Akhirnya yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Ramadhan yang mulia bertandang sekali lagi. Alhamdulillah kita diberi peluang oleh Allah untuk mengecapi bulan yang mulia ini buat kesekian kalinya. Tahun lepas aku sempat rasa 3 hari terakhir pose je kat Malaysia. Insya Allah, kalau diizinkan Allah, aku dapat merasa sebulan berpuasa kat Malaysia thn ni.
Pada 29 Ogos lepas, alhamdulillah genap pun umur aku 24 tahun. Huhu..tak sangka dah 24. Muda lagi..hehehe. Setelah 5 kali berturut2 menjadi orang nomad setiap kali harijadi, aku akhirnya kembali ke Malaysia. Selama 5 tahun berturut2 aku tak ada di Malaysia masa ulangtahun. 2003 di Iran, 2004 di Turki, 2005 di Syria, 2006 di Mesir dan 2007 di Mesir. Macam2 versi ada. Ada yang kesunyian, ada yang meriah. Tak sangka tahun ni ulangtahun aku dikelingi oleh kanak-kanak riang. Bukannya anak sendiri ye..hehehe.. ank murid…
Sebenarnya masa 25-28 Ogos tu ada ujian bulanan. 29 ogos tu ujian hafazan disambung. Aku kena la dengar hafazan bebudak tu. Ada sorang budak laki dlam kelas aku yg bernama Zuhdi, besday dia sama dengan aku. 29 Ogos-magical date! hehehe. Hari tu dia bawa 2 buah kek. Sebenarnya dari hari Isnin (26 Ogos) lagi dia dah kekobar bagitau aku yg dia nak bawak kek ke sekolah. Selalunya dia buat besday dia kat sekolah rendah tp tahun ni buat kat sek agama plak. Rasanya sbb besday dia sama dgn ustazah dia kot. Hehehe.
Aku baru je duduk kat kerusi, Ikmal dah dtg ke meja aku bwk pinggan. Katanya nak makan kek. Ish, tak sabar2! Aku tk bagilah. Apa2 pun kena habiskan ujian dulu. Zuhdi yang jarang bertenggek kat meja aku, asyik melepak je kat sebelah aku. Yelah. Dah dia gi bubuh kek kat sebelah aku. Mana taknya asyik berkepit dgn aku je. Brapa kali dia tanya..bole makan kek skrg tak ustzh? Ahirnya bile sume org dah baca hafazan, hmpir2 pukul 4 ptg, aku pun benarkan. Apalagi? Seronok la bebudak tu.
Sebelum tu, ,masa aku tgh sibuk mendengar hafazan bebudak, ada la bebudak lain yg dtg bwk hadiah. Adui…tak kusangka dapat hadiah banyak2 dalam usia ini. hehehe. terima kasih ye sume.Tak yah bagi hadiah pun takpe, yang penting kena belajar rajin2. Ada yang minta maaf sbb tak bawak hadiah dan janji nak bawak hadiah minggu dpn. Hohoho…Sampai macam tu skali…Ustzh tak mintak la hadiah! x bagi pun takpe!
Ada surprise plak atas kek. Atas kek besar ada nama aku skali!. Walaupun tertulis Ustz Fairuz, aku ttp rasa terharu. Biarlah salah nama. Aku tahu dia maksudkan aku tu. Hehehe. Dorang siap nyanyikan lagu utk kami berdua. Terharunya tgk mereka yg berkobar2 ni. Zuhdi potong kek yang kecik dulu. Kemudian kami potong kek besar sama2. Ha….masa untuk berebut kek telah tiba…Masing2 nak makan bunga atas kek. Mana boleh. Bunga ada sikit, yang nakkannya plak ramai. Terpaksa la aku pujuk. Aku katalah..ala..bunga ni tak sedap la..tak rasa apa pun…Masa makan2 tu ada la aku suruh bebudak amikkan gambar. Apalagi…berebut2 la nak amik hs aku tu. Ada yg nak main game. Yg tu awal2 lagi aku dah larang. Kalau main game, habis plak bateri. Nanti tak le plak amik gmbr.
Lps tu Widad cadangkan sesi penggambaran plak. Aku setuju je. Dia la yg tolong susunkan meja dan kerusi. Buat ala2 amik gmbr majalah sekolah. Tp kami punye ni ada macam2 gaya la. Ada gaya serius, gaya bebas. Kecoh gak la masa nak amik gmbr. Ada yg berlari, ada yg melompat2, ada yg berebut nk duduk ats kerusi, macam2 la. Bebudak lain ada yg berebut nak amikkan gmbr guna hs aku tu. Terpaksa la aku bagikan ‘angka giliran’.
Kemudian aku amik rakaman video. Aku kn mengajar bhs arab kat bebudak ni. Punye lah teruk bhs arab mereka. Tak minat plak tu. Jadi aku amik inisiatif cipta lagu untuk mereka. Biar timbul sikit minat. Dalam2 menyanyi tu, ada la jugak perkataan arab yang dihafal. Setakat ni aku baru buat 2 lagu. Satu, lagu ad-dhamair. Huwa, huma, hum, hiya, huma, hunna, anta, atuma, antum (tepuk tangan), anti, antuma, antunna (tepuk tangan), ana, nahnu, ana, nahnu…. Lagu kedua plak, lagu feel madhi. Amik rentak lagu ‘inilah barisan kita’. aku guna feel zahaba (pergi). Jadi lagu dia macam ni lah..zahaba, zahabaa, zahabu, zahabat, zahabata, zahabna, zahabta, zahabtuma, zahabtum, zahabti, zahabtuma, zahabtunna, zahabtu, zahabna…pastu jerit ‘feel madhi’ sambil tumbuk ke udara. Hehehe. Ntah apa2 la lagu dan fesyen yg aku ajar kat dorang kan? Haa..aku rakam dorang nyanyi lagu tu. Macam2 gaya! Siap menari lagi. Hahaha!
Masa balik dari sekolah ptg tu, aku ada lagi satu surprise. Ummi dgn adik aku yg lain, hantar Pipah balik KISAS. Takde org kat rumah la masa tu. Gelap je. Tetiba aku terperasan ada hadiah n kek atas meja makan. Terharunya..Ingatkan dorang lupe sbb sesapa pun tak ckp apa hari tu. Ada surprise rupenye. Hehehe. Jadi mlm tu bile sume org dpt berkumpul, bru la aku potong kek versi family plak. Pukul 12 lebih tgh mlm mkn kek. Hohoho...
Bagi aku besday tahun ni best. Lain dari yg lain sbb aku sambut dgn anak2 murid n famliy aku sendiri. I will always remember it. Thank u sume! Terima kasih juga pada kawan2 lain yg wish kt fs. Ada yg bg msj, sms dan ada juga panggilan2 telefon daripada org2 teristimewa. Arigato! Komapsumida! Shukran! Kheyli mamnun! Ok. Sempena Ramadhan yg mulia ni, sama2 la kita banyakkan ibadat. Semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah dan semoga kita dpat mengecapi malam lailatul qadar nanti. Amin…Wassalam.
5 comments:
check over herenavigate to this web-site weblinkdig this navigate to this websitesee this site
view website Ysl replica bags discover this replica gucci my sources 7a replica bags wholesale
off white outlet
supreme hoodie
air jordan
nike sb dunks
jordan shoes
kd 14
bape outlet
golden goose
kyrie 8 shoes
kyrie shoes
off white outlet
kyrie shoes
off white shoes
off white outlet
off white outlet
palm angels clothing
kobe byrant shoes
hermes birkin bag
nike dunks
bape shoes
Post a Comment