RSS

Wednesday, January 07, 2009

Sambung Cerita...

Salam


Sori dah lama tak tulis.Hantar gambar je kat blog. Terima kasih buat sume komen dan nasihat. Aku akan reply nanti ok. Tak le nak tulis panjang2 ni. Jadi buat kali ni aku sambung skit cite aku. Bahagian 2 dan 3. Jumpa lagi. Assalamualaikum


Dialah Dhiyaku

oleh: Firuz Akhtar Lubis

Bahagian 2


Rindunya pada kampung. Aku menarik nafas dalam-dalam menghirup udara segar. Langkahku bertukar larian kerana tidak sabar-sabar untuk bersua dengan keluarga. Rumah kayu nenek yang bersih memang sentiasa menyuntik rasa damai dalam hatik. Walaupun kecil, aku amat selesa dengannya.

“Nenek!” Aku menjerit kecil dan terus berlari memeluk nenek yang sedang menyapu di halaman rumah. Nenekku tidak mampu berkata apa-apa melainkan linangan air mata. Nenek memang selalu menangis tidak kira gembira atau sedih.

Aku terus masuk untuk berjumpa kedua ibu bapaku. Di atas katil, papa sedang berbaring dengan wajah yang amat lemah. Mama pula sedang memicit kakinya. Ya Allah! Terjatuh beg tangan dari genggaman. Selama aku bernafas, aku tidak pernah melhat keadaan mereka sebegini.

Mereka menangis melihat kelibatku. Betapa pedihnya hatiku melihat keadaan mereka. Dengan esakan yang pilu, mama menceritakan segala-galanya kepadaku. Salah seorang daripada pekerja yang dipercayai papa telah menggelapkan wang syarikat. Perniagaan papa mengalami kerugian yang amat dahsyat sehingga diisytiharkan muflis. Habis segala-galanya disita. Alhamdulillah nenek masih ada dan sudi menumpangkan keluargaku. Papa sudah lama terlantar akibat serangan jantung. Mereka sengaja tidak mahu memberitahu aku apa-apa memandangkan aku sedang sibuk untuk peperiksaan akhir ketika itu.

Menggigil aku mendengar penjelasan mama. Daripada keluarga yang disebulungi kemewahan, kami kini papa kedana. Papa sebagai ketua keluarga hanya mampu terbaring di atas katil. Air mataku menitis laju dalam dakapan mama. Ya Allah! Betapa malangnya nasib keluarga kami. Sekelip mata saja semuanya ditarik.

Segala yang kurancang juga terbang dibawa angin duka.Terbayang di mataku segala harapan dan impianku hancur berkecai. Tetapi jauh di sudut sana, hancur lagi hatiku..


Bahagian 3

Mujurlah adik-adikku yang sedang belajar di sekolah berasrama penuh mendapat bantuan biasiswa. Cuma tinggal adik bongsu lelakiku yang berumur 11 tahun yang masih tinggal dengan keluarga. Nenek sebenarnya berkeras untuk menggadaikan beberapa tanah untuk membantu papa tetapi papa menolak. Cukuplah menumpang di rumah nenek takkanlah mahu menyusahkannya lagi.

Kini akulah yang perlu menjadi ketua keluarga. Aku boleh sahaja bekerja di Kuala Lumpur dan mendapatkan gaji lumayan tetapi aku tidak boleh berada jauh daripada keluarga. Papa terlantar sakit, mama perlu menjaganya, nenek uzur selalu, jadi siapa lagi yang boleh diharapkan? Aku perlu menutup mata dan melupakan segala impianku selama ini. Tiada jalan lain, aku perlu bertanggungjawab ke atas keluargaku. Menangis air mata darah sekalipun, tiada apa yang mampu mengubah realiti yang telah berlaku.

“Ayla, jomlah balik. Ayla buat kerja lainlah.”

