RSS

Tuesday, July 07, 2009

Orang Kaya (OK1)

Assalamualaikum

Apa khabar? Beberapa hari ni, rasa boring plak. Hehe..tak sabar nak tunggu adik aku balik dari Mesir. Boleh la ajak dia jalan2.

Aku nak ucapkan terima kasih pada mereka yang sentiasa memberi galakan utuk aku terus menulis. Kpd Is and Sum79, trima kasih yang tak terhingga. Tu la...penyakit malas ni susah btul nak sembuh. Huhu~ aku ni jenis yang bole buat keje dgn baik dalam suasana tertekan. Haish...mcm tu pulak ye? Hehe..mmg bile aku 'dihimpit', aku laju je buat keje n hasilnya memuaskan. Tapi tu la benda yang perlu baiki.

Tgk tu...ada yg kata aku punye blog bole ganti google image. Wakakaka! Pedas tuh..ye la ye la..aku tulis la... Terima kasih ye Ikan Pari. Aku punye blog ni pun bermusim. Ada musim bebel2, musim gmbr, musim video. Dah banyak sgt gambar ye? Ok sekarang aku tulis plak. Tapi aku masih suka la gambar2. Kalau ada gambar lagi, tak pe la yek?

Aku bukak balik pen drive lama aku. Ternampak plak satu benda yang diselaputi sarang labah2. (betapa lamanya ia terkubur). Aku dah hampir terlupa dgn anak aku yang sorang ni. (Karya=anak) Ish ish kejam sungguh mak ni ye? Aku ada tulis cite ketika aku di Iran. Tak habis lagi sebenarnya tapi aku akan mula post lah. Baru la aku akan terasa nak menyambung balik cite ni.

Cite ni romantik komedi. Cite santai je. Memang banyak kelemahan tapi takpe la. Aku akan cuba menulis lagi. Tajuk pun tak bubuh lagi. Aku ada tulis rangka cite ni. Mana pegi ye? (sambil tangan menyelak buku2 nota yg dah lama) Kena cari balik ni! Camne nak sambung cite ni? (sambung garu kepala)

Buat sementara waktu ni, aku bubuh tajuk Orang Kaya la. Nanti kot2 terlintas tajuk lain, aku tukar le. Ke ada yg nak bagi cadangan ke. Hehehe.

Terimalah cite zaman muda2 aku dulu..Orang Kaya..



Orang Kaya

Episod 1 (OK1)
(gambar diambil dari www.iluvislam.com dan sy ada potong skit.thank u..)

Air mataku hampir mengalir apabila aku menatap helaian kertas di hadapanku. Rasa sebak di dada memang tidak boleh ditahan-tahan. Aku awal-awal lagi sudah mengeluarkan tisu dari beg tangan untuk menyapu air mata yang bakal keluar tak lama lagi.


"Ina, yang kau termenung lagi kat situ buat apa? Cepatlah bangun!" suara nyaring itu serta merta melenyapkan mood sedih aku ketika itu.


"Ish, kau ni! Air mata aku yang nak keluar ni pun tak jadi keluar sebab dengar suara kau yang macam guruh tu." Rungut aku sambil mengemas buku nota dan alat tulis. Aku cepat-cepat memasukkan semua barang ke dalam beg sandang.


Sambil menuruni tangga dewan kuliyah, Farisya tak habis-habis membebel tentang perutnya yang kononnya amat berbakat dalam bidang nyanyian. Eleh…aku tau lah. Tak payahlah nak buat alasan lagi. Semestinya dia mahu aku menemaninya ke kafe fakulti seperti biasa.


"Nur Darina, boleh saya bercakap dengan kamu sekejap?" Jantung aku hampir berhenti berdegup apabila suara garau itu menyapaku. Aku cuba memberi senyuman walaupun aku tahu senyuman itu tentunya nampak pelik. Farisya menunggu aku di luar dewan kuliyah.


"Ye, dr."

"Awak pun tahukan macam mana prestasi awak sejak akhir-akhir ni. Kenapa? Awak ada masalah ke?" pensyarah aku itu menunjukkan muka prihatin. Dia betul-betul ambil berat tentang hal ehwal pelajar-pelajarnya.

Aku tak berani menentang mata pensyarahku.


"Saya tak taulah doktor. Saya rasa macam susah sikit nak faham topik baru ni. Bukan saya tak cuba doktor. Saya dah cuba banyak kali tapi susah betul saya nak tangkap topik ni," Aku hanya beritahu perkara sebenarnya.


Dr. Zul terdiam seketika sebelum menyambung kata.

"Saya faham masalah kamu Darina. Topik ni memang susah sikit. Kamu perlu banyak buat latihan. Cuba minta tolong daripada kawan-kawan atau senior kamu. Mmm…apa kata kamu ambil pelajaran khusus dengan senior kamu? Pelajar-pelajar saya yang dulu pun buat benda yang sama. And..the result was quite good you know."


Dr, Zul sudah mula melangkah keluar.

"Jumpa lagi minggu depan. Jangan lupa fikirkan cadangan saya tu." Aku tersenyum sebelum mengucapkan selamat jalan kepada pensyarah kesayanganku itu.

"Baiklah dr. Saya akan cuba ikut nasihat dr. tu" Dr. Zul mengangguk senang lantas melangkah ke arah tempat letak kereta.


* * *


Kafe fakulti riuh rendah dengan suara mahasiswa-mahasiswi yang tidak habis-habis berceloteh. Aku pula masih tenggelam dalam kesedihan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.


"Apasal kau ni Ina? Kuih kat depan kau ni tak berusik pun. Kalau kau tak nak, aku boleh tolong habiskan."

Aku cepat-cepat menjamah karipap di hadapanku. Huh, dasar piranha betul Farisya ni! Tak boleh langsung tengok makanan.


"Heheh. Tau pun takut. Kenapa kau ni? Dari tadi nampak tak ada mood je. Macam nak nangis pun ada." Farsiya mengeluarkan suara simpatinya. Walaupun dia ni ahli keluarga piranha, dia jugalah kawan baik aku sebenarnya.


"Aku ada masalah besar dalam subjek Dr. Zul ni. Susah sikit nak pick up. Sebab tulah aku nak menangis bila tengok nota akhir kelas kat dalam dewan kuliyah tadi."

"Aku pun bukannya terror sangat dalam subjek ni. Jangan risaulah," pujuk Farisya.

"Mana boleh macam ni. Aku nak cuba yang terbaik. Kesian kat Dr. Zul. Aku tak nak kecewakan dia dengan prestasi aku yang buruk ni."


Farisya tergelak sendiri.

"Tak nak kecewakan dia? Ceh, macam dialog drama lak. Eh, kau ni ada apa-apa dengan dr.ke?” Jari Farisya mula mencucuk-cucuk pinggangku.

"Kau ni elok-elok sikit ye. Aku suka gile dengan dr. sebab dia pensyarah yang baik. Pengajarannya best dan dia pun selalu take care pasal student dia. Aku anggap dia macam ayah aku sendiri tau."

"Yelah. Aku tahu. Jadi, apa rancangan kau lepas ni?"


Aku menghirup air bandung didepanku.

"Ntahlah Sya. Dr. suruh aku cari tutor dari kalangan senior. Aku pulak tak ngam sangat dengan senior ni."


"Senior kita ni som.." Kata-kata Farisya terpotong apabila bunyi tepukan tangan memenuhi kafe. Kami menoleh ka arah sekumpulan pelajar lelki yang kelihatan galak menyokong kawan mereka untuk menyanyi. Seorang mahasiswa sudah berdiri di atas meja kafe sambil melambai tangan kepada semua.


"Gila ke dia tu?" Terkeluar ayat itu dari mulutku.

Pelajar lelaki lain sudah mula bersiul nakal sambil menggalakkan mahasiswa itu. Mulut aku memang dah ternganga luas sebaik saja aku mendengar lelaki itu meyanyikan lagu cinta 100% sambil bergelek di atas meja. Farisya pula bertepuk tangan sekali sambil ketawa riang.


"Sya!" tegurku sambil memegang tangannya supaya tidak bertepuk lagi.

"Apa salahnya? Best apa show dia tu. So cool!" kata Farisya dengan sisa ketawanya.

"Eee..aku benci dengan lelaki mencapub macam tu. Cari publisiti!"


"Dahlah Ina. Sampai bila kau nak teruskan prejudis kau pada kaum lelaki ni? Tak semua lelaki macam samdol tu tau."

Aku sudah mula menjegil mata.

"Eh! Kenapa pulak tiba-tiba kau cakap pasal dia ha? Cerita lama jangan dok ungkit lagi!" Tanganku mengetuk meja.


"Ok. Ok. Relax Ina. Sorry ok? Ina, budak laki tu walaupun mencapub macam tu tapi dia tu pandai gila tau,"

Aku kembali menjamah karipap yang masih tinggal di dalam pinggan.

"Mana kau tahu?"

"Dia salah satu senior yang paling popular sebab genius tapi slumber."

Aku hanya mengangguk tanpa menunjukkan rasa minat untuk menonton pertunjukan percuma di situ.


"Ina!!" Tersentak aku mendengar jeritan Farisya yang tiba-tiba itu.

"Ya Allah! Kau ni nak kena pelangkung dengan aku ke? Apasal tiba-tiba menjerit ni?" Aku mengusap dada perlahan.


"Apa kata kau minta dia jadi tutor kau?"

Tersedak aku mendengar cadangan yang tak munasabah itu.

"Kau gila ke Sya? Belajar dengan laki mencapub tu? Eee..tolonglah!"


"Aku serius ni Ina. Dia selalu dapat four flat dalam peperiksaan. Memang selalu dapat Anugerah Dekan dia tu."

Kepala yang tidak gatal kugaru. Muka ragu-ragu kutunjukkan pada Farisya.


"Buang ego kau tu Ina. Ingat. Kau kan tak nak kecewakan Dr. Zul," cucuk Farisya lagi.

Ish, pandai betul Farisya ni nak mempengaruhi aku! Apapun kata Farisya pun betul juga.

"Tapi..kalau aku nak dia jadi tutor aku pun, tak semestinya dia setuju,"

Farisya pula yang mula terdiam. mungkin dia faham dengan kerisauanku ini.


"Orang macam tu takkan nak ajar junior yang dia tak kenal. Rasanya tak kena dengan gaya dia untuk mengajar. Mengajar menyanyi boleh la kot."

"Kau kata la yang kau akan bayar dia duit. Bukannya mengajar percuma." Cadang Farisya.

Aku menoleh melihat pelajar lelaki itu yang sedang asyik menyanyi lagu rock pula.


"Tengok cara pakaian dia pun kita boleh tahu yang dia tu anak orang kaya. Takkan la kerana duit yang tak seberapa dia boleh bersetuju nak mengajar aku?"

Farisya mendengus perlahan. Dia senyap sambil mnghirup air tanda berfikir.


"Kalau duit tak boleh pakai, aku rasa kau kena offer dia sesuatu yang menarik supaya dia setuju nak ajar kau." Selepas seminit, akhirnya Farisya bersuara.

"Sesuatu yang menarik? Macam mana tu?"

"Mm..basuh kereta dia ke, basuh baju ke, nyanyi untuk dia ke.."

"Apa?! Tak naklah aku." Pantas aku menggeleng tanda bantahan sepenuhnya.


Masam muka Fariysa. "Habis tu..macam mana?"

Aku memandang semula ke arah 'calon tutor' aku itu. Dia baru habis menyanyi dan sedang sibuk menghantar flying kiss kepada 'peminat-peminatnya'.

"Takpelah Sya. Biar aku fikirkan dulu apa dia 'sesuatu yang menarik' tu."


###
Bookmark and Share

3 comments:

mamawannie said...

Hmmm... tiba2 hati berbunga2.. hmmm kenapa nyer? mungkin kerana cerita yg hendah dicerita dizaman remaja.. yg masih segar diingat.. sewaktu mula2 kita bercinta "cinta monyet"..

so apa lagi firuz.. teruskan menulis.. akak nak baca selanjutnya apa terjadi dengan ina tu...

firuz akhtar said...

trima kasih mama wannie.

rindu ar kat akak. trima kasih skali lagi sbb sudi baca n beri galakan.. ni yg bersemangat lagi nak menulis ni.

peluk n cium utk abg n adik ye kak.
miss u! muah!!

mamawannie said...

Akak windu kat Firuzz jugak... windu nak makan sama... windu nak sembang lama2... ingattak kita saling meluahkan perasaan sambil nangis2 dibawah lampu jalan.. ditepi jalan.. didalam kereta..? ingat tak..?

Aduhhh... rasanyer akak tak akan dapat pengganti adik serupa firuzzz... hmmm sob..sob... :(

yang pasti abg adik juga akan terus mengingati Auntyyyy Ferussss....