RSS

Saturday, March 15, 2008

Bebas Exam...

Jumper

Vantage Point


CJ7

Assalamualaikum. Apa kabar? Sorry..dah lama tak tulis. Rasanya sebulan kan? Sibuks skit untuk exam. Hehehehe! Alhamdulillah kurusus inggeris aku di KL dah selesai pada 29 Feb 2008. Lega skit. Kalau tak, kena naik bas pukul 6 pagi hari2. Apa2 pun aku dapat pengalaman yang indah dari sana. Rasa seronok plak kembali ke 'skola'. Alhamdulillah aku dapat markah terbaik untuk level 9-level terakhir. Tak sangka sebenarnya. Pd 29 Feb tu, kami ada hari graduasi. Kecil-kecilan je pun. Kami kena buat persembahan. Mula2 memang payah gile nak suruh kwn2 klas bekerjasama. Macam2 alasan yg diberi. Kesian aku dan Farah mcm org bodoh pujuk kwn2 klas. Siap kena kutuk dan perli lagi. Mmg kelas kitorang kena buat persembahan,lebih2 lagi kitorang kan dianggap senior. Bile tanya pendapat kawan2 klas, tak nak bg sokongan langsung. Lepas tg. Bila kitorang cuba uruskan persembahan klas, ada plak kata kitorang nak show off. hai...sabar je la. Manusia memang tak pernah berpuas hati. Akhirnya dorang bagi kerjasama kecuali sorang dua. Setelah berbincang, kitorang setuju utk menyanyi. Nyanyi medley lagu2 popular. A whole new world (kartun disney aladin),Where is the love (Black eyed peas), Irreplacable (Beyonce), Umbrella (Rihanna). Gile kan? hehehheh. Aku plak terpilih utk memusingkan payung di dpn org ramai waktu lagu umbrella. Wakakakakkaaka! Persembahan yg memalukan diri sendiri tapi dpt sorakan la. hihihihihihi.

2 Mac 2008 plak aku ada periksa TOEFL kat Shah Alam. Sempena nak amik periksa tu. satu keluarga tido kat hotel kat Shah Alam. ISk!ISk! Terharu sungguh. Bagi aku listening n writing ok la. Tapi kalau reading n speaking, hancusssssss skit. Hehehhehe. Petikan dalam reading sgt2 la panjang dan mengelirukan. Naik juling mata baca tapi tak paham2 juga. Speaking plak, topiknya tak la susah pun. Masalahnya, masa untuk berfikir hanya 15 saat. Huhuhuhu. Bile dah gelabah, mula la menggoreng. Harapnya jgn la hangus sudah. Aku kena dapat 80 ke atas daripada 120 utk periksa ni. Kalau tak lepas, kena la amik lagi skali. Huhuhuhu. Masa abis perkisa, aku tunggu famili dtg amik. Tau tak aku tunggu 2 jam. BAngunan periksa tu dah tutup pun. Aku pun merayap sorang2 sampai la ke jejantas. Ternampak plak 7 Eleven di seberang jalan. AKu pun beli la makanan skit sbb lapo. Aku pun beli 2 komik sbb boring menunggu. pastu aku lepak kat jejantas sambil tunggu ayah. Bknnya dudk kat tangga. Bersila atas jejantas tau. Hhihihihi. Dapat la pengalaman rasa macam mana jadi pengemis. Memang mencabar! Orang lalu lalang tengok je aku yg selamba bersila sambil minum dan baca komik. Ada juga yang mengusik tapi aku buat donno je la. Hiiiiiiiiii

13 Mac plak aku amik periksa IQ, GRE. Memang puas menghentam la terutamanya soalan2 vocabulary. Dah la perkataan2 tu bombastik. Truk juga la markah vocab aku. Tak sangka plak markah matematik plak yg ok. Dah la lama tinggal maths. Kali terakhir masa SPM dulu la. Alhamdulillah tak berkarat sgt ingatan aku terhadap maths kan. Markah Analytical Writing, tak tau la brapa aku dpt. Keputusannya aku akan dpt 15 hari lagi.

Ish..dah la cite pekse2 ni. Apa kata aku cite pasl filem plak. Masa aku masih blaja kat ELS, aku rajin gak gi panggung kat KLCC setiap jumaat. Hehehhehe. bile lagikan? Kat tanjong malim ni takde panggung. Harap kena turun KL baru la bole tgk wayang. Aku dpt tgk cite Jumper, CJ7, Vantage Point dan Duyung. Bagi aku cite yg plg menarik perhatian adalah Vantage Point. Aku minat dgn teknik penceritaan. Filem tu dibuat berdasarkan pandangan 8 org berlainan di lokasi yg sama. JAdi bile dah sampai tengah, dia rewind balik dari mula. Cuba bayangkan...8 kali patah balik! MUla2 bengang gak, dah sedap2 sampai tgh2, rewind plak ke blkg. Tapi kemudiannya aku fhm konsep tu dan aku pun rasa suka plak dgn teknik baru tu. JUmper...cite pasal org yg bole lompat2 ke mana2 saja. Mmg rasa mcm best je bole lompat mana2 tapi ada bnyk plak masalah sbb ada pemburu yg nak bunuh jumper. CJ7 adalah pendekatan baru dari Steven Chow tapi mmg tak le lari dari komedi.Klaka gile la. Puas aku gelak. Duyung plak...satu benda baru utk filem Malaysia. Memang la tak bole nak dibandingkan dgn filem luar negara yg lain. Kita masih ada terlalu bnyk kelemahan yg perlu dibaiki. Pemandangan dasar laut memang cantik. Maya Karin plak tunjukkan skil yg bagus sewaktu jadi duyung. Bknnya senang dgn kakai terikat. Dahlah dia tu lawa. Memang sesuai jadi duyug la.

Ok la. Sampai sini dulu. AKu akan tulis lagi utk post akan datang, Di sini aku akan sambung cerita CInta FA-daun ketujuh. Anyong!


Cinta F.A.

Daun Ketujuh

Baju sejuk berwarna merah disarung ke badan. Hari pertama musim luruh tidaklah sejuk tetapi angin kecil sudah mula bertiup. Dia agak mudah mendapat selsema. Jika dia menghidap selsema, ayah tidak akan membenarkannya pergi ke universiti. Oleh itu, dia begitu berhati-hati dalam menjalani langkah pencegahan.

Senyuman tidak lekang dari bibir. Terasa bagaikan bulan jatuh ke riba apabila Firuz bersetuju untuk bertemu dengannya di Taman Mellat hari itu. Debaran di hati hanya Tuhan yang tahu. Dia bakal bertentang mata dengan Firuz buat pertama kali setelah 3 bulan berkawan. Jenuh dia cuba membayangkan wajah Firuz tetapi tidak berjaya. Apa yang dia tahu hanya satu; Firuz seorang lelaki yang baik.

Dia memegang kemas hadiah yang bakal diberikan pada Firuz. Sejak akhir – akhir ini dia dapat merasakan kelainan pada dirinya. Hatinya berlagu riang setiap kali dia teringatkan lelaki itu. Akhirnya dia menyedari yang dirinya telah jatuh cinta. Biarlah Firuz menilik nasib cinta mereka dengan Divane Hafiz[1] yang bakal dihadiahkan itu.

Sesekali dia menjeling jam tangan. Tinggal 5 minit lagi sebelum pukul 4 petang. Jalan raya pula penuh sesak dengan kereta. Ayah cuba sedaya upaya untuk menyampaikannya di Taman Mellat secepat mungkin tetapi ternyata usahanya gagal.

Pada pukul 4.20 petang, mereka akhirnya tiba di perkarangan Taman Mellat. Dia berlari pantas dengan hadiah di tangan. Ketika itu dia menyedari kelibat gadis asing itu yang sedang berjalan keluar. Kepalanya tertunduk dan wajahnya muram. Larian Fereshte terhenti seketika. Entah mengapa dia terasa kasihan melihat kemurungan gadis itu. Tentu gadis itu mempunyai masalah. Fereshte tahu hidup di negara yang berbeza dengan adat dan budaya sendiri bukanlah satu perkara yang mudah.

‘Eh! Kenapa pula aku sibuk bimbangkannya? Firuz tentu sudah lama menungguku,’ Fereshte mengingatkan diri sendiri. Firuz tiada di bangku yang dijanjikan. Dia menghela nafas lega. Nampaknya bukan dia seorang sahaja yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Dia melabuhkan punggung di bangku itu. Sambil menunggu kedatangan lelaki pujaannya, dia melihat sekeliling. Sehelai daun kering gugur mencium bumi.

Daun yang keseratus turut meninggalkan dahan dan menyertai kumpulan daun kering yang berkumpul di kaki pokok.

“Fereshte, marilah pulang. Ayah tak fikir dia akan datang,” Fereshte memandang wajah ayah dengan perasaan sugul. Akhirnya dia bangkit juga dan meninggalkan taman itu tatkala langit disimbah warna jingga.

Lewat malam itu, komputernya menerima kunjungan Firuz.

ali_redza9: Sehingga maghrib saya menunggu awak tapi batang hidung awak pun tak kelihatan. Awak tak pandai menepati janjikah?

firuz_8420: Saya atau awak yang mengkhianati janji? Bukankah kita berjanji untuk bertemu pada pukul 4?

ali_redza9: Jalan raya amat sibuk hari ini. Saya tiba lewat sikit saja.

firuz_8420: Saya tiba lebih dulu tapi saya tak boleh menunggu lebih lama. Ada hal yang perlu saya selesaikan.

Fereshte mengeluh perlahan. Dia langsung tidak mampu menyimpan rasa marah lama-lama pada lelaki itu. Salah dirinya juga. Segala rasa penat dan kecewa lenyap begitu sahaja. Betul kata orang. Jika sudah sayang, buah yang masam pun boleh terasa manis. Dia tidak mampu menanggung rasa ini lagi. Semakin disimpan, semakin ia menusuk jiwa.

ali_redza9: Firuz saya ada sesuatu nak beritahu kepada awak. Harapnya awak sudi mendengar.

firuz_8420: Tentu saya sudi. Kenapa Fereshte? Awak ada masalah?

ali_redza9: Firuz, saya cintakan awak.

Tiada lagi jawapan daripada Firuz. Fereshte dilanda rasa kecewa. Lelaki itu menolak cintanya?

ali_redza9: Awak langsung tak ada perasaan terhadap saya?

firuz_8420: Saya juga sayangkan awak.

Mata Fereshte bersinar gembira.

ali_redza9: Betulkah Firuz? Awak juga sayangkan saya?

firuz_8420: Ya. Cinta dan sayang itu banyak tafsirannya, Fereshte.


[1] Divane Hafiz adalah himpunan syair dari penyair terkenal bernama Hafiz Shirazi. Hafiz menulis syair berdasarkan tafsir Quran. Rakyat Iran sering menggunakan Divane Hafiz untuk menilik nasib.

Bookmark and Share

Wednesday, February 13, 2008

Do You Love Me?


Salam. 14 Februari adalah Hari Valentine. Tak pernah sambut pun. Hehehe. Lagipun aku ada dgr cite yang Hari Valentine ni ada kena mengena dgn perkara menghina Islam. Itu aku tak tau brapa pasti. AKu pun dah lupe mcm mana citenya. Kalau ada sesiapa yg tahu, bole la kongsi bersama ye?

Apabila Hari Valentine ni disambut secara antarabangsa, maka apabila tiba saja bulan februari, banyak yang berbincan tentangnya. Mana2 majalah keluaran februari yang aku nampak, kebanyakannya edisi Valentine. Sampai pening kepala aku tengok.

Oklah. Aku saja2 beli majalah Cleo keluaran februari. Tetiba plak teringin majalah omputih tu sdgkan sblom ni tak penah baca pun. Huhuu. Ada satu benda yang menarik perhatian aku. Biasalah org bahasakan. Hehehehe. Perkataan 'I Love You' dalam pelbagai bahasa.

Do you love me?

Yes! I Love You..

Seni Seviyorum (Turkish)

Te Amo (Spanish)

Je T'aime (French)

Mein Tumse Pyar Karta Hoon (Hindi)

Kimi O Ai Shiteru (Japanese)

Tangsinul Sarang Ha Yo (Korean)

Naan Unnai Kadhalikiren (Tamil)
Phom Rak Khun (Thai)

Jeg Elsker Dig (Danish)

Ich Liebe Dich (German)

Ya Lyublyu Tebya (Russian)

Jag A"Iskar Dig (Sweedish)

Dostet Daram (Iranian)

Ok. Kat sini aku sambung lagi cite 'Cinta F.A'. Daun Kelima pendek sikit, jadi aku paparkan sekali Daun Keenam. Kali ni aku bagi '2 helai daun'. Hahahah. Sudi2 lah baca Daun Kelima dan Daun Keenam. Selamat membaca!


Cinta F.A.

Daun Kelima

Lif yang masih berada di tingkat 8 ditunggu dengan sabar. Sejak awal lagi, dia sudah menulis nama untuk giliran menggunakan internet percuma di tingkat 4. Beberapa bahan penting perlu dicari untuk tugasannya kali ini. Memandangkan ada 30 minit lagi sebelum gilirannya, dia bercadang untuk singgah di perpustakaan yang terletak berhadapan dengan internet.

Pintu lif hampir tertutup tetapi seseorang cepat menahannya. Seorang gadis berjubah seluar berwarna biru melangkah masuk. Fereshte menjeling ke arah gadis yang bertudung biru itu. Sekeping fail dipeluk kemas di dadanya. Mata Fereshte asyik mencuri pandang fail itu.

‘Eh! Mengapa aku sibuk nak ambil tahu tentang dia?’ Fereshte memperingatkan dirinya. Dia teringat kata-kata Firuz ketika mereka bertemu di laman chat tempoh hari.

firuz_8420: Fereshte, saya rasa awak teringin nak berkawan dengan pelajar asing itu.

ali_redza9: Taklah! Kenapa pula awak rasa begitu?

firuz_8420: Awak sedar tak dalam setiap chat dan emel yang awak hantar, pasti awak akan bercerita tentang gadis asing itu? Awak bercerita tentang pakaiannya, cara dia makan, ke mana dia pergi dan lain-lain lagi. Awak perasan tak yang awak sentiasa memerhatikan gerak gerinya?

Ketika tiba di tingkat 4, pintu lif pun terbuka. Gadis asing itu turut keluar dan menuju ke perpustakaan. Dia terus mengambil tempat duduk di satu sudut. Fereshte pula menyimpan beg di almari yang disediakan. Ketika dia melintasi tempat duduk gadis itu, dia memperlahankan langkah. Fail gadis itu terletak sepi di sisinya. Satu nama tertera besar di halaman fail itu. Fereshte cuba sedaya upaya untuk membacanya. ‘Bi...da...da...ri’ Berjaya juga dia menyebut perkataan sukar itu dalam diam. Dia terasa pelik dengan nama itu.

“Agaknya nama orang di negaranya memang begitu. Tapi, cantik juga namanya. Bidadari...” kata Fereshte sendiri sambil berjalan ke arah rak buku.

Daun Keenam

firuz_8420: Eid Mubarak!

ali_redza9: Eid apa pula ni?

firuz_8420: Awak terlupakah? Hari ini kan Hari Bapa.[1]

Fereshte tidak mampu memberikan jawapan. Bercakap dengan ayah pun jarang. Mana mungkin dia merayakan Hari Bapa untuk ayah.

firuz_8420: Awal-awal lagi saya sudah mengucapkan selamat pada bapa saya. Awak pula bagaimana?

Soalan sama berulang lagi. Tanpa dipaksa, Fereshte menceritakan segala-galanya pada Firuz. Sebagai seorang sahabat baik, dia mahu Firuz tahu tentang masalahnya dengan ayah.

firuz_8420: Fereshte, luka lama jangan dibiarkan sehingga bernanah. Buat apa menyimpan dendam dan benci ini terlalu lama? Ayah awak betul-betul menyayangi awak sepenuh hati. Cuma dia tersilap sekali saja. Anggaplah dia salah membuat perhitungan ketika itu. Saya yakin dia sudah menyesal sekarang.

ali_redza9: Menyesal? Saya tak rasa begitu. Dia tak pernah mengucapkan perkataan maaf pada saya pun.

firuz_8420: Bagaimana caranya untuk dia meraih kekuatan mengucapkan maaf apabila awak terlalu dingin dengannya? Mengapa perlu menunggu kata maaf daripadanya? Awak mulakanlah dahulu. Maaf mungkin merupakan perkataan terpayah tapi ia juga merupakan hadiah teristimewa.

Fereshte banyak berfikir hari itu. Dia menilai kembali segala perbuatannya. Lewat petang itu, bunyi petikan sitar kedengaran lagi. Alunan merdu itu mengejutkannya dari lamunan. Dia berjalan perlahan ke arah almari dan mengeluarkan sebuah kotak besar yang bersalut habuk. Kotak itu dibuka dan sebuah sitar lama terpampang di mata.

Sejak kecil lagi dia dilatih oleh ayah untuk memetik sitar. Dia menjadi pemetik sitar yang handal hasil didikan ayah. Setiap petang mereka akan memainkan lagu bersama. Si anak dan ayah sama-sama melagukan perasaan dari jiwa yang satu. Cuma sejak 2 tahun lalu, sitar itu mati. Tiada lagi jari yang berlari di atas talinya. Maka sitar kembar yang sentiasa bermain bersama setiap petang dipisahkan tanpa kerelaan mereka.

Fereshte memegang sitar itu dengan tangan yang terketar. Sitar kesayangannya itu diusap mesra. Jarinya tersentuh satu ukiran. Di satu sudut sitar, terukir perkataan ‘dukhtaram[2]’ Dia terus memeluk sitar pemberian ayah itu. Dia tidak pasti samada dia boleh memetik sitar itu atau tidak. Jarinya sudah lama kaku dan keras.

Di sebalik dinding, dia mengintai ayah yang sedang bermain sitar seorang diri. Mata ayah terpejam dan kepalanya bergoyang mengikut irama. Fereshte menapak perlahan ke arah ayah yang tenggelam dalam keasyikan. Dia duduk di sebelah ayah. Dengan bacaan Bismillah, dia pun memulakan pengembaraannya dalam irama itu.

Jari ayah terhenti sebaik sahaja dia mendengar petikan yang dirindui. Matanya lantas terbuka dan dia bagaikan tidak percaya melihat anak perempuan kesayangannya yang sedang mabuk dalam alunan. Kerinduannya terhadap petikan sitar anaknya bagaikan rindu Maulana[3] terhadap Shams Tariz. Dia terus bergabung dengan anaknya dalam pesona alunan itu. Maka pada petang itu, nyanyian gembira 2 sitar yang telah lama terpisah itu berkumandang untuk meraikan pertemuan mereka. Akhirnya lagu itu tiba di penghujungnya. Fereshte lantas berdiri di hadapan ayah.

“Maafkan saya, ayah,” Terluncur juga ayat itu daripada bibirnya setelah 24 purnama. Terpejam mata ayah mendengar kata mutiara itu. Indahnya ayat itu umpama indahnya wajah Shirin[4] yang dicintai Ferhad. Dia terus memeluk nyawanya itu.

“Dukhtaram. Janam[5],” Dua perkataan itu diulang-ulang oleh ayah diiringi tangisan gembira. Empangan airmata Fereshte pecah juga apabila air sungai berharga ayah mengalir menuruni pipi.

“Akhirnya kau kembali juga anakku. Apa sebenarnya yang telah mengubah hatimu yang mengeras selama 2 tahun itu?” tanya ayah sambil mengesat air mata anak.

“Kawan. Dia yang memberi nasihat untuk berbaik semula dengan ayah,”

“Siapa namanya? Dia yang menjumpai anak ayah yang telah lama hilang,”

“Firuz Akhtar,” Perlahan saja suaranya. Kening ayah terangkat.

“Firuz Akhtar? Tak sangka anak ayah berubah kerana seorang lelaki,”

Fereshte hanya tertunduk. Dia tidak mampu membalas kata ayah.

“Anak ayah ni cintakan diakah?” Soalan ayah menyebabkannya mendongak serta merta.

“Cinta? Fereshte pun tak tahu ayah,” jawabnya dengan perasaan keliru. Perkataan cinta tidak pernah terlintas pun di fikirannya selama ini. Segala hal berkaitan Firuz menjadi agenda utama. Dia juga banyak berubah hasil nasihat Firuz. Inikah cinta namanya? Ayah hanya tersenyum melihat wajah anak yang kebingungan.


[1] Bagi rakyat Iran, hari lahir Saidina Ali juga merupakan Hari Bapa. Mereka sering merayakan hari ini dengan begitu meriah seperti Hari Raya Aidilfitri.

[2] Dukhtaram ertinya anak gadisku.

[3] Maulana adalah salah seorang penyair yang terkenal dengan tarian sama’. Pada suatu ketika dia telah terpisah daripada Shams Tabriz, gurunya. Atas rasa rindu, beliau telah menulis sebuah buku syair dengan nama Shams Tabriz.

[4] Ferhad dan Shirin merupakan satu legenda cinta yang terkenal di Iran. Ferhad seorang penebuk gunung, mencintai Shirin, salah seorang puteri raja Armanistan. Sayangnya hanya Ferhad yang mencintai Shirin sedangkan Shirin tidak.

[5] Janam ertinya nyawaku



Bookmark and Share

Monday, February 04, 2008

ELS, Here I Come!

Assalamualaikum!!!

Pada 28 Jan yang lepas, aku menghadiri kelas bahasa inggeris buat pertama kali di Wisma HB yang terletak berdekatan dengan KLCC. Aku memang sangat2 terharu sebab ummi sanggup menemani aku hngga ke KL hari tu. Memandangkan kelas bermula pukul 8.30 pagi, aku kena bertolak awal dari Tanjong Malim. Tapi aku memang tak sangka betul ayah belikan tiket bas pukul 6 pagi! Waaaaaaaa!!! Pukul berapa nak bangun bersiap? Pukul 5 ayah aku dah ketuk pintu suruh bangun. Jadi dalam kegelapan awal pagi tu, aku bersiap2 dgn mata separuh terbuka.

Kami memang tak tahu pukul berapa boleh sampai ke KL sbb hari tu merupakan hari percubaan pertama kami menaiki bas ke KL. Ayah dah pesan suruh solat subuh dalam bas. Aku dan ummi tak dapat duduk bersebelahan sbb bas dah hampir penuh. Tak sangka ramai juga orang Tanjong Malim yang berulang alik ke KL utk bekerja. Aku dok perhati la jam bas tu . Tgh standby tunggu masuk waktu solat. Mula2 rasa malu juga nak solat sbb sume org macam seronok tidor je dalam bas. Macam takde sorang pun yang risau pasal solat. Tapi bila fikir balik, buat apa malu nak melakukan ibadat. Orang lain tak malu nak buat maksiat kat bas, takkan la kita malu pula nak menunaikan tanggungjawab pada tuhan?

Maka, dengan machonya, aku pun melakukan solat subuh dalam keadaan duduk. Hehehehe. Itu kali pertama aku solat duduk dalam waktu musafir. Kalau dalam kapal terbang, aku memang trus bangun dan cari tmpt untuk solat. Hari tu masa balik ke Malaysia dengan kapal terbang Emirates, aku selamba je solat kat tepi dapur kapal terbang. Sempat la intai pramugari2 buka almari cari makanan. Hehehehehe.

Akhirnya kami sampai di KL hampir pukul 7 pagi. Kami berhenti di depan stesen Masjid Jamek. Aku pun merungut kat ummi...awalnya ummi..kelas mula pukul 8.30! Jadi kami pun 'shopping' sarapan sekejap di tepi stesen tu. Banyak betul makanan yang dijual. Pada awal pagi tu, ramai yang mengunjungi 'pasar sarapan' tu. Setelah membeli sedikit makanan (sebenarnya banyak juga kuih yang aku pilih. Hehehehe) kami pun menaiki ketapi. Sementara menunggu kelas pukul 8, kami berpiknik di KLCC. Kami duduk di kerusi berdekatan dengan lif. Sambil melihat orang lalu lalang untuk ke tempat bekerja. kami pun menjamu selera. Rasa macam tengok 'live film' pula. Cuma popcorn ganti dengan kuih karipap.

Ketika kami sampai di ELS org sudah ramai. Bersesak2 org di kaunter. Aku mendaftar untuk kelas level 9. Ummi pula duduk meunggu di kerusi yang disediakan. Apabila aku selesai mendaftar, aku nampak kawan aku, Roya, sedang bersembang dengan Ummi. Roya ni kawan kelas aku masa aku menuntut di Iran. Dia datang ke Malaysia untuk belajar Bahasa Inggeris dan berhajat untuk menyambung Masters bawah pimpinan ayah aku. Mula2 dia nak belajar inggeris di British Council tapi tak jadi. Dia belajar di ELS dalam kelas level 5. Dia juga la yang cadangkan aku belajar di ELS. Memandangkan aku pelajar baru, aku kena ikuti sessi orientasi. Roya tak payah pegi sbb dia dah masuk dari level lepas. Utk bulan ni, dia masuk kelas level 6. Jadi aku tinggalkan Roya dengan ummi.

Di ELS tu, boleh dikatakan 97% pelajar terdiri daripada pelajar asing. Aku pun duduk dan ikuti sessi perkenalan. Berkenalan dengan pihak atasan ELS dan sistem yang ditawarkan. Aku tak kenal langsung pelajar dari kelas level 9. Berdasarkan jadual yang diterima( agak mengelirukan juga sebenarnya), aku ke kelas yang pertama. Masa aku mula2 masuk, aku tak nampak seorang pun perempuan di situ. Terdetik la di hati aku....kenapa la aku selalu kena belajar dengan kelas penuh lelaki sorang2? Dulu masa mula2 pegi Iran pun macam tu juga. Seorang cikgu berasal dari Canada pun masuk. Masa tu baru aku ada keberanian nak tanya budak lelaki sebelah aku. Aku hanya nak pastikan lagi sekali yang kelas tu level 9. Pastu budak tu ckp dgn pelat russia dia. dis is level four..Terus kelam kabut aku melarikan diri dari kelas yg hanya ada org lelaki tu.

Aku turun ke tingkat bawah. Menurut 'kepandaian' aku membaca jadual, aku ke klas lain. Masa tu cikgu dah mula mengajar. Dengan perasaan malu sbb lambat sampai aku pun duduk sebelah minah korea. Cikgu pun baru bagi kata aluan. Sekali lagi aku nak pastikan aku sampai ke kelas yg btul. Aku bisik..klas brapa ni? pastu minah tu bisik balik...level 3...Silap lagi!! Aku pun sekali lagi macam lipas kudung keluar dari kelas tu. Macam mana la aku bole tersesat kat dalam bangunan kecik ni? Dulu duduk kat Tehran, tak la sesat banyak kali macam ni.

Akhirnya aku kembali ke 'jalan yg benar'. Heheheheh. Jumpa juga klas 9. Kira2 6 hinga 7 kawan kelas aku berasal dari Korea. Seorang dari Sepanyol.Dan 2 org dari Malaysia. Mula2 tu kekok juga tapi kemudian mengikut sejarah ' kemuraian' aku, aku pun cepat berkawan dgn sume org dlm klas tu. Heheheh. Jadi setiap hari aku berulang alik dari Tanjong Malim-KL. 6 pagi dari TM ke KL dan 6 ptg dari KL ke TM. Takpe la. Kerana ilmu, aku kena kuat semangat! Aja-aja fighting!!! Cewah..mentang2 la kawan kelas aku ramai korea. Hehehheeh.

Ok Di sini aku sambung lagi cite Cinta F.A, daun keempat. Jumpa lagi dalam post akan dtyg.Banyak benda nak cite sebenarnya tp penat la skrg. Nanti kita sambung lagi ok? Wassalam.

Cinta F.A.

Daun keempat

Irama sayu dari petikan sitar[1] mewarnai petang yang suram itu. Walaupun hanya lagu tanpa kata, kesedihan si pemetik jelas tergambar. Sesiapa saja yang mendengarnya, pasti dibelai dengan rasa sebak. Lain pula dengan Fereshte. Telinganya bagaikan disambar api yang marak. Jika telinga boleh ditanggal dan dipasang semula, sudah lama dia melakukannya.

Fereshte menghempas pintu bilik dengan sekuat hatinya sebagai tanda protes. Namun begitu, petikan sitar itu bagaikan tiada penghujung. Telinganya dikatup rapat dengan telapak tangan. Segera dia berlari ke sudut dinding dan mencangkung di situ. ‘Aku benci!’ Mahu saja dia menjeritkan kata itu tetapi dia tidak mampu.

Tidak lama kemudian, bunyi petikan sitar mati. Fereshte menarik nafas lega. Dia baru saja hendak bangun dari cangkungan apabila matanya mengesani sesuatu di sebalik almari. Hatinya sedikit tersentuh melihat album gambar berwarna merah jambu yang agak tersorok itu. Tangannya pantas mencapainya dan dia meniup debu tebal yang melekat. Itulah album kesayangannya suatu masa dahulu.

Album itu dibawa ke katil. Sambil meniarap, dia membeleknya satu persatu. Gambar semasa zaman kanak-kanak menghiasi halaman pertama. Pandangan matanya kaku pada sekeping gambar yang bersaiz besar. Di situ terpampang gambar sebuah keluarga bahagia yang terdiri daripada seorang ayah, seorang ibu dan seorang anak perempuan.

“Ibu,” Perkataan itu terbit dari mulutnya. Dia membelai gambar wanita itu dengan mata yang berkaca. Ketika dia berumur 7 tahun, ibunya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, tinggallah dia dan ayah berdua.

Halaman seterusnya dibuka. Semuanya gambar dirinya bersama ayah sejak kecil sehingga besar.Betapa ayah menyayangi dirinya. Dialah jantung, dialah intan payung. Semenjak kematian ibu, dia menjadi agenda utama dalam hidup ayah. Ayah tidak pernah berkahwin lagi. Cinta dan kasihnya hanya untuk ibu seorang. Mereka bercinta sejak awal umur 20-an tetapi berkahwin lambat kerana tuntutan pelajaran. Setelah masing-masing berjaya menggenggam ijazah yang diimpikan, akhirnya mereka berdua pun bersatu.

Sayangnya, ibu pergi dulu setelah hanya 7 tahun hidup bersama ayah. Sejak itu, ayah menatangnya bagaikan minyak yang penuh. Baginya tiada orang yang lebih disayangi melainkan ayah sehinggalah 2 tahun lalu. Dalam kegembiraan menerima surat tawaran universiti, ayah mengajukan hajat di luar jangkaan. Ayah mahu dia berkahwin sebelum menjejakkan kaki ke universiti! Dia terpana dengan permintaan itu. Mana mungkin dia berkahwin ketika semangat belajarnya berada di tahap maksima. Lagipun dia masih terlalu muda.

Alasan ayah dia tidak mahu anaknya menerima nasib yang sama seperti isterinya. Tidak lama mengecapi nikmat rumah tangga kerana masanya banyak dihabiskan untuk pelajaran. Alasan bodoh! Ajal, maut dan jodoh di tangan Tuhan. Berkahwin cepat tidak bermakna dia boleh menikmati kemanisan rumah tangga dengan lebih lama. Jika sudah ditakdirkan untuk mati, dia akan mati juga tanpa sebarang tundaan.

‘Ayah memang kejam!’ jerit hati kecilnya. Semua gunung kasih untuk ayah telah runtuh menjadi lautan benci yang tidak bertepi. Pantas tangannya membaling album itu ke dinding. Rasa sebak yang datang tadi padam disambar api.



[1] Sitar adalah salah satu daripada alat muzik tradisional Iran.

Bookmark and Share

Tuesday, January 22, 2008

I Did Something REALLY Crazy!


Pada 16 Jan yg lepas, aku ikut keluarga hantar adik perempuan aku ke sekolah Taayah. Memang berat hati dia untuk kembali ke sekolah. Yalah. Dah lama dia tak mengadap buku sejak habis PMR tahun lepas. Mmg dia terasa malas sangat nak balik ke sekolah. Lebih2 lagi dia sangat rindu pada tv. Lagi2 cerita indonesia kegemaran dia yang bertajuk 'aku bukan untukmu.' Pernah sekali tu, kami lewat pulang ke rumah. Masa dalam perjalanan pulang ke rumah,kami singgah di kawasan rehat. Masa tu dah pukul 9 mlm. Tetiba dia menangis sbb cerita dah mula tapi kami tak sampai rumah lagi. Hahahah. Pipah...Pipah...

Malam tu aku pun saja la tengok cerita kegemaran Pipah tu. Mungkin aku boleh bagi 'laporan' cerita tu padanya nanti. Sambil tengok drama tu, aku terperasan iklan yang bergerak laju di bhg bawah skrin tv. Aku pun 'terbaca' la iklan tu. Tetiba terasa minat plak. Aku suruh adik aku, Ayla salinkan. Bila iklan tu keluar sekali lagi, menjerit2 kitorang sebut iklan tu. Aku sempat berlari dalam bilik utk ambil kertas dan pen.

Nak tau iklan apa? Hahaha. Iklan ujibakat pengacara program realiti kanak2 di Putrajaya pada 19 Jan. Tetiba terdetik di hati ni untuk mencuba. Aku pun beritahu ummi. Reaksi ummi yang pertama: Along nak masuk ujibakat? Nak masuk AF ke? Nak kena marah dengan ayah?

Aduh...pekak telinga aku kejap bila ummi terperanjat dgn suaranya yang kuat itu. Aku katalah: Takkan la ujibakat tu utk AF je ummi oi....Ummi aku setuju bila tahu hal sebenar tapi dia suruh tanya ayah dulu.

Bila aku tanya ayah. mula2 dia tak setuju. Dia kata buat apa buang masa dan tenaga pergi ujibakat kalau along main2. Aku kata bukan nak main2 tapi nak mencuba. Kalau dapat, bagus la. Kalau tak dapat, takpe. Yang pentingnya aku dapat pengalaman. Aku nak cuba pergi ujibakat naik bas tapi ayah kata susah. Tanpa aku sangka, keluarga aku sanggup bagi sokongan dgn turun ke Bandar Baru Bangi pada hari Jumaat malam Sabtu. Kami tidur di rumah kami di B.B.B. sebelum ke Putrajaya keesokan harinya.

Aku memang tak pernah pergi job interview sebelum ni. Jadi aku tak dapat langsung bayangkan macam mana ujibakat ni. Peserta dikehendaki menyediakan sijil2 akademik. Aku pun sediakanlah dalam fail. Sambil tu aku jadi orang gila la sekejap untuk beberapa hari sebab bercakap depan cermin seorang diri. Dahlah aku tak dapat nak bayangkan program realiti kanak2 tu macam mana. Apalagi? Main hentamlah. Habis adik2 aku semua kena interview dgn aku. Heheheh.

Masa aku sampai di banguanan Jakim di Putrajaya, calon ujibakat tak la ramai sangat. Kami diberi skrip seorang satu. La....buat penat aku cipta dialog sendiri. Rupa2nya dah ada skrip. Heheheh. Sebenarnya nama program tu, 'Adik-adikku'. Program realiti ni meguji bakat kanak2 dalam bacaan Al-Quran, nasyid, azan dan pengetahuan am. Dan semestinya mereka diadili oleh juri professional dan undian sms. Aku diminta berpasangan dengan seorang lelaki ni. Aku tahu namanya Wan saja.

Kami berlatih la sekejap sebelum masuk ke dalam bilik ujibakat. Di tempat menunggu, ada satu televisyen dipasang supaya kami dapat lihat semua persembahan peserta ujibakat. Sebelum tu, kami akan di'touch-up' dulu. Itu la pertama kali aku masuk make-up room. Gerun aku tengok kotak besar penuh make-up tu. Mula la makcik tu menyolek muka aku. Mula2 span basah. Eeee...gelinya. Aku tak tau la apa benda tu. Foundation kot. Kena sabar je la. Yang aku tak tahan tu dia letak lip liner skali.Aku paling tak suka bubuh lip liner tp aku sabarkan hati je la.

Alhamdulillah aku dapat gandingan yang baik. Wan pun nampak natural dalam persembahannya. Selepas tu kami pun balik le ke tempat masing2. Aku tak tau la apa keputusannya. Yang penting sekarang aku dapat pengalaman. Sampai sekarang pun aku tak dapat apa2 panggilan. Tak terpilih kot. Heheheh. Takpela. Akhirnya aku dapat juga rasa pengalaman yang aku minat. Dulu masa sekolah aku selalu jadi pengacara. Kali ni dapat la rasa sekejap jadi pengacara tv. Heheheh.

I did something REALLY crazy, didn't I? Hihihihi. Ok. Kali ni aku sambung sikit lagi karya 'Cinta FA' aku. Terimalah Daun Ketiga.


Cinta F.A.

Daun Ketiga

Fereshte mendaki tangga dengan sebuah pinggan berisi makanan di tangan kanan dan sebuah fail kertas di tangan kiri. Matanya cepat menangkap tempat kosong di tepi tingkap. Kantin universiti agak sibuk hari itu. Tingkat kedua yang selalunya lengang, sejak awal lagi sudah penuh.

Fereshte terus duduk dan membuka fail yang berisi beberapa kertas bercetak itu. Hatinya bebunga riang. Sudu yang terletak di sisi dicapai dan dia mulakan suapan. Matanya masih melekat di kertas yang baru dicetak kira-kira 5 minit lalu.

from:
ali_redza9@hotmail.com
to: firuz_8420@yahoo.com
subject: salam

Apa khabar Firuz? Saya harap awak sihat. Untuk pengetahuan awak, saya merupakan pelajar bidang pengurusan perniagaan di Universiti Az-Zahra
[1], Tehran. Sekarang saya sedang belajar di semester keempat. Nampaknya sampai sini dulu. Saya perlu bersegera ke kantin universiti untuk makan tengah hari. Kemudian saya perlu menghadiri kelas. Wassalam.

Sengaja dia mahu memperkenalkan dirinya yang sebenar kepada Firuz. Selama ini chat mereka hanya berkisar tentang hal-hal ehwal semasa tanpa menyentuh sedikit pun perihal peribadi. Alang-alang dia mendapat tempat duduk di bilik internet fakulti selama 10 minit, dia menaip sebuah emel ringkas unutuk Firuz.

Fereshte terasa diri diperhatikan. Dia terus menoleh ke sisi. Seorang gadis sedang memandangnya dengan wajah keliru dan terkejut. Apa yang pelik sangat? Fereshte kembali melihat dirinya. Sudu yang berisi makanan sudah diangkat tinggi, mulutnya sudah terbuka luas tetapi makanan masih belum lagi disuap ke mulut. Fereshte cepat-cepat meneruskan suapan yang tergendala itu. Wajahnya memerah akibat malu.

Dia memang akan melupakan hal lain apabila dia tiba pada hal Firuz. Failnya itu penuh dengan kertas cetakan emel dan chat mereka. Sengaja dia mencetaknya untuk simpanan peribadi. Fereshte menyimpan kertas itu ke dalam fail. Dia menumpukan perhatian terhadap makanan di hadapan. Sesekali matanya melirik ke arah gadis yang duduk di sisinya. Terasa seperti pernah melihat gadis itu sebelum ini. Tiba-tiba dia teringat sesuatu yang penting. ‘Inilah gadis yang mengambil tempat dudukku di teksi tempoh hari,’ bisik atmanya.

Fereshte memerhati gadis itu dalam diam. Gadis itu memakai sepasang pakaian ungu yang berbunga-bunga besar. Bahagian atasnya labuh sehingga ke lutut manakala bahagian bawahnya mencapai kaki. Tudung ungu yang dipakainya juga besar sehingga mencecah lengan. Perkara yang betul-betul memeranjatkan Fereshte ialah gadis itu sedang makan dengan menggunakan tangan!

‘Pasti dia pelajar dari negara lain.’ Fereshte meneka sendiri. Tempoh hari gadis itu mengenakan montu(2)
Kelainannya tidak ketara sangat ketika itu. Sekarang dengan pakaian dan cara makan yang berbeza, dengan mudah semua orang dapat mengetahui bahawa gadis itu bukannya rakyat Iran. Senyuman merayap di bibir.

‘Nampaknya kali ini aku ada benda yang menarik untuk diceritakan kepada Firuz.’

[1]
Universiti Az-Zahra adalah sebuah universiti yang terletak di Deh-e-Vanak, Tehran. Pelajar universiti ini terdiri daripada pelajar perempuan sahaja.
[2] Orang Iran memanggil jubah dengan nama montu. Selalunya gadis Iran memakai montu separas lutut dan berbutang di hadapan.
Bookmark and Share

Monday, January 14, 2008

Ujian Inggeris di Kuala Lumpur



Assalamualaikum
Hari ni aku pegi ke kuala lumpur dgn adik2 perempuan aku. Aku ambil placement test untuk kelas intensif bahasa inggeris. Sebelum ambil periksa TOEFL bulan mac ni, aku mau juga masuk ke kelas inggeris yang formal. Jadi aku bercadang untuk blaja di ELS, KL. Ada ujian untuk perbualan, tatabahasa, pendengaran dan penulisan. Alhamdulillah aku lulus untuk level yang terakhir, level 9.
Sebelum ambil ujian, aku sudah beli awal2 tiket untuk balik ke Tanjong Malim. Bas bertolak pukul 5 ptg tapi aku sudah selesai ujian kira2 pukul 1.30 ptg. Jadi adik2 aku belilah tiket wayang. Hari ni kami tonton filem 'Game Plan'. Posternya ada di sebelah ni. Menarik juga ceritanya. Pasal seorang lelaki yang kaya raya dan berjaya dalam dunia ragbi. Tiba2 satu hari, seorang budak perempuan mengetuk pintu rumahnya dan mengaku yang dia adalah anak perempuan kandungnya. Ha...tak ke kalut?
Ketika nak pergi ke Puduraya, hujan pula turun dengan lebat. Apalagi? Kami buat filem hindustanlah. Berlari2 bawah hujan denga baju kurung. Hahhahaha. Habis basah kuyup. Stokin rasanya boleh diperah2.
Di sini aku sambung cerita aku. Ikutilah sambungan 'Cinta FA' bhg daun kedua.

Cinta F.A.
Daun kedua

Fereshte mencampak beg dan cadur ke atas lantai. Dia menghempaskan badannya ke atas katil empuk itu. Tangannya mendepang luas dan matanya merenung siling. Sakit di hati masih bersisa. ‘Kenapa ayah perlu menjemputku dari universiti? Aku bukannya tidak tahu pulang ke rumah sendiri. Bencinya!’ Jeritan itu bergema di hati.
Bunyi dari komputer menarik perhatian. Dia bingkas bangun dan menyalin pakaian. Segala rasa marah bagaikan hilang ditiup angin. Bibirnya menguntum senyuman gembira. Cepat-cepat dia mengambil tempat duduk di hadapan komputer.

firuz_8420: Salam. Apa khabar? Awak pernah tak mendengar syair Manuchehri Damghani
[1]?.

Fereshte tersenyum sendiri. Nampaknya topik perbualan mereka pada kali ini berkisar tentang dunia sastera. Dia terus mengetuk papan komputer.

ali_redza9: Saya pernah mendengar namanya tapi saya tak pernah membaca syairnya. Kenapa?

firuz_8420: Ada sebuah syairnya yang saya suka sekali. Syairnya bermula dengan kata-kata ini:

Sahabat,kau tahu hatiku merindukanku.
Bibirku hamba debu kakimu.

‘Betapa berharganya seorang sahabat bagi Manuchehri. Berlainan pula dengan diriku. Aku tiada seorang kawan pun.’ Fereshte mula menilai dirinya.

firuz_8420: Syair itu juga mengatakan:

Aku takkan pernah mengkhianatimu,
Walaupun ada niatmu untuk mengkhianatiku,
Tak kubenarkan orang lain mengkhianatimu.

Kesunyian tanpa teman semakin menghimpit jiwa Fereshte.
firuz_8420: Ada juga sambungannya.


Jasad ku mengekori hati,
Hati pula mencarimu,
Wujudku mengharapkan jiwa,
Jiwa pula merindukanmu
.


Dalam maksudnyakan?

Fereshte terasa sebak. Baru sekarang dia terasa kepentingan seorang sahabat.

firuz_8420: Ali Redza?

Soalan mula diajukan apabila tiada sambutan dari pihak Fereshte.

ali_redza9: Firuz, boleh tak awak menjadi sahabat saya?

firuz_8420: Bukankah selama ini kita berkawan?

ali_redza9: Saya mahu persahabatan yang sebenar. Bukan setakat berbincang mengenai sesebuah topik. Sebenarnya saya ini kera sumbang. Saya tak pernah bersembang dengan orang lain selain awak seorang.

firuz_8420: Tentu sekali. Kita berdua pasti menjadi sahabat yang baik.

Rasa gembira menyimbah diri Fereshte. Ada orang sudi menjadi sahabatnya.

firuz_8420: Kejujuran dan saling mempercayai penting dalam sebuah persahabatan.

Senyuman Fereshte mati serta merta. Kenyataan itu membunuh segala kegembiraannya.

ali_redza9: Ya, jujur itu penting. Saya mahu mengaku sesuatu. Sebenarnya saya seorang perempuan.

firuz_8420: Bukankah awak Ali Redza?

ali_redza9: Itu hanya nama samaran. Nama saya Fereshte.

firuz_8420: Yakah? Saya pun perempuan juga.

ali_redza9: Saya tak main-main, Firuz. Saya serius. Awak banyak memaparkan topik menarik dalam laman chat. Saya mahu menjadi rakan chat awak tapi saya takut awak tidak mahukan kawan perempuan.

firuz_8420: Lelaki atau perempuan sama sahaja dalam perbincangan ilmu. Mengapa perlu mencipta jurang?

ali_redza9: Saya tahu saya salah anggap. Boleh tak awak maafkan saya Firuz?

Sebarang jawapan tidak diberikan. Fereshte mula putus harapan.

firuz_8420: Jangan lupa tulis sajak untuk saya nanti,ok? Untung-untung awak juga akan menjadi terkenal seperti Manuchehri Damghani kelak.

Harapan yang hampir layu tadi terus mekar. Wajah Fereshte berseri-seri. Dia terus mengangguk dengan senyuman lebar.

[1] Manuchehri Damghani adalah seorang penyair parsi terkenal yang hidup pada zaman kesultanan Sultan Mahmud Ghaznavi. (421-432 H.Q) Beliau terkenal dengan kehandalannya dalam menggambarkan
unsur-unsur tabiat dengan indah dan pengaruh Sastera Arab dalam syair parsinya
Bookmark and Share

Saturday, January 12, 2008

Children of Heaven

Assalamualaikum

Apa khabar? Aku alhamdulillah sihat di sini. Dalam salah satu daripada post aku (berjudul setelah lama menyepi), aku ada ceritakan pengalaman bekerja dengan pengarah filem Iran yang terkenal, Majid Majidi. Korang pernah tengok tak cerita dia? Memang menyentuh hati. Salah satu daripada box office dia, adalah 'children of heaven'. Cerita ini sangat terkenal sampai ada negara lain yang buat filem ni versi negara diorang.
Sepanjang aku bekerja dengan Encik Majidi, aku dapat menimba pengalaman yang berharga. Dia ceritakan sendiri kepadaku tentang pegalaman ketika penggambaran. Untuk filem 'children of heaven' ni, dia sendiri pergi ke sekolah2 di Iran untuk mencari pelakon. Pelakon2 dalam filem dia berlakon buat pertama kali. Dia cerita masa dia nak pilih pelakon kanak2 perempuan tu, budak2 sekolah teruja. Masing2 'memanjangkan leher' supaya Encik Majidi dapat melihat mereka. Budak perempuan yang akhirya terpilih untuk berlakon tu, pendiam orangnya dan tak berminat langsung untuk berlakon. Dia hanya palingkan mukanya. Puas Encik Majidi panggil, tapi dia buat'donno' saja.
Encik Majidi tanya cikgu tapi cikgu kata agak susah untuk bekerjasama dengan budak perempuan tu sebab dia jarang bergaul. Tak silap aku Encik Majidi beritahu nama sebenar budak tu adalah Bahare. Bahar maksudnya musim bunga. Akhirnya Majidi jumpa ibu bapa Bahare. Mereka berjanji memujuk Bahare untuk berlakon dengan syarat mak Bahare kena ikut sama ke lokasi penggambaran. Majidi setuju je la tapi pening kepala gak sbb mak Bahare ada anak kecil yang masih menyusu. Dia angkut sekali baby kecik tu ke mana saja lokasi penggambaran. Heheheh.
Majidi kata Bahare tu cerdik orangnya. Budak yang berlakon jadi abang tu agak bodoh sikit. Hahahha. Selamba je Majidi cakap. Sekarang Bahare sedang belajar di universiti tahun tiga. Dan dia juga tak berlakon lagi. Mungkin filem tu merupakan yang pertama dan terakhir sebab dia sememangnya tak minat sangat berlakon.
Aku ada masukkan sekali bahagian satu filem 'children of heaven' di sini. Alhamdulillah aku dapat cari bahasa original dan sarikata inggeris. Nanti korang masuk la you tube sendiri dan tontonlah cerita tu sampai habis. Aku pasti korang takkan menyesal tengok filem ini. Memang memberi makna. Bukan filem picisan. Majidi beritahu masa mula2 cari pelabur untuk filem ni memang susah. Ramai yang pertikaikan jalan cerita. Mereka kata mana ada orang buat cerita pasal adik beradik dengan kasut? Setelah bersusah payah, akhirnya Majidi dapat juga cari pelabur. Tengok, akhirnya filem tu meletup2 sampai ke peringkat antarabangsa. Jangan ppernah takut untuk mencuba! Ok la. Selamat menonton.


Bookmark and Share

Wednesday, January 09, 2008

Wajah Baru pada 1429H

Assalamualaikum
Apa khabar semua? Aku alhamdulillah sihat. Sempena Maal Hijrah 1429 ni, aku tukar wajah blog aku. Dah la aku tak reti nak buat. Main hentam je. Penat juga aku duduk depan komputer ni. Buat mana yang tahu je la.
Sempena tahun baru kalendar Islam ni. aku berharap semua dapat berusaha sebaik-baiknya untuk tahun ini. Tanamkan azam baru dan harapnya tercapilah ye. Kali ni aku ingin berkongsi karya aku yang seterusnya dengan semua. Sebenarnya dah lama aku siap karya ni. Sejak di Iran lagi. Dah lama terperam. Aku bagi kepada abg Faisal Tehrani untuk terbitan koleksi karya mantan MPR (minggu penulis remaja). Tapi terpanjang pulak. Abg faisal siap perli lagi. Dia kata-ni lah Firuz yang tulis cerita erkajang2 tu. Hahaha. Memang la panjang untuk cerpen. Kira2 26 muka surat. Penat juga la aku nak memendekkan cite tu. Bukannya senang. Akhirnya dari 26 jadi 11 halaman. Fuh!!
Aku tak tahu la perkembangan karya aku tu. Kalau dapat diterbitkan alhamdulillah. Tapi di blog aku sendiri, aku akan menampilkan karya aku yang edisi penuh, tanpa di 'sensor'. Aku tak akan letak semua sekali. Aku akan letak ikut bahagian2 dalam cerita itu. Musim luruh merupakan salah satu daripada latar masa cerita aku. Oleh itu, aku akan bahagikan cerita aku ni ikut 'daun yang gugur' pada musim tu.
Ok. Harapnya terhiburlah ye. Cerita ini aku kembangkan dari satu fakta yang kecil saja. Aku selalu dianggap sebangai seorang lelaki di Iran sebab di Iran, nama Firuz untuk kaum lelaki. Kalau perempuan, Firuze. Dari situ, terciptalah sebuah cerita. Aku anggap cerita ni cereka yang serius sebab aku tak masukkan bahasa pasar sangat. Maaf ye kalau tak menarik cerita ni. Dengan rendah hati, aku persembahkan Cinta FA.


Cinta F.A.

Oleh: Firuz Akhtar Lubis
Daun Satu

Peluh mula memercik di dahi. Matanya liar menyelingas ke kanan dan kiri. Irama degupan jantungnya bertambah rancak. Tiba-tiba matanya ternampak kelibat sebuah kereta Pride berwarna kelabu. Kakinya seakan kebas sebentar. ‘Alamak, dia sudah datang!’ rungut atmanya. Dia mahu lari daripada lelaki itu. Selagi dirinya tidak dilihat, peluang untuk menghilangkan diri agak cerah.

“Vanak[1]! Vanak! Seorang lagi penumpang!”

Jeritan pemandu teksi itu memberikan sinar harapan kepadanya. Dia lebih rela berhimpit-himpit dalam teksi daripada menjadi penumpang kereta lelaki itu. Beg di bahu disandang kejap. Langkah kakinya yang laju tadi bertukar manjadi larian. Dia sudah hampir ke pagar utama universiti.

Lariannya yang kencang itu lumpuh dengan tiba-tiba. Dia langsung tidak mampu mara ke hadapan. Cepat dia menoleh ke belakang. Rupa-rupanya cadurnya[2] tersangkut di pagar. Keluhan kecil kedengaran dari mulut kecil itu. Dia pantas mencangkung dan cuba melepaskan cadurnya daripada cengkaman dawai di pagar.

Matanya sempat menjeling ke arah teksi yang berada di hadapan universiti. Pemandu dan 4 orang penumpang telah mengambil tempat masing-masing. Hanya satu tempat sahaja yang kosong dan dia mahukan tempat itu. Tangannya sibuk bekerja sementara dadanya semakin tenat diserang rasa bimbang. Rasa bimbang antara tempat kosong di teksi diambil orang dan kemungkinan dilihat oleh lelaki itu.

“Alhamdulillah,” Kata pujian itu kedengaran apabila dia berjaya mengungkaikan sangkutan cadur dari cengkaman dawai itu. Dia kembali menyandang beg di bahu. Sambil berjalan ke arah teksi, dia memegang kejap cadurnya supaya tidak menggerbang lagi. Tinggal kira-kira 10 tapak lagi ke teksi apabila seorang gadis datang berlari dari arah yang bertentangan.

“Minta maaf. Saya ada hal yang perlu diselesaikan sekarang,” Dengan kata-kata itu, gadis itu terus memasuki perut teksi. Teksi yang semenjak tadi menunggu penumpang terakhir, terus meluncur laju meninggalkan universiti. Beg di bahu terjatuh ke lantai. Mulutnya ternganga separuh. Sia-sia sahaja usahanya. Dia yang begitu berharap menjadi penumpang terakhir hanya berpeluang makan asap teksi.

“Fereshte,” Suara garau yang memanggil namanya itu bagaikan tangga yang menghempapnya setelah terjatuh. Sudahlah ditinggalkan teksi, dia berjaya dijejaki oleh lelaki itu pula. Rasa benci, sakit hati, tidak puas hati bercampur sehingga menghasilkan sebuah ekspresi khas di wajahnya.

Beg yang terjatuh diambil oleh lelaki itu. Fereshte tiada pilihan. Dalam keadaan yang terpaksa dan hati yang berat, dia mengekori lelaki itu sehingga ke perut kereta. Dalam kebisuan itu, api dendam mula menyala.

[1] Vanak adalah salah sebuah medan terpenting di Tehran, ibu negara Iran
[2] Cadur adalah kain labuh dan besar yang berwarna hitam. Gadis Iran selalunya menyarungkan cadur di atas kepala dan ia labuh sehingga ke kaki.
Bookmark and Share

Friday, January 04, 2008

Kabare?

Salam! Hari ni aku ke kelas memandu. Pertama kali belajar guna gear. Pening juga kepala mula2. Dah la pengajar 'bad mood' hari ni. Ada la kena marah2 sikit. Hehehehe. Sementara tunggu giliran naik kereta, aku baca Reader's Digest (edisi Asia) keluaran Disember 2007. Sambil tunggu tu, ada la aku gelak sorang2 bile baca lawak jenaka di buku tu. Mesti orang pelik tengok aku gelak sorang2. Di sini aku petik sikit lawak jenaka dari buku tu:

A fellow teacher assigened his Year Four student to write a topic sentence for the following phrases: "Sam always works quietly. Sam is polite to the teacher. Sam always do his homework."
The student's topic sentence? "I hate Sam"
(Jeremy Bullinger)
My five-year-old son hadn't been feeling well for a few days. When spots appeared on his skin, I told him I thought he had chicken pox. "But," Mick wailed. "i haven't ever been near a chicken!"
(Nadine Corman)
-picked from Reader's Digest December 2007 (Asia version)-
ada banyak lagi tapi malas nak salin. kalau korang nak baiki bahasa inggeris, aku cadangkan bacalah reader's digest. memang menarik dan bahasanya pun taklah susah sangat. boleh faham. aku sampai sini dulu. khodahafez.
Bookmark and Share

Saturday, December 08, 2007

Setelah Lama Menyepi..

Assalamualaikum. Begitu cepat masa berlalu. Tak kusangka hampir setahun aku menyepikan diri. Begitu banyak perkara yang berlaku dan aku tidak tahu dari mana aku perlu mulakan bicara semula. Perkara besar yang pertama: aku sudah kembali ke tanahairku. Akhirnya aku berjaya menghabiskan ijazah B.A aku dalam bidang kesusateraan parsi. Alhamdulillah aku juga berjaya selesaikan pengajian itu dalam masa 7 semester sahaja. Agak susah aku nak tinggalkan Iran. Setelah hampir 5 tahun di sana, sudah pasti terasa sebak untuk meningggalkan kawan2, tmpt belajar dan lain2. Tempat jatuh lagi dikenang…Bila kapal terbang mendarat saja di KLIA, menitis air mata aku. Tak dapat aku gambarkan perasaan yang terlukis. Rasa macam aku baru meninggalkan dunia lama dan bakal masuk ke dunia baru yang begitu asing. Soalan yang berlegar: Can I survive? What will happen to me? Bolehkah aku berjaya?

Aku sampai di Malaysia pada akhir ramadhan. Setelah 4 kali raya di perantauan, aku kembali beraya di Malaysia. Rasa lain juga. Lagi2 bila bertemu saudara mara setelah bertahun2. Sekarang aku pergi kelas memandu. Baru je habis ujian teori. Lagi…ayah aku slalu bawa aku ke seminar2. Dan semalam aku baru saja pulang ke rumah setelah bekerja sambilan selama 4 hari. Aku bekerja sambilan dengan kumpulan Raihan buat beberapa hari ini. Mereka memerlukan penterjemah untuk bhs parsi. Aku tak tau la samada korang kenal atau tak pemgarah filem Iran yang bernama ‘Majid Majidi.’ Korang pernah tak tengok filem Iran yang berjudul ‘Children of Heaven.’ Kisah tentang dua adik beradik yang miskin. Si abang terhilangkan kasut si adik . Si abang menyertai pertandingan marathon dengan niat untuk memenangi hadiah ketiga yang berupa kasut. Majid Majidi lah pengarah filem tu.

Majid Majidi datang ke Malaysia sempena KL International Film Festival. Kemudian Raihan ambil alih untuk ‘entertain’ Majidi. Sebenarnya Majidi ada projek besar untuk membuat filem tentang Nabi Muhammad pada zaman remaja. Projek ini menelan belanja yang besar. Kira 25-30 million USD. Jadi sekarang dia sedang mencari pelabur yang sudi bekerjasama. Raihan ni dikira ejen untuk mencari pelabur di Malaysia. Pada hari Isnin, kami berjumpa di ONE World Hotel untukperjumpaan pertama. Turut hadir adalah seorang penggiat filem dari Rusia dan seorang pelakon Iran yang menetap di Rusia. Esoknya Majidi membuat talk di bangunan FINAS. Ketika itu ada penterjemah lain. Aku hanya duduk di belakang sambil mencatat benda2 yang penting. Orang yang aku kenal di situ, Jins Shamsudin dan Pierre Andre je la. Kemudian, kami bergerak ke bangunan Kementerian Kebudayaan.

Masa tu, aku pula menjadi penterjemah. Rombongan kami yang disertai Jins Shamsudin pergi ke sana untuk bertemu menteri kebudayaan, Rais Yatim. Majidi cuba nak mendapatkan pelaburan dari pihak kementerian. Tapi nampak gayanya kerajaan lebih berminat pada dokumentari. Malam tu juga kami terbang ke Kelantan. Sebuah mini festival filem2 Majidi diadakan di Kelantan. Masa kami masih ada di KL, dua filemnya telah ditayangakan di Kelantan. Maya Karin yang menjadi ahli panel untuk memberi pendapat tentang filem Majidi.

Ketika kami sampai di lapangan terbang, kami disambut oleh beberapa orang penting. Ada 2 buah Mercedes dan van yang menunggu kami. Sebagai penterjemah aku dikehendaki menaiki kereta yang sama dengan Majidi. Pertama kali aku naik Mercedes dengan plat bertulis ‘Kerajaan Negeri Kelantan.’ Kami dihantar ke Hotel Grand Riverview di Kota Bharu. Rasanya 4 atau 5 bintamg kot. Sebagai satu2nya perempuan dalam rombongan tu, sudah pasti aku dapat bilik sorang. Apalagi? Enjoy la. Hihihihi. Esoknya kami dibawa ke kilang buat batik. Kemudian kami dibawa ke Darul Digital. Macam sebuah sekolah yang mengajar aminasi, grafik dan sebagainya. Memang bagus tempat tu. Pelajar2 di situ mampu menjadi pelapis yang bagus untuk industri animasi dan penyiaran Negara. Kami juga ada sessi akhbar di situ. Yang malunya, masa ada media press, tetiba pula handset aku berbunyi. Sabar je la. Dah la lagu korea yang riang ria. Malu aku sekejap.

Tengah hari tu pula, kami makan dengan Tok Guru Nik Aziz dan Exco2 Kelantan. Aku duduk satu meja makan dgn TG tapi TG tak makan pun. Bila masuk waktu zohor, mereka pun solat di ruang tamu. Aku pun tak nak la buang masa. Aku minta kebenaran utuk solat dalam bilik lain. Yang amat2 memalukan, bila aku masuk balik ke dalam dewan, sume orang tengah tunggu aku. TG, Majidi, Exco2 kelantan, wartawan semua dah siap sedia tunggu aku saja. Malu betul tapi rasa bangga pun ada la juga skit. Hehehhe. Selepas tu kami naik bot menyeberangi sungai untuk menonton persembahan wayang kulit

Malam tu ada tayangan perdana ‘Children of Heaven’ di Kelantan. TG pun datang sekali dan dia duduk situ dan tengok samapi habis. Majidi bagi ucapan sebelum tayangan dan akulah yang kena berdiri di sebelahnya uutuk penterjemahan. Memang fullhouse malam tu. Semua kerusi penuh dan kira2 1000 yang hadir untuk menonton. Yang tak sangkanya, ada budak datang minta sain aku pula. Hehehhe. Macam la aku ni pelakon ke apa.

Esok paginya kami terbang ke KLIA semula. Tengah hari itu kami ada perjumpaan di Hotel Pan Pacific di KLIA dengan pihak Astro Shaw. Keadaan agak ‘panas’ masa tu. Aku la kena berhati2 terjemah. Kalau tak, kacau juga. Sebenarnya aku takut gak masa tu sebab perbincangan tu melibatkan hal million2 dollar. Kalau silap, tak ke naya? Lepas tu kami bersiar2 di Putrajaya dan lepak skjp di pejabat Raihan. Malam tu Majidi pulang ke Iran. Di KLIA malam tu, aku ternampak Anuar Zain. Masa tu aku sedang berjalan tepi Che Amran dari Raihan. Aku macam tak percaya je yang Anuar Zain kat depan mata aku. Pastu dia senyum plak tu. Dai terus bangun dan salam Che Amran. Aku kalau boleh, nak je minta sain tapi malu2 kucing la plak. Hihihihihi Kira2 pukul 2.30 pagi aku pula sampai di Tanjong Malim. Terima kasih la pada Che Amran dari yang penat2 memandu malam2 buta tu. Terima Kasih juga pada CEO Raihan, Haji Mubin dan Mr. Marat Saifudinov yang teman skali hantarkan aku sampai ke Tjg Malim.

Walaupun penat kerja penterjemah ni, aku sangat2 gembira sbb dapat pengalaman yang berharga. Memang penat. Cuba bayangkan, bukan saja ucapan formal, semuanya aku kena terjemah. Sembang kosong, joke, ngumpat, gaduh dan macam2 lagi. Memang longgar juga la skru mulut. Kena berhati2 juda waktu terjemah. Waktu tgh gaduh tu, aku tak boleh la terjemah bulat2. Nanti gaduh besar pula. Aku tapis2 juga la dan terjemah dalam bahasa yang lebih lembut.

Panjang juga celoteh aku kali ini. Biasa la. Sekali buka mulut setelah berbulan2 menyepi….ha…ginilah jadinya. Apa2 pun aku akan cuba update blog ni dari semasa ke semasa. Nampaknya sampai sini dulu. Sehingga berjumpa lagi dalam post yang akan datang. Khodahafez.


Bookmark and Share

Saturday, February 17, 2007

The Return of Firuz Akhtar

Assalamualaikum. Dah lama gile aku tak tulis kat blog kan? Sibuk sikit la. Kalau tak sibuk pun, idea plak tak datang. Malam ni hujan turun. Sebelum tidur ni, bagus gak kalau aku mengarang sikit dalam keadaaan sejuk hujan dan panas pemanas ni. Alhamdulillah, peperiksaan aku untuk semester enam selesai akhirnya. Memang susah term tu. Aku tak ada langsung subjek yg boleh membantu menaikkan markah aku mcm inggeris ke, sukan ke.. Jadi, buat pertama kalinya kat universiti ni aku 'terpaksa' meniru. Heheheh. Emergency case beb. Kalau fail, tak pasal2 kena stay lama kat Iran ni. Masalahnya aku ni tak pandai sgt dalm bab tiru-meniru ni. Punyalah takut nak meniru walaupau keinginan tu ada. Sampai juling mata aku cuba nak menjeling kertas kawan kat sebelah. Kawan-kawan kelas aku ni memang dah berpengalaman luas dalam bab tiru ni. Dah lama diorang mula. Aku ni dah nak masuk sem 6, baru la nak belajar selok belok meniru. Secara kebetulan, sem ni banyak plak soalan objektif. Apalagi? Ada la peluang cerah untuk kejayaan meniru. Hihii. Alhamdulillah untuk sem 7, aku ada subjek yang boleh membantu: sukan. Harapnya Insya Allah aku boleh tamatkan semester akhir aku ni dgn baik.

Lps exam, aku pergi ke utara iran. Saja ikut kawan aku ke villanya di sana. Kami pergi ke sebuah kampung di Namak Abrud. Memang macam Malaysia. Pohonan menghijau, laut membiru ..tapi ada satu je yang lain. Sejuknya…Ya Rabbi! Tak tahan aku. Duduk kat dalam rumah tu mcm duduk dalm eskimo. Puas famili kawan aku gelakkan aku yg kesejukan. Lps 2 hari, kami pun rancang nak balik ke Tehran. Alhamdulilah….kalau tak mau aku kejang di situ. Kami lalu jalan gunung untuk pulang ke Tehran pd waktu mlm. Aku dah dok terkenang Tehran yg agak panas berbanding utara ni. Tiba2 plak kereta berhenti. Kat tengah2 gunung plak tu. kami disuruh keluar sbb ayah kwn aku nak pasang rantai besi kat tayar kereta. Bila aku keluar kereta je…Ya Allah! Semua tpt dah putih dan salji plak turun lebat. Kereta mmg tak boleh bergerak sbb salji tebal. Ayah kwn aku plak tak pandai sgt pasang rantai besi tu sampai kena minta tolong org lain. Punyalah lama nak pasang benda tu sampai hampir sejam kami terkandas di tengah2 gunung salji tu. Aku yang berdiri kt situ lagi sikit lagi je nak jadi orang salji. Perjalanan yg sepatutnya mengambil masa 3 jam dah jadi 8 jam.

Bile aku sampai di Tehran, tetiba plak aku terasa nak tepon Mrs. Anna. Dia ni aku terjumpa masa makan petang bersama menteri. Dia bekerja di syarikat antarabangsa milik Malaysia. Diorang ni bina apartmen. Masa jumpe, dia beritahu rasa minat dia utk blaja parsi drpd aku. Aku kata…lps exam. Jadi aku pun cuba hubunginya. Mulalah episod baru aku di syarikat tu. Aku diminta utk mengajar pekerja Malaysia di syarikat tu. 5 orang ramainya. Waktu tu juga, ada majlis pemecahan tanah. 'Tokei besar' syarikat dari Malaysia dtg. Aku diminta utk menemani para datin berjalan-jalan di Tehran. Lps tu aku juga diminta utk ikut mesyuarat mereka di Qom (nama negeri). Big boss berminat utk ambil aku bekerja di syarikatnya. Insya Allah studi aku pun nak habis julai ni. Jadi dia jemput aku join syarikat. Nanti dapat tinggal kat apartmen, dpt permit kerja, tiket free balik Malaysia dan aku rasa gajinya bagus utk aku yg baru nak melangkah ke alam pekerjaan. Aku hanya kata….biar saya fikir dulu. Mmg tawarannya agak menarik. Masalahnya…aku kena stay kat iran lagi la. Itu yang aku tak mau. Mak ayah dan adik2 dah bising suruh aku balik Malaysia cepat2. Tak tau la…aku pun dah puas hidup seorang 4 tahun ni di iran. Balik duduk dgn famili sblm sambung masters bagus gak. Apa2 pun, aku tak buat keputusan lagi. Kena fikir masak2 dulu supaya Insya Allah natijahnya akan jadi terbaik buat diriku.

Selama 2 minggu di syarikat ni, aku ada berkenalan dgn sesorang ni. Aku malas nak cerita pasal dia sebenarnya tapi oleh sbb dia dah dok berulang kali suruh aku tulis pasal dia dlm blog, maka skang aku tulislah. Kesian plak. Kalau tak tulis, takut nanti merajuk plak. Hehehe. Orangnya tinggi, mula2 nampak macam serius gile dan ada sikit ketandusan rambut. Heheh. Jgn marah ha… soalan pertama dia tanya aku..student kat sini? Aku kata yalah. Pastu dia tanya..dah kawin? Aku kata taklah. Mungkin dia hairan kenapa la tetiba plak ada pompuan Malaysia tersesat kt Iran. Tak kawin lagi plak tu. Kalau ikut suami ke Iran, lojik la skit. Aku pun mula2 takut skit dgn dia. Nampak mcm serius habis. Senyap je. Cakap sepatah dua je. Aku pun malas nak beramah mesra sgt dgn dia. Tak pasal2 aku kena fire free je nanti.

Tapi, bile aku dtg lagi ke syarikat kali seterusnya, tetiba plak dia banyak ckp. Bukan saja banyak ckp, malah keje dia mengusik dan menggelakkan aku je. Ada je idea dia nak kenakan aku. Sabar je la. Dia bagi aku main games kat com dia. Sambil aku main, dia cakap la. Ntah apa dia cakap. Melalut2. Aku pun bukannya paham sgt sbb nak concentrate nak main games. Cite pasal bini dia, anak dia yg dah semakin nakal, cite pasal masalah kulit. Aku pun angguk je la. Hehehe. Cakaplah banyak mana asalkan dia bagi aku main games kat computer dia. Mcm2 la kitorang sembang. Walaupun dia suka usik aku, aku sbnrnya enjoy ckp dgn dia. Yela. Umur bukannya jauh sgt pun. Jadi, ada keserasian dalam topik perbualan. Org2 Malaysia yg lain kebanyakannya dah senior. So aku prefer lagi la nak sembang dgn dia. Skang ni dia dah balik Malaysia. Dan nampak gayanya tak akan dtg Iran lagi dah. Apa2 pun aku nak ucapkan slamat berjaya buat dia. It was very nice 2 know u even for a few days. Ada la gak kwn nak bersembang buat beberapa hari tu. Insya Allah kalau ada rezeki, bole jumpa lagi. Masa tu biar aku plak yang kenakan dia.

Uih! Mentang2 lah aku dah lama tak post kat blog ni, kali ni aku tulis pjg plak ye? Mesti korang dah boring baca aku melalut ni. Sorry la ye? Aku punya cerpen bersiri dah sampai episod 9. Cadangnya nak tulis sampai episod 20. Doakan la aku ada mood dan idea supaya aku boleh habiskan cerpen bersiri ni cepat2. Pastu aku akan poskan ke blog ni. Karya terbaru aku yg berunsurkan komedi romantik. Ok guys. Take care. Insya Allah see u all in the next post. Miss u all! Sayonara!!!
Bookmark and Share

Tuesday, December 12, 2006

salji di iran



aku tak pandai nak susun gmbr2 ni. sebenarnya dah lama aku nak hantar gmbr2 ni tapi asyik fail je. biasa la. site kat universiti aku tu lembap skit. bila dtg tmpt mahal ni, baru la jalan. ok.

gmbr cerah dgn pagar kuning: tu dkt balkon bilik aku. semester ni baru la diorang pasang pagar cam tu. mmg mengganggu pemandangan btol. tak tau la napa diorang pasang. dgr kata ada budak try terjun bunuh diri dari situ. tak tau la. ok..gmbr tu masa pertama kali salji turun pada 1 dec yg lepas.

gambar waktu malam: salji tak berenti2 tutun sampai malam. pastu ralji pun dah jadi bulat2. bebudak asrama turun main malam tu.

gambar ada budak pompuan tunduk: itu gmbr pagi slps 1 dec. itu kat universiti aku. rasa mcm cantik sgt. sbb tu la aku amik gmbr.

gambar 2 budak pompuan: tu kat padang universiti. cantikkan? aku kekadang lepak sorang kat situ. layan blues. hehehe

gambar bebudak: anak2 pekerja universiti amik peluang main salji. tgh buat org salji masa tu.

ok sampai sini dulu. nanti aku cuba hantar post lain. ye la. ada oprg tu tanya bile nak hantar post baru...kali ni aku cuma bole hantar gambar je. exam nak dkt ni. doakan aku yek. jumpa lagi. assalamualaikum




Bookmark and Share