikut aku....grand sungguh diorang sambut hari merdeka diorang kan? aku suka dgn jawapan die ...ye kak. tapi ini la anak merdeka mereka. aku senyum. betul katanya. sama2 lah kita fikirkan dan renungkan.

birthady malaysia pun nak dekat dah. sama2 kita berdoa supaya kemakmuran malaysia akan diteruskan sambil menikmati kemerdekaan dalam erti kata yg sebenar.

minta maaf la pada pembaca2 blog. kali ni post aku agak panjang. mungkin korang boring baca pjg2 sgt. aku cuma nak kongsi pengalaman dan rasa dgn korang. insya Allah kita jumpe lagi dalam blog akan dtg. jumpeee lagi....aku anak malaysiaaaaaaaa!!!!!assalamualaikum.
Bookmark and Share

Nama Pilihan

Assalamualaikum. apa khabar semua? sebenarnya sekarang aku sedang buat rangka untuk novel kedua. masalahnya sekarang aku tgh pening nak cari nama buat watak utama perempuan dan lelaki dalam novel tu. puas aku pikir tapi takde pun yang memikat hatiku ni. dalam novel aku yang lepas, nama watak perempuan aku bubuh-alia akashah. watak lelaki plak muhammad norman. so....kepada pembaca blog, bole tak kalau cadangkan beberapa nama untuk aku. kalau nak promote nama sendiri pun bole gak....

terima kasih la kepada mana2 yang akan sudi memberi cadangan. segala pertolongan amat la dihargai. insya Allah post akan dtg ni aku nak cite pengalaman yg tak dpt dilupakan. so kalau nak tau....tunggula post aku yg seterusnya. sayonaraaaaaaaaaa!!!
Bookmark and Share

Tepuk Dada Tanya Iman

Meniti minggu2 terakhir aku di mesir, jadual aku semakin padat. Ustazah semakin laju mengajar dan setiap hari aku perlu duduk menulis homework yang banyak gile tu. Tapi takpe la…biar penat sekarang. Nanti yg dapat ilmu, siapa? Aku juga. Jadi aku perlu la bersabar walaupun kekadang tu rasa malas nak memegang pen. Btol tak?

Minggu lepas, adik aku ajak pegi ke zoo di cairo. Aku pun ikut la dia. Sekurang2 nya ada la juga tempat berjalan. Tak le aku asyik mengadap buku. Nanti dapat sawan buku lak. Harga tiket msuk ke zoo, rub genih je. Murah gile. Dah la zoo tu besar. Tak larat aku nak bejalan. Mmg org arab ni suke dtg berpiknik di zoo la. Diorang boleh selamba badak bentang kain tepi kandang monyet, kandang zirafah. Aku nak lalu pun sampai tutup hidung. Tak tahan bau masam di situ. Diorang bole duduk2 sambil menghirup ‘udara segar’. Pastu pakcik2 n makcik2 bole main tendang2 bola, main Si Buta. Mmg adat mereka berbeza dgn kita.

Cubala kita bayang kita buat begitu di zoo negara kita. Kita bentang tikar tepi kandang gajah ke….mesti kita dapat pengangkutan keretapi kt zoo Negara tu dgn percuma sampai ke pintu utama sebelum kita ditendang keluar dgn rasminye. Tak pun kite main lumba lari dalam guni kt depan kandang singa. Nanti terus dpt naik bas free ke tanjung rambutan.

Yang aku paling tak tahan, sambil berjalan2 tu sekali lagi aku dapat melihat sesuatu secara live. Dengan muka yang konfiden n senyuman lebar, ada seorang budak perempuan sempat membuat ‘kek’ di tepi jalan zoo tu. Waaa….sedihnya aku, dah la mak bapak dia kat situ. Diorang tak rasa malu pun anak diorang buat camtu. Siap bagi sokongan padu lagi;\. Aku malu dgn sikap orang islam kita.

Cuba bayangkan la, kucing pun sblom nak berak, bole korek tanah dulu. Ni lak manusia bole buang rata2. kalau bole buat baja, tak pe la gak. Bukannya tak bole cari tandas…ada je kt zoo tu. Kalau tak de pun, cari la tmpt sembunyi sikit. Ni plak macam saja nak buat live performance lak buat pengunjung2 zoo. Sedihnye….

