RSS

Monday, November 24, 2008

Once In A Life Time

Assalamualaikum

Setelah bersengkang mata beberapa malam, aku puas hati sbb berlalu juga sesi pembentangan idea depan ‘tv big bosses’. Alhamdulillah lega sebab dah penat ‘memeningkan kepala’ dan ‘mengeringkan poket.’ Sesi pembentagan dibuat di One World Hotel. Berjumpa la finalis-finalis yang lain. Semua kena tunggu giliran di ruang menunggu. Bila sampai giliran, baru la bole masuk dalam bilik khas tu. Jadi memang tak le la tengok orang lain punye pembentangan.Tak tau la macam mana prestasi orang lain. Tapi kami yang menunggu di luar, bantai sembang-sembang dan buat kepoh. Lagi2 peserta perempuan yang tak berapa ramai. (5 orang perempuan dan 13 orang lelaki) Takut tu memang takut nak tunggu giliran tapi sengaja kepoh supaya mengurangkan nervous. Hehehe. Macam-macam gelagat yang boleh dilihat. Ada yang sempat buat push-up kat depan orang ramai lagi. Hoho.
Sebelum giliran aku, ada seorang akak cina yang bentang. Dia keluar je dari bilik tu, dia kata: Haaa…rasa macam nak mati… Macam mana aku tak gelabah? Dah la dibenarkan bentang selama 5 minit je. Siap ada bunyi loceng lagi kalau lebih masa. Orang-orang penting industry tv pulak ada. Dalam bilik tu, hakimnya duduk di bahagian depan. Yang membanyakkan ruang adalah staff tv yang lain. Masa giliran aku, skrin sengaja buat pasal lak. Tak nak menyala la. Suara tak kuar la. Lama gak la aku tertongok kat depan sume orang. Alhamdulillah cousin aku, Nad ada. Kalau tak, mau aku cuak gile. Sambil tunggu juri dah mula bersembang sesame sendiri. Diorang baca synopsis cite aku danmula la bercakap sesame sendiri. Huhuhu. Memang gelabah. Alhamdulillah aku dapat habiskan pembentangan aku sebelum dorang bunyikan loceng. Cuba bayangkan macam mana laju aku cite pasal drama aku secara kesimpulan aku pada dorang? Memang speed. Hehehe.

Tengah hari plak kami makan di restoran di tingkat bawah tajaan Media Primework . Cuba bayangkan makan kat hotel 5 bintang tanpa berbelanja sesen pun? Apalagi? ATTACK! Macam-macam makanan ada. Ntah berapa trip la aku buat. Kek dia memang sedap sampai menjilat dinding la. Nad kata lagi sedap daripada Secret Receipe. Aku tak tau la sbb baru skali je mkn secubit kek Secret receipe yg biasa punye. Tapi aku memang ngaku sedap giler la. Lepas makan, kami naik atas semula. Aku punya giliran dah lepas masa tu tapi saja nak tunggu sebab nak bagi sokongan kt kawan2 lain. Sambil menunggu tu, Nad ditemuramah untuk 8tv Quickie. Biasalah 8tv Quickie kan jenis slamba skit kan. Soalan pertama yang ditanya kepada Nad, are u single? Hohoho. Aku ditemuramah oleh krew NTV7 untuk Breakfast Show. Ntah tayangan hari apa, aku tak tau la. Itu kan serius skit. Aku pun jawab la soalan omfutih penemuramah tu. Hentam je la labuuu..

Kat bawah ni aku saja bubuh senarai finalis dan nama idea dorang. Canggih2 kan? Idea-idea ni dah dibeli oleh Media Primework. Tak tau la sapa yang akan menang sebab keputusan mungkin akan dikeluarkan pada bulan disember nanti. Takpelah. Yang penting, sume dah cuba yang terbaik dan bagi aku pengalaman ni sangat berharga, a once in a lifetime experience. 

 TIME SESSIONS

1000-1045 
Session One (1)
1.1 Syed Nasir Alsagoff bin Syed Nasir

GAMES THAT KIDS USED TO PLAY      Reality 

1.2 (i) Mohd. Akmal Firdaus

(ii) Nazrul Naim Bin Nahar

(iii)Mohd Fikri Bin Md Amin                              

SAYA CABAR AWAK @ I DARE YOU    Reality 

1.3 Shahril Halimi Omar                                                                                

DJ         Drama/ Telemovie

1.4 Azlan Afandi Bin Dato' Haji Saufee Afandi                                

FULL TANK       Magazine

1.5 Farizal Fadzil                                          

HUNTING DEAR HUBBY                 Drama/ Telemovie



1100-1145 
Session Two (2)

2.1 Choo Ai Chen

PERFECT TILL YOU DUNK               Game Show

2.2 Firuz Akhtar binti Mohamad Bohari

MENGHIDU MALANG                    Drama/ Telemovie

2.3 Kevin Lopez

THE SOUND OF MALAYSIA             Musical 

2.4 Saiful Zainal Abidin

AKAR                                      News/ Documentary

2.5 Rohisham bin Md Yusof

CEO IN THE JUNGLE                   Reality



1200-1300 
Session Three (3)

3.1 Xavier Gomez

MALAYSIA UNPLUGGED                  Talk Show 

3.2 Neil Nilson Felix

THE 'HOW TO?" SHOW                    Game Show

3.3 Eric Macewell

THE BLIND RUN                          Drama/ Telemovie 

3.4 Syed Mokhsien

HOW DO I GET OUT OF THIS?                    Game Show 

3.5 Raja Zurina binti Raja Mohamed Ali

SHUTTERBUG BITES!!                               Reality 



1400-1445  
Session Four (4)

4.1 Nazaruddin Abdullah

A ROJAK LIFE                                    Drama/ Telemovie 

4.2 Eric Macewell

SECRET INGREDIENT OF MALAYSIA               News/ Documentary 

4.3 Hurul Ain bt Mahmod

REALITY OF GRAFITI                              Reality 

4.4 Muhd Hizir Zakaria

RURAL SURVIVAL                                    Reality 

4.5 Shahril Halimi Bin Omar

13                                                     Drama/ Telemovie 

Ok saja untuk merenggangkan urat2 otak yg tersimpul, hehehe apa kata kita tengok sikit iklan comel dan cute daripada Song Hye Kyo ni? Comel tau. 


Bookmark and Share

Tuesday, November 11, 2008

Info TV: Idea 18 peserta dipilih dalam program What's Your Big Idea?

Berita Harian, Selasa, 11 November 2008, 13 Zulkaedah 1429

Info TV: Idea 18 peserta dipilih dalam program What's Your Big Idea?



SERAMAI 18 peserta bergambar kenangan bersama Pengurus Besar, Pengisian Dan Pembangunan industri Primeworks Studios, Sdn Bhd, azhar Borhan (belakang, empat dari kiri).

MEDIA Prima Berhad (MPB) membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengemukakan idea dan kreativiti masing-masing untuk menjadi program televisyen bermutu, terbaik dan digemari penonton. Kini pencarian calon peserta berbakat menerusi program What’s Your Big Idea? anjuran Primeworks Studios Sdn Bhd berjaya ditemui. Sebanyak 20 idea kreatif daripada 18 peserta dipilih ke pusingan akhir yang akan diadili panel hakim Primeworks Studio yang digelar Seriously Big Bosess.

Panel hakim dianggotai Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen MPB, Datuk Seri Farid Ridzuan, Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Abdul Rahman Ahmad dan juga barisan ketua pegawai eksekutif TV3, ntv7, 8TV dan TV9. Sesi khas pemilihan idea paling kreatif akan diadakan pada 13 November ini. Peserta yang disenarai pendek akan menerima wang tunai bernilai RM3,000 setiap seorang. Sejak diuar-uarkan, What’s Your Big Idea? menerima lebih daripada 2,400 penyertaan. Malahan ada dua individu menghantar lebih daripada 30 penyertaan setiap seorang.

Seorang daripada peserta yang berjaya melangkah ke peringkat akhir iaitu pelajar Malaysia yang berada di Jepun sanggup terbang pulang ke tanah air untuk bersaing bagi merebut hadiah wang tunai bernilai RM20,000.
Pertandingan ini yang dianjurkan sempena pelancaran Primeworks Studio adalah sebuah pencarian idea atau konsep rancangan televisyen yang asli dan bermutu. Pertandingan ini juga memberi peluang terbaik kepada rakyat Malaysia yang kreatif dan inovatif sebagai platform untuk idea mereka diiktiraf dan diketengahkan.
Setelah dinilai, 20 idea daripada 18 peserta layak ke pusingan akhir. Enam daripadanya berbentuk drama manakala enam lagi adalah rancangan selebriti sementara selebihnya terdiri daripada program berbentuk game show, dokumentari, rancangan muzikal dan bual bicara.
Peserta dengan idea asli paling kreatif dan segar yang berjaya menambat hati panel hakim akan diangkat sebagai pemenang utama dan bakal membawa hadiah wang tunai yang jumlahnya agak lumayan juga. Selain itu, peserta juga akan diberikan kredit pembukaan apabila ideanya diterbitkan nanti.
P/S: Doakan aku ye..Walaupun takut giler tapi aku akan cuba buat yang terbaik...
Bookmark and Share