Salam. 14 Februari adalah Hari Valentine. Tak pernah sambut pun. Hehehe. Lagipun aku ada dgr cite yang Hari Valentine ni ada kena mengena dgn perkara menghina Islam. Itu aku tak tau brapa pasti. AKu pun dah lupe mcm mana citenya. Kalau ada sesiapa yg tahu, bole la kongsi bersama ye?
Apabila Hari Valentine ni disambut secara antarabangsa, maka apabila tiba saja bulan februari, banyak yang berbincan tentangnya. Mana2 majalah keluaran februari yang aku nampak, kebanyakannya edisi Valentine. Sampai pening kepala aku tengok.
Oklah. Aku saja2 beli majalah Cleo keluaran februari. Tetiba plak teringin majalah omputih tu sdgkan sblom ni tak penah baca pun. Huhuu. Ada satu benda yang menarik perhatian aku. Biasalah org bahasakan. Hehehehe. Perkataan 'I Love You' dalam pelbagai bahasa.
Yes! I Love You..
Te Amo (Spanish)
Je T'aime (French)
Mein Tumse Pyar Karta Hoon (Hindi)
Kimi O Ai Shiteru (Japanese)
Tangsinul Sarang Ha Yo (Korean)
Naan Unnai Kadhalikiren (Tamil)
Phom Rak Khun (Thai)
Jeg Elsker Dig (Danish)
Ich Liebe Dich (German)
Ya Lyublyu Tebya (Russian)
Jag A"Iskar Dig (Sweedish)
Dostet Daram (Iranian)
Ok. Kat sini aku sambung lagi cite 'Cinta F.A'. Daun Kelima pendek sikit, jadi aku paparkan sekali Daun Keenam. Kali ni aku bagi '2 helai daun'. Hahahah. Sudi2 lah baca Daun Kelima dan Daun Keenam. Selamat membaca!
Cinta F.A.
Lif yang masih berada di tingkat 8 ditunggu dengan sabar. Sejak awal lagi, dia sudah menulis nama untuk giliran menggunakan internet percuma di tingkat 4. Beberapa bahan penting perlu dicari untuk tugasannya kali ini. Memandangkan ada 30 minit lagi sebelum gilirannya, dia bercadang untuk singgah di perpustakaan yang terletak berhadapan dengan internet.
Pintu lif hampir tertutup tetapi seseorang cepat menahannya. Seorang gadis berjubah seluar berwarna biru melangkah masuk. Fereshte menjeling ke arah gadis yang bertudung biru itu. Sekeping fail dipeluk kemas di dadanya. Mata Fereshte asyik mencuri pandang fail itu.
‘Eh! Mengapa aku sibuk nak ambil tahu tentang dia?’ Fereshte memperingatkan dirinya. Dia teringat kata-kata Firuz ketika mereka bertemu di laman chat tempoh hari.
firuz_8420: Fereshte, saya rasa awak teringin nak berkawan dengan pelajar asing itu.
ali_redza9: Taklah! Kenapa pula awak rasa begitu?
firuz_8420: Awak sedar tak dalam setiap chat dan emel yang awak hantar, pasti awak akan bercerita tentang gadis asing itu? Awak bercerita tentang pakaiannya, cara dia makan, ke mana dia pergi dan lain-lain lagi. Awak perasan tak yang awak sentiasa memerhatikan gerak gerinya?
Ketika tiba di tingkat 4, pintu lif pun terbuka. Gadis asing itu turut keluar dan menuju ke perpustakaan. Dia terus mengambil tempat duduk di satu sudut. Fereshte pula menyimpan beg di almari yang disediakan. Ketika dia melintasi tempat duduk gadis itu, dia memperlahankan langkah. Fail gadis itu terletak sepi di sisinya. Satu nama tertera besar di halaman fail itu. Fereshte cuba sedaya upaya untuk membacanya. ‘Bi...da...da...ri’ Berjaya juga dia menyebut perkataan sukar itu dalam diam. Dia terasa pelik dengan nama itu.
“Agaknya nama orang di negaranya memang begitu. Tapi, cantik juga namanya. Bidadari...” kata Fereshte sendiri sambil berjalan ke arah rak buku.
firuz_8420: Eid Mubarak!
ali_redza9: Eid apa pula ni?
firuz_8420: Awak terlupakah? Hari ini kan Hari Bapa.[1]
Fereshte tidak mampu memberikan jawapan. Bercakap dengan ayah pun jarang. Mana mungkin dia merayakan Hari Bapa untuk ayah.
firuz_8420: Awal-awal lagi saya sudah mengucapkan selamat pada bapa saya. Awak pula bagaimana?
Soalan sama berulang lagi. Tanpa dipaksa, Fereshte menceritakan segala-galanya pada Firuz. Sebagai seorang sahabat baik, dia mahu Firuz tahu tentang masalahnya dengan ayah.
firuz_8420: Fereshte, luka lama jangan dibiarkan sehingga bernanah. Buat apa menyimpan dendam dan benci ini terlalu lama? Ayah awak betul-betul menyayangi awak sepenuh hati. Cuma dia tersilap sekali saja. Anggaplah dia salah membuat perhitungan ketika itu. Saya yakin dia sudah menyesal sekarang.
ali_redza9: Menyesal? Saya tak rasa begitu. Dia tak pernah mengucapkan perkataan maaf pada saya pun.
firuz_8420: Bagaimana caranya untuk dia meraih kekuatan mengucapkan maaf apabila awak terlalu dingin dengannya? Mengapa perlu menunggu kata maaf daripadanya? Awak mulakanlah dahulu. Maaf mungkin merupakan perkataan terpayah tapi ia juga merupakan hadiah teristimewa.
