RSS

Wednesday, March 11, 2009

Puteri Gunung Ledang Musim ke-3


Assalamualaikum, semua.

Aku sebenarnya nak bercerita tentang teater yang aku tengok pada 18 Februari yang lepas. Yee..aku tahu dah lama lepas. Tapi baru sekarang aku berpeluang nak menulis post. Aku sememangnya berminat dengan bidang seni. Ketika di Tehran, aku ada juga pergi tengok teater. Itu pun kawan yang bawakkan. Aku dpt tgk teater komedi. Kelakar…Best jugak sebab aku minat teater ni. Di Malaysia, aku pun berkenan sangat nak tengok teater tapi tak ada pendedahan. Jadi, kenalah cari sendiri. Aku ternampak iklan untuk tayangan teater Puteri Gunung Ledang Musim ke 3 di surat khabar. Mulalah mulut aku becok bertanyakan kawan-kawan pejabat. Masalahnya kat ofis ni, aku sorang je yg masih muda trang tang tang. Yang lain dah berkeluarga. Mana lah ada yang nak layan minat yang sama dengan aku. Kalau duduk kat pantry tu asyik cite pasal somi dan anak2. Bukannya tak bagus cite pasal somi n anak2 ni, cuma aku ni je yang tak termasuk dalam kawasan yang sewaktu dengannnya lagi. Jadi, boring la sikit la dgr topic tu..tak le nak bagi pandangan skali. Hehehe

Tup..tup dapat lak kawan yang seminat ni. Rupa2 nya Kak Wani ku itu pun kaki teater juga pada zaman anak daranya. Bile dah kawin, terus terhenti minatnya sebab dah tak ada kawan seminat dengannya lagi. Apalagi? Aku terus beritahu Kak Wani tentang hajat aku yang berkobar2 untuk menonton PGL. Terus dia bersetuju. Eeeeeeeeeee..seronoknya….ada kawan nak tgk sama2. Kak Wani terus masuk internet, search tentang cara nak tempah tiket. Dia siap print kan gambarajah tempat duduk dalam panggung teater tu! Huhu..Bincang punya bincang, kami buat keputusan untuk amik tmpt yang baik punya..dan semestinya membakar poket sekali la kan..hehhee. Tapi kerana semangat berkobar2 nak tengok teater Malaysia buat pertama kali, aku pun bersetuju je la. Takpe la. Lagipun aku ada kerja part time..bole la tampung bajet bulanan.

Jadi pada hari Jumaat tu (pertengahan bulan Januari) aku dan Kak Wani keluar pada waktu pejabat untuk ke ‘bank’ a.k.a istana budaya. Hehhehe. Dapat la kami beli dua tiket. Satu tiket harganya RM123. Huhuhu. Rasa terharu sangat dapat pegang tiket dalam kad warna emas tu. Hehehe. Aku simpankan 2 tiket tu.

Akhirnya hari yang dtunggu2 pun tiba. Aku pakai baju kurung warna ungu dan pakai spek baru yang kebetulan aku amik dari kedai spek pada hari yg sama. Pegi awal sbb takut terlambat. Kami solat di istana budaya. Memang aku rasa berkobar2. Dpt duduk depan ha! Kalau tak nampak juga, memang buta la! Hanya dua baris kerusi yang memisahkan kami daripada kumpulan orkestra. Mula2 kami diperkenalkan kepada kumpulan orkestra…rata2nya budak2 muda. Bagus..Kemudian kami dikehendaki menyanyikan lagu Negaraku…Waa…lagi bersemangatlah aku.

Mula2 skrin putih besar yang terpampang atas pentas tu mula menyala. Nampak la ala2 lukisan zaman dahulu kala. Macam ada lukisan orang jawa yang melentik2 tangan duduk atas tangga batu. Aku cuba la belek lukisan purba atas skrin tu. Tiba2 lukisan tu bergerak.Pastu bila skrin putih diangkat, ada la beberapa penari berpakaian Jawa menari atas batu bertingkat2. Fuyo! Memang pembukaan yg gempak. Lagu dia plak best. Aku tak berkesempatan nak tgk PGL musim satu dan dua. Jadi aku tak boleh nak bandingkan PGL sekarang dgn yg dulu. Oleh itu aku cuba komen berdasarkan beberapa aspek:

1) Muzik

Aku memang suka dengan live music ni. Memang lagu2nya best giler..terasa berada pada tempat dan masa kejadian. Bila nak berperang, rasa berkobar2 n takut skit. Bila lagu cinta, rasa masyuk jap. Bila gembira, rasa happy je. Muzik memainkan peranan yang amat besar. Kalau muzik tak best, aku rasa feel cite tu takkan sampai pada penonton. Dah la aku duduk dekat dgn muzik team tu, mmg loud n clear sungguh. Hehhe.

