RSS

Wednesday, July 23, 2008

~GTF~ Great Teacher Firuz

bebudak 4 Jihad yg periang melebih


Assalamualaikum. Waaa….dah lama aku plaster mulut. Em..em..em..em (bunyi org bercakap dengan mulut berplaster). Ok la. Sekarang aku akan mula bercerita. Cita-cita aku adalah menjadi seorang pensyarah. Nak jadi pensyarah bukannya senang, kena belajar sampai Ph.D. Dulu-dulu masa sekolah menengah, aku benci gile dengan sastera dan lebih2 lagi benci kerja mengajar. Tapi tu la…org cakap jangan suka atau benci sesuatu tu sangat, nanti benda terbalik pula yang akan berlaku. Dari benci gile, aku tiba-tiba tukar 360 darjah. Sekarang aku memang suka mengajar dan bidang aku sekarang adalah sastera.

Aku nak minta jadi tutor kat UPSI tapi ayah aku kata akhir tahun ni atau awal tahun depan baru la ada temuduga. Jadi sementara menunggu waktu tu, aku mencari kerja lain. Aku dah cuba jadi telemarketer kat KL. Aduh..sakit. Tak tahan dan tak sesuai langsung dengan jiwa aku. Dapat juga tawaran lain dalam bidang bisnes. Gaji boleh tahan la. Tapi ntah la. Aku nak mengajar juga. Akhirnya aku cuba minta kerja jadi ustazah kat sekolah rendah agama dekat dengan rumah aku. Secara kebetulan sekolah tu memang kekurangan guru. Tiga kelas terpaksa bergabung sebab kekurangan guru. Hari ni aku dipanggil untuk ditemuduga, esoknya terus kena mengajar. Siap dapat jadi guru kelas. Aku ditugaskan untuk menjadi guru kelas 4 Jihad. Gajinya memang aku mengaku, sikit la. Tapi takpe la. Aku nak pengalaman mengajar secara formal. Sebelum ni dah pernah mengajar orang2 tua di Iran. Gaji masa tu fuh…lumayan. RM120 sejam. He3. Sekarang takde la macam tu. Sangat2 rendah. Menipu la kalau aku kata aku berpuas hati dengan gaji banyak tu kat sekolah rendah ni. Tapi tak pe la, aku akan cuba buat kerja sampingan lain la untuk kumpul duit nanti.

Cemas ada, teruja pun ada. Aku kena mengajar 3 kelas untuk pelajaran Bahasa Arab dan Feqah. Untuk kelas sendiri pula, aku kena tambah lagi mengajar Al-Quran, Hafazan dan Imlak. Memang seronok ajar budak2. Aku pun sukakan budak2. Macam layan adik2 aku je. Tapi yang nakal tu banyak juga. He3. Asyik nak main je. Macam2! Menjerit….ustazah, ada org amik pembaris saya! Ustazah, dia ejek nama ayah saya! Ustazah, dia curi kasut saya! Sabar je la. Budak lelaki biasalah suka kacau budak perempuan. Ada budak lelaki tu ejek kwn perempuan dia, eeee….ada misai, ada misai. Aku marah la..Jangan ejek kawan macam tu…Tak baik ejek orang perempuan ada misai. Budak lelaki tu mengangguk ~ok la ustazah. Pastu dia pandang budak pompuan tu balik dan cakap ~ eeee….ada janggut..ada janggut.. Pulak! Tergelak aku. Dah tak bagi ejek misai, dia gi tukar janggut pulak!

Bab soalan-soalan ntah apa2 tu, jgn cakap la. Macam2 soalan yang ditanya. Kadang2 tu remeh sangat, tapi aku layan je la. Kalau adik aku sendiri dah lama kena pelempang free. He3. Eh, tak la! Tanya aku ~ ustazah, nak tulis guna pen biru bole tak? Aku mengangguk. Pastu dtg lagi. ~ ustzh, guna pen hijau bole tak? Aku angguk lagi. Pastu dtg lagi ~ ustzh, pen ungu? Pen pink? Pen oren? Satu2 warna ditanya! Nasib baik la 3 kali je tanya. Kalau lebih, memang terbakar la aku ni.Aku dah cakap kat depan kelas guna pen warna apa2 pun bole kecuali merah. Tapi tak paham2 juga. Sabar….

Mula2 masuk tu, aku rasa tertekan juga sebab diorang ni lemah sangat dalam pelajaran. Kata dah belajar sampai bab feel amar. Tapi bila aku soal benda asas, tak tau jawab. Aku tanya, lima dalam bahasa arab, apa? Jawab ~ sab ‘atun. Aku tanya lagi..ok la. Wahidun apa maksudnya. Jawab ~ dua. Ok la. Kalau nombor diorang dah lupa, aku cuba tanya la benda2 yang baru diorang belajar. Aku tanya: Huwa apa ertinya? Jawab: Mmmm…tiga! Aduh…nak pengsan aku! Tiga2 kelas macam tu. Tau nak main je. Tak tumpu perhatian pada pelajaran. Jadi untuk mengambil hati mereka, aku cuba fikirkan cara lain. Hari pertama, aku suruh diorang tulis biodata atas kertas kosong. Aku suruh diorang buat apa2 saja. Lukis, warna, apa2 saja la. Bersemangat betul. Aku kata kalau kemas dan cantik, aku akan bagi hadiah. Beberapa hari kemudian, aku betul2 bagi hadiah pada orang yang tulis kemas dan cantik. Aku cuba dapatkan kepercayaan mereka. Bila aku cakap nak bagi hadiah, aku akan bagi. Ala…bukannya mahal pun. Singgit dua je.

Selepas tu, aku cuba tarik perhatian mereka dengan sticker @ pelekat. Aku beli pelekat berwarna yang kosong banyak2. Tak mahal pun. RM3.50 dapat 1000 lebih pelekat. Aku kata kalau dapat jawab betul ke, siapkan kerja sekolah ke, nanti dapat pelekat. Hadiah akan diberikan berdasarkan bilangan pelekat. Ha…apalagi? Berkobar2 la dorang. Aku pun beli sepeket kertas A4 warna-warni. Aku lipat dua kertas tu. Aku jadikannya sebagai ‘buku pelekat’. Setiap kali dapat pelekat, kena tampal dalam ‘buku pelekat’ tu. Memang bersemangat la dorang. Aku pun ada tanya ~ jawab dengan jujur ye,sape solat zuhur hari ni, angkat tangan. Pastu aku bagi pelekat bagi yang solat. Ha…terdengar la keluhan..Ala..ustazah. sy lupa nak sembahyang tadi, saya penat tadi, minggu lepas saya sembahyang tapi minggu ni lupa, macam2 lagi. Sekurang2nya aku dapat bagi galakan untuk mereka bersolat. Kesannya makin ramai yang solat walaupun niat asal dorang nak dapatkan pelekat. He3. Takpe la. Mula pelan2.

Bila aku masuk sesuatu kelas dan waktu aku dah habis dan aku tak sedar, mula la depan pintu kelas tu, budak2 ramai berkumpul. Jerit2 ~ustazah, masuk kelas kitorang pulak ustazah. Cepat la ustzh. Hai…macam2. Budak kelas tu pulak merungut ~ala…ustzh nak keluar dah ke? Esok ustazah ada ajar kitorang tak? He3. Itula dia penangan pelekat untuk budak2. Sejuk hati tengok budak2 nak salam dengan kite. Budak2 datang depan, salam aku sebelum balik. Bile perhati, ada juga muka budak2 kelas lain datang nak salam juga. Ada plak yg~ ustzh, nak salam lagi sekali!

Hari Rabu hari kokurikulum untuk sekolah2 rendah di sekitar kawasan tu. Jadi hari Rabu selalunya budak tak dtg sekolah agama. Yg datang sangat la ciput. Hari ni hari Rabu, aku duduk je dalam kelas sendiri, 4 Jihad. Takyah tukar2 kelas lain sebab kelas lain pun sangat sikit pelajarnya. Tak bole nak mengajar, sikit sgt. Apalagi…main la dgn budak2. He3. Main lukis dan teka, pengetahuan am, teka lagu dan macam2. Aku ada lukis peribahasa dan suruh diorang teka. Aku lukis utk peribahasa ‘bagaikan perigi mencari timba’. Aku lukis la perigi dan timba. Ada yg jawab… bagai perigi dan timba. Aku kata dah nak betol dah tu, Cuma tgh2 ada silap sikit. Macam2 diorang teka tapi tak dapat. Jadi aku bagi le clue. Aku kata maksud peribahasa ni macam perempuan yg gi cari lelaki, ngorat laki ke. Pastu ada yg jerit…saya tahu ustazah! Jerit2 sampai pekak telinga kau. ~Ustazah! Jawapan dia bagaikan perigi menggoda timba! Tergelak gile aku.

Hari ni pun hari pertama aku menyertai mesyuarat. Masa tu baru la rasa aku ni jadi cikgu sebab ada mesyuarat, kena buat kerja. Selama ni aku rasa macam buat hobi pada waktu lapang je sebab best pulak melayan kerenah budak2 tu. 1 dan 2 ogos ni sekolah ada kem ibadat. Aku ditugaskan banyak gak. Hai..org baru pun kena banyak keje. He3. Kena masak utk mkn tengahari dan malam. Pastu kena jadi pengerusi majlis untuk ceramah Bahasa Arab untuk pelajar darjah 6 plak tu. Adoi la.

