Vantage Point
CJ7
2 Mac 2008 plak aku ada periksa TOEFL kat Shah Alam. Sempena nak amik periksa tu. satu keluarga tido kat hotel kat Shah Alam. ISk!ISk! Terharu sungguh. Bagi aku listening n writing ok la. Tapi kalau reading n speaking, hancusssssss skit. Hehehhehe. Petikan dalam reading sgt2 la panjang dan mengelirukan. Naik juling mata baca tapi tak paham2 juga. Speaking plak, topiknya tak la susah pun. Masalahnya, masa untuk berfikir hanya 15 saat. Huhuhuhu. Bile dah gelabah, mula la menggoreng. Harapnya jgn la hangus sudah. Aku kena dapat 80 ke atas daripada 120 utk periksa ni. Kalau tak lepas, kena la amik lagi skali. Huhuhuhu. Masa abis perkisa, aku tunggu famili dtg amik. Tau tak aku tunggu 2 jam. BAngunan periksa tu dah tutup pun. Aku pun merayap sorang2 sampai la ke jejantas. Ternampak plak 7 Eleven di seberang jalan. AKu pun beli la makanan skit sbb lapo. Aku pun beli 2 komik sbb boring menunggu. pastu aku lepak kat jejantas sambil tunggu ayah. Bknnya dudk kat tangga. Bersila atas jejantas tau. Hhihihihi. Dapat la pengalaman rasa macam mana jadi pengemis. Memang mencabar! Orang lalu lalang tengok je aku yg selamba bersila sambil minum dan baca komik. Ada juga yang mengusik tapi aku buat donno je la. Hiiiiiiiiii
13 Mac plak aku amik periksa IQ, GRE. Memang puas menghentam la terutamanya soalan2 vocabulary. Dah la perkataan2 tu bombastik. Truk juga la markah vocab aku. Tak sangka plak markah matematik plak yg ok. Dah la lama tinggal maths. Kali terakhir masa SPM dulu la. Alhamdulillah tak berkarat sgt ingatan aku terhadap maths kan. Markah Analytical Writing, tak tau la brapa aku dpt. Keputusannya aku akan dpt 15 hari lagi.
Ish..dah la cite pekse2 ni. Apa kata aku cite pasl filem plak. Masa aku masih blaja kat ELS, aku rajin gak gi panggung kat KLCC setiap jumaat. Hehehhehe. bile lagikan? Kat tanjong malim ni takde panggung. Harap kena turun KL baru la bole tgk wayang. Aku dpt tgk cite Jumper, CJ7, Vantage Point dan Duyung. Bagi aku cite yg plg menarik perhatian adalah Vantage Point. Aku minat dgn teknik penceritaan. Filem tu dibuat berdasarkan pandangan 8 org berlainan di lokasi yg sama. JAdi bile dah sampai tengah, dia rewind balik dari mula. Cuba bayangkan...8 kali patah balik! MUla2 bengang gak, dah sedap2 sampai tgh2, rewind plak ke blkg. Tapi kemudiannya aku fhm konsep tu dan aku pun rasa suka plak dgn teknik baru tu. JUmper...cite pasal org yg bole lompat2 ke mana2 saja. Mmg rasa mcm best je bole lompat mana2 tapi ada bnyk plak masalah sbb ada pemburu yg nak bunuh jumper. CJ7 adalah pendekatan baru dari Steven Chow tapi mmg tak le lari dari komedi.Klaka gile la. Puas aku gelak. Duyung plak...satu benda baru utk filem Malaysia. Memang la tak bole nak dibandingkan dgn filem luar negara yg lain. Kita masih ada terlalu bnyk kelemahan yg perlu dibaiki. Pemandangan dasar laut memang cantik. Maya Karin plak tunjukkan skil yg bagus sewaktu jadi duyung. Bknnya senang dgn kakai terikat. Dahlah dia tu lawa. Memang sesuai jadi duyug la.
Ok la. Sampai sini dulu. AKu akan tulis lagi utk post akan datang, Di sini aku akan sambung cerita CInta FA-daun ketujuh. Anyong!
Cinta F.A.
Baju sejuk berwarna merah disarung ke badan. Hari pertama musim luruh tidaklah sejuk tetapi angin kecil sudah mula bertiup. Dia agak mudah mendapat selsema. Jika dia menghidap selsema, ayah tidak akan membenarkannya pergi ke universiti. Oleh itu, dia begitu berhati-hati dalam menjalani langkah pencegahan.
Senyuman tidak lekang dari bibir. Terasa bagaikan bulan jatuh ke riba apabila Firuz bersetuju untuk bertemu dengannya di Taman Mellat hari itu. Debaran di hati hanya Tuhan yang tahu. Dia bakal bertentang mata dengan Firuz buat pertama kali setelah 3 bulan berkawan. Jenuh dia cuba membayangkan wajah Firuz tetapi tidak berjaya. Apa yang dia tahu hanya satu; Firuz seorang lelaki yang baik.
Dia memegang kemas hadiah yang bakal diberikan pada Firuz. Sejak akhir – akhir ini dia dapat merasakan kelainan pada dirinya. Hatinya berlagu riang setiap kali dia teringatkan lelaki itu. Akhirnya dia menyedari yang dirinya telah jatuh cinta. Biarlah Firuz menilik nasib cinta mereka dengan Divane Hafiz[1] yang bakal dihadiahkan itu.
Sesekali dia menjeling jam tangan. Tinggal 5 minit lagi sebelum pukul 4 petang. Jalan raya pula penuh sesak dengan kereta. Ayah cuba sedaya upaya untuk menyampaikannya di Taman Mellat secepat mungkin tetapi ternyata usahanya gagal.
Pada pukul 4.20 petang, mereka akhirnya tiba di perkarangan Taman Mellat. Dia berlari pantas dengan hadiah di tangan. Ketika itu dia menyedari kelibat gadis asing itu yang sedang berjalan keluar. Kepalanya tertunduk dan wajahnya muram. Larian Fereshte terhenti seketika. Entah mengapa dia terasa kasihan melihat kemurungan gadis itu. Tentu gadis itu mempunyai masalah. Fereshte tahu hidup di negara yang berbeza dengan adat dan budaya sendiri bukanlah satu perkara yang mudah.
‘Eh! Kenapa pula aku sibuk bimbangkannya? Firuz tentu sudah lama menungguku,’ Fereshte mengingatkan diri sendiri. Firuz tiada di bangku yang dijanjikan. Dia menghela nafas lega. Nampaknya bukan dia seorang sahaja yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Dia melabuhkan punggung di bangku itu. Sambil menunggu kedatangan lelaki pujaannya, dia melihat sekeliling. Sehelai daun kering gugur mencium bumi.
Daun yang keseratus turut meninggalkan dahan dan menyertai kumpulan daun kering yang berkumpul di kaki pokok.
“Fereshte, marilah pulang. Ayah tak fikir dia akan datang,” Fereshte memandang wajah ayah dengan perasaan sugul. Akhirnya dia bangkit juga dan meninggalkan taman itu tatkala langit disimbah warna jingga.
Lewat malam itu, komputernya menerima kunjungan Firuz.
ali_redza9: Sehingga maghrib saya menunggu awak tapi batang hidung awak pun tak kelihatan. Awak tak pandai menepati janjikah?
firuz_8420: Saya atau awak yang mengkhianati janji? Bukankah kita berjanji untuk bertemu pada pukul 4?
ali_redza9: Jalan raya amat sibuk hari ini. Saya tiba lewat sikit saja.
firuz_8420: Saya tiba lebih dulu tapi saya tak boleh menunggu lebih lama. Ada hal yang perlu saya selesaikan.
Fereshte mengeluh perlahan. Dia langsung tidak mampu menyimpan rasa marah lama-lama pada lelaki itu. Salah dirinya juga. Segala rasa penat dan kecewa lenyap begitu sahaja. Betul kata orang. Jika sudah sayang, buah yang masam pun boleh terasa manis. Dia tidak mampu menanggung rasa ini lagi. Semakin disimpan, semakin ia menusuk jiwa.
ali_redza9: Firuz saya ada sesuatu nak beritahu kepada awak. Harapnya awak sudi mendengar.
firuz_8420: Tentu saya sudi. Kenapa Fereshte? Awak ada masalah?
ali_redza9: Firuz, saya cintakan awak.
Tiada lagi jawapan daripada Firuz. Fereshte dilanda rasa kecewa. Lelaki itu menolak cintanya?
ali_redza9: Awak langsung tak ada perasaan terhadap saya?
firuz_8420: Saya juga sayangkan awak.
Mata Fereshte bersinar gembira.
ali_redza9: Betulkah Firuz? Awak juga sayangkan saya?
firuz_8420: Ya. Cinta dan sayang itu banyak tafsirannya, Fereshte.
[1] Divane Hafiz adalah himpunan syair dari penyair terkenal bernama Hafiz Shirazi. Hafiz menulis syair berdasarkan tafsir Quran. Rakyat Iran sering menggunakan Divane Hafiz untuk menilik nasib.
No comments:
Post a Comment