RSS

Friday, December 05, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha & Program TV Islamik

Assalamualaikum


Hari Raya Aidiladha bakal menjelang tiba.. Beraya di mana tahun ni? Tak apalah. Walau di mana saja pun kita berada, harapnya segala pengorbanan kita termasuk dalam landasan Islam dan diredhai serta diterima Allah selalu.


Hari tu aku dapat panggilan daripada seorang lelaki yang tak dikenali. Dia ajak aku untuk casting untuk Production Erma Fatima. Aku bengang la sekejap. Siapa la pulak buat lawak antarabangsa tengah hari buta tu. Aku tanya la siapa tu dan aku tanya mana dia dapat nombor aku. Lelaki itu kedengaran sedikit bengang dan dia pun kata: “Mana saya tahu. Saya disuruh menelefon nombor ni. Bukan dalam bidang kuasa saya untuk tahu mana orang atasan dapat nombor ni.” Haa..ada2 macam tulah bunyinya.


Aku pun minta maaf cepat-cepat. Aku tak mahulah kawan aku atau sesiapa yang memainkan aku. Lelaki tu pun kata: “Oooo..cik takut panggilan hangit ye?” Memang aku takut! Tak pasal-pasal kang kena hangit live di radio. Aku peliklah camne plak tetiba aku dipanggil casting. Kemudian aku baru teringat yang dulu aku pernah meghadiri audition untuk pengacara Astro Oasis. Saja2 mencuba. Masa tu Kak Erma yang jadi juri tapi masa giliran aku, dia tak ada. Mungkin dia keluar makan atau sedang berehat. Boleh jadi dia ada tengok rakaman untuk hari tu kot.


Aku pun pergi la ke syarikat tu. Tak jauh pun, kat Wangsa Maju. Pergi dengan adik2 pompuan aku yang kebetulan dtg ke KL hari tu. Masa aku sampai, ada sorang laki sdg tidur di sofa. Aku ingat dah salah bangunan dah tadi. Aku kemudiannya diberi 3 skrip. Satu untuk jadi pengacara dan dua untuk lakonan. Waktu juga kena duduk hafal. Bukannya panjang pun.


Masa masuk untuk casting, seorang remaja lelaki pun turut serta. Dalam bilik tu ada Kak Erma, seorang wanita dan seorang jurukamera. Kak Erma tanyalah dari mana kami tahu tentang casting. Remaja lelaki tu kata daripada My Space. Aku pulak beritahulah ada orang telefon. Kak Erma bagi peluang lelaki tu yang pilih skrip lakonan. Dia pilih skrip ketiga. Aduh…pening kepala aku. Skrip babak pakwe marahkan makwenye yang sedang hamil anak luar nikah. Wakakaka. Jenuh aku! Kena merintih dan merayu. Buat muka toye je la. Lepas tu ada sikit sesi soal jawab tentang latar belakang masing2.


Aku pergi casting hari Sabtu. Hari Isnin tu Kak Erma telefon. Dia kata dia nak aku jadi panel untuk program tv berbentuk islamik. Aku cuak juga, Aku cakap, talk aku pernah bagilah. Itu pun kat rumah Perlis di Kaherah, Mesir. Dia kata…bukan talk tapi aku diminta untuk memikirkan idea untuk program tv islamik. Alhamdulillah aku diberi peluang lagi oleh Allah. Bukannya mudah nak suruh orang dunia tv mendengar idea kita.


Jadi kawan-kawan, kepada sesiapa yang ada apa2 cadangan atau idea untuk rancangan tv islamik, harapnya dapat dikongsi bersama. Insya Allah aku akan cuba bawa idea tu ke atas. Aku kagum dengan usaha 8tv untuk meyebarkan urban style mereka. Macam2 yang dilakukan dan style tu mula mendapat tempat. Apa kata kita sebarkan Islamik style pula?


Aku juga pernah mencuba untuk pertandingan Mini Novella Fair & Lovely. Bukan main susah aku nak memendekkan cerita aku. Hehehhe. Aku ni suka bebenor buat panjang2. Bila nak pendekkan jadi cerpen, susah pulak. Keputusan dah diumumkan dan aku tak ada rezeki. Taka pa. Boleh cuba lain kali. Jadi di sini aku sertakan bahagian pertama cerpen. Jumpa lagi dan kalau ada apa-apa idea untuk program tv islamik, beritahulah ye. Insya Allah sama-sama kita wujudkan satu perspektif baru dalam tv kita. Sekian dulu. Assalamualaikum.


Dialah Dhiyaku

oleh: Firuz Akhtar Lubis

Bahagian 1

“Ayla, your parents tak datang ambil ke?”

“ Tak. Mereka dah tahu yang I grad tahun ni tapi I tak beritahu bulan berapa. Takpelah. I boleh balik sendiri naik teksi. Lagipun papa I tu sibuk sangat. I don’t wanna trouble him.” Lenguh tanganku menarik beg pakaian jenama Polo Club yang besar itu.

“Ok. Habis juga study kitakan, Ayla? Bolehlah kita berehat 3, 4 bulan sebelum kita sambung Masters.”

Aku tersenyum mendengar kata Ifa.

“Alhamdulillah geng kita semua dah dapat tawaran Masters. Kita rehat puas-puas dulu. Kemudian, kita fly ke UK balik.”

“Apa cerita kau dengan Safuan? Dah lama bercouple, lebih baik ikat terus.”