Fereshte banyak berfikir hari itu. Dia menilai kembali segala perbuatannya. Lewat petang itu, bunyi petikan sitar kedengaran lagi. Alunan merdu itu mengejutkannya dari lamunan. Dia berjalan perlahan ke arah almari dan mengeluarkan sebuah kotak besar yang bersalut habuk. Kotak itu dibuka dan sebuah sitar lama terpampang di mata.
Sejak kecil lagi dia dilatih oleh ayah untuk memetik sitar. Dia menjadi pemetik sitar yang handal hasil didikan ayah. Setiap petang mereka akan memainkan lagu bersama. Si anak dan ayah sama-sama melagukan perasaan dari jiwa yang satu. Cuma sejak 2 tahun lalu, sitar itu mati. Tiada lagi jari yang berlari di atas talinya. Maka sitar kembar yang sentiasa bermain bersama setiap petang dipisahkan tanpa kerelaan mereka.
Fereshte memegang sitar itu dengan tangan yang terketar. Sitar kesayangannya itu diusap mesra. Jarinya tersentuh satu ukiran. Di satu sudut sitar, terukir perkataan ‘dukhtaram[2]’ Dia terus memeluk sitar pemberian ayah itu. Dia tidak pasti samada dia boleh memetik sitar itu atau tidak. Jarinya sudah lama kaku dan keras.
Di sebalik dinding, dia mengintai ayah yang sedang bermain sitar seorang diri. Mata ayah terpejam dan kepalanya bergoyang mengikut irama. Fereshte menapak perlahan ke arah ayah yang tenggelam dalam keasyikan. Dia duduk di sebelah ayah. Dengan bacaan Bismillah, dia pun memulakan pengembaraannya dalam irama itu.
Jari ayah terhenti sebaik sahaja dia mendengar petikan yang dirindui. Matanya lantas terbuka dan dia bagaikan tidak percaya melihat anak perempuan kesayangannya yang sedang mabuk dalam alunan. Kerinduannya terhadap petikan sitar anaknya bagaikan rindu Maulana[3] terhadap Shams Tariz. Dia terus bergabung dengan anaknya dalam pesona alunan itu. Maka pada petang itu, nyanyian gembira 2 sitar yang telah lama terpisah itu berkumandang untuk meraikan pertemuan mereka. Akhirnya lagu itu tiba di penghujungnya. Fereshte lantas berdiri di hadapan ayah.
“Maafkan saya, ayah,” Terluncur juga ayat itu daripada bibirnya setelah 24 purnama. Terpejam mata ayah mendengar kata mutiara itu. Indahnya ayat itu umpama indahnya wajah Shirin[4] yang dicintai Ferhad. Dia terus memeluk nyawanya itu.
“Dukhtaram. Janam[5],” Dua perkataan itu diulang-ulang oleh ayah diiringi tangisan gembira. Empangan airmata Fereshte pecah juga apabila air sungai berharga ayah mengalir menuruni pipi.
“Akhirnya kau kembali juga anakku. Apa sebenarnya yang telah mengubah hatimu yang mengeras selama 2 tahun itu?” tanya ayah sambil mengesat air mata anak.
“Kawan. Dia yang memberi nasihat untuk berbaik semula dengan ayah,”
“Siapa namanya? Dia yang menjumpai anak ayah yang telah lama hilang,”
“Firuz Akhtar,” Perlahan saja suaranya. Kening ayah terangkat.
“Firuz Akhtar? Tak sangka anak ayah berubah kerana seorang lelaki,”
Fereshte hanya tertunduk. Dia tidak mampu membalas kata ayah.
“Anak ayah ni cintakan diakah?” Soalan ayah menyebabkannya mendongak serta merta.
“Cinta? Fereshte pun tak tahu ayah,” jawabnya dengan perasaan keliru. Perkataan cinta tidak pernah terlintas pun di fikirannya selama ini. Segala hal berkaitan Firuz menjadi agenda utama. Dia juga banyak berubah hasil nasihat Firuz. Inikah cinta namanya? Ayah hanya tersenyum melihat wajah anak yang kebingungan.
[1] Bagi rakyat Iran, hari lahir Saidina Ali juga merupakan Hari Bapa. Mereka sering merayakan hari ini dengan begitu meriah seperti Hari Raya Aidilfitri.
[2] Dukhtaram ertinya anak gadisku.
[3] Maulana adalah salah seorang penyair yang terkenal dengan tarian sama’. Pada suatu ketika dia telah terpisah daripada Shams Tabriz, gurunya. Atas rasa rindu, beliau telah menulis sebuah buku syair dengan nama Shams Tabriz.
[4] Ferhad dan Shirin merupakan satu legenda cinta yang terkenal di Iran. Ferhad seorang penebuk gunung, mencintai Shirin, salah seorang puteri raja Armanistan. Sayangnya hanya Ferhad yang mencintai Shirin sedangkan Shirin tidak.
[5] Janam ertinya nyawaku
2 comments:
citer cinta F.A nih baper episod?.. dia dah baik dah ngan ayahnye tuh.. hehehe...
oh...lambat lagi. ni baru separuh je ni. heheheh
Post a Comment