RSS

Tuesday, November 11, 2008

Info TV: Idea 18 peserta dipilih dalam program What's Your Big Idea?

Berita Harian, Selasa, 11 November 2008, 13 Zulkaedah 1429

Info TV: Idea 18 peserta dipilih dalam program What's Your Big Idea?



SERAMAI 18 peserta bergambar kenangan bersama Pengurus Besar, Pengisian Dan Pembangunan industri Primeworks Studios, Sdn Bhd, azhar Borhan (belakang, empat dari kiri).

MEDIA Prima Berhad (MPB) membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengemukakan idea dan kreativiti masing-masing untuk menjadi program televisyen bermutu, terbaik dan digemari penonton. Kini pencarian calon peserta berbakat menerusi program What’s Your Big Idea? anjuran Primeworks Studios Sdn Bhd berjaya ditemui. Sebanyak 20 idea kreatif daripada 18 peserta dipilih ke pusingan akhir yang akan diadili panel hakim Primeworks Studio yang digelar Seriously Big Bosess.

Panel hakim dianggotai Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen MPB, Datuk Seri Farid Ridzuan, Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Abdul Rahman Ahmad dan juga barisan ketua pegawai eksekutif TV3, ntv7, 8TV dan TV9. Sesi khas pemilihan idea paling kreatif akan diadakan pada 13 November ini. Peserta yang disenarai pendek akan menerima wang tunai bernilai RM3,000 setiap seorang. Sejak diuar-uarkan, What’s Your Big Idea? menerima lebih daripada 2,400 penyertaan. Malahan ada dua individu menghantar lebih daripada 30 penyertaan setiap seorang.

Seorang daripada peserta yang berjaya melangkah ke peringkat akhir iaitu pelajar Malaysia yang berada di Jepun sanggup terbang pulang ke tanah air untuk bersaing bagi merebut hadiah wang tunai bernilai RM20,000.
Pertandingan ini yang dianjurkan sempena pelancaran Primeworks Studio adalah sebuah pencarian idea atau konsep rancangan televisyen yang asli dan bermutu. Pertandingan ini juga memberi peluang terbaik kepada rakyat Malaysia yang kreatif dan inovatif sebagai platform untuk idea mereka diiktiraf dan diketengahkan.
Setelah dinilai, 20 idea daripada 18 peserta layak ke pusingan akhir. Enam daripadanya berbentuk drama manakala enam lagi adalah rancangan selebriti sementara selebihnya terdiri daripada program berbentuk game show, dokumentari, rancangan muzikal dan bual bicara.
Peserta dengan idea asli paling kreatif dan segar yang berjaya menambat hati panel hakim akan diangkat sebagai pemenang utama dan bakal membawa hadiah wang tunai yang jumlahnya agak lumayan juga. Selain itu, peserta juga akan diberikan kredit pembukaan apabila ideanya diterbitkan nanti.
P/S: Doakan aku ye..Walaupun takut giler tapi aku akan cuba buat yang terbaik...
Bookmark and Share

No comments: