RSS

Friday, May 21, 2010

Terima Kasih Ikhlas Dari Hati


Assalamualaikum semua. Dah lama tak sembang-sembang kan? Ok kali ni aku nak cerita pasal sikap berterima kasih orang Amerika ni. Aku sebenarnya tak anggap orang Amerika ni jenis yang macam mana nak cakap....yang mementingkan emosi atau menghargai benda-benda yang melibatkan hubungan sesama manusia. Aku ni selalu rasa yang mereka ni materialistik.

Tapi aku rasa persepsi aku berubah sejak dua menjak ni. Yang pertama ni, ada kawan sekelas aku ni mintak aku terjemah satu karangan bahasa arab ke dalam bahasa inggeris. Suami dia nak tahu maksud karangan arab tu. Aku terjemah la sebagai bantuan kepada kawan. Bukannya panjang pun. Dua tiga perenggan je. Dah siap, aku bagi la balik kat kawan aku.

Ucapan terima kasih dah lebih cukup untuk aku. Tak sangka pulak aku dpat kad! Memang terkejut.









Beberapa minggu lepas aku dapat emel daripada seorang profesor dari jabatan lain. Terkejut juga. Macam mana dia tahu pasal aku? Dia kata dia ajar bidang perbandingan agama, budaya. Jadi waktu tu dah tiba waktu Islam punya pelajaran. Dia nak jemput seorang Muslim untuk berucap dalam kelas. Dan dia tanya profesor bidang agama dan tanya pasal pelajar yang sesuai. Tak sangka pulak aku yang dicadangkan oleh profesor lain.

Aku mula-mula takut jugak nak bagi talk. Dah la dua sesi. Aku bukannya fakih sangat bidang agama. Bukannya ustazah pun. Tapi dia kata