Hohoho. Panjang gile plak berceloteh kali ni. Ok la. Aku berhenti di sini dulu. Nanti bole sambung balik. Sebenarnya aku dah nak post pengalaman melancong ke Jakarta pada blog tapi laptop aku buat hal dan hard disk aku rosak teruk. Habis sume hilang benda yang aku taip. Sabar je la. Takpe la. Nanti aku tulis semula. Ok. Di sini aku sambung balik ‘Cinta F.A’- daun kesepuluh merangkap daun terakhir atau episod terakhir. Harapnya anda terhibur dengan cerita saya tu. @ dpt pengajaran @ dpt pengalaman @ apa2 saja yg berfaedah drpd cerita tu. Insya Allah lepas ni aku akan postkan cerita yang baru. Cerita baru ni lebih komersial, santai. Tajuknye...tak pasti lagi. Tapi setakat ni tajuknya 'Orang Kaya?' Mungkin ada perubahan, mungkin tidak. Tunggu dan lihat saja!
Aku harap kerja mengajar ni akan dikira sebagai ibadat dan doa2 la aku dapat jadi cikgu yang best! He2 GTF –Great Teacher Firuz-. Jumpe lagi. Assalamualaikum!
Cinta F.A.

Daun Kesepuluh

Firuz setia menunggu dengan hati yang penuh dengan harapan. Setelah menyerahkan beg pada bahagian bagasi, sengaja dia berdiri berdekatan pintu masuk lapangan terbang. Mudah untuk Fereshte melihatnya nanti. Itupun jika dia sudi datang. Dia mengeluh perlahan.


Niat awalnya adalah mencari sahabat untuk menguatkan Bahasa Parsi. Tidak sangka dia menjumpai seorang sahabat sejati seperti Fereshte. Dia sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan datang ketika tengah hari. Lain yang diharap, lain pula yang terjadi. Salam persahabatan yang dihulur, disambut dengan tadahan cinta.


Dia menjeling jam tangan. Sudah tiba masanya untuk pergi ke balai menunggu. Firuz tahu kini berakhirlah sebuah persahabatan. Tiada apa yang boleh dilakukan. Itu keputusan Fereshte dan dia perlu menghormatinya. Dia mula berjalan dengan langkah yang longlai.
Langkahnya mati tiba-tiba. Di hadapannya kelihatan seorang gadis bercadur sedang berdiri dengan kepala yang tertunduk. Seorang lelaki separuh umur pula menemani di sebelahnya. Masing-masing membatu tanpa sebarang kata dan gerakan. Firuz sekali lagi melihat jam tangan. Dia memang perlu pergi sekarang. Jika dia terlewat, dia tidak akan dibenarkan memasuki kapal terbang.


“Firuz, awak nak tinggalkan saya begitu saja?” Suara Fereshte kedengaran sayu.“Tanpa ucapan selamat tinggal, awak mahu pergi?”
Firuz berhenti dan menoleh ke arah Fereshte. “Saya tak akan sekali-kali ucapkan selamat tinggal,”
Fereshte terpana mendengar kata tegas itu.


“Kerana saya akan kembali untuk meneruskan persahabatan yang tergendala,” sambung Firuz dengan senyuman manis. Senyuman mula mekar di wajah Fereshte yang layu. Firuz cepat-cepat mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya. Dia menghulurkan sebuah bungkusan kepada Fereshte.


“Hadiah harijadi awak,” kata Firuz. Fereshte pula menyerahkan Divane Hafiz kepadanya. Setelah mengucapkan terima kasih, Firuz pantas berlari ke arah balai menunggu.
“Dia sudah pergi ayah,” Fereshte memandang ayah dengan wajah hiba.
“Dia akan pulang anakku. Seorang sahabat tidak akan memungkiri janji,” nasihat ayah sambil mengusap kepala anak kesayangannya.
Di dalam kereta, Fereshte membuka sampul surat yang digam di atas bungkusan itu.

Assalamualaikum, sahabatku.


Selamat Hari Lahir. Semoga murah rezeki dan diredhai oleh Allah selalu. Cinta Ferhad kepada Shirin mungkin mengasyikkan tetapi cinta sahabat sebenarnya lebih indah. Cinta Ferhad adalah cinta satu taraf saja tetapi kita berdua saling menyayangi. Persahabatan kita diwarnai oleh 2 insan yang mempunyai pangkal nama yang sama. Bukankah pasangan sahabat Firuz Akhtar dan Fereshte Ansari lebih sedap bunyinya berbanding Ferhad dan Shirin?
Terimalah selendang biru ini sebagai hadiah. Saya harap awak akan menyukainya. Wassalam.


Sahabatmu,
Firuz Akhtar



Fereshte membuka bungkusan itu dengan hati yang gembira. Sehelai selendang sutera biru bermanik indah mengusap lembut tangannya. Di sudut selendang, terkait 2 huruf –F.A. Dia lantas mengacukan selendang di atas kepala.


‘Terma kasih, Firuz. Saya akan menunggu kepulangan awak di lapangan terbang. Ketika itu, saya akan pastikan selendang biru ini membalut kepala saya.’ janji Fereshte dalam hati. Kepalanya mendongak ke langit dengan senyuman yang menari di bibir.















Bookmark and Share