“Balik kali ni nak beritahu keluargalah. Dia kata sebelum fly sama-sama nanti, dia nak bertunang,”

Betapa gembiranya Ifa mendengar khabar itu. Aku tentulah berkali-kali ganda rasa bahagia sebab aku bakal diikatkan dengan pujaan hati yang kukenali sepanjang pengajian di Manchester. Aku mengambil teksi untuk pulang ke rumah di Subang Jaya. Senyuman terukir dibibir apabile terkenangkan papa, mama dan adik-adik yang bakal terkejut melihat kepulanganku.

Rumah banglo 3 tingkat yang tersergam indah itu kelihatan sepi. Pintu pagar pun bermangga besar. Mungkin satu keluarga pergi berjalan. Puasku memanggil bibik tetapi tiada sahutan. Berkali-kali aku mendail telefon mereka tapi tiada jawapan. Salahku juga. Kalau aku beritahu awal-awal, tentu mereka semua akan menunggu kehadiranku.

Aku ternampak kelibat Bibik Suriati di rumah sebelah. Dia amat terkejut melihat kemunculanku. Maklumlah, sudah 2 tahun aku tidak pulang ke Malaysia. Dia banyak berdiam dan hanya mengangguk dengan reaksi wajah yang pelik. Apabila aku bertanya tentang keluargaku, lambat-lambat dia menjawab di kampung.

Sudah lama aku tidak melihat nenek. Begku ini berisi cenderahati untuk semua orang. Bolehlah aku berikannya terus kepada keluarga dan nenek di kampung. Dengan senyuman teruja, aku meneruskan langkah untuk ke stesen bas. Papa, mama, adik-adik, tunggulah kepulangan kakak!

# # # # #





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini






Bookmark and Share

Monday, November 24, 2008

Once In A Life Time

Assalamualaikum

Setelah bersengkang mata beberapa malam, aku puas hati sbb berlalu juga sesi pembentangan idea depan ‘tv big bosses’. Alhamdulillah lega sebab dah penat ‘memeningkan kepala’ dan ‘mengeringkan poket.’ Sesi pembentagan dibuat di One World Hotel. Berjumpa la finalis-finalis yang lain. Semua kena tunggu giliran di ruang menunggu. Bila sampai giliran, baru la bole masuk dalam bilik khas tu. Jadi memang tak le la tengok orang lain punye pembentangan.Tak tau la macam mana prestasi orang lain. Tapi kami yang menunggu di luar, bantai sembang-sembang dan buat kepoh. Lagi2 peserta perempuan yang tak berapa ramai. (5 orang perempuan dan 13 orang lelaki) Takut tu memang takut nak tunggu giliran tapi sengaja kepoh supaya mengurangkan nervous. Hehehe. Macam-macam gelagat yang boleh dilihat. Ada yang sempat buat push-up kat depan orang ramai lagi. Hoho.
Sebelum giliran aku, ada seorang akak cina yang bentang. Dia keluar je dari bilik tu, dia kata: Haaa…rasa macam nak mati… Macam mana aku tak gelabah? Dah la dibenarkan bentang selama 5 minit je. Siap ada bunyi loceng lagi kalau lebih masa. Orang-orang penting industry tv pulak ada. Dalam bilik tu, hakimnya duduk di bahagian depan. Yang membanyakkan ruang adalah staff tv yang lain. Masa giliran aku, skrin sengaja buat pasal lak. Tak nak menyala la. Suara tak kuar la. Lama gak la aku tertongok kat depan sume orang. Alhamdulillah cousin aku, Nad ada. Kalau tak, mau aku cuak gile. Sambil tunggu juri dah mula bersembang sesame sendiri. Diorang baca synopsis cite aku danmula la bercakap sesame sendiri. Huhuhu. Memang gelabah. Alhamdulillah aku dapat habiskan pembentangan aku sebelum dorang bunyikan loceng. Cuba bayangkan macam mana laju aku cite pasal drama aku secara kesimpulan aku pada dorang? Memang speed. Hehehe.

Tengah hari plak kami makan di restoran di tingkat bawah tajaan Media Primework . Cuba bayangkan makan kat hotel 5 bintang tanpa berbelanja sesen pun? Apalagi? ATTACK! Macam-macam makanan ada. Ntah berapa trip la aku buat. Kek dia memang sedap sampai menjilat dinding la. Nad kata lagi sedap daripada Secret Receipe. Aku tak tau la sbb baru skali je mkn secubit kek Secret receipe yg biasa punye. Tapi aku memang ngaku sedap giler la. Lepas makan, kami naik atas semula. Aku punya giliran dah lepas masa tu tapi saja nak tunggu sebab nak bagi sokongan kt kawan2 lain. Sambil menunggu tu, Nad ditemuramah untuk 8tv Quickie. Biasalah 8tv Quickie kan jenis slamba skit kan. Soalan pertama yang ditanya kepada Nad, are u single? Hohoho. Aku ditemuramah oleh krew NTV7 untuk Breakfast Show. Ntah tayangan hari apa, aku tak tau la. Itu kan serius skit. Aku pun jawab la soalan omfutih penemuramah tu. Hentam je la labuuu..

Kat bawah ni aku saja bubuh senarai finalis dan nama idea dorang. Canggih2 kan? Idea-idea ni dah dibeli oleh Media Primework. Tak tau la sapa yang akan menang sebab keputusan mungkin akan dikeluarkan pada bulan disember nanti. Takpelah. Yang penting, sume dah cuba yang terbaik dan bagi aku pengalaman ni sangat berharga, a once in a lifetime experience. 

