RSS

Thursday, June 04, 2009

Journey to Seoul, South Korea (4)

Salam

Bertemu lagi kita dalam rancangan ~ Kembara ke Korea!~ Cewah…

Kali ni kita sambung hari kedua di Seoul. Haaa…hari ni hari yang banyak aktiviti. Memang tak habis kot satu post. Kita mula dengan awal pagi. Pagi tu kami janji dengan Jaha utk berjumpa di Namdaemun Market. Dia kata kat situ banyak jual kerongsang tudung yg lawa2.

Aku, ayah dan ummi pergi ke Korea Uni untuk mengambil Ayla. Kawannya, Sherry nak ikut maka kami bawa la dia skali. Naik teksi sampai ke Namdaemun. Macam kat Jalan TAR. Banyak benda yang dijual di sini. Aku akui Korea ni tmpt fesyen la. Cuba bayangkan ada satu kedai tu jual payung je. Kalau kat Malaysia, dah lama bangkrap kot. Sape rajin nak tukar payung slalu. Macam2 corak ada. Mungkin orang Korea ni suka tukar2 payung macam tukar kasut kot. Kedai jual topi saja pun ada.

Kami masuk ke bahagian dalam bangunan. Aku terus berpinar. Bling…bling..bling….Waaaaaaaaaa aku suke! Kat situ ada bahagian keychain, rantai, gelang, penyepit dll (aksesori) saja! Sepanjang2 tmpt tu, ada stesen benda2 tu je. AKu ckp stesen sbb dorang bukannya jual je. Tapi buat keychain dll kat situ jugak. Memang berkilat2 dan comel2 sume benda kat situ. Bling..bling la! Aku tgk akak tu pakai sarung tangan n sedang teliti menampal batu warna warni kat keychain bentuk lollipop. Uhu…so sweet! Mmg comel2 la benda kat situ. Ada buah rantai bentuk cupcake, ada kasut tinggi utk keychain dan macam2 lagi. AKu pulak akhirnya dapat gak jupe aksesori utk handset aku. Puas aku cari kat Malaysia tmpt gantung handset bentuk aiskrim. Akhirnya ketemu juga dgn dirimu..

Ayah aku sibuk membeli tali leher dan baju kemeja untuk diri sendiri dan kawan2 di uni. Tali leher tu ada batu permata tu…tapi bukan yang asli punye la. Tunggu punya tunggu, akhirnya Jaha dan kawannya Ganu sampai juga. Mereka bawa kami ke tempat kerongsang. Patut la tak jumpa tadi sbb tmpt tu memang tersembunyi sedikit. Sekali lagi mataku berpinar2 melihat stesen kerongsang yang berkilau2 indah. Kalau di Malaysia satu set kerongang (1 kerongsang kecil dan 1 kerongsang besar) harganya mencapai brpuluh2 ringgit. Tapi kat situ 8 hengget je! Apalagi? Borong la. Ummi beli banyak sebagai cenderahati untuk kaum kerabat.

Ayah aku pengumpul replica buku. Tak cukup dengan buku betul2 yang berlambak di rumah, dia suka jugak dengan benda berbentuk buku. Orang selalu ingat rumah aku tu perpustakaan @ muzium. Nanti aku amik gambar rumah aku bubuh dlm blog k? Jadi setiap kali Nampak kedai cenderahati ayah aku pasi singgah. Banyak pula replica buku di situ. Ayah aku begitu teruja. Jaha dan Ganu meluahkan rasa tt percaya mereka kepada aku tentang perangai ayah aku yg tercenta tu. Dorang kata: Tak sangka la kak. Cuba bayangkan atas replika meja tu..ada satu buku kecik. Dia boleh nampak buku kecik tu dan dia sanggup beli sbb buku kecik tu!....wakakakakka! Baru kau tau ayah aku camana ya? Apa2 pun aku suka sangat2 tengok cinta ayahku kepada buku.

Selepas tu kami dibawa ke Itaewon. Itaewon ni ala2 Bukit Bintang di Kuala Lumpur la. Tempat tu merupakan tumpuan orang asing. Memang macam2 kedai ada di situ. Makanan halal mudah untuk didapati sebab banyak kedai Pakistan. Walaupun baru je sampai di Seoul, ayah aku dah kempunan nasi normal macam Malaysia. Hahahha. Dia tak larat dah nak sumbat nasi Korea. Maka kami pun pergi ke sebuah restoran Pakistan. Masa dalam perjalanan ke resotran tu, tanpa disangka2 kami terserempak dengan 2 orang pelajar Malaysia yang sama2 satu rombongan dengan kami dalam perjalanan KL-Seoul. Dua orang adik perempuan ni pun dapat biasiswa kerajaan Korea dan mereka dapat tempat di Ewha Women University. Mereka sedang cuba berjalan-jalan di Itaewon menggunakan peta dan buku rujukan. Ayah pun ajak la mereka sekali makan di restoran. Dan..seryes..Jaha dan Ganu memang banyak gile makan…hehehhe.

Di Itaewon pun ada sebuah masjid besar. Rasa terharu tengok ada masjid di bumi Seoul ni. Ada pula sekolah agama di situ. Alhamdulillah, akhirnya bertemu juga dengan tandas yanga da air. Masa mula2 sampai di Korea, sakit jugak nak buang air…Air takde wei…sekurang2nya tandas yang ‘sgt moden’ di Malaysia pun ada air pancut dari lubang tandas. Tapi di Korea, takde apa2. Wakakakkaka.Nak buat camne. Puas mencari butang2 yang tersembunyi. Memang takde. Terus tak jadi nak buang air. Aku tanya ayah aku sbb dia ada juga pengalaman duduk Negara bukan Islam. Maka jalan penyelesainnya ialah: Pam beberapa kali dan guna balik air dalam jamban tu. Hhuhuhuu. Dapat jugalah beristinjak.

Selepas solat, ayah aku sempat singgah membelek buku di kedai buku (sudah semestinya). Tapi Alhamdulillah banyak buku korea. Maka tak dapatlah ayah membeli buku banyak2. Hehehhe. Maka kami tak yah lah mengangkut buku banyak2.

Kemudian kami pergi ke Seoul Tower. Ala…yang macam dalam cite Boys Over Flowers tu..(kalau tak silap la) Tmpt Jun Pyo menunggu Jandi berjam2 dalam salji tu….Kat situ ada Teddy Bear Museum! Waaaaaaaaaa…Cute! Yang tu aku sambung kat post lain ye..Penat dah menaip. Ok jupe lagi. Anyong!


Nam Dae Mun Market




Tak berbinar mata tgk benda berkilat2 macam ni? Huhuhu..







Dpn Baskin Robins kat Itaewon. Tk makan pun..Amik gmbr je

Smpt bergambar kat tgh2 jalan org lalu lalang

Restoran Pakistani

Masjid di Seoul


Skola Agama di sebelah masjid
Bookmark and Share

No comments: