RSS

Wednesday, July 15, 2009

K-Pop Fever: Suju?

Assalamualaikum sume

Anyonghaseyo! Kali ni aku nak bercerita tentang aktiviti aku pada hari Sabtu lepas(11 Julai 2009). Kawan skola aku, Nani ajak aku menghadiri satu aktiviti anjuran fan club Suju. Aku mula2 menganga la jugak. Ape kebenda tu? Rupa-rupanya Suju ni adalah singkatan bagi Super Junior. Super Junior adalah artis dari Korea Selatan yang terdiri daripada 13 orang lelaki. Ramai giler tu! Huhu~ Kalah satu pasukan bole sepak.

Ini adalah hasil dari kemasyhuran K-Pop yang melanda dunia hari ni. K-Pop tu Korean Pop kalau tak silap la. J-Pop pun ada gak (Japanese Pop) tapi aku tak tau setakat mana popularnya J-Pop di Malaysia ni. Bab2 K-Pop dan J-Pop ni aku tak tau sangat. Kalau drama Korea, tau la. Maka aku pun temankan Nani pergi ke Korea Plaza di Menara Hap Seng. Saja nak tengok camana aktiviti fan club. Nani kata peminat Suju pakai baju biru. Jadi aku pun pakai la baju biru untuk menghormati minat mereka. Hehe.

Sampai2 je aku nampak ramai yang pakai t-shirt biru yg sama. Waa..bersemangat sungguh. Siap tempah baju sama2 tu. Ada yang siap buat ala2 name tag utk digantung di leher.


Nilah kumpulan Super Junior. Ramai kan?




Nama pun Korea Plaza kan? Maka banyaklah benda2 Korea yang dipamerkan di situ. Masuk2 je aku ternampak pelakon Boys Over Flowers. Tau tak cite tu? Citu tu diadaptasi dari manga. Dah ada 3 versi pun. 1) Meteor Garden (Taiwan) 2) Hana Yori Dango (Jepun) 3) Boys Over Flowers (Korea). Citenye sama je tapi buat sampai 3 versi. Huhu~ Nampak sgt ramai peminat.



Kalau sape yg tak tau, nilah pelakon2 popular untuk drama popular tu.




F4 Boys



Boleh percaya tak aku amik gmbr dgn F4? hehe..jgn jeles..




Kat situ ada juga demonstrasi masakan Korea. Masa dijemput makan, aku smpat lagi bertanya kat budak2 kat situ,"Makanan tu halal ke? Ada tuuuuut tak?" Budak tu jwb balik," Halal. Dia tak bubuh tuuut." Hahaha!


Demonstrasi masakan Korea



Nampak tak gadis2 yg memakai t-shirt biru dlm gmbr d bwh ni? Haa...tu la t -hirt yg mereka tempah khas.

Suju Fans tgh makan makanan korea



Baju Korea yg sangat cute




Ada juga kempen menderma darah. Aku tak derma...takut...Tapi kalau bagi darah skit kat Edward, bole la..wakakaka. Lari tajuk. (Edward= vampire dlm cite Twilight)


Darah...darah...



Selain tu, ada demonstrasi pertolongan kecemasan. Memang banyak perkara berfaedah yang kami pelajari.


Ikat jangan tak ikat. Jangan sampai terjerut sudahlah.



Kemudian kumpulan musik tradisional cina dari UM pula yang membuat persembahan. Memang best la. Lagu melayu pun dorang main. Lagu ikan kekek dan rasa sayang. Kagum tengok gaya tangan dan lenggok badan dorang masa main benda alah tu.



Wonderful Performance




Waaa..aku memang tak sangka aktiviti fan club begini rupanya. Bukan la setakat nak menyanyi atau menari je, macam2 aktiviti bermanfaat diadakan. Ada derma darah, belajar first aid, persembahan muzik tradisional dll. Apa2 pun acara terakhir la yg paling ditunggu2 oleh para peminat Suju. Sekumpulan lelaki cina (13 orang semestinya) menari salah satu daripada lagu popular Suju iaitu Sorry Sorry. Memang tak sangka dorang bole menari ala2 Suju. Susah tu tarian Suju. Macam2 pergerakan yang perlu dihafal. 13 orang plak tu. Apa2 pun tahniah diucapkan kerana usaha dan minat mereka.

Para peminat perempuan bersorak mengikut lagu tu. Aku rasa kagum plak. Waa...bole dorang bersorak cantik ikut lagu. Ni mesti dah berlatih bersorak dulu ni.

Menari 'Sorry Sorry'





Aku sempat berkenalan dengan adik2 dari kumpulan fan club Suju. Budak2 UIA tu..huhu~. Terima kasih yang tidak terhingga buat Nani atas sumber foto2 dlm post kali ni. Nanti kita g lagi ye Nani?


Aku sempat pejam mata plak.


Itulah pengalaman pertama aku mengikuti aktiviti fan club walaupun aku agak blur masa mula2 dtg. Aku rasa seronokmelihat mereka teruja buat benda yg mereka minat. Di bawah ni aku ada masukkan video klip 'Sorry Sorry' dari Suju untuk tatapan sume. Ada english subtitle lagi tu..



Masa aku tengah surf Youtube untuk lagu 'sorry sorry' ni, aku ternampak sesuatu yang menarik. Banduan di sebuah penjara di Filipina ni ada kumpulan tarian yang tersendiri. Bagus jugak tarian mereka. Dahlah ramai giler. Mmg memerlukan perancangan yang teliti untuk melatih banduan yang seramai tu untuk menari. Mereka membuat persembahan untuk pelawat penjara setiap bulan. Rasa macam tengok konsert plak. Aku rasa pelawat mesti teruja untuk pergi penjara untuk tengok persembahan dorang. Baru2 ni (27 Jun 2009) dorang buat persembahan tarian untuk lagu 'Sorry Sorry'. Tengoklah betapa bersemangatnya mereka menari!

Ok jupe lagi di post akan dtg. Anyong!

Bookmark and Share