Apa khabar? Aku ok alhamdulillah. Cuti musim bunga dah pun bermula. Seminggu cuti ni. Dari awal lagi aku dah cadang nak pergi Rolla, Missouri dan Iowa. Di Rolla, Missouri ada hari antarabangsa. Budak-budak Malaysia di sana ada buat persembahan dan pameran. Oleh sebab aku tak berpeluang nak buat di universiti sendiri sebab aku sorang-sorang je Malaysia, maka aku jadi teringin sangat nak tengok dorang. Aku pun pegi la naik bas, 2 jam perjalanan. Masa mula pergi tu aku tersilap stesen bas. Gelabah giler, aku trus call kawan mintak tolong surf internet. Memang la gelabah. Dah la sesat, tak lama lagi bas dah nak bertolakkan. Seronok la dapat berkenalan dengan budak-budak Rolla. Semua baik-baik dan beri layanan yang sangat bagus. Terharu rasanya. Terima kasih ye korang :D
Aku sebenarnya nak pergi University of Iowa sebab ada program islamik untuk orang Malaysia. Mula-mula nak pergi dengan pelajar Malaysia dari Vanderblit University. Kiranya dalam perjalanan, dorang akan singgah la kat rumah aku kat St Louis ni. Tapi last2 minit ni tak jadi puloks sebab tak cukup ruang kat kereta. Dorang kena bawak ustaz dari sana sekali dengan dorang. Aku kena pergi sorang-sorang la ke Iowa. Bukannya tak biasa mengembara sorang-sorang ni tapi tiket kapal terbang mahal giler wei...400 lebih USD. Kalau naik bas, harga bole tahan harganya. 70 USD lebih je tapi 14 jam dalam perjalanan tu! Mak ayah aku memang tak akan bagi aku naik bas sorang-sorang dalam masa yang lama tu. Jadi, trip to Iowa=CANCELLED.
Ha...akhir bulan Februari lepas, aku ada seminar Fulbright di Nashville, Tenesse. Ada kira-kira 100 orang lebih wakil dari 64 buah negara pergi ke seminar tu. Seperti biasa, aku sorang-sorang je wakil dari Malaysia. Seriously, kadang-kadang aku rasa badan aku ni ada cas negatif khas untuk orang Malaysia. Mana-mana je aku pergi, mesti takde orang Malaysia. Sabar je la....Wakil dari Indonesia lapan orang tuh! Sekurang-kurangnya boleh la aku cakap bahasa melayu dengan dorang.
Aku sebenarnya dah lama nak belajar edit video ni. Aku fikir waktu cuti ni la paling sesuai nak belajar benda alah ni. Maka aku beli la software lat Best Buy dan mula bukak buku manual tu. Nak juling mata aku baca manual tu. Apa benda ni? Aduhai....tak faham. Maka dengan kelajuan mengalahkan kura-kura aku cuba-cuba la buat video pertama aku. Tak tahu nak buat video pasal apa, aku akhirnya cadang nak buat cerita audio. Aku ada post cerpen ke blog ni bertajuk 'Orang Kaya'. Masih lagi 'ditayangkan'. hehe~ Aku hanya 'convert' cerpen tu jadi cerita beraudio pulak. Huh, memang susah tapi puas hati. hehe~ Ok, Inilah 'anak sulung' aku untuk video.
Ok dan sini ada sambungan cerita aku Orang Kaya episod 6(b). Pendek je sambungan kali ni...hehe~
Orang Kaya
Episod 6(b)
Kepalaku terasa berat. Sayup-sayup kedengaran suara orang memanggil-manggil namaku. Mukaku ditepuk beberapa kali untuk membangunkanku. Ketika aku berjaya mengfokuskan penglihatanku semula, aku dapat lihat Farisya sedang mengusap kepalaku dengan lembut.
"Aaaaaa!!" aku lantas bangun dari pembaringan dengan jeritan menakutkan. Farisya terkesima melihat tindakanku itu. Aku menangis sekuat-kuatnya. Ketika itu aku sudah tidak ada rasa malu lagi.
"Maksu..Maksu…Maafkan Ina, Maksu. Ina tak berniat nak menyebabkan kematian Maksu. Ina bersalah Maksu. Ina tak patut buat macam tu.." aku mengongoi kesedihan. Air mata tak putus-putus mengalir dari kedua mata. Rasa bersalah datang bertimpa-timpa. Apabila aku terkenangkan, Lisa dan Saiful yang sudah menjadi yatim piatu, tangisanku semakin menjadi-jadi.
"Ya Allah! Apa kena dengan kau ni Ina? Cuba bawa bertenang. Perlahan sikit menangis tu." pujuk Farisya. Aku menggeleng dengan rasa sedih yang berlimpah ruah. Mana mungkin aku boleh bertenang selepas kejadian itu.
"Aku dah bunuh Maksu aku Sya! Aku tak sengaja nak sebabkan dia mati." Teriakku kesedihan.
"Apa yang kau merepek ni Ina? Bila masa pulak Maksu kau mati?"
Aku terus terdiam mendengar kata-kata Farisya. Dahiku berkerut kehairanan.
"Maksu kau dan Dr. Zul tak ada apa-apalah. Motorsikal tu tak langgar diorang. Penunggang motor tu cuba nak mengelak dari terlanggar diorang. Dia cuba nak brek tapi tak sempat. Jadi, dia lompat dari motor. Motor dia berjalan sendiri sampai terjatuh dalam longkang."
Mulutku ternganga sepanjang penjelasan Farisya. Aku betul-betul sangka yang Maksu telah mati akibat terlanggar tadi. Alhamdulillah, Ya Allah..
"Tapikan Ina. Yang lawaknya.." Farisya menutup mulut menahan ketawa. Aku bingung dengan tawanya.
"Mamat tu kononnya nak cuba elak dari terlanggar Maksu kau dan Dr. Zul dengan melompat dari motor. Masalahnya dia tersilap landing. Dia lompat tapi terjatuh atas Maksu kau dan Dr. Zul. Habis penyek Dr. Zul dan Maksu kau."
"Hah? Habis tu macam mana?"
"Tak cedera teruk pun. Ui..mamat motor tu gemuk pulak tu. Memang lah tak cedera parah tapi aku rasa teruk juga Maksu kau dan Dr. Zul nak 'menyambut' mamat tu mendarat. Ada la luka dan lebam-lebam sikit. Jangan risau. Amar dah bawa Maksu kau dan Dr. Zul ke Klinik Mawaddah." Jelas Farisya.
Aku tiba-tiba menjadi 'panas' semula apabila terdengar nama Amar. Dia punya pasallah ni. Kalau dia tak tolak aku, tak lah aku terlanggar Maksu. Tunggulah Amar. Bila aku jumpa kau lagi nanti, aku akan kenakan kau habis-habisan. Tak pasal-pasal, Maksu dan Dr. Zul luka-luka. Dan tak pasal-pasal juga, aku jatuh pengsan sebab terlalu takut. Pengsan kat depan dia pulak tu. Aku gadis berani boleh pengsan depan dia? Ei….malunya….
Saja nak cerita sikit pasal cuti musim sejuk yg lepas hari tu. Aku sebenarnya tak tenang nak bercuti hari tu sbb masalah paper yang tak habis2 kan. Semester pertama la katakan, pastu aku ni dah la tak reti apa2. Memang tak reti2 nak tulis kertas akademik, maka dengan kelajuan siput aku cuba menyiapkan kertas yang tertunda. Bila dah siap buat setelah bercekang mata berhari2 dan sampai 30 muka surat aku tulis, kena rejek la plak kan. Memang lazat berkrim la rasa rejection tu. Daripada menjadi Firuz yang selama ni kuat, bole plak aku buka empangan air kat mata sampai demam. Waakaka~ Lebih baik rasa kena reject dgn pakwe daripada rasa di'reject' mcm ni. Sabar...sabar...
Aku memang dah lama beli tiket utk pergi ke Muktamar anjuran MISG dan IMSA yang berlangsung di Atlanta. Aku dah jadi macam berbelah bahagi samada nak g ke tak sbb terfikir pasal kertas2 tu. Lagipun aku dah janji dgn adik2 Purdue Uni nak g jalan2 ke florida dgn dorang. Memang berat rasa hati...Tapi aku pk daripada aku dok terperap kat rumah ni, mengadap buku sepanjang cuti ni, lebih baik aku kuar. Tak pasal2 meroyan buku plak aku kang. Dah la kawan rumah balik India. Takut aku tinggal sorang2 kat rumah. Beberapa hari sblm tu plak ada kes polis berhampiran rumah. Ada sorang pelajar uni kena serang sampai masuk hospital. Masuk ICU.