“Takpe, nek. Memanglah Ayla tak pernah buat kerja ni seumur hidup. Tapi Ayla boleh belajar. Lagipun Ayla tak boleh memilih sangat kerja. Bukan senang nak cari duit, nek”

Nenek merenung mataku. Aku tahu dia kasihan melihat aku yang terpaksa bertungkus lums mencari nafkah tetapi sememangnya aku tidak boleh memilih dalam bekerja. Nenek mengajar aku cara-cara membersihkan kandang lembu dan memerah susu. Sambil menolak najis lembu, aku terseyum sinis memikirkan keadaan sendiri. Beberapa hari lepas, tubuhku dibaluti barang berjenama lengkap dengan beg tangan Gucci. Hari ini pula aku bergelumang dengan najis lembu. Memang tidak disangkakan. Kun fayakun. Segalaya boleh terjadi dengan kehendak Allah.

Aku juga menolong mama berniaga makanan. Faris, adikku turut menjual kuih di sekolah. Kasihan adik yang kadangkala pulang ke rumah dengan tangisan kerana kawan-kawannya membuli. Bukan senang untuknya menyesuaikan diri di tempat baru dengan keadaan yang jauh brbeza. Akulah yang sentiasa memujuknya supaya bersabar.

Pelbagai kerja yang aku lakukan. Waktu malam, aku akan membasuh pinggan di kedai makan. Aku juga mencuba nasib dengan memohon menjadi guru di sebuah sekolah agama. Ternyata mereka kekurangan guru dan aku diambil menjadi guru tajaan PIBG. Gajinya memang rendah berbanding guru tetap tetapi hal ini tidak lagi penting buatku.

Kawan-kawan ada menghubungiku dan menceritakan hal masing-masing. Aku sengaja merahsiakan halku daripada pengetahuan mereka. Malu. Ada yang sudah mula bekerja dengan gaji RM2000 sebulan. Sudah cukup baik untuk pekerjaan pertama. Aku pula, tersekat di sini dan terpaksa melakukan semua jenis pekerjaan. Bukannya kerja yang aku buat itu hina tetapi jika difikirkan kelulusan aku dari luar negara, aku sepatutnya membuat kerjayang lebih baik. Barulah berbaloi dengan segala penat lelahku belajar. Seringkali mengalir air mata terkenangkan nasib sendiri .

Terjagaku dari tidur apabila terasa ada orang menyentuh tanganku. Terkebil-kebil aku membuka mata melihat mama yang bersimpuh di tepi. Tanganku diusap dan kusedar matanya kemerahan.

“Ma, kenapa ni?”

“Kakak, mama minta maaf. Kakak dah banyak susah untuk keluarga. Habis tangan kakak luka dan kasar sebab banyak buat kerja. Maaflah. Semua salah kami tak jadi ibu bapa yang baik.” Tangisan mama semakin kuat. Sebak hatiku lantas cepat-cepatku memeluk mama.

“Kakak tak kisah, mama. Kakak rela buat semuanya.”

Ya Allah. Tolonglah buangkan segala rasa kesal di hatiku. Aku perlu ikhlas dan redha terhadap ketentuan-Mu. Impianku sekarang ialah membahagiakan keluargaku. Ya Allah, bolehkah Engkau berikan sejalur cahay a dalam kehidupanku yang suram ini?


Bookmark and Share

Tuesday, January 06, 2009

Ya Allah! Selamatkanlah Palestin...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Bookmark and Share

Wednesday, December 24, 2008

Congratulations Naza!


        Congratulations Naza! I am so proud of you.

So happy that your idea won especially

we are from the same genre, drama!

Boring faces...hehehhe


Wow, big money on the check! Naza, good luck for your future and congrats once again.


Bookmark and Share

Monday, December 22, 2008

Ahlan wa Sahlan 1430H/2009M

Hello friends!
1429H/ 2008M is going to finish. Now we need to face 1430H/2009M.

There may be risks involved


We may need to face roadblocks


So stay alert



Share time with friends

Jump over obstacles

With care
And caution

Face challenges

Remember to laugh

Cooperate

Always eager to know something new

Discover...