2) Rekaan Pentas

Aku memang kagum. Prop utama yang digunakan adalah replika timbunan batu yang bertingkat. Itulah yang dipusing2kan banyak kali atas pentas. Ada orang yang jadi tukang tolak benda alah tu. Yg gempak, ada kapal atas pentas tuuuu! Terkejut aku tgk kapal gedabak atas pentas. Putri naik kapal, belayar ke Melaka nak jupe kehkahsih hati, budak bertuah tu. Ada plak kain lembut beralun2 dibuat ala2 ombak. Pelabuhan Melaka plak nampak gempak. Rasa macam dah balik ke kg halaman sendiri. Ditambah plak dgn lagu negeri Melaka dan tarian penduduk Melaka, terasa macam seronok dapat pulang ke tanahair sendiri.. Yelah, dah penat melayan lagu ala2 jawa dan menengok orang berkembaaaaan je bebeapa babak, barulah boleh nampak ‘orang kita’. Hehehhe. Masa babak putri dan hang tuah berasramaradana kat atas air terjun pun best. Batu2 bertingkat tu dihadapkan sesame sendiri, pastu lubang kat tgh ditutup dgn kain labuh…..ala2 air terjun la. Siap dgn pencahayaan, mmg macam air terjun btol…masa hang tuah dan pengikutnya mencari putri pun best. Batu2 bertingkat tu disusun dibuat ala2 bukit. Pastu ada la kain yg dibuat ala2 corak abstrak, disimbah dgn cahaya hijau, nmpak la ala2 hutan. Tak tau dah nak explain camana lagi. Kena tgk sendiri baru bole paham. Hehehe

3) Pelakon

Pelakon yang paling aku kagumi adalah AC Mizal. Memang nampak lain dgn karakter yg selalu kita tahu ttg AC. Diakan slalunya gile2 dgn tagline..AC di mana? AC di sini! Kali ni dia nampak garang dan menakutkan. Tiap kali sampai je babak dia, aku berdebar2. Takut nak tgk reaksi yg seterusnya. Siap dgn suara garau n deep ala2 org jahat dgn gaya jalan n gerak dia yg ala2 wayang kulit tu, aku mmg enjoy tgk dia.

Datin Tiara mmg aku suka. Dia nampak menjiwai wataknya dgn baik. Tarian jawanya mmg bagus. Dan dia mmg cantik la kan. She is a true princess.

Hang Tuah! Oh, Hang Tuahku! Heheheh. Apa ntah namanya..Stephen kot. Stephen Rahman Hughes. Dia tu mmg la hensem kan. Dah la aku nampak dia dari jarak yg dekat. Walaupun bkn melayu tulen, sebutan melayunya boleh dikatakan fasih.

Sultan Cool-Adlin Aman Ramli . Dia seperti biasa dgn gaya sultan yang sempoi. Marah kat putri sampai tersembur2 air liur. Hheheh. Tapi yg paling best babak menari sbb gembira nak meminang putri. Memang cool habis. Lawak tgk sultan dgn tarian selambanya. Penonton bersorak habis2an masa babak tu.

Bayan. Mula2 aku ingatkan Ida Nerina yang bawa watak ni, rupa2nya Ida Mariana. Nama dkt2. Terkeliru skit. Aku tak kenal diapun sebelum ni tapi aku suka dgn lakonannya. Nampak ketabahan dan sifat keibuannya itu. Memang boleh popular dia ni. AKu rasa dia pelakon yg bagus. Pastu dgr kata dia calon yg paling sesuai untuk gantikan Tiara utk musim2 akan datang.

Pelakon2 yang lain tak kurang hebatnya. Watak kembar jawa tu pun menarik. Memang mereka berani untuk berlakon menggedik. Bukannya senang tau bawak watak camtu. Kena ada keberanian dan keyakinan yang tinggi. I’m impressed! Heheheh

4) Elemen Magis

Huhuhuh..mmg tak disangka2 dalam teater pasal putri pun berpeluang tgk ‘magic show’. Cucuk sanggul bayan boleh terapung2 la. Mungkin ada benang kot dari atas tapi tak nampak la. Putri boleh hilang dari pentas tu! Tu aku musykil sampai sekarang. Ada lubang ke kat situ? Nenek kebayan boleh tukar jadi putri! Camana cepat sgt bertukar? Putri dah standby ke sembunyi atas bukit tu? Tak tau la. Apa2 pun memang satu inisiatif yang baik untuk menjadikan teater tu lebih menarik.

5) Nyanyian

Nyanyian Tiara ok. Tak la sedap gile tapi dia boleh bawak lagunya dgn baik. AC plak masa nyanyi guna suara sendiri. Rasa macam bkn watak Gusti yang nyanyi plak. Tak sangka Adlin bole nyanyi. Bole tahan plak.Yg Hang Tuah plak, ingatkan setakat muka handsome je…rupa2nya pandai nyanyi gak. Sedap sorenye. Ada satu babk tu dia tarik bukan main panjang! Panjang gile sampai aku plak yg penat tunggu dia habiskan not tu. Aku plak yg rasa semput sedangkan dia dok relaks tarik panjang2. Huhuhu

6) Tarian

Aku memnag suka menari2 ni. Hehehhe. Rasa riang tgk dorang menari smapai rasa nak join plak. Pat Ibrahim yg buat tarian2 tu kan..mmg bagus. Apa2 pun aku plg suka masa Sultan menari.

7) Babak2 Kesukaan

a)Babak pembukaan. Mmg teruja tgk buat pertama kali. Suka sangat. Pastu plak AC yg kuar. Rasa berdebar2 tgk kerajaan jawa yg kuat tu

b)Babak putri menari dpn hang tuah dan lain2.

Aku ni bukannya tau sgt pun tarian jawa tapi rasa aku la tarian Tiara tu mmg bagus. Siap dgn lenggok kejawaan. PAstu yg sweet tu masa putri libas ala2 tendang bunga ke hang Tuah. Tunjukkan minat secara tak langsung la tu. Eee..sweet sgt

c) Babak suasana di Melaka

Rasa gembira dan riang je tgk org Melaka. Pelabuhan yg dibina pun cantik.

d) Babak pengumuman putri nak kawin dgn sultan

Pengumuman tu dibuat depan gerbang istana Melaka. Kelakar babak tu. Pengumuman berlagu2 macam org mengaji plak

e) Babak putri merayu Hang Tuah

Terasa sungguh rasa cinta putri kpd hang tuah. Merayu2 dia memujuk Hang Tuah. Hang Tuah tetap dgn setia buta pada sultan. Aku kan geram btol dgn laki camtu.

f) Babak putri bagi syarat

Haaa…hambik kau. Nak sgt suruh putri terima pinangan sultan. Hati perempuan jangan buat main2. Memang lembut dan sanggup setia tak berbelah bahgi. Tapi sekali dilukai,..rasakan penangnanya. Aku dapat rasakan kekecewaan putri dan camana rasa marahnya masa dia memberitahu syarat2 tu. Siap dgn lagunya yg ala2 seram tu. Meremang bulu roma jap.

Panjang plak aku punya post kali ni. Aku suka teater ni. Dulu masa skola aku ni slalu gak berlakon. Masuk pertandingan drama masa skola rendah. Masa skola rendah sampai la tingkatan 3 asyik dpt watak air mata. Pastu dari form 4 plak asyik dpt watak gile2. Masa 2006 aku berlakon watak gangster kt Mesir. Hehehe tak sesuai…tak sesuai… Masa tu ada pertandingan, masuk je la. Tak sangka dapt pelakon pembantu terbaik. Teringin gak nak berlakon tapi susah la sbb imej kita camni. Malaysia nak pelakon yg lawa2 n sedia bukak tudung. Oh no….tak bole la camtu. Tapi kan Iran punye filem, mmg pakai tudung setiap babak. Tido pun pakai tudung. Bole je dpt anugerah antarabngsa…

Ok sampai sini dulu. Insya Allah 18 Mac ni aku nak g tgk teater lagi. Teater sirah junjungan arahan Erma Fatima kat istana budaya. Teater pasal Rasulullah. Aku harap Malaysia akan lebih terbuka dengan seni Islami. Kesian Erma Fatima. Penat dia cari tajaan tapi ramai yg tak bagi sokongan. Takpe Kak Erma. Dengan usaha murni akak ni, Insya Allah kita akan dapat pulangan yang baik masa depan.

