Assalamualaikum. Apa khabar semua? Bulan Syawal kian melabuhkan tirainya. Walaupun begitu aku tetap nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Amacam? Sempat tak puasa enam? Kalau sempat, alhamdulillah. Kalau tak, takpe. Insya Allah boleh cuba lagi tahun depan.
Tahun ini alhamdulillah satu famili kami dapat berkumpul. Setelah 5 tahun,kami dapat berkumpul. Kebetulan Hafiz balik tahun ni dan aku plak dah habis blaja. Balik kampung di Alor Setar pun naik 2 kereta. Maklumlah semua dah besar panjang. Sebelum sampai ke kampung kami singgah di Cameron Highland dan Lata Iskandar. Best jugak. Dah lama tak jalan dengan sume. Pegi tengok ladang strawberi…tido adik beradik satu bilik…buat konsert dlm keta…hahahha. Hafiz ngantuk n boring bawa keta, siap gigit stereng keta kerana kebosanan. Jadi aku n dia pun buat la konsert free kat dalam keta. Adik2 yang tido kt blkg pun tak le nak ckp apa dah. Seronok wo..berduet dgn Hafiz melalak buat konsert AF10. Heheheh.
Tahun ni aku dapat banyak kad raya. Sudah pasti la dripada anak murid aku sendiri. Hahaha. Lawak btol. Dpn mata je pun, tp nak bagi kad raya. Bile dah dapat kad raya tu, biasa la dpt pantun:pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, harap balas. Ponat jugak la aku nak membalas kad raya dorang. Tanya soalan: ustazah beli baju raya warna apa? Ustazah puasa penuh tak? Jangan puasa yang yok, nanti takle raya..Aduhai…layan je la. Apa2 pun aku betul2 hargai ingatan mereka terhadap aku. Tapi dalam banyak2 kad raya yang aku dapat, aku paling teruja bila dapat kad kiriman pos ni. Aku dapat kad raya daripada kumpulan Raihan! Kulit kad tu adalah kulit album selawat terapi, album terbaru Raihan. Siap ditandatangani Haji Mubin, CEO Raihan dan Che Amran lagi. Hehheehe. Jgn jeles orang tu….
Sebenarnya aku baru berenti jadi ustazah. Hari terakhir masa puasa tu. Sedih gak masa nak berpisah dgn budak2. Mcm2 kerenah. Siap dapat ugutan lagi..kalau ustazah berenti, sy akan lupakan ustzh! Tapikan kalau ustazah berenti jg, sy tak akan lupakan ustzah. Hahahah. So cute! Aku dpat tawaran keje kat KL. Aku pernah keje sambilan dgn syarikat ni masa kat Iran. Aku ditawarkan keje kat Setiawangsa, Kuala Lumpur. Aku mula kerja lepas raya. Tak sampai sebulan pun aku keje kat sini. Aku keje sebagai project executive skrg. Masuk2 aja, aku diberi fail yang bila disusun, boleh buat saf sepanjang 3 meja. Hahaha. Dokumen berterabur. Saja tunggu aku masuk kemaskan sume la tu. Aduh pening. Dah la tak faham apa. Projek oil n gas. Memang menganga jap la tgk istilah yang aku tak faham. Sekarang baru la cerah sikit…Itu pun banyak yang aku kena belajar. Blur je la….hehhehe. Aku plak yg paling muda kat situ. Kebanyakannya dah senior. Rasanya sume orang 30 tahun ke atas, aku je masih 20 an. Hhhahha. Aku ni slalu terasing dari dunia normal. Skrg pun aku menyewa bilik kat apartmen kat kl. Ada lagi 2 org yang menyewa bilik selebihnya. Tapi masing2 dgn dunia sendiri. Ha..kembali la aku pada zaman kt Iran dulu. Sowang2 n terasing. Tapi takpe…dah rehearsal dah…hehhe. Cume dah setahun dudk rumah. Kena amik skit masa utk sesuaikan balik. Tp best gak duduk sendiri ni. Bebas skit. Hehhehee
Dlm kepala aku dok tergeliat nak cuba faham dokumen yang berlambak2 tu,tetiba aku dpt lagi satu kejutan otak. Hehehhe. Sebenarnya masa Ramadhan hari tu aku ada masuk pertandingan. Pernah tak dengar pertandingan What’s Your Big Tv Idea? Ini pertandingan cipta program tv. Tak kisahlah genre apa2 pun. Program realiti ke, game show, dokumemntari, drama, apa2 je la. Pertandingan ni anjuran Media Primework (TV3, 7, 8, 9). Aku saja nak cube. Maka aku paksalah satu famili aku perah otak. Heheheh. Tapi akhirnya aku pilih 2 idea Ayla dan aku tulis aku punyalah. Mengarut gak la idea aku tu. Aku ada hantar 5, 6 entri. Masa tu nak dekat deadline. Aku pun terus taip dalam borang online. Takut tak sempat kalau nak pk dan taip dlam Word.
Aku tak sangka aku dapat panggilan dari Media Primework. Alhamdulillah aku terpilih masuk final 20. Ada dalam website www.bigidea.com.my Jadi pada 21 Oktober yang lepas semua finalis 20 dipanggil ke Sri Pentas. Dalam 20 orang tu, hanya 5 orang je pompuan. Huhuhu. Mmg skit. Insya Allah pada 13 November ni kami dikehendaki untuk bentang idea kami depan Dato Seri Farid dan CEO TV3, 7, 8, 9. Huhhuhu. Menakutkan! Antara 20 tu, sorang pemenang akhir akan dipilih. Pemenang tu akan dapat RM20.000. Ok la. Duit tu lain kira dulu. Sekaranhgyang penting macam mana nak present ni. Mau pengsan aku! Dahlah orang-orang penting ni.
Idea aku yang terpilih adalah genre drama. Kena buat presentation guna Power Point. Dan kerana aku punye idea ni drama, elokla kalau ada stilomatik. Stilomatik tu macam visual storyboard yang ada muzik untuk bagi feel kat orang. Ala..macam movie trailer la skit. Hahahah. Mampuih…aku apa pun tak tau. Maka sekarang ni aku tengah serabut gile. Denan macam2 dokumen kena diuruskan di pejabat dan nak pk pasal presentaion ni lagi. Apa2 pun, aku kena mula buat prsediaan. Kena mula pk dalam2, buat Power Point and mula la shoot skit. Hahaha. Macam la reti sgt.
Doakan aku ok? Aku rasa teruja sebab idea aku ‘didengar’ orang. Ini kali pertama aku mencuba nasib dalam bindang yang baru buat aku. Insya Allah aku akan cuba buat yang erbaik dan harapnya semua itu akan dikira sebagai ibadat. Ok. Sampai sini dulu. Terpanjang pulak menceloteh. Jumpa lagi di post akan datang. Assalamualaikum! Doakan tau aku dpt buat yg terbaik utk presentataion nanti!
No comments:
Post a Comment