Assalamualaikum
Apa khabar semua? Aku alhamdulillah sihat. Sempena Maal Hijrah 1429 ni, aku tukar wajah blog aku. Dah la aku tak reti nak buat. Main hentam je. Penat juga aku duduk depan komputer ni. Buat mana yang tahu je la.
Sempena tahun baru kalendar Islam ni. aku berharap semua dapat berusaha sebaik-baiknya untuk tahun ini. Tanamkan azam baru dan harapnya tercapilah ye. Kali ni aku ingin berkongsi karya aku yang seterusnya dengan semua. Sebenarnya dah lama aku siap karya ni. Sejak di Iran lagi. Dah lama terperam. Aku bagi kepada abg Faisal Tehrani untuk terbitan koleksi karya mantan MPR (minggu penulis remaja). Tapi terpanjang pulak. Abg faisal siap perli lagi. Dia kata-ni lah Firuz yang tulis cerita erkajang2 tu. Hahaha. Memang la panjang untuk cerpen. Kira2 26 muka surat. Penat juga la aku nak memendekkan cite tu. Bukannya senang. Akhirnya dari 26 jadi 11 halaman. Fuh!!
Aku tak tahu la perkembangan karya aku tu. Kalau dapat diterbitkan alhamdulillah. Tapi di blog aku sendiri, aku akan menampilkan karya aku yang edisi penuh, tanpa di 'sensor'. Aku tak akan letak semua sekali. Aku akan letak ikut bahagian2 dalam cerita itu. Musim luruh merupakan salah satu daripada latar masa cerita aku. Oleh itu, aku akan bahagikan cerita aku ni ikut 'daun yang gugur' pada musim tu.
Ok. Harapnya terhiburlah ye. Cerita ini aku kembangkan dari satu fakta yang kecil saja. Aku selalu dianggap sebangai seorang lelaki di Iran sebab di Iran, nama Firuz untuk kaum lelaki. Kalau perempuan, Firuze. Dari situ, terciptalah sebuah cerita. Aku anggap cerita ni cereka yang serius sebab aku tak masukkan bahasa pasar sangat. Maaf ye kalau tak menarik cerita ni. Dengan rendah hati, aku persembahkan Cinta FA.
Cinta F.A.
Oleh: Firuz Akhtar Lubis
Daun Satu
Peluh mula memercik di dahi. Matanya liar menyelingas ke kanan dan kiri. Irama degupan jantungnya bertambah rancak. Tiba-tiba matanya ternampak kelibat sebuah kereta Pride berwarna kelabu. Kakinya seakan kebas sebentar. ‘Alamak, dia sudah datang!’ rungut atmanya. Dia mahu lari daripada lelaki itu. Selagi dirinya tidak dilihat, peluang untuk menghilangkan diri agak cerah.
Jeritan pemandu teksi itu memberikan sinar harapan kepadanya. Dia lebih rela berhimpit-himpit dalam teksi daripada menjadi penumpang kereta lelaki itu. Beg di bahu disandang kejap. Langkah kakinya yang laju tadi bertukar manjadi larian. Dia sudah hampir ke pagar utama universiti.
Lariannya yang kencang itu lumpuh dengan tiba-tiba. Dia langsung tidak mampu mara ke hadapan. Cepat dia menoleh ke belakang. Rupa-rupanya cadurnya[2] tersangkut di pagar. Keluhan kecil kedengaran dari mulut kecil itu. Dia pantas mencangkung dan cuba melepaskan cadurnya daripada cengkaman dawai di pagar.
Matanya sempat menjeling ke arah teksi yang berada di hadapan universiti. Pemandu dan 4 orang penumpang telah mengambil tempat masing-masing. Hanya satu tempat sahaja yang kosong dan dia mahukan tempat itu. Tangannya sibuk bekerja sementara dadanya semakin tenat diserang rasa bimbang. Rasa bimbang antara tempat kosong di teksi diambil orang dan kemungkinan dilihat oleh lelaki itu.
“Alhamdulillah,” Kata pujian itu kedengaran apabila dia berjaya mengungkaikan sangkutan cadur dari cengkaman dawai itu. Dia kembali menyandang beg di bahu. Sambil berjalan ke arah teksi, dia memegang kejap cadurnya supaya tidak menggerbang lagi. Tinggal kira-kira 10 tapak lagi ke teksi apabila seorang gadis datang berlari dari arah yang bertentangan.
“Minta maaf. Saya ada hal yang perlu diselesaikan sekarang,” Dengan kata-kata itu, gadis itu terus memasuki perut teksi. Teksi yang semenjak tadi menunggu penumpang terakhir, terus meluncur laju meninggalkan universiti. Beg di bahu terjatuh ke lantai. Mulutnya ternganga separuh. Sia-sia sahaja usahanya. Dia yang begitu berharap menjadi penumpang terakhir hanya berpeluang makan asap teksi.
“Fereshte,” Suara garau yang memanggil namanya itu bagaikan tangga yang menghempapnya setelah terjatuh. Sudahlah ditinggalkan teksi, dia berjaya dijejaki oleh lelaki itu pula. Rasa benci, sakit hati, tidak puas hati bercampur sehingga menghasilkan sebuah ekspresi khas di wajahnya.
Beg yang terjatuh diambil oleh lelaki itu. Fereshte tiada pilihan. Dalam keadaan yang terpaksa dan hati yang berat, dia mengekori lelaki itu sehingga ke perut kereta. Dalam kebisuan itu, api dendam mula menyala.
[1] Vanak adalah salah sebuah medan terpenting di Tehran, ibu negara Iran
[2] Cadur adalah kain labuh dan besar yang berwarna hitam. Gadis Iran selalunya menyarungkan cadur di atas kepala dan ia labuh sehingga ke kaki.
3 comments:
aktif berkarya lagi?
teringat gak nak menulis cerpen macam dulu2...
firuz, kecikkan font, plz.. 'sakit mata' nk bace... atau sengaja besarkan font?
tak la aktif sgt. biasa2 je. eh, bknny afont tu sengaja dibesarkan. tak tau la apa kena dgn system komputer ni. dah brapa kali betulkan tapi tak nak juga jd betul. brapa kali edit tapi x menjadi. last2 frd up. hehehhe. thanks 4 the concern
over the counter drugs doxycyclinesingulair us pharmacies
[url=http://www.bebo.com/buylevitraonline1]buy levitra online viagra[/url]
Post a Comment