 TIME SESSIONS

1000-1045 
Session One (1)
1.1 Syed Nasir Alsagoff bin Syed Nasir

GAMES THAT KIDS USED TO PLAY      Reality 

1.2 (i) Mohd. Akmal Firdaus

(ii) Nazrul Naim Bin Nahar

(iii)Mohd Fikri Bin Md Amin                              

SAYA CABAR AWAK @ I DARE YOU    Reality 

1.3 Shahril Halimi Omar                                                                                

DJ         Drama/ Telemovie

1.4 Azlan Afandi Bin Dato' Haji Saufee Afandi                                

FULL TANK       Magazine

1.5 Farizal Fadzil                                          

HUNTING DEAR HUBBY                 Drama/ Telemovie



1100-1145 
Session Two (2)

2.1 Choo Ai Chen

PERFECT TILL YOU DUNK               Game Show

2.2 Firuz Akhtar binti Mohamad Bohari

MENGHIDU MALANG                    Drama/ Telemovie

2.3 Kevin Lopez

THE SOUND OF MALAYSIA             Musical 

2.4 Saiful Zainal Abidin

AKAR                                      News/ Documentary

2.5 Rohisham bin Md Yusof

CEO IN THE JUNGLE                   Reality



1200-1300 
Session Three (3)

3.1 Xavier Gomez

MALAYSIA UNPLUGGED                  Talk Show 

3.2 Neil Nilson Felix

THE 'HOW TO?" SHOW                    Game Show

3.3 Eric Macewell

THE BLIND RUN                          Drama/ Telemovie 

3.4 Syed Mokhsien

HOW DO I GET OUT OF THIS?                    Game Show 

3.5 Raja Zurina binti Raja Mohamed Ali

SHUTTERBUG BITES!!                               Reality 



1400-1445  
Session Four (4)

4.1 Nazaruddin Abdullah

A ROJAK LIFE                                    Drama/ Telemovie 

4.2 Eric Macewell

SECRET INGREDIENT OF MALAYSIA               News/ Documentary 

4.3 Hurul Ain bt Mahmod

REALITY OF GRAFITI                              Reality 

4.4 Muhd Hizir Zakaria

RURAL SURVIVAL                                    Reality 

4.5 Shahril Halimi Bin Omar

13                                                     Drama/ Telemovie 

Ok saja untuk merenggangkan urat2 otak yg tersimpul, hehehe apa kata kita tengok sikit iklan comel dan cute daripada Song Hye Kyo ni? Comel tau. 


Bookmark and Share

Tuesday, November 11, 2008

Info TV: Idea 18 peserta dipilih dalam program What's Your Big Idea?

Berita Harian, Selasa, 11 November 2008, 13 Zulkaedah 1429

Info TV: Idea 18 peserta dipilih dalam program What's Your Big Idea?



SERAMAI 18 peserta bergambar kenangan bersama Pengurus Besar, Pengisian Dan Pembangunan industri Primeworks Studios, Sdn Bhd, azhar Borhan (belakang, empat dari kiri).

MEDIA Prima Berhad (MPB) membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengemukakan idea dan kreativiti masing-masing untuk menjadi program televisyen bermutu, terbaik dan digemari penonton. Kini pencarian calon peserta berbakat menerusi program What’s Your Big Idea? anjuran Primeworks Studios Sdn Bhd berjaya ditemui. Sebanyak 20 idea kreatif daripada 18 peserta dipilih ke pusingan akhir yang akan diadili panel hakim Primeworks Studio yang digelar Seriously Big Bosess.

Panel hakim dianggotai Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen MPB, Datuk Seri Farid Ridzuan, Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Abdul Rahman Ahmad dan juga barisan ketua pegawai eksekutif TV3, ntv7, 8TV dan TV9. Sesi khas pemilihan idea paling kreatif akan diadakan pada 13 November ini. Peserta yang disenarai pendek akan menerima wang tunai bernilai RM3,000 setiap seorang. Sejak diuar-uarkan, What’s Your Big Idea? menerima lebih daripada 2,400 penyertaan. Malahan ada dua individu menghantar lebih daripada 30 penyertaan setiap seorang.

Seorang daripada peserta yang berjaya melangkah ke peringkat akhir iaitu pelajar Malaysia yang berada di Jepun sanggup terbang pulang ke tanah air untuk bersaing bagi merebut hadiah wang tunai bernilai RM20,000.
Pertandingan ini yang dianjurkan sempena pelancaran Primeworks Studio adalah sebuah pencarian idea atau konsep rancangan televisyen yang asli dan bermutu. Pertandingan ini juga memberi peluang terbaik kepada rakyat Malaysia yang kreatif dan inovatif sebagai platform untuk idea mereka diiktiraf dan diketengahkan.
Setelah dinilai, 20 idea daripada 18 peserta layak ke pusingan akhir. Enam daripadanya berbentuk drama manakala enam lagi adalah rancangan selebriti sementara selebihnya terdiri daripada program berbentuk game show, dokumentari, rancangan muzikal dan bual bicara.
Peserta dengan idea asli paling kreatif dan segar yang berjaya menambat hati panel hakim akan diangkat sebagai pemenang utama dan bakal membawa hadiah wang tunai yang jumlahnya agak lumayan juga. Selain itu, peserta juga akan diberikan kredit pembukaan apabila ideanya diterbitkan nanti.
P/S: Doakan aku ye..Walaupun takut giler tapi aku akan cuba buat yang terbaik...
Bookmark and Share

Wednesday, October 29, 2008

Blur Moments..I'll try my best!

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Bulan Syawal kian melabuhkan tirainya. Walaupun begitu aku tetap nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Amacam? Sempat tak puasa enam? Kalau sempat, alhamdulillah. Kalau tak, takpe. Insya Allah boleh cuba lagi tahun depan.

Tahun ini alhamdulillah satu famili kami dapat berkumpul. Setelah 5 tahun,kami dapat berkumpul. Kebetulan Hafiz balik tahun ni dan aku plak dah habis blaja. Balik kampung di Alor Setar pun naik 2 kereta. Maklumlah semua dah besar panjang. Sebelum sampai ke kampung kami singgah di Cameron Highland dan Lata Iskandar. Best jugak. Dah lama tak jalan dengan sume. Pegi tengok ladang strawberi…tido adik beradik satu bilik…buat konsert dlm keta…hahahha. Hafiz ngantuk n boring bawa keta, siap gigit stereng keta kerana kebosanan. Jadi aku n dia pun buat la konsert free kat dalam keta. Adik2 yang tido kt blkg pun tak le nak ckp apa dah. Seronok wo..berduet dgn Hafiz melalak buat konsert AF10. Heheheh.

Tahun ni aku dapat banyak kad raya. Sudah pasti la dripada anak murid aku sendiri. Hahaha. Lawak btol. Dpn mata je pun, tp nak bagi kad raya. Bile dah dapat kad raya tu, biasa la dpt pantun:pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, harap balas. Ponat jugak la aku nak membalas kad raya dorang. Tanya soalan: ustazah beli baju raya warna apa? Ustazah puasa penuh tak? Jangan puasa yang yok, nanti takle raya..Aduhai…layan je la. Apa2 pun aku betul2 hargai ingatan mereka terhadap aku. Tapi dalam banyak2 kad raya yang aku dapat, aku paling teruja bila dapat kad kiriman pos ni. Aku dapat kad raya daripada kumpulan Raihan! Kulit kad tu adalah kulit album selawat terapi, album terbaru Raihan. Siap ditandatangani Haji Mubin, CEO Raihan dan Che Amran lagi. Hehheehe. Jgn jeles orang tu….

Sebenarnya aku baru berenti jadi ustazah. Hari terakhir masa puasa tu. Sedih gak masa nak berpisah dgn budak2. Mcm2 kerenah. Siap dapat ugutan lagi..kalau ustazah berenti, sy akan lupakan ustzh! Tapikan kalau ustazah berenti jg, sy tak akan lupakan ustzah. Hahahah. So cute! Aku dpat tawaran keje kat KL. Aku pernah keje sambilan dgn syarikat ni masa kat Iran. Aku ditawarkan keje kat Setiawangsa, Kuala Lumpur. Aku mula kerja lepas raya. Tak sampai sebulan pun aku keje kat sini. Aku keje sebagai project executive skrg. Masuk2 aja, aku diberi fail yang bila disusun, boleh buat saf sepanjang 3 meja. Hahaha. Dokumen berterabur. Saja tunggu aku masuk kemaskan sume la tu. Aduh pening. Dah la tak faham apa. Projek oil n gas. Memang menganga jap la tgk istilah yang aku tak faham. Sekarang baru la cerah sikit…Itu pun banyak yang aku kena belajar. Blur je la….hehhehe. Aku plak yg paling muda kat situ. Kebanyakannya dah senior. Rasanya sume orang 30 tahun ke atas, aku je masih 20 an. Hhhahha. Aku ni slalu terasing dari dunia normal. Skrg pun aku menyewa bilik kat apartmen kat kl. Ada lagi 2 org yang menyewa bilik selebihnya. Tapi masing2 dgn dunia sendiri. Ha..kembali la aku pada zaman kt Iran dulu. Sowang2 n terasing. Tapi takpe…dah rehearsal dah…hehhe. Cume dah setahun dudk rumah. Kena amik skit masa utk sesuaikan balik. Tp best gak duduk sendiri ni. Bebas skit. Hehhehee

Dlm kepala aku dok tergeliat nak cuba faham dokumen yang berlambak2 tu,tetiba aku dpt lagi satu kejutan otak. Hehehhe. Sebenarnya masa Ramadhan hari tu aku ada masuk pertandingan. Pernah tak dengar pertandingan What’s Your Big Tv Idea? Ini pertandingan cipta program tv. Tak kisahlah genre apa2 pun. Program realiti ke, game show, dokumemntari, drama, apa2 je la. Pertandingan ni anjuran Media Primework (TV3, 7, 8, 9). Aku saja nak cube. Maka aku paksalah satu famili aku perah otak. Heheheh. Tapi akhirnya aku pilih 2 idea Ayla dan aku tulis aku punyalah. Mengarut gak la idea aku tu. Aku ada hantar 5, 6 entri. Masa tu nak dekat deadline. Aku pun terus taip dalam borang online. Takut tak sempat kalau nak pk dan taip dlam Word.

Aku tak sangka aku dapat panggilan dari Media Primework. Alhamdulillah aku terpilih masuk final 20. Ada dalam website www.bigidea.com.my Jadi pada 21 Oktober yang lepas semua finalis 20 dipanggil ke Sri Pentas. Dalam 20 orang tu, hanya 5 orang je pompuan. Huhuhu. Mmg skit. Insya Allah pada 13 November ni kami dikehendaki untuk bentang idea kami depan Dato Seri Farid dan CEO TV3, 7, 8, 9. Huhhuhu. Menakutkan! Antara 20 tu, sorang pemenang akhir akan dipilih. Pemenang tu akan dapat RM20.000. Ok la. Duit tu lain kira dulu. Sekaranhgyang penting macam mana nak present ni. Mau pengsan aku! Dahlah orang-orang penting ni.

Idea aku yang terpilih adalah genre drama. Kena buat presentation guna Power Point. Dan kerana aku punye idea ni drama, elokla kalau ada stilomatik. Stilomatik tu macam visual storyboard yang ada muzik untuk bagi feel kat orang. Ala..macam movie trailer la skit. Hahahah. Mampuih…aku apa pun tak tau. Maka sekarang ni aku tengah serabut gile. Denan macam2 dokumen kena diuruskan di pejabat dan nak pk pasal presentaion ni lagi. Apa2 pun, aku kena mula buat prsediaan. Kena mula pk dalam2, buat Power Point and mula la shoot skit. Hahaha. Macam la reti sgt.

Doakan aku ok? Aku rasa teruja sebab idea aku ‘didengar’ orang. Ini kali pertama aku mencuba nasib dalam bindang yang baru buat aku. Insya Allah aku akan cuba buat yang erbaik dan harapnya semua itu akan dikira sebagai ibadat. Ok. Sampai sini dulu. Terpanjang pulak menceloteh. Jumpa lagi di post akan datang. Assalamualaikum! Doakan tau aku dpt buat yg terbaik utk presentataion nanti!
Bookmark and Share

Thursday, September 18, 2008

Beautiful Liar..

Assalamualaikum
Bila dah belajar letak lagu, asyik nak letak je la. Hehehe. Well, I heard this song for the first time in Iran. My Vietnamese friend showed me the video clip inside her laptop. Hohohoho..It was hot! That's why I will not put the video in my blog. The lyrics and song is enough already. So, let's hear Beautiful Liar by Beyonce ft. Shakira
Beautiful Liar by Beyonce ft. Shakira

Ay, Ay, Ay
Nobody likes being played
Beyonce, Beyonce
Shakira, Shakira (hey)

[Beyonce] He said I'm worth it, his one desire
[Shakira] I know things about 'em that you wouldn't wanna read about
[Beyonce] He kissed me, his one and only, (yes) beautiful Liar
[Shakira] Tell me how you tolerate the things that you just found out about

[Shakira] You never know
[Beyonce] Why are we the ones who suffer
[Shakira] I have to let go
[Beyonce] He won't be the one to cry

[Beyonce] (Ay) Let's not kill the karma
(Ay) Let's not start a fight
(Ay) It's not worth the drama
For a beautiful liar
[Shakira] (Oh) Did he laugh about it
(Oh) It's not worth our time
(Oh) We can live without 'em
Just a beautiful liar

[Shakira] I trusted him, but when I followed you, I saw you together
[Beyonce] I didn't know about you then 'till I saw you with him again
[Shakira] I walked in on your love scene, slow dancing
[Beyonce] You stole everything, how can you say I did you wrong

[Shakira] You never know
[Beyonce] When the pain and heartbreak's over
[Shakira] I have to let go
[Beyonce] The innocence is gone

[Beyonce] (Ay) Let's not kill the karma
(Ay) Let's not start a fight
(Ay) It's not worth the drama
For a beautiful liar
[Shakira] (Oh) Did he laugh about it
(Oh) It's not worth our time
(Oh) We can live without 'em
Just a beautiful liar

[Shakira] Tell me how to forgive you
When it's me who's ashamed
[Beyonce] And I wish could free you
Of the hurt and the pain
(Both) But the answer is simple
He's the one to blame

[Beyonce] (Ay) Let's not kill the karma
(Ay) Let's not start a fight
(Ay) It's not worth the drama
For a beautiful liar
[Shakira] (Oh) Did he laugh about it
(Oh) It's not worth our time
(Oh) We can live without 'em
Just a beautiful liar




Get this widget Track details eSnips Social DNA
Bookmark and Share

Wednesday, September 17, 2008

Istighfar

Tiga-tiga lagu yang aku bubuh ni ganti lagu yang tak jadi published dekat post berjudul -Kumahu-. Biasalah orang baru belajar...Tak jadilah mula-mula..

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA
Bookmark and Share

Dengan Menyebut Nama Allah

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA
Bookmark and Share

Yaa Nabi Salam 'Alaika

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA
Bookmark and Share

Kumahu..


Assalamualaikum. Apa khabar semua? Sedar tak sedar dah 2 minggu pun umat Islam berpuasa. Cepat betul masa berlalu. Macam mana dengan ibadah kita setakat ini? Kalau terasa ada banyak kekurangan, baikilah cepat-cepat. Ada masa 2 minggu lagi sebelum Ramadhan melabuhkan tirai. Penuh tak puasa? Hehehe. Anak murid aku pun ada yang tak puasa tapi malas juga nak belajar. Macam-macam hal. Semalam aku terpaksa buka puasa sebab sakit perut yang amat dahsyat. Sampai terpaksa jumpa doktor dan terus diberi ubat. Sakitnya yang amat sampai waktu tengah sakit tu aku sempat doa pada Allah supaya hilangkan rasa sakit tu dan kalau hilang aku nazar puasa 2 hari. Huhuhu. Alhamdulillah dah hilang sakit tu. Alhamdulillah.

Biasalah, aku kalau tension melebih mula la sakit perut. Ada beberapa problem skit kebelakangan ni tapi Insya Allah semuanya akan ok. Kali terakhir aku sakit perut macam tu pun kira-kira 3 tahun lepas. Tak sangka plak sakit tu bertandang lagi.

Ha..korang pernah dengar cite SPA Q tak? Popular cite tu sampai sekarang pun ada ulangan pukul 11 setiap hari Isnin dan Selasa. Aku terbaca surat khabar baru-baru ni. Katanya shooting untuk SPA Q 2 sedang giat dijalankan. Waa…tak sangka sampai ada sekuelnya. Memang sangat popularlah drama tu sampai ada sambungan pulak. Pastu kononnya Siti Nurhaliza akan berlakon jugak! Waa…teruja plak aku. Nak gak tgk dia berlakon. Aku memang suka sangat lagu tema SPA Q. Lagu Kumahu nyanyian Siti. Memang best! Senikata dan lagunya sangat best dan catchy. Ha..di sini aku lampirkan sekali senikata lagu Kumahu. I think it is actually nice to be the theme song for girls. Hehehe.

