Assalamualaikum semua
Apa khabar? Aku ok alhamdulillah. Cuti musim bunga dah pun bermula. Seminggu cuti ni. Dari awal lagi aku dah cadang nak pergi Rolla, Missouri dan Iowa. Di Rolla, Missouri ada hari antarabangsa. Budak-budak Malaysia di sana ada buat persembahan dan pameran. Oleh sebab aku tak berpeluang nak buat di universiti sendiri sebab aku sorang-sorang je Malaysia, maka aku jadi teringin sangat nak tengok dorang. Aku pun pegi la naik bas, 2 jam perjalanan. Masa mula pergi tu aku tersilap stesen bas. Gelabah giler, aku trus call kawan mintak tolong surf internet. Memang la gelabah. Dah la sesat, tak lama lagi bas dah nak bertolakkan. Seronok la dapat berkenalan dengan budak-budak Rolla. Semua baik-baik dan beri layanan yang sangat bagus. Terharu rasanya. Terima kasih ye korang :D
Aku sebenarnya nak pergi University of Iowa sebab ada program islamik untuk orang Malaysia. Mula-mula nak pergi dengan pelajar Malaysia dari Vanderblit University. Kiranya dalam perjalanan, dorang akan singgah la kat rumah aku kat St Louis ni. Tapi last2 minit ni tak jadi puloks sebab tak cukup ruang kat kereta. Dorang kena bawak ustaz dari sana sekali dengan dorang. Aku kena pergi sorang-sorang la ke Iowa. Bukannya tak biasa mengembara sorang-sorang ni tapi tiket kapal terbang mahal giler wei...400 lebih USD. Kalau naik bas, harga bole tahan harganya. 70 USD lebih je tapi 14 jam dalam perjalanan tu! Mak ayah aku memang tak akan bagi aku naik bas sorang-sorang dalam masa yang lama tu. Jadi, trip to Iowa=CANCELLED.
Ha...akhir bulan Februari lepas, aku ada seminar Fulbright di Nashville, Tenesse. Ada kira-kira 100 orang lebih wakil dari 64 buah negara pergi ke seminar tu. Seperti biasa, aku sorang-sorang je wakil dari Malaysia. Seriously, kadang-kadang aku rasa badan aku ni ada cas negatif khas untuk orang Malaysia. Mana-mana je aku pergi, mesti takde orang Malaysia. Sabar je la....Wakil dari Indonesia lapan orang tuh! Sekurang-kurangnya boleh la aku cakap bahasa melayu dengan dorang.
Aku sebenarnya dah lama nak belajar edit video ni. Aku fikir waktu cuti ni la paling sesuai nak belajar benda alah ni. Maka aku beli la software lat Best Buy dan mula bukak buku manual tu. Nak juling mata aku baca manual tu. Apa benda ni? Aduhai....tak faham. Maka dengan kelajuan mengalahkan kura-kura aku cuba-cuba la buat video pertama aku. Tak tahu nak buat video pasal apa, aku akhirnya cadang nak buat cerita audio. Aku ada post cerpen ke blog ni bertajuk 'Orang Kaya'. Masih lagi 'ditayangkan'. hehe~ Aku hanya 'convert' cerpen tu jadi cerita beraudio pulak. Huh, memang susah tapi puas hati. hehe~ Ok, Inilah 'anak sulung' aku untuk video.
Ok dan sini ada sambungan cerita aku Orang Kaya episod 6(b). Pendek je sambungan kali ni...hehe~
Orang Kaya
Episod 6(b)
Kepalaku terasa berat. Sayup-sayup kedengaran suara orang memanggil-manggil namaku. Mukaku ditepuk beberapa kali untuk membangunkanku. Ketika aku berjaya mengfokuskan penglihatanku semula, aku dapat lihat Farisya sedang mengusap kepalaku dengan lembut.
"Aaaaaa!!" aku lantas bangun dari pembaringan dengan jeritan menakutkan. Farisya terkesima melihat tindakanku itu. Aku menangis sekuat-kuatnya. Ketika itu aku sudah tidak ada rasa malu lagi.
"Maksu..Maksu…Maafkan Ina, Maksu. Ina tak berniat nak menyebabkan kematian Maksu. Ina bersalah Maksu. Ina tak patut buat macam tu.." aku mengongoi kesedihan. Air mata tak putus-putus mengalir dari kedua mata. Rasa bersalah datang bertimpa-timpa. Apabila aku terkenangkan, Lisa dan Saiful yang sudah menjadi yatim piatu, tangisanku semakin menjadi-jadi.
"Ya Allah! Apa kena dengan kau ni Ina? Cuba bawa bertenang. Perlahan sikit menangis tu." pujuk Farisya. Aku menggeleng dengan rasa sedih yang berlimpah ruah. Mana mungkin aku boleh bertenang selepas kejadian itu.
"Aku dah bunuh Maksu aku Sya! Aku tak sengaja nak sebabkan dia mati." Teriakku kesedihan.
"Apa yang kau merepek ni Ina? Bila masa pulak Maksu kau mati?"
Aku terus terdiam mendengar kata-kata Farisya. Dahiku berkerut kehairanan.
"Maksu kau dan Dr. Zul tak ada apa-apalah. Motorsikal tu tak langgar diorang. Penunggang motor tu cuba nak mengelak dari terlanggar diorang. Dia cuba nak brek tapi tak sempat. Jadi, dia lompat dari motor. Motor dia berjalan sendiri sampai terjatuh dalam longkang."
Mulutku ternganga sepanjang penjelasan Farisya. Aku betul-betul sangka yang Maksu telah mati akibat terlanggar tadi. Alhamdulillah, Ya Allah..
"Tapikan Ina. Yang lawaknya.." Farisya menutup mulut menahan ketawa. Aku bingung dengan tawanya.
"Mamat tu kononnya nak cuba elak dari terlanggar Maksu kau dan Dr. Zul dengan melompat dari motor. Masalahnya dia tersilap landing. Dia lompat tapi terjatuh atas Maksu kau dan Dr. Zul. Habis penyek Dr. Zul dan Maksu kau."
"Hah? Habis tu macam mana?"
"Tak cedera teruk pun. Ui..mamat motor tu gemuk pulak tu. Memang lah tak cedera parah tapi aku rasa teruk juga Maksu kau dan Dr. Zul nak 'menyambut' mamat tu mendarat. Ada la luka dan lebam-lebam sikit. Jangan risau. Amar dah bawa Maksu kau dan Dr. Zul ke Klinik Mawaddah." Jelas Farisya.
Aku tiba-tiba menjadi 'panas' semula apabila terdengar nama Amar. Dia punya pasallah ni. Kalau dia tak tolak aku, tak lah aku terlanggar Maksu. Tunggulah Amar. Bila aku jumpa kau lagi nanti, aku akan kenakan kau habis-habisan. Tak pasal-pasal, Maksu dan Dr. Zul luka-luka. Dan tak pasal-pasal juga, aku jatuh pengsan sebab terlalu takut. Pengsan kat depan dia pulak tu. Aku gadis berani boleh pengsan depan dia? Ei….malunya….
3 comments:
Your Domain Name click this over here now Go Here read visit homepage dolabuy hermes
click this site click resources original site Dolabuy Chrome-Hearts Web Site pop over to these guys
additional resources e0n89p9v97 replica louis vuitton replica bags online shopping look at here now d5p17s7o79 replica gucci bags replica bags australia click here for more h6n20r3u41 7a replica bags wholesale replica bags online pakistan
Post a Comment