RSS

Tuesday, April 08, 2008

Ftna: Fitnah Terbesar Buat Orang Islam

Protes umat Islam terhadap Fitna


Bacul terpopular dunia


Protes berterusan oleh umat Islam


Assalamualaikum

Sekarang dunia begitu heboh dengan filem Fitna yang ditayangkan di internet. Korang dah tengok cite tu? Bukannya lama pun. Sekejap je kira2 15 minit je. Aku tengok cite tu kat YouTube. Memang dahsyat sgt sebab terang2an dorang hina Islam. Sakit hati btol bile menengoknye. Cite Fitna tu memang fitnah terbesar terhadap orang Islam. Dorang selitkan bacaan Quran yang tak tau hujung pangkalnya. Amik bab2 pasal seksaan dll. Kalau tak tahu hujung pangkal, memang la org akan salah tafsir. Tu la zaman sekarang ni. Suka tafsir ikut kepala otak sendiri. Last2 menyimpang jauh dari kebenaran,.Astaghfirullahalazim. Pastu dorang tunjuk org lipat muka surat Quran. Kemudian, tetiba gelap dan terdengar bunyi kertas dikoyak. Keluarla ayat yg mengatakan...itu bunyi buku tepon dikoyak. Aduh...kurang ajar btol! Last2 tulis yang Islam ni menyekat kebebasan. Katanya komunis dan pegnaruhh itler dah terhapus di dunia ni. Skrg giliran islam plak. apa? Ingat Islam ni ideologi je ke? Aduh...sabar je le. Pastu tulis...stop islamization. Aku rasa la kan dorang tu gay la. Asyik tayang pasal hak2 orang gay je....Kesimpulan yg aku bole buat..memang sudah terang lagi bersuluh dgn spotlight yang dorang ni takut dgn Islam. Islam membawa kebenaran dan semakin berkembang tetapi dorang mahu terus leka dalam kebebasan yang menyesatkan. Jadi apalagi? Saja je la sebar fitnah supaya Islam ditakuti.

Kalau nak tengok sendiri cite tu, layari la YouTube. Tapi kena la daftar dulu la sbb budak bwh umur tak le tgk. Aku ni dah terlebih umur...bole la tgk. Hehehehe. Ermmmm..amacam? Korang dah gi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008? Aku dah gi tapi tak habis pusing pun. Tk sempat. Sempat beli 2 buah buku. Korang pun pegi la. Tak rugi tau berbelanja utk buku yang berfaedah. Ayah aku terlibat dgn seminar industri buku sempena pesta buku ni. Jadi dapat la hotel free kat Legend Hotel kat dpn PWTC. Dapat la tido semalam kat sana.

Jadi kawan-kawan jgn lupa ye mengunjungi pesta buku? Aku rasa sampai 13 april ni la. Nampaknya sampai sini dulu. Kepala otak tgh serabut ni...pk macam2. Hehehehe.Bile cool balik, bole aku tulis pnjg2 ok?

Baiklah. Di sini aku sambung daun kelapan utuk cite Cinta F.A. Ok. berjumpa lagi pada post akan dtg. Adios!

Cinta F.A.

Daun Kelapan

“Tavalludet Mubarak, azizam(1),” ucap ayah dengan sebuah kucupan di dahi Fereshte. Ayah tidak pernah terlupa harijadinya. Terbeliak mata Fereshte melihat cincin yang berkilau indah itu. Wajah ayah dipandang untuk mendapatkan penjelasan.

“Ini hadiah harijadi untuk anak tunggal ayah,”jelas ayah.

“Kenapa pula cincin?”

Ayah tersenyum mendengar soalan Fereshte.

“Ayah tahu sekarang ada orang lain yang menghuni hati anak ayah. Walau bagaimanapun, ayah mahu jadi lelaki pertama yang menyarung cincin pada jari puteri ayah ini,”

Dia terharu mendengar permintaan ayah. Maka cincin yang comel itu disarung ke jarinya.

“Anggaplah Firuz yang menyarungkan cincin ini. Sekarang Fereshte sudah dipunyai,” kata ayah.

Hari itu, Fereshte melangkah ke universiti dengan senyuman yang menghiasi bibir. Sesekali dia menjeling ke arah cincin di jari manis. Memang indah apabila dilamun rasa cinta. Dunia terasa indah tanpa sebarang cacat cela.

Matanya menyedari iklan filem yang terlekat di dinding. Pada pukul 10 pagi, filem ‘Dukhtare Iruni’(2) akan ditayangkan di dewan dengan bayaran sebanyak 200 toman. Selama setahun setengah di universiti, dia tidak pernah teringin pun untuk menonton filem. Kali ini semuanya sudah berubah. Dia cepat-cepat membeli tiket supaya tidak kehabisan.

Ketika dia tiba di dewan, kerusi masih banyak yang kosong. Kemungkinan dalam masa 10 minit ini, kerusi-kerusi itu akan dipenuhi oleh pelajar. Dia memilih tempat duduk di tengah-tengah dewan.

“Kamu berasal dari negara mana?”

Soalan itu menyambar telinga. Dua orang pelajar sedang bertanya daripada gadis asing itu. Dia tidak sedar pun yang gadis asing itu duduk betul-betul di hadapannya.

“Malaysia,” jawab gadis itu dengan ringkas.

Baru sekarang dia tahu negara asal gadis itu. Selama ini puas dia berteka teki dengan diri sendiri. ‘Malaysiakah? Mmm......Malaysia sebuah negara Islam yang baik dan maju’ komen Fereshte dalam hati.

“Apa bidang kamu? Mengapa kamu datang ke Iran untuk menuntut pelajaran? Bukankah universiti di Malaysia lebih bagus?” tanya pelajar itu dengan bertubi-tubi.

“Ya, saya tahu universiti di Malaysia lebih baik. Tapi saya mahu belajar bahasa dan kesusasteraan parsi. Semestinya tempat yang terbaik untuk bidang ini ialah Iran,” Gadis asing itu memberi jawapan dengan yakin. Kedua-dua pelajar itu mengangguk tanda faham.

“Siapa nama kamu?,” soal pelajar itu dengan rasa ingin tahu.

‘Aku tahu. Namanya bidadari’ jawab Fereshte terlebih dahulu di dalam hati.

“Firuz,” Dua orang pelajar itu ketawa. Fereshte turut tergelak kecil.

“Bukan Firuz. Tentu nama kamu Firuze. Firuz adalah nama untuk lelaki,” tegur salah seorang daripada pelajar itu.

“Tidak. Nama saya memang Firuz,” Gadis asing itu membela kenyataannya dengan bersungguh-sungguh.

“Kalau begitu apa pula nama keluarga kamu?”

“Kami rakyat Malaysia tiada nama keluarga. Kami hanya menyebut anak lelaki atau anak perempuan pada seseorang. Contohnya nama saya- Firuz Akhtar binti Bukhari,” terang gadis asing itu.

Dua pelajar itu mengangguk manakala Fereshte terpaku di belakang. Dia bagaikan tidak percaya mendengar penerangan itu. Tidak mungkin gadis asing itu orang yang sama dengan Firuz yang dicintainya.

“Firuz?” Terkeluar juga nama itu daripada mulutnya. Gadis asing itu menoleh ke belakang apabila namanya disebut orang. Riak terkejut kelihatan di wajah gadis asing itu. Fereshte hanya merenung wajah itu tanpa kata. Hanya mata yang ‘berkomunikasi’ ketika itu.

“Fereshte...” Nama itu disebut dalam bisikan sayu. Serta merta empangan air mata Fereshte pecah. Sah! Memang inilah dia Firuz, insan pertama yang ‘dicintainya’ dalam hidup. Jika tidak, dari mana dia tahu namanya? Fereshte teresak di situ. Dia tidak faham mengapa Firuz sanggup membohonginya sebegitu rupa? Sandiwara apakah ini?

“Fereshte,” Sekali lagi nama itu dipanggil. Fereshte bingkas bangun dan berlari keluar dari dewan. Firuz berkali-kali memanggil dan menyuruhnya berhenti. Ketika itu, sebarang penjelasan tidak bermakna buat Fereshte. Hatinya sudah hancur lumat dek perbuatan pujaan hatinya sendiri.



(1) Tavalludet Mubarak, azizam ertinya Selamat Hari Lahir untukmu,sayangku.

(2) Dukhtare Iruni ertinya Gadis Iran.

Bookmark and Share

3 comments:

is-nanie said...

ade suh vote utk nama hero..
tp hero2nye tak muncul2 pon.. hehe

firuz akhtar said...

oooo....nanti dulu. itu hero utk cite lain. bagi cite cinta f.a ni habis dulu, baru la bole disiarkan. heheheh

Iqbalmunauwir bin Ab Rashid said...

akak dah kene tag ngan saye. sori la jadi mangse saye. haha. (gi la page saye untuk maklumat lanjut)