Sesaat ku terkesima
Pada indah personamu
Sekilas kau senyum padaku
Melarutkanku dalam kasihmu

Sesaat ku terpesona
Pada warna ceriamu
Sayangnya telah ku hidu
Semua paparanmu palsu

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Selamanya takkan ku lupa
Kau ajar ku seksa
Kau pandai berkata-kata
Hingga aku derita

Selamanya ku berjaga-jaga
Tak sanggup ku kenang
Cukuplah sekali terluka
Kan ku ingat sentiasa

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Aku bukanlah bonekamu
Ku tak rela dipermainkan
Lebih baik sendiri
Dari terseksa di tangan mu

Apa yang aku mahu
Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan takkan menjadi erti

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti
Ku mahu!

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA
cellpadding="2" style="font-family:Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif; padding-left:2px; color:#FFFFFF; text-decoration:none ; ; font-size:10px; font-weight:bold"> Get this widget Track details eSnips Social DNA

Baiklah. Kita cakap pasal Ramadhan pulak. Waktu hujung-hujung Ramadhan inilah kita cuba banyakkan ibadat. Nasihat terutamanya untuk diri aku ni. Banyakkan doa. Ramadhan ni kan bulan umat Islam. Insya Allah akan dmakbulkan. Doa orang teraniayakan dimakbulkan tuhan. Kalau doa pada waktu Ramadhan, lagilah berkat doanya. Jadi jangan putus asa. Yang kena seksa ke, terseksa ke, dimaki ke, ditipu ke, dihina ke, apa-apa ke, jangan pernah putus asa. Banyakkan berdoa lagi-lagi Ramadhan ni.

More'>http://testifriendster.net/">More RELIGIOUS & ADVICE graphics

Waktu Ramadhan ni pun aku selalu ulang dengar cd ayah aku ni. Tajuk cd: Tausiyah Dzikir & Nasyid Ustz. Muhammad Ariffin Ilham. Aku suka dengar nasihat dan lagunya. Kat sini aku tuliskan sikit nasihat dan lagunya dan aku bubuh skali la lagunya yang aku terjumpa.

Alangkah indah jika diri dapat mengisi setiap hembusan nafas dengan bertasbih,
Sebelum terbitnya fajar, sebelum terbenamnya sang mentari,
Seiring denyutan nadi, terpancar rohani,
Tenggelamnya diri dalam zikrullah,
Muhasabahkan diri, tundukkan hati.
Bersujud bersunyi.

Alangkah bertuah diri ini jika hingga ke akhir hayat kita berzikrullah,
Bibir yang basah dengan syahadah,
Menjadi penyudah bagi melangkah ke alam barzakh,
Seiring denyutan nadi, terpancar rohani,
Tenggelamnya diri dalam zikrullah,
Tibanya hari, muhasabahkan diri,
Tundukkan hati.

Seiring denyutan nadi, terpancar rohani,
Tenggelamnya diri dalam zikrullah,
Tibanya hari, muhasabahkan diri,
Bersujud bersunyi.

Oh, sesungguhnya apa yang lebih bererti bagi insani,
Melainkan hanya mengharap limpah redha-Nya,

Alam semesta ini senantiasa berzikir kepadanya,
Matahari, bulan, bintang, bumi, partikel, sel,
Terlihat atau tidak,
Semua berzikir kepadanya,
Bertasbih kepada Allah apa-apa yang ada di langit,
Dan apa-apa yang ada di bumi,
Maha Perkasa Allah lagi Maha Bijaksana,
Inilah zikirnya alam semesta,
Nabi Muhammad S.A.W pun hamba Allah,
Yang terjaga zikirnya kepada Allah,
Allah pelihara ingatan beliau kepada Allah,
Sehingga setiap langkah, denyut jantung, helaan nafas,
Selalu beliau berzikir kepada Allah,
Aishah radhiullahuanha berkata:
Rasulullah S.A.W. berzikir kepada Allah pada setiap kejadian,
Pada setiap kesempatan…

http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" type="application/x-shockwave-flash" bgcolor="#000" width="328" height="94" src="http://www.esnips.com//escentral/images/widgets/flash/esnips_player.swf" flashvars="theTheme=blue&autoPlay=no&theFile=http://www.esnips.com//nsdoc/dd214de6-b939-4103-941f-97eb3127cd80&theName=Yaa Nabi Salam 'Alaika&thePlayerURL=http://www.esnips.com//escentral/images/widgets/flash/mp3WidgetPlayer.swf">
Get this widget Track details eSnips Social DNA

Allah berfirman dalam surah Attahrim, ayat kelapan,
Hai orang-orang yangberiman,
Bertaubatlah kepad Allah dengan taubat yang sungguh-sungguh,
Nescaya Allah akan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu,
Menutupi aibmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-Nya,
Yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,
Subhanallah..
Bertaubatlah sungguh-sungguh,
Allah sayang sama kita,
Selama hayat dikandung badan,
Jantung masih berdetak,
Segeralah, jangan tunda taubat sungguh-sungguh,
Dan malaikat pun menyertai kalian,
Seraya mendoakan dan mengaminkan setiap doa kalian,
Agar kalian keluar dari kegelapan,
Keluar menuju cahaya-Nya,
Dan Allah benar-benar menyayangi orang beriman,
Yang selalu berzikir kepada-Nya,
Salam daripada Allah kepada mereka yag sealu berzikir kepada-Nya,
Dan Allah persiapkan untuk mereka ganjaran yang mulia,
Subhanallah..
Bukankah kekasih senang menyebut nama kekasihnya?
Bukankah kekasih senang membanggakan nama kekasihnya?
Bukankah kekasih senang dibanggakan oleh kekasihnya?
Semakin cinta, semakin banyak kita menyebut nama-Nya..