Make new friends

Stick together and get ready for adventure

And you will be able to go far

Very far....

Well...not quite that far

Always take time to smell the flowers

Don't forget to relax and enjoy

And don't forget those who likes you very much

Just a few more days to go
May 1430H/2009M be a splendid year for us
Kullu 'am wa antum bilkheir
Insya Allah tahun ini akan lebih baik berbanding tahun-tahun lepas dan semoga kita sentiasa diredhai Allah. Moga azam tahun ini akan tertunai dengan penuh keimanan dan ketakwaan.

Bookmark and Share

Thursday, December 11, 2008

Me in The Breakfast Show



Bookmark and Share

Friday, December 05, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha & Program TV Islamik

Assalamualaikum


Hari Raya Aidiladha bakal menjelang tiba.. Beraya di mana tahun ni? Tak apalah. Walau di mana saja pun kita berada, harapnya segala pengorbanan kita termasuk dalam landasan Islam dan diredhai serta diterima Allah selalu.


Hari tu aku dapat panggilan daripada seorang lelaki yang tak dikenali. Dia ajak aku untuk casting untuk Production Erma Fatima. Aku bengang la sekejap. Siapa la pulak buat lawak antarabangsa tengah hari buta tu. Aku tanya la siapa tu dan aku tanya mana dia dapat nombor aku. Lelaki itu kedengaran sedikit bengang dan dia pun kata: “Mana saya tahu. Saya disuruh menelefon nombor ni. Bukan dalam bidang kuasa saya untuk tahu mana orang atasan dapat nombor ni.” Haa..ada2 macam tulah bunyinya.


Aku pun minta maaf cepat-cepat. Aku tak mahulah kawan aku atau sesiapa yang memainkan aku. Lelaki tu pun kata: “Oooo..cik takut panggilan hangit ye?” Memang aku takut! Tak pasal-pasal kang kena hangit live di radio. Aku peliklah camne plak tetiba aku dipanggil casting. Kemudian aku baru teringat yang dulu aku pernah meghadiri audition untuk pengacara Astro Oasis. Saja2 mencuba. Masa tu Kak Erma yang jadi juri tapi masa giliran aku, dia tak ada. Mungkin dia keluar makan atau sedang berehat. Boleh jadi dia ada tengok rakaman untuk hari tu kot.


Aku pun pergi la ke syarikat tu. Tak jauh pun, kat Wangsa Maju. Pergi dengan adik2 pompuan aku yang kebetulan dtg ke KL hari tu. Masa aku sampai, ada sorang laki sdg tidur di sofa. Aku ingat dah salah bangunan dah tadi. Aku kemudiannya diberi 3 skrip. Satu untuk jadi pengacara dan dua untuk lakonan. Waktu juga kena duduk hafal. Bukannya panjang pun.


Masa masuk untuk casting, seorang remaja lelaki pun turut serta. Dalam bilik tu ada Kak Erma, seorang wanita dan seorang jurukamera. Kak Erma tanyalah dari mana kami tahu tentang casting. Remaja lelaki tu kata daripada My Space. Aku pulak beritahulah ada orang telefon. Kak Erma bagi peluang lelaki tu yang pilih skrip lakonan. Dia pilih skrip ketiga. Aduh…pening kepala aku. Skrip babak pakwe marahkan makwenye yang sedang hamil anak luar nikah. Wakakaka. Jenuh aku! Kena merintih dan merayu. Buat muka toye je la. Lepas tu ada sikit sesi soal jawab tentang latar belakang masing2.


Aku pergi casting hari Sabtu. Hari Isnin tu Kak Erma telefon. Dia kata dia nak aku jadi panel untuk program tv berbentuk islamik. Aku cuak juga, Aku cakap, talk aku pernah bagilah. Itu pun kat rumah Perlis di Kaherah, Mesir. Dia kata…bukan talk tapi aku diminta untuk memikirkan idea untuk program tv islamik. Alhamdulillah aku diberi peluang lagi oleh Allah. Bukannya mudah nak suruh orang dunia tv mendengar idea kita.


Jadi kawan-kawan, kepada sesiapa yang ada apa2 cadangan atau idea untuk rancangan tv islamik, harapnya dapat dikongsi bersama. Insya Allah aku akan cuba bawa idea tu ke atas. Aku kagum dengan usaha 8tv untuk meyebarkan urban style mereka. Macam2 yang dilakukan dan style tu mula mendapat tempat. Apa kata kita sebarkan Islamik style pula?


Aku juga pernah mencuba untuk pertandingan Mini Novella Fair & Lovely. Bukan main susah aku nak memendekkan cerita aku. Hehehhe. Aku ni suka bebenor buat panjang2. Bila nak pendekkan jadi cerpen, susah pulak. Keputusan dah diumumkan dan aku tak ada rezeki. Taka pa. Boleh cuba lain kali. Jadi di sini aku sertakan bahagian pertama cerpen. Jumpa lagi dan kalau ada apa-apa idea untuk program tv islamik, beritahulah ye. Insya Allah sama-sama kita wujudkan satu perspektif baru dalam tv kita. Sekian dulu. Assalamualaikum.


Dialah Dhiyaku

oleh: Firuz Akhtar Lubis

Bahagian 1

“Ayla, your parents tak datang ambil ke?”

“ Tak. Mereka dah tahu yang I grad tahun ni tapi I tak beritahu bulan berapa. Takpelah. I boleh balik sendiri naik teksi. Lagipun papa I tu sibuk sangat. I don’t wanna trouble him.” Lenguh tanganku menarik beg pakaian jenama Polo Club yang besar itu.

“Ok. Habis juga study kitakan, Ayla? Bolehlah kita berehat 3, 4 bulan sebelum kita sambung Masters.”

Aku tersenyum mendengar kata Ifa.

“Alhamdulillah geng kita semua dah dapat tawaran Masters. Kita rehat puas-puas dulu. Kemudian, kita fly ke UK balik.”

“Apa cerita kau dengan Safuan? Dah lama bercouple, lebih baik ikat terus.”

“Balik kali ni nak beritahu keluargalah. Dia kata sebelum fly sama-sama nanti, dia nak bertunang,”

Betapa gembiranya Ifa mendengar khabar itu. Aku tentulah berkali-kali ganda rasa bahagia sebab aku bakal diikatkan dengan pujaan hati yang kukenali sepanjang pengajian di Manchester. Aku mengambil teksi untuk pulang ke rumah di Subang Jaya. Senyuman terukir dibibir apabile terkenangkan papa, mama dan adik-adik yang bakal terkejut melihat kepulanganku.

Rumah banglo 3 tingkat yang tersergam indah itu kelihatan sepi. Pintu pagar pun bermangga besar. Mungkin satu keluarga pergi berjalan. Puasku memanggil bibik tetapi tiada sahutan. Berkali-kali aku mendail telefon mereka tapi tiada jawapan. Salahku juga. Kalau aku beritahu awal-awal, tentu mereka semua akan menunggu kehadiranku.

Aku ternampak kelibat Bibik Suriati di rumah sebelah. Dia amat terkejut melihat kemunculanku. Maklumlah, sudah 2 tahun aku tidak pulang ke Malaysia. Dia banyak berdiam dan hanya mengangguk dengan reaksi wajah yang pelik. Apabila aku bertanya tentang keluargaku, lambat-lambat dia menjawab di kampung.

Sudah lama aku tidak melihat nenek. Begku ini berisi cenderahati untuk semua orang. Bolehlah aku berikannya terus kepada keluarga dan nenek di kampung. Dengan senyuman teruja, aku meneruskan langkah untuk ke stesen bas. Papa, mama, adik-adik, tunggulah kepulangan kakak!

# # # # #





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini






Bookmark and Share