Btol kata org. Bile kite pegi negara bukan islam, kita bole lihat pengaplikasian islam di situ. Tapi kalau kita pegi negara islam pula, keadaan menjadi sebaliknya. Kenapa jadi begini? Bagaimana kita org islam nak bangkit? Tepuk dada tanya iman. Jgn lak tepuk perut, nanti bunyi lak. Aku pun tgh lapar ni.

Org zaman sekarang yg tak tau islam, akan menilai islam berdasarkan amalan penganutnya. Sebab tu la islam ada imej yg buruk hari ni. Aku ada seorang kawan Vietnam di iran. Dia kata-saya rasa saya tak akan masuk islam la sampai bile2…sebab saya bencikan tudung. Aku cepat2 beritau dia-awak jgn la tengok keadaan iran ni. Saya sbg wakil org islam nak minta maaf sbb awk kenal islam buat kali pertama di tempat ni. Sebenarnya islam bukan la tudung saja. Banyak lagi benda yg menarik ttg islam ni.

Itu la susahnya nak menerang. Masalahnya..mana2 perempuan tak mengira agama pun, kalau dah sampai ke negara iran..mesti la pakai tudung. Kalau tak polis tangkap. Bile org pakai tudung kerana peraturan saja tanpa pemahaman yg sebenarnya…mula la ada fesyen tudung yg pelik. Susah aku nak tengok org iran yg pakai tudung dgn lengkap. ramai pakai tudung separuh kepala. Kiranya jambul tu nampak di depan. Sikit sgt yang pakai tudung elok2. Wanita mesir ni pun kalau pakai baju yang ketat2 pun, tapi pemakaian tudung mereka jauh lagi baik dari wanita
iran.

Bukan senang aku tinggal di negara yg mcm tu. Btol kata adik aku-di mesir, kerajannya tak bagus sangt tapi rakyatnya islamik. Iran pula, kerajaannya islamik cuma rakyatnya yang tak bagus sgt. Aku plak tinggal dgn rakyat iran, bukan la tinggal dgn bdn kerajaan diorang. Aku tak de masa nak buat khemah tepi parlimen iran tu.
Ok la. Sampai sini dulu. Kelas aku dah nak mula ni. Insya Allah aku akan tulis benda yg lebih menarik lagi pada post akan dtg. Jumpe lagi……sabeee’!!!
Bookmark and Share

Wednesday, August 16, 2006

Sesat Jalan

aku pergi ke 2 markaz bhs di mesir ni. di markaz iqra aku ambil private learning. tapi di markaz nil, aku belajar dgn kumpulan. hari ni di markaz iqra aku ada baca petikan mengenai siti hajar dan anaknya nabi ismail. aku memang kagum gile dgn kesabaran dia. cubalah bayangkan seorang wanita bersama anak yang masih kecil ditinggalkan di tengah2 padang pasir tanpa apa2 bekalan. bile ditanya dari suami adakah perbuatan meninggalkan die tu adalah perintah Allah, nabi ibrahim pun jawab ye. saiditina hajar terus redha dan dia kata Allah tak akan tinggalkan dia begitu saja. pasti Allah akan menolong dan menemani dia selalu. memang kuat dan teguh imannya. bukannya nak senang menjaga anak kecil ni. lagi2 di padang pasir yg panas tu. kalau aku ditinggalkan di tengah2 bandar cairo yang sesak ni pun aku dah takut. apalagi kalau ditinggalkan di padang pasir? imanku tak sekuat hajar lagi. aku la kan...kalau suami aku tinggalkan aku kat mana2 la, dah lama aku fire die dulu.biar hangus sblom dia dapt melangkah pergi. hehehhe.

betapa pemurahnya Allah dan berkat kesabaran hajar, maka keluarlah air zamzam. sampai skang kite sume dapat minum. hai...kalau aku tersesat kt cairo kan, aku dapat nampak air kt tepi 'tembok menangis' je la. ramai sangat org kencing rerata. hehehhe. bila lalu kt tepi tangga ke...kt bwh jembatan ke...bau la perfume asli mesir ni. hihihiihi.

bab sesat2 ni memang aku dah slalu dah. mmg menakutkan tapi itu la menyebabkan kite belajar ngan cepat. kt iran dulu pun aku penah tersesat. aku tersilap naik bas. dah la baru dtg iran. dah la hari cepat sgt gelap sbb masa tu winter. aku naik bas yg tak lalu univ. aku. sedar2 aku dah sesorang dlam bas. tetiba lak lalu kt tempat gelap tanpa lampu. dah gabra dah. aku pun tanya la pakcik bas tu dgn bhs apa ntah aku pun tak tau la. bhs ayam campur itik campur angsa kot. alhamdulillah dia hantar aku sampai ke u. selamat aku....

kat mesir ni pun aku penah tersesat dah. nak balik rumah kt tempat lain tapi aku lak tersesaat sampai ke ramsis. hai lawak btol. slalunya van tu belok kiri. tetiba lak hari tu dia terus jln straight. dah gelabah skit. tapi cuba tenangkn diri. last2 dah berhenti pun van tu. dah kosong pun. aku je yg tak keluar lagi. mula la aku menganga jap tengok tempat tu. ntah mana2 la aku skang ni. ok..aku pun buat2 muka konfiden la. gi la tanya dari pakcik penjual makanan. dia pun terang la dgn bersungguh2. dan aku pun sama la. menganga dgn bersungguh2. alhamdulillah la org arab ni jenis bile bercakap, tangan pun bergerak gak. sebenarnya aku tak paham pun sepatah haram yg dia ckp. aku main agak je dari gaya tangan die. utk menunjukkan time kasih plus mmg kelaparan aku pun beli la wafer dari die. pastu buat2 berdiri kt situ sambil mkn. konon2nya nak berenti mkn jap la. tapi sebenarnya tgh pikir. camne la aku nak balik ni? btol ke anggapan aku dari gaya tangan die?

aku pun naik la jejantas tu balik. pusing2 situ jap dan turun tahan van smula. dpt la gak van. tapi dpt duduk terbalik. i mean duduk menghadap penumpang. btol2 tepi pintu van yg tak tertutup plak tu. seram gile. mmg la dpt angin best. tapi kalau terjatuh tak ke naya. bile sampai selekoh dkt rumah, aku suruh dia berenti tapi tak dengar la plak. so aku kuar je la. dia tak berenti btol2 la. lagi skit aku nak terjatuh. tak pasal2 aku jadi badut bagi org gelak plak kang.
sebenarnya bile dah tersesat jgn la gelabah. mmg la tersesat jln kt negara asing mmg menyeramkan tapi kite perlu pandai pikir cara nak cari jalan balik. jgn harapkan saje org dtg menolong. jauh superman nak terbang dari amerika utk bg pertolongan. ke nak tunggu prince charming naik kuda putih nak menolong...tak yah la berangan. kat mesir ni jgn la berangan gitu. kononnya nak tunggu prince charming dtg naik kuda putih...nanti yg dtg lelaki naik keldai putih sambil jerit bekia'...bekia'...

lagi satu, bile nak belajar jgn lupe makan dulu skit. bile lapar sgt tak leh nak studi langsung. aku hari ni merasa pengalaman tu. habis maarkaz iqra'...terus gi markaz nil. tak sempat nak beli makanan. aku lak bile dah 1 jam berlalu masa kelas, perut pulak tetiba bebunyi. n tetiba je aku bole jerit kt tgh2 kelas tu..lapa'!!!!! siap dgn kedah accent lagi. sume pandang aku. mmg otak jadi gile masa tu. alhamdulillah akak sebelah aku ada 'stok' dlm beg. aku pun selamba je mengunyah la wafer akak tu. mmg tak le tahan. alhamdulillah ustzah sporting. hai.....baru la aku tau apa itu sawan lapar.....

ape2 pun kalau bole kena ada bekalan dalam beg. sikit pun tak pe la. itu la keje aku kat iran. gi restoran makan sesorang..pastu kalau tak habis, aku bungkus sume. biar ada bekalan....kekadang tu aku rasa nak kebas skali kotak tisu kt situ....
ok la sampai sini dulu. take care sume. jumpe lagi. raaaaaammmseeeeees!!!!! (bye)
Bookmark and Share

Monday, August 14, 2006

Mcm Ayam Dan Itik

hari ini aku ke kelas bahasa arab seperti biasa. ada 2 orang turki baru masuk kelas. sebenarnya diorang memang pernah masuk markaz tu tapi diorang balik bercuti ke negara turki selama 3 bulan. aku mula2 seronok juga sbb budak kelas aku semuanya org kita. kiranya bila ada orang asing ni...bole la gak praktis bhs arab lebih skit. tapikan....bukan nak cakap la. diorang tak bole cakap bhs arab langsung. ustazah cakap apa pun tak faham. kesian diorang. salah seorang drpd diorang, tak faham soalan ustazah. kemudian dia tersalah jawab la. tetiba plak, tengah2 klas dia menangis dan nak balik rumah terus. aku ternganga la jap. waa...takkan la sampai nak balik rumah sbb tak faham? walaupun kwnnya puas pujuk dia tetap balik. so...tinggallah kawannya sorang kt dlm kelas sambung belajar.

bile aku tengok budak tu, aku teringat kt diri sendiri masa aku di iran. mula2 sampai aku dapat kwn bilik tajikistan. dah la dia botak. terkejut aku. dah mula rasa takut. skin head mana lak ni. rupa2nya mmg 'trend' masa tu. kwn aku tu pandai ckp tajikistan, parsi n russia saja. so...cammana aku berckp? mcm ayam n itik la. dah la suka gelakkan aku n ajar aku benda2 salah. dia penah ajar aku nama kwn2 kat situ. katanya nama diorang 'khar' n ' khuk'. bile aku panggil, tak pasal2 aku kena marah. rupa2nya khar tu keldai, khuk tu plak ba alip ba ya. sabar je la.

aku plak dihantar ke klas 1(4). takut gile nak masuk sbb sumeeeeeeeeeenya laki2. adventure btol. dah la org asing. ntah apa la diorang bising ngumpat psl aku. pastu pandai2 plak tu. dh bole ckp n baca parsi. rasa sgt aku bodoh masa tu. tak paham ape pun cikgu ckp apa sdgkan org lain siap bole gelak2 dgn cikgu. aku cuba sabar. akhirnya...baru la aku tahu yg diorang tersilap hantar aku ke klas. rupa2nya klas yg aku masuk tu klas org yg fail n mengulang. patut la pandai sgt. aku pun pindah ke klas yg sepatutnya.

dapat masuk klas lain lega sendiri sbb standard sama. tapi aku gak la sorang2 pompuan. sumenya budak laki arab. mmg tak paham apa la cikgu ckp apa. ternganga jap..tutp mulut jap..tu sambung nganga balik...cikgu siap lompat2 dpn klas nak terang. kekadang rasa mcm main kuiz teka dan menang plak.

sebenarnya menuntut ilmu ni bukan perkara mudah. bile ditambah dgn kesusahan dan cabaran. hasilnya akan memberi kepuasan. aku sebenarnya tak sangka aku dah bole survive hidup kt iran slama 3 tahun setengah. dulu2 tak paham, skang dah bole tengkar lagi dgn org iran. aku harap sgt kwn turki tu bole besemangat menghadapi cabaran.

aku kt mesir skang pun bole ckp bnyk dalam kelas je la. kuar je..aku nganga la balik. mana la aku paham lahjah org arab mesir ni. org tepi jln jerit...bekia'...bekia'(besi buruk), aku terdengar diorang jeriat ketiak...ketiak..tapi kan yg aku rasa benda plg cool di mesir ni adalah isyarat tangan mereka utk menunjukkan nama tempat. kat sini kan ada districr 7, 8, 10. bila nak gi dis. 7 je, tunjuk la tgn mcm peace!!! peace tu maksudnya tujuh dlm tulisan bhs arab. aku suka. nanti bile aku amik gmbr, tak nak ckp peace dah la..nak cakap...sabe'!
ok la. chow dulu. jumpe lagi dlm next post. bye........sabe'!
Bookmark and Share