http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" type="application/x-shockwave-flash" bgcolor="#000" width="328" height="94" src="http://www.esnips.com//escentral/images/widgets/flash/esnips_player.swf" flashvars="theTheme=blue&autoPlay=no&theFile=http://www.esnips.com//nsdoc/33aee6b3-6106-4a79-856d-a0221a1a276d&theName=04 Dengan Menyebut Nama ALLAH&thePlayerURL=http://www.esnips.com//escentral/images/widgets/flash/mp3WidgetPlayer.swf">
Get this widget Track details eSnips Social DNA

Sesungguhnya segala sesuatu ada pembersihnya,
Ada pengilatnya,
Pembersih hati yang kotor, sikat hati yang bernoda, pengilat hati yang berdosa,
Adalah zikrullah,
Maka setiap lafaz zikir membersihkan kotoran, dosa, noda yang kita perbuat,
Begitu kotoran diangkat dari hati itu,
Tampaklah ada nur di dalamnya,
Nur yang Allah berikan kepada diri kita,
Lalu nur itu mencari nur hidayah, nur rahmat, nur maghfirah,
Nur berkah dari Allah,
Alangkah indahnya hati yang memancar nur Illahi,
Melalui zikrullah dan istighfarnya…

http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" type="application/x-shockwave-flash" bgcolor="#000" width="328" height="94" src="http://www.esnips.com//escentral/images/widgets/flash/esnips_player.swf" flashvars="theTheme=blue&autoPlay=no&theFile=http://www.esnips.com//nsdoc/966db53e-c7c3-4801-9c20-770c5a2c97c5&theName=Istighfar&thePlayerURL=http://www.esnips.com//escentral/images/widgets/flash/mp3WidgetPlayer.swf">
Get this widget Track details eSnips Social DNA

Sungguh, menanglah, sukseslah, beruntunglah orang-orang yang mensucikan dirinya,
Dengan zikir dan solat,
Kecuali orang yang terpedaya dengan kehidupan dunia,
Lalu dia lalai dari zikir kepada-Nya,
Subhanallah,
Orang-orang beriman hidupnya tidak untuk hidup,
Tapi hidupnya untuk Maha Hidup,
Hidupnya bukan untuk mati,
Tapi justeru matilah itu untuk hidup,
Hidupnya untuk Maha Hidup,
Dia tidak takut mati,
Dia tidak cari mati,
Dan dia tidak lupakan mati,
Tapi justeru dia rindukan mati,
Mengapa?
Kerana mati bukanlah wafat,
Kerana mati bukanlah akhir kehidupan ini tapi awal kehidupan sebenarnya,
Kerana mati satu-satunya pintu berjumpa dengan-Nya,
Kebahagiaan bagi kekasih,
Saat-saat, detik-detik berjumpa dengan-Nya,
Saat berjumpa itulah kebahagiaan bagi orang-orang beriman yang menyintai Allah…

Panjang sungguh post aku kali ni kan? Hehehe. Saja2..Sampai sini dulu. Insya Allah bertemu lagi dalam post akan datang. Selamat beramal!

More'>http://testifriendster.net/">More RELIGIOUS & ADVICE graphics


Bookmark and Share

Tuesday, September 02, 2008

EmailCashPro!

http://www.emailcashpro.com
Bookmark and Share

Monday, September 01, 2008

Selamat Harijadi Ustazah Firuz!

koleksi hadiah drpd anak murid dan family. trima kasih x t'hingga
Assalamualaikum.
Akhirnya yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Ramadhan yang mulia bertandang sekali lagi. Alhamdulillah kita diberi peluang oleh Allah untuk mengecapi bulan yang mulia ini buat kesekian kalinya. Tahun lepas aku sempat rasa 3 hari terakhir pose je kat Malaysia. Insya Allah, kalau diizinkan Allah, aku dapat merasa sebulan berpuasa kat Malaysia thn ni. 

Pada 29 Ogos lepas, alhamdulillah genap pun umur aku 24 tahun. Huhu..tak sangka dah 24. Muda lagi..hehehe. Setelah 5 kali berturut2 menjadi orang nomad setiap kali harijadi, aku akhirnya kembali ke Malaysia. Selama 5 tahun berturut2 aku tak ada di Malaysia masa ulangtahun. 2003 di Iran, 2004 di Turki, 2005 di Syria, 2006 di Mesir dan 2007 di Mesir. Macam2 versi ada. Ada yang kesunyian, ada yang meriah. Tak sangka tahun ni ulangtahun aku dikelingi oleh kanak-kanak riang. Bukannya anak sendiri ye..hehehe.. ank murid…

Sebenarnya masa 25-28 Ogos tu ada ujian bulanan. 29 ogos tu ujian hafazan disambung. Aku kena la dengar hafazan bebudak tu. Ada sorang budak laki dlam kelas aku yg bernama Zuhdi, besday dia sama dengan aku. 29 Ogos-magical date! hehehe. Hari tu dia bawa 2 buah kek. Sebenarnya dari hari Isnin (26 Ogos) lagi dia dah kekobar bagitau aku yg dia nak bawak kek ke sekolah. Selalunya dia buat besday dia kat sekolah rendah tp tahun ni buat kat sek agama plak. Rasanya sbb besday dia sama dgn ustazah dia kot. Hehehe.

