Assalamualaikum. Apa khabar semua? Hari ni aku tekadkan juga diri untuk menulis post blog. Setelah habis exam TOEFL dan GRE, aku melepak je kat rumah. Aku jadi penanam anggur profesional. Heheheh. Aku rasa kalau lama sikit aku duduk kat rumah aku dah boleh eksport anggur tanaman aku ke luar negara. Hampir sebulan lebih juga la aku duduk lepak kat rumah. Aku pegi la juga interview2 keje. Masalahnya lama sangat pulak la nak bagi jawapan. Aku masa tu dah rasa semacam. Dah terlalu lama cuti rasa lain pulak. Macam mana nak cakap ye...Rasa macam diri ni useless plak. Aku rasa aku mampu buat kerja macam-macam tapi kenapa aku kena stay kat rumah je sementara tunggu keputusan universiti untuk sambung MA. Dah la lambat lagi nak tau keputusan universiti. Mau berlumut aku stay kat rumah. Jadi aku pun masuk la laman web untuk cari kerja. Masalahnya lagi susah nak cari kerja sementara dari kerja tetap. Banyak yang reject aku dari awal bila tau aku nak kerja sementara je.
Akhirnya aku amik keputusan cakap yang aku nak cari kerja tetap. Terpaksa bohong sunat sebab terpaksa. Kalau tak, memang tak akan dapat kerja la. Terpaksa…Dah jadi desperate housewife dah. Hehehehehe. Aku akhirnya diterima kerja di sebuah call center di Menara Selangor Dredging. Rasanya keje dia kena call orang tawarkan penggunaan kad kredit. Tapi tak jadi pulak sebab diorang malas nak proses sijil aku. Agensi pekerjaan yang tolong aku tu kata syarikat tu tak nak buat keje banyak2 untuk proseskan sijil pekerja lulusan luar negara. Pulak! Takpelah..Lepas tu agensi pekerjaan tu bawak aku untuk interview yang seterusnya. Kali ni pun call center jugak.
Aku kena hadapi 2 kali interview. Masa khamis tu aku kena interview dengan seorang lelaki cina. Aku sebenarnya main redah je untuk gi interview. Tak kisahlah keje apa pun. Kejenye adalah telemarketer. Tau tak keje dia macam mana? Kejenye kena promote sesuatu melalui tepon. Esoknya aku dipanggil untuk sessi interview kedua.
Hari Isnin tu jugak aku dipanggil masuk keje. Hari pertama aku dah lambat. Hehehe. Ye la
Kami ni dikira buat jualan secara langsung. Kelebihan Dell Computer ialah direct selling. Takde orang tengah. Jadi harga tak naik la. Pastu ada warranty setahun. Kalau ada apa2 rosak ke, contohnya DVD burner, kita boleh tepon Dell,dan diorang akan ajar cara nak baiki melalui tepon. Kalau tak elok gak, esok harinya (hari keje) mereka akan datang dan ganti yang baru tanpa sebarang bayaran. Haa..amacam?
Memang tak sangka hari pertama aku dapat tempay duduk sendiri dan menelefon, aku dapat 3 lead. Di tingkap cermin besar di ofis tu, diorang lukis jadual lead setiap orang. Memang terpampang la lead masing2. Kalau kosong, memang rompong la jadual tu. Hari kedua aku dapat 4 lead! Memang tak sangka. Tapi hari kedua tu aku dah rasa boring nak mampus. Rasa macam boring call2 orang ni. Tak berminat. Tak sesuai dengan jiwa aku. Tapi aku sabar je la. Hari ketiga aku dapat 3 lead. Bos happy. Siap kata aku ni superstar depan semua staff. Panggil aku sorang2 masuk bilik dia. Mula la dia bercerita panjang. Dia kata dia nak offer aku jadi permanent staff. Aku senyap je. Bukan senang nak dapat keje kat syarikat tu. Berapa ramai orang dtg interview tapi kena tolak. Bukan senang nak jadi permanent staff.
Tetiba hari keempat aku dapat 0 lead. Wakakaka! Bengang bos aku. Tu la…berharap sangat kat orang. Aku ni tak suka sangat high expectations dari orang lain. Jadikan aku tertekan je. Aku rasa stress gile hari tu sebab berapa banyak kali dia datang meja aku tanya pasal lead. Akhirnya kosong..huhuhuh. jatuh merudum wei…Tapi Alhamdulillah aku dapat 10 lead dalam masa 3 hari. Bole la cover kuota 10 lead untuk 5 hari. Tapi aku tengok jadual tu, takde pun yang lain cukupkan 10 lead setiap minggu. Bile aku tak dapat lead sehari, kecoh plak boss. Sabar je la. Hari kelima aku dapat dua. Esoknya kosong balik. Wakakaka. Aku tak rasa tertekan sangat sebab dah merasa kosong sebelum tu. Tapi memang penat gile menelefon orang. Hari aku tak dpat lead, aku buat sampai 186 panggilan tau. Dah la ulang alik dari TM-KL. Naik bas 6.30, sampai rumah nak dekat pukul 9.30 malam. Yang paling aku bengang sekali, memang susah nak solat. Aku rasa aku sorang je solat kat ofis tu. Terpaksa tumpang kat surau ofis lain. Dah la tergesa2 solat sebab boss percepatkan jam ofis. Adui….Ha lagi satu lelaki
Apa-apa pun kawan2 kat ofis tu cool la gak. Ramai
Jadi aku akan pergi bercuti dengan keluarga bermula esok. Doakan la kami dapat percutian yang menyeronokkan dan diredhai Allah ok? Jumpa lagi dalam post akan datang. Masa tu aku akan ceritakan pengalaman di Indon pulak ye. Permisi dulu….
Cinta F.A.
Bantal sudah basah dek air mata. Dia sendiri tidak tahu sudah berapa lama dia berkurung dalam bilik, berapa banyak air mata tumpah untuk si dia. Hancur segala mimpi dan harapannya. Disangkanya cinta mereka bakal menjadi sehebat cinta Khosro dan Shirin[1]. Sebaliknya dia jatuh hati pada kaum sejenis pula! Komputernya mengeluarkan bunyi.
firuz_8420: Fereshte, saya minta maaf. Berilah saya peluang untuk menjelaskan segala-galanya.
Fereshte menekup wajah di bantal. Sebarang penjelasan tidak mampu mengubati hatinya yang luka parah.
firuz_8420: Biar saya terangkan dari mula. Sememangnya dari awal, Firuz yang awak kenali adalah gadis dari Malaysia. Saya melawat laman chat untuk mencari lebih ramai kawan Iran tanpa mengira jantina. Saya seorang perempuan tetapi dianggap lelaki manakala awak pula seorang perempuan yang mengaku lelaki. Bukankah sekali saya pernah mengaku yang saya ini perempuan? Awak pula fikir yang saya hanya bergurau.
Fereshte mengesat sisa air mata. Dia mengambil tempat duduk di hadapan komputer.
firuz_8420 : Suatu hari, kita duduk bersebelahan di kantin universiti. Awak khusyuk membaca kertas emel untuk saya. Ketika itu saya tahu yang awaklah Fereshte, kawan saya selama ini. Betul kata awak. Awak memang sentiasa keseorangan tanpa sebarang teman. Saya sebenarnya mahu mengaku tentang identiti sebenar saya tapi saya batalkan saja niat itu. Saya bimbang jika awak tahu bahawa saya gadis asing yang sama, awak tidak mahu berkawan dengan saya lagi.
Fereshte teringat kejadian hari itu. Dia tidak menyangka Firuz sempat membaca kertas yang berada di tangannya.
firuz_8420: Saya terharu dengan semangat berkawan awak sehingga awak menyediakan fail khas untuk saya. Sejak itu saya juga mengumpul segala emel dan chat kita di dalam sebuah fail. Di atas fail, saya tulis ‘bidadari[2]’,makna bagi nama awak dalam bahasa saya.
Bidadari maknanya Fereshte? Namanya sendiri dianggap nama gadis Malaysia itu
firuz_8420: Saya bersetuju untuk bertemu dengan awak di Taman Mellat kerana saya mahu mengaku diri saya sebenar. Begitu beria untuk bertemu awak, saya datang lebih awal. Akhirnya hampir 2 jam saya menunggu tapi awak tak muncul-muncul. Saya terpaksa pergi kerana saya ada perbincangan pelajaran dengan kawan-kawan. Rupa-rupanya saya sendiri yang silap. Saya tak menukar jam sejam ke belakang. Negara saya tiada musim luruh dan salji. Saya tak tahu yang terdapat perubahan masa setiap kali menjelang musim luruh dan musim bunga.
Kasihan Firuz. Rupa-rupanya bukan dirinya sahaja yang menunggu lama. Firuz juga setia menunggunya selama 2 jam.
firuz_8420: Saya mahu memperkenalkan diri dalam chat sahaja tapi tak kesampaian. Bagaimana perlu saya mendedahkan hal sebenar apabila awak meluahkan perasaan cinta pada saya? Fereshte, saya sayangkan awak tapi sebagai seorang kawan.
Fereshte terasa malu dengan diri sendiri.
firuz_8420: Fereshte, adakah cinta lelaki begitu penting buat awak pada masa ini? Tidakkah awak rasa cinta sahabat juga tinggi nilainya? Berkawanlah, Fereshte. Jangan lepaskan peluang untu bersahabat. Percayalah bahawa ia satu pengalaman yang indah. Mengapa perlu jadi orang asing di negara sendiri?
Fereshte sedar sikapnya yang tidak suka berkawan itu menyebabkan dia sering rasa kesepian. Sejak kecil dia memang begitu. Bolehkah dia mengubahnya sekarang?
firuz_8420: Saya betul-betul mahu berkawan dengan awak tapi terpulanglah pada awak untuk membuat keputusan. Menjelang Noruz[3]saya akan pulang ke Malaysia. Kalau awak maafkan saya, datanglah ke lapangan terbang. Jika awak tidak datang, saya sendiri akan faham yang persahabatan kita sudah sampai ke penghujungnya.
Fereshte kembali mengalirkan air mata. Firuz yang dicintainya selama ini tidak wujud. Firuz yang ada ini pula mahukan persahabatan. Dia keliru. Antara dendam cinta dan persahabatan, mana satu yang perlu dipilihnya?
* * * * *
[1] Khosro dan Shirin adalah satu daripada legenda cinta Iran. Khosro adalah seorang raja di Iran. Shirin dan Khosro saling mencintai.
[2] Bidadari dalam bahasa parsi adalah Fereshte
[3] Noruz adalah perayaan tahun baru bagi rakyat Iran. Iran mempunyai kalendar sendiri. Noruz jatuh pada 21 Mac setiap tahun.