Gambar2 yang ada ni aku tak amik sendiri. Tak le bawak kamera. Jadi gambar2 ni diambil dari website. Gambar2 ni hasil usaha Kak Wani yg copy paste dari website. Gambar2 ni aku bubuh tak teratur tau.

Putri belayar ke Melaka nak jumpa dgn Hang Tuah


Berasmaradana di atas air terjun.


Nyanyi melepaskan rindu masing2

Org2 Jawa menyanyi nak bagitau ketibaan rombongan dari Melaka

Putri turun bukit dgn rasa sedih

Putri mempersembahkan tarian untuk rombongan dari Melaka

Putri dgn rasa marah memberitahu syarat2 perkahwinan

Hang Tuah yg tetap berjalan pergi walaupun dirayu oleh Putri

Masa mula2 Hang Tuah dan Putri menyatakan cinta di Jawa

Itu dia kumpulan orang jawa


Putri menyanyi kegembiraan sbb....rasanya sbb dah jumpe cinta kot

Sekian dulu. Insya Allah jumpe lagi dalam post lain. Assalamualaikum
Bookmark and Share

6 comments:

is-nanie said...

pergh.. panjangnye komen... tp nani dah bace abih...

bestnye~!!.... PGL3 yang last kan.. lps nih tiara dah takde lagik berlakon.. efek pon nampak hebat.. Utk org yg first time datang, it must been a great experience, kan?..

"Masa skola rendah sampai la tingkatan 3 asyik dpt watak air mata. Pastu dari form 4 plak asyik dpt watak gile2." --> form5 skali la, firuz... teringat dak dorm kite.. slalu buat pentomen kan? haha..

Anonymous said...

Panjang berjela kertas karangan mu itew Firuzzzz.... tapi xpe.. akak dh habiskan baca...

Berasa amat bangga sekali kita dpt lahirkan sebuah teater bermutu tinggi dipentaskan di Istana Budaya Bertaraf Dunia... yg paling best akak dah jumpa si penggemar teater.. taraa..siapa lagi kalau tak firuzzzzz....

kesimpulannya memang rugi la sesiapa yg terlepas menyaksikan PGL Musim ke3 ni...

tiada kata yg dpt diungkapkan betapa hebatnya kisah perchintaan dahulu kala.. kisah kesetiaan pahlawan kpd rajanya..

pendek kata lu pikir la sendiwiiii....

chow

"mamawannie yg comel"

Anonymous said...

biasa la nani....bile dah lama tak hantar..mula panjang berjela bercerita...hehehhe.

mmg best utk org yg first time dtg. best giler..

ingat tak kenangan dorm e 35 n e 5 buat persembahan? best kan. asyik2 kena call je.

insya Allah satu hari kita g sama2 ye nani

Anonymous said...

mmg pnjg berjela karanganku itew...hehehhe

best la kenangan g istana budya. jgn lupa date ke 2 kita 18 mac ni kak. hehhee

nak tgk teater Rasulullah plak

Unknown said...

JANGAN LUPA TUGASAN PERTAMA TOP SUPERB BLOGGER HARI ISNIN 16/3/2008

LIHAT SENARAI PESERTA --->
PESERTA-PESERTA TOP SUPERB BLOGGER

Unknown said...

FIQ TELAH MELIHAT BLOG ANDA TETAPI MASIH BELUM ADA APA-APA TINDAKAN ANDA UNTUK SIAPAKN TUGASAN PERTAMA, JANGAN LUPA TUGASAN PERTAMA TUTUP PADA 28/03/2009! JIKA MAHUKAN HADIAH BERNILAI RM 700.00 ! Anda boleh melihat contoh tugasan Peserta yang telah siap di di paparkan di BLOG FIQ ONLINE.


ALERT FIQ ONLINE!
http://www.fiq-life.blogspot.com