Aku baru je duduk kat kerusi, Ikmal dah dtg ke meja aku bwk pinggan. Katanya nak makan kek. Ish, tak sabar2! Aku tk bagilah. Apa2 pun kena habiskan ujian dulu. Zuhdi yang jarang bertenggek kat meja aku, asyik melepak je kat sebelah aku. Yelah. Dah dia gi bubuh kek kat sebelah aku. Mana taknya asyik berkepit dgn aku je. Brapa kali dia tanya..bole makan kek skrg tak ustzh? Ahirnya bile sume org dah baca hafazan, hmpir2 pukul 4 ptg, aku pun benarkan. Apalagi? Seronok la bebudak tu.

Sebelum tu, ,masa aku tgh sibuk mendengar hafazan bebudak, ada la bebudak lain yg dtg bwk hadiah. Adui…tak kusangka dapat hadiah banyak2 dalam usia ini. hehehe. terima kasih ye sume.Tak yah bagi hadiah pun takpe, yang penting kena belajar rajin2. Ada yang minta maaf sbb tak bawak hadiah dan janji nak bawak hadiah minggu dpn. Hohoho…Sampai macam tu skali…Ustzh tak mintak la hadiah! x bagi pun takpe!

Ada surprise plak atas kek. Atas kek besar ada nama aku skali!. Walaupun tertulis Ustz Fairuz, aku ttp rasa terharu. Biarlah salah nama. Aku tahu dia maksudkan aku tu. Hehehe. Dorang siap nyanyikan lagu utk kami berdua. Terharunya tgk mereka yg berkobar2 ni. Zuhdi potong kek yang kecik dulu. Kemudian kami potong kek besar sama2. Ha….masa untuk berebut kek telah tiba…Masing2 nak makan bunga atas kek. Mana boleh. Bunga ada sikit, yang nakkannya plak ramai. Terpaksa la aku pujuk. Aku katalah..ala..bunga ni tak sedap la..tak rasa apa pun…Masa makan2 tu ada la aku suruh bebudak amikkan gambar. Apalagi…berebut2 la nak amik hs aku tu. Ada yg nak main game. Yg tu awal2 lagi aku dah larang. Kalau main game, habis plak bateri. Nanti tak le plak amik gmbr.

Lps tu Widad cadangkan sesi penggambaran plak. Aku setuju je. Dia la yg tolong susunkan meja dan kerusi. Buat ala2 amik gmbr majalah sekolah. Tp kami punye ni ada macam2 gaya la. Ada gaya serius, gaya bebas. Kecoh gak la masa nak amik gmbr. Ada yg berlari, ada yg melompat2, ada yg berebut nk duduk ats kerusi, macam2 la. Bebudak lain ada yg berebut nak amikkan gmbr guna hs aku tu. Terpaksa la aku bagikan ‘angka giliran’.

Kemudian aku amik rakaman video. Aku kn mengajar bhs arab kat bebudak ni. Punye lah teruk bhs arab mereka. Tak minat plak tu. Jadi aku amik inisiatif cipta lagu untuk mereka. Biar timbul sikit minat. Dalam2 menyanyi tu, ada la jugak perkataan arab yang dihafal. Setakat ni aku baru buat 2 lagu. Satu, lagu ad-dhamair. Huwa, huma, hum, hiya, huma, hunna, anta, atuma, antum (tepuk tangan), anti, antuma, antunna (tepuk tangan), ana, nahnu, ana, nahnu…. Lagu kedua plak, lagu feel madhi. Amik rentak lagu ‘inilah barisan kita’. aku guna feel zahaba (pergi). Jadi lagu dia macam ni lah..zahaba, zahabaa, zahabu, zahabat, zahabata, zahabna, zahabta, zahabtuma, zahabtum, zahabti, zahabtuma, zahabtunna, zahabtu, zahabna…pastu jerit ‘feel madhi’ sambil tumbuk ke udara. Hehehe. Ntah apa2 la lagu dan fesyen yg aku ajar kat dorang kan? Haa..aku rakam dorang nyanyi lagu tu. Macam2 gaya! Siap menari lagi. Hahaha!

Masa balik dari sekolah ptg tu, aku ada lagi satu surprise. Ummi dgn adik aku yg lain, hantar Pipah balik KISAS. Takde org kat rumah la masa tu. Gelap je. Tetiba aku terperasan ada hadiah n kek atas meja makan. Terharunya..Ingatkan dorang lupe sbb sesapa pun tak ckp apa hari tu. Ada surprise rupenye. Hehehe. Jadi mlm tu bile sume org dpt berkumpul, bru la aku potong kek versi family plak. Pukul 12 lebih tgh mlm mkn kek. Hohoho... 


Bagi aku besday tahun ni best. Lain dari yg lain sbb aku sambut dgn anak2 murid n famliy aku sendiri. I will always remember it. Thank u sume! Terima kasih juga pada kawan2 lain yg wish kt fs. Ada yg bg msj, sms dan ada juga panggilan2 telefon daripada org2 teristimewa. Arigato! Komapsumida! Shukran! Kheyli mamnun! Ok. Sempena Ramadhan yg mulia ni, sama2 la kita banyakkan ibadat. Semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah dan semoga kita dpat mengecapi malam lailatul qadar nanti. Amin…Wassalam.
p/s: Ok. inilah rakaman video yang aku amik. aku suruh anak2 murid aku tu nyanyi tp minta maaf banyak2 sbb kualiti vide tk bgus. 
Inilah Nasyid Ad-Dhamair
Inilah Nasyid Fe'el Madhi
(tahniah effy! cantiklah design ni!)








Bookmark and Share