Aku bawa BERLAMBAK2 buku utk rujukan. Memang berat tak terkata la kan. Dah la nak naik kapal terbang. Tawakal je la bab berat beg ni. Aku pun mengheret beg gedabak tu naik tren utk ke epot. Alhamdulillah lepas. Bila sampai di Atlanta tu aku terpinga2 nak cari hotel berkenaan. Naik tren lagi, dan aku duduk la dalam kesejukan menunggu shuttle hotel untuk amik aku. Budak Malaysia lain ramai yg berkonvoi naik kereta pergi ke Atlanta. Aku yng sorang ni, kena la pandai2 bawak diri.
Memang ramai la orang Malaysia dan Indonesia di hotel tu. Rasa nak menitis air mata tengok ada ramai orang kita, dalam lingkungan umur yang sama. Tak tau nak cakap macam mana. Orang yang penah rasa bole la kot paham perasaan aku. Hehe~ Macam2 akitiviti yang dianjurkan. Kalau bawah MISG, banyak aktiviti yang dianjurkan berkaitan dengan pelajar dan orang2 muda. Kalau yang bawah IMSA plak, aktivitinya banyak berkisar tentang keluarga dan anak2. Aku tak join pun sume program. Mana2 aku pegi, aku dok mengheret buku, highlighter, stickpad. Mana2 topik yang ala2 menarik, aku turun la dengan buku. Mana yang rasa mcm boring2, aku dok je dlm bilik hotel baca buku..hehe~
Slps tu aku ikut adik2 Purdue g florida. Oleh sebab lesen memandu Malaysia aku hanyalah dekorasi semata-mata, jadi aku mengaku yang aku tak berani nak memandu.Lagipun aku tak ada lesen memandu antarabangsa. Hotel kat Florida best woo! Pandai Mesak cari. Sangat selesa dan nampak cantik walaupun 20 USD semalam. Eh, tak ingat la 20 ke 40..apa2 pun murah kan? Di Florida, kami pergi ke Miami Beach, Orlando, Tampa dan Key West. Puas hati rasanya aku dapat naik macam2 roller coaster. Dah lama tak menguji ketakutan diri sendiri. Dulu aku rasa seram gak naik roller coaster. Tapi kali ni aku naik dengan sengihan dan tawa. Geli perut rasanya bila orang sekeliling menjerit2 mcm histeria. ahahahahaha~
Slps beberapa hari bercuti di Florida, kami oun bertolak ke North dan South Carolina. Singgah sekejap2 dan tumpang tidur di rumah Kak Nab. Pastu kami ke Washington D.C. dan tidur di rumah pegawai JPA yang sporting, Puan Ruziah. Lewat malam baru kami sampai di La Fayette, Indiana. Memang macam winter wonderland la. Salji memutih di mana2. Aku sempat la tengok Purdue University dalam gelap. Esoknya aku naik shuttle ke airport pukul 6.30 pagi. Terima kasih buat Hanan, Mesak, Amal dan Fidah kerana sudi bagi akak join dalam rombongan korang utk perjalanan kali ini. Insya Allah satu hari nanti kita bole la travel sama2 lagi yek?
Ada banyak gambar dalam facebook tapi kat sini aku bubuh beberapa gambar je. Kalau nak tengok lagi, check la kat facebook ye?
So true! ;P
Di Miami Beach
Sedang menunggu giliran naik roller coaster
Kami 5 orang gang satu kereta
Di Universal Studio, Florida
Dah terlalu lama aku tinggalkan cerpen bersiri aku ni...kesian dia. Maka di sini aku akan 'tayangkan' sambungan cerita aku bertajuk 'Orang Kaya'. Buat mereka yg tak tau lagi, cite ni aku dah lama tulis. Masa aku kat Iran lagi tapi sekarang baru nak 'terbit'. hehe~ Ok la, jumpa lagi. Wassalam :)
Credits for Muslimah cartoon picture: www.kedaikreatif.com
Orang Kaya
Episod 6 (a)
Asap rokok berbentuk bulatan menari-nari di sekelilingku sebelum hilang di udara. Sudah beberapa kali aku terbatuk sambil melambai tangan ke kanan dan kiri supaya asap itu lenyap. Amar seolah-olah tidak menyedari kewujudanku di situ apabila dia semakin enak membentuk bulatan dengan asap rokok. Aku sengaja batuk dengan lebih kuat dengan tujuan supaya dia sedar perbuatannya begitu merimaskanku.
Dah berapa lama dia tak korek telinga ni? Ceh, kononnya buat hasil seni kat udaralah tu! Aku mendekatkan mulut ke telinga dan batuk sekali lagi dengan kuat. Tersedak Amar dengan batukanku itu. Wajah yang bengis kelihatan semula.
"Jangan nak marah pulak. Kan aku kata aku tak suka orang merokok." Aku cuba membela diri sebelum tangannya terbang semula ke kepalaku.
"Pekak telinga aku tau tak? Apasal kau batuk kat telinga aku? Ikut suka hati akulah nak merokok ke tak! Kau kata tak boleh merokok masa belajar je!"
Pandai pula dia cari alasan…
"Aku taulah. Masalahnya kau sedang bekerja dengan aku. Kalau aku terpengsan kat sini sebab asap rokok kau tu, siapa nak 'cover line' masa kau tengah buat kerja?"
Amar hanya diam dan menjeling padaku. Eee..aku cucuk mata tu kang! Selalunya perempuan yang selalu menjeling. Ni terbalik pulak. Nanti juling mata tu, padan muka! Tak lama kemudian, Amar membuang putung rokoknya.
"Ha..macam nilah bagus. Barulah aku sayangkan kau Amar," gurauku.
Terbatuk Amar mendengar gurauan itu.
"Apa? Sayang? Kau nak kena penampar dengan aku ke Ina?" Uish! Ganasnya muka dia…
Aku cepat menggeleng."Aku acah je la. Itu pun nak marah. Kawal la sikit baran kau tu. Lagipun aku pun tak hingin la nak sayang-sayang laki ni. Lagi-lagi kau!"
Telefon bimbitku berbunyi buat 3 deringan dan mati begitu saja. Itu alamat daripada Farisya menandakan maksu telah sampai. Masanya telah tiba…
"Amar, Maksu aku dah sampai. Kau pergi ke tempat letak kereta sekarang. Kereta Maksu, Waja warna silver. Aku akan cover line kat sini. Takut-takut orang lain datang pulak."
Amar mengangguk dan terus beredar. Tatkala 'menjaga' kawasan itu, hatiku berdebar. Bimbang jika kami akan 'ditangkap' ketika sedang sibuk menjalankan projek mega kami. Kira-kira 10 minit kemudian, Amar muncul semula di sebelahku.
"Dah buat dah!" katanya dengan senyuman puas. Aku menunjukkan isyarat bagus kepadanya. Jam tangan kujeling. Belum tiba masanya lagi untuk aku muncul di hadapan Maksu.Penat berdiri, aku duduk di tepi longkang sementara menunggu 'waktu kerjaku'. Amar turut menyertaiku dan dia duduk di sebelah.
"Maksu kau ada citarasa anak mudakan? Kereta dia penuh dengan anak patung. Tak cukup kat tempat duduk kat tingkap pun dia gantung anak patung." Amar bersuara. Komennya itu menimbulkan senyuman di bibirku. Walaupun anak sulung Maksu sudah berusia 15 tahun, Maksu masih cantik dan kelihatan muda. Dia pandai bergaya sesuai dengan umurnya. Dia…Eh, jap! Aku berfikir sekejap. Wajahku tiba-tiba menjadi pucat lesi.
"Kenapa kau Ina? Pucat semacam je. Nak berlakon sekejap lagi la. Bukan sekarang."
"Kereta Maksu mana ada patung! Kau pancitkan tayar kereta siapa ni?" Hampir menangis aku apabila aku menyedari ada kesilapan berlaku dalam rancangan kami. Terperanjat Amar mendengar kenyataanku.
"Kau kata Waja silverkan?"
Aku pantas berlari ke arah tempat letak kereta. Tidak kusangka di situ ada 3 buah Waja berwarna perak. Amar menggetap bibir kerisauan. Dia telah memancitkan tayar Waja yang paling dekat dengan kami. Aku kenal sangat dengan pemilik kereta Waja itu. Itu kereta pekerja di pejabat fakulti, Cik Salwani Alwi. Habislah…
"Mana satu kereta Maksu kau?" tanya Amar cemas.
Aku menuding ke arah Waja yang tidak jauh dari situ. Amar terus berlari ke arah kereta Maksu. Dia bercangkung di situ sambil bersandar ke kereta. Aku turut mencangkung di sisinya dengan jantung yang berdegup kencang.
"Nampaknya aku kena buat semula," bisik Amar. Aku mengangguk. Bunyi penggera mengejutkanku dan Amar. Penggera di telefon bimbitku telah berbunyi tanda aku perlu pergi ke Maksu.
"Kau kena pergi sekarangkan? Pergilah. Biar aku buat sorang-sorang kat sini."
Cepat-cepat aku menggeleng.
"Mana boleh aku tinggalkan kau dalam waktu kecemasan macam ni Amar? Aku akan tolong kau cover line." Prinsipku, sama-sama buat, sama-sama tanggung. Kasihan Amar jika dia terpaksa menanggung kesan kesalahannya sendiri.
"Jangan degil, Ina. Pergilah. Tertunggu-tunggu pula Maksu kau. Nanti dia syak benda lain pulak!" Amar menekan suaranya. Aku pula masih tetap di situ sambil memandang wajahnya. Suara orang berbual kedengaran tidak jauh di situ. Walaupun aku semakin cemas, aku tak akan meninggalkan Amar keseorangan di situ. Amar memaksaku pergi tapi aku tetap berdegil. Dia naik marah semula. Kerana marah, Amar menolakku untuk memaksaku pergi. Aku gagal mengawal badan dan terjatuh dari cangkunganku. Tanpa kusedari, aku terjatuh ke atas kaki seseorang yang kebetulan sedang lalu di situ. Jeritan orang itu yang gagal mengawal imbangan badannya menyebabkan aku dan Amar menoleh ke arahnya. Tidak dapat aku bayangkan rasa terperanjat apabila aku melihat Maksu terjatuh di tengah-tengah jalan.
"Hati-hati cik!" Suara garau itu menyebabkan suasana bertambah kalut. Dr. Zul sedang berlari ke arah Maksu untuk menolongnya. Ketika itu juga, sebuah motorsikal sedang meluncur laju ke arah Maksu dan Dr. Zul. Jeritan kedengaran di sana sini. Semuanya berlaku dengan pantas. Aku tidak dapat menahan rasa takutku dan serta-merta duniaku menjadi gelap…
Dalam post-post yang lama, aku ada beritahu tentang adik perempuan aku yang sedang belajar di Korea Selatan. Kami akan berkongsi pengalaman kami di blog ni. Ayla akan bercerita tentang pengalaman di Korea Selatan dan aku pula akan bercerita tentang pengalaman di Amerika.Sebenarnya post ni dia dah hantar lama kat aku tapi aku asyik terlupe je nak postkan ke blog. Huhuh~ Ok la. Terimalah catatan daripada adikku~
Salam…okla kali ni ingatkan nak citekan pasal Field Trip. Korea ni rasenye la kan,femes gak field trip ni. So, kitorang ni yang di bawah tangunggan NIIED(Korean Gov Sholarship), nak x nak kene pegi gak mane2 untuk mengenali lebih dekat Korean punye budaya. Percuma, sumenye dibayar, makan minum untuk sehari tu, memang boleh dikatakan kitorang ni untungla… Dahla duit bulanan yang banyak pastu kene plak pegi free jalan2, sape x nak kan?? So, first field trip kitorang pegi jalan-jalan kat Insadong name die, kat situ memang tempat tumpuan pelancong, macam-macam dijual.
Sume bende yang ade kaitan dengan budaya diorang. Mahal gak la barang-barang kat sini, memang tengok jela kan, sebab mase kitorang pegi ni pun, duit allowance x masuk lagi. Jalan-jalan tengok barang, sampaila waktu makan tengah hari, ntah nape asal makan je kan mesti makan kat tempat mahal-mahal.
So, ape lagi rezeki jangan dibahagi, makan la. Kitorang pun bukan bleh maen tibia je makan, most of Korean Food ktprg x leh makan. So makan jela name die Bibimbap, nasi yang ade sayur je, ngan mate telur kerbau sebijik. Sedap, tapi tengok kedai jugakla kan… Kedai mahal mestila sedap. Kawan aku cakap, sedap kimchi die, aku ni ntah la sampai sekarang lagi masih lagitak bleh nak makan mende tu. Soon…
Lepas tu kan, kitorang pun pegi kedai teh, konon nye muziumla kan. Tapi x de ape pun, mangkuk pecah, yang dah retak ditampal balik. Hahaha, ape tah. Ke aku yang bute seni??
Kitorang yang baru makan, terus gi situ minum pulak the. Aku order yogurt the hijau, memang masyuk giler… pastu, x tahan nak terkencing jew..
Lepas tu pulak, kitorang pegi tengok persembahan Jump Performance. Memang best giler, tiket pun mahal gak. Tapi berbaloila, aku ni dah la kalau orang wat lawak, mane nak gelak sangat, tapi ble tengok diorang ak leh gelak… Huh, ganjils… Pastu, balikla… Sampai Kodae makan malam jap, kat restoran yang macam biase, x banyak pilihan untuk aku. Ape tah… wastern style la konon. Okla, bye..
Ini pula sambungan cerita Orang Kaya episod 5 atau OK 5. ENjoy! :)
Orang Kaya
Episod 5 (O.K. 5)
"Ni kenapa salah pulak ni? Formula mana yang kau guna? Salah! Buat lagi semula."
Pap! Serentak itu pen hitam di tangan Amar hinggap buat sekian kalinya di kepalaku. Aku memandangnya dengan perasaan geram.
"Wei! Boleh tak kalau kau tak ketuk kepala aku ni? Kononnya kau nak bagi aku faham apa yang kau ajar. Tapi bile kau asyik ketuk kepala aku ni, otak aku yang sihat ni boleh jadi bengap tau!" Aku lepaskan rasa geram yag terbuku di dada. Kalau ketuk sekali dua, tak apalah juga. Ni dah berlebih-lebih ni. Dulu masa mula-mula jumpa, boleh la aku tunjuk adab sopan skit. Bahasakan diri pun saya. Sekarang ni, jangan haraplah. Kau, aku je dengan dia ni. Tak boleh berbudi bahasa sangat dengan dia ni. Nanti dia pijak-pijak pulak kepala kita.
Amar tersengih melihat wajahku yang kemarahan.
"Susahlah macam tu. Aku tak tau la kenapa aku rasa macam best pulak ketuk kepala kau. Ada rasa macam ketuk drum pulak," ujarnya dengan selamba.
Sabar jelah. Ada ke dia samakan kepala aku yang comel ni dengan tong dram? Masuk hari ni, dah 5 perjumpaan kami adakan. Walaupun Amar agak tegas dan suka memukul kepalaku, aku akui dia sebenarnya adalah seorang pengajar yang bagus. Teknik pengajarannya memudahkan pemahamanku terhadap subjek ini. Sungguhpun aku masih melakukan kesalahan dalam latihan, namun begitu pemahamanku dalam subjek ini ada peningkatan.
"Ina, kita dah buat kelas 5 kali. Kau satu habuk kerja pun tak pernah buat."
Kepalaku hampir terhantuk dimeja akibat terkejut mendengar kata Amar. Sudah beberapa hari aku tidak cukup tidur gara-garamenyiapkan timbunan latihan yang diberikannya. Saiful pun dah mula merungut sebab aku sering menolak pelawaannya untuk bermain Play Station bersama. Sekarang dia kata aku satu habuk kerja pun tak buat? Dah lah kepala aku tengah bengang sebab tak cukup tidur. Sekarang dia saja nak bagi aku 'hot'. Memang nak kena dia ni!!! Aku terus mengetuk kepalanya dengan penku pula.
"Kau ni ada penyakit hilang ingatan ke hah?! Buku latihan aku ni dah nak habis sebab buat latihan kau. Sekarang, senang-senang pulak kau nak kata aku ni pemalas?!"
Dahiku berkerut seribu kerana rasa geram. Amar mengaduh sambil menggosok kepala. Dia menunjukkan muka tak puas hati.
"Woi, Ina! Berani kau ketuk kepala aku ye? Aku maksudkan kerja pasal ayah aku dengan Maksu kau la! Bukannya kerja yang aku bagi kau tu!" Serentak dengan itu, Amar melayangkan fail plastikku ke kepalaku. Adui..sakit gile wei.. apa-apa pun aku tak berani nak melawan balik. Salah aku sebab ketuk kepala dia tanpa faham perkara sebenar.
"Oo..sorry. silap faham. Aku dah lama rancang sebenarnya. Cuma nak tunggu masa je nak buat. Sekarang bila kau dah bangkitkan hal ni, nampaknya dah boleh mulakanlah."
Amar kelihatan teruja. Dia mendekatkan kerusinya padaku.
"Ye ke? Ceritalah kat aku. Aku pun dah tak sabar nak mulakan projek kita ni."
Mengenangkan apa yang bakal terjadi, aku tersenyum sendiri. Hehehe..tunggu dan tengoklah sendiri kehebatan kepala otak geliga aku ni.
"Ina…Ina..kau dengar tak aku panggil kau ni? Kenapa tiba-tiba kau senyum macam tu? Kau jangan buat aku takut Ina. Kau ni macam nak buat benda bahaya je ni." Suara Amar kedengaran sayup-sayup. Aku tersenyum sambil menyambung latihan yang tergendala.
***
Farisya menampal plaster yang terakhir di dahiku. Beberapa kali aku mahu melarikan diri dari situ supaya Farisya memberhentikan kerja penampalannya itu. Sia-sia saja kerana Farisya sudah memijak kakiku terlebih dulu. Terus aku 'lumpuh' di situ sambil mengaduh kesakitan.
"Boleh ke macam ni Sya? Dah macam rupa mumia aku ni."
"Kau jangan bimbang. Boleh. Boleh," kata Farisya dengan anggukan sambil mengemaskan balutan di lenganku . Tak sia-sia Farisya masuk kelab bulan sabit merah ketika zaman persekolahan dulu. Memang pandai dia dalam bab balut-membalut ni. Terlebih-lebih pandai sampai dia nak jadikan aku mumia terus!
"Ina? Ina! Kau kenapa ni?" Suara bimbang itu menyapa telingaku. Dah datang ke mamat tu? Awal-awal lagi aku sudah berpesan kepadanya untuk berjumpa dengan aku di sini. Amar sudah melutut di hadapanku yang sedang duduk di atas kerusi.
"Aku..aku..accident, Amar." Suaraku terputus-putus ketika aku cuba menjelaskannya kepada Amar.
"Ya Allah. Teruknya cedera kau ni. Jom aku hantar kau balik. Kau accident dengan apa ni Ina?" wajah Amar ketika itu memang sarat dengan rasa risau yang tak terhingga.
"Dengan…dengan kapal terbang." Ketika itu juga ketawa aku dan Farisya pecah. Wakakaka! Percaya pulak mamat ni. Lawaknya aku tengok muka risau dia tu! Tanpa aku sedari, satu layangan tangan mengenai kepalaku. Terus terhenti tawaku. Suara aduhan pula yang kedengaran. Nasib baik aku ni pakai tudung. Kalau tak pakai, dah lama cap tangan dia melekat dekat kepala aku.
"Buat lawak spastik lagi." Jeling Amar. Aku tersengih.
"Kalau marah pun, janganlah pukul kepala orang," kataku dengan muncung sedepa. Tanganku masih mengusap kepala. Sakit tau!
"Apahal kau panggil aku datang sini? Kalau saja-saja nak main, baik aku balik je."
"Ok Amar. Sebenarnya aku panggil kau untuk merasmikan projek besar kita hari ni."
Mendengar saja ayatku itu, marah Amar terus hilang. Dia terus berminat untuk mendengar sambungan kataku.
"Amar, ini kawan aku, Farisya. Kau boleh panggil dia Sya. Dia ni akan tolong kita untuk rancangan kali ni." Farisya dan Amar saling berbalas senyuman.
"Kau pun tahu kan Dr. Zul akan tinggalkan bilik untuk balik rumah pukul 6 petang setiap hari Isnin. Kira-kira pukul 5.30 petang, Farisya akan telefon Maksu aku. Kononnya aku kemalangan dan aku tak boleh balik rumah sendiri. Bila Maksu sampai, Farisya akan layan Maksu jap. Aku dan kau pulak akan pergi ke tempat letak kereta," terangku dengan penuh semangat.
"Eh, kenapa pulak kita pergi tempat letak kereta? Maksu kau ternampak kita kang.Tau la dia nanti yang kau bukannya kemalangan betul-betul," sampuk Amar tiba-tiba.
"Ish, sabarlah! Orang tak habis cerita lagi ni. Ok. Farisya akan cakap yang luka aku tengah dibalut di klinik universiti. Maksu kena tunggu aku di fakulti kita ni sebab dia tak tau jalan ke klinik. Nanti kononnya ada orang akan hantar aku dari klinik ke fakulti ni. Kau pulak kena pancitkan semua tayar kereta Maksu."
Terbeliak mata Amar.
"Kenapa lak aku kena buat cam tu? Saja-saja nak cari pasal ke?"
"Hampir pukul 6 petang, baru lah aku akan muncul depan Maksu aku. Maksu tentu tak boleh buat apa-apa sebab semua tayar dah pancit. Masa tu pulak, ayah kau pulak nak balik rumah. Mesti dia nampak yang kereta Maksu ada masalah. Oleh sebab ayah kau gentleman-tak macam kau-, semestinya dia akan tolong Maksu. Apa-apa pertolonganlah. Tolong tukar tayar ke, tolong hantar balik rumah ke. Yang pentingnya, mereka akan berjumpa buat kali pertama. Itu tujuan utama kita untuk rancangan kali ni. Sekian. Terima kasih." Aku mengakhirkan kata dengan hembusan nafas yang panjang.
"Sounds interesting. I like that." Komen Amar. Heheh..tengoklah otak siapa yang fikir kan? Langkah pertama perlu dilakukan oleh Farisya. Aku menyerahkan telefon bimbit kepadanya untuk menelefon Maksu. Hatiku berdebar-debar ketika Farisya meletakkan telefon di telinganya. Farisya pula kelihatan tenang saja.
"Assalamualaikum. Puan Nureen Sufiya?" Farisya memulakan perbualannya dengan tenang. Kawan aku ni memang selalu cool…
"Puan! Ina accident teruk masa naik motor kawan dia! Saya tak tau nak buat apa dah ni. Darah banyak sangat! Puan kena datang ke fakulti untuk ambik dia. Dia memang dah tak boleh bawak motor sendiri. Puan kena datang sekarang tau? Oh..Ina.Isk..isk..isk..Ina. Apa dah jadi dengan kau ni?" Suara nyaring Farisya diselangi dengan bunyi tangisan. Dia terus mematikan telefon bimbit tanpa memberi peluang untuk Maksu berkata apa pun. Farisya menarik nafas puas sambil tersenyum memandangku dan Amar. Aku dan Amar pula melopong melihat Farisya yang sedang menyanyi kecil pula.
"Woi, Sya! Kau gile ke cakap macam tu dengan Maksu aku? Mesti dia ingat aku terlanggar lori. Dah nazak. Nak mati dah."
Amar mengiyakan kataku. Farisya menayang sengih yang berpanjangan.
"Kalau nak buat projek macam ni, kena la bersungguh-sungguh. Baru la nampak real. Mesti Maksu kau terus pecut datang sini. Kalau aku kata kau kemalangan biasa, luka biasa, mesti dia lengah-lengah nak datang. Betul tak?" jelas Farisya. Aku mengangguk dengan rasa kagum dek kepintaran Farisya.
"Ok. Sekarang giliran aku dan Amar pulak." Aku bangun dari kerusi diikuti dengan Amar.
"Jangan buat silap tau. Kalau tak, rosak rancangan kita. Masing-masing ingat apa kerja masing-masing. Ok?"
Farisya dan Amar mengangguk mendengar peringatanku.
"Ok, guys. Aja aja fighting!" sorakku penuh semangat.
"Aja aja fighting!" sahut Farisya pula. Aku dan Farisya memandang Amar untuk menunggunya menyahut sorakan kami. Amar memandang kami dengan pandangan pelik.
"Aja aja apa plak ni? Mengarutlah korang ni." Amar terus melangkah pergi sambil menggeleng.
Aku cepat-cepat mengejar Amar yang sudah jauh di hadapan.
Assalamualaikum and hi everyone. Welcome to my blog! I write to express myself. From this blog, you can see various sides of me, a Malaysian girl who is always far from home. Hope you enjoy reading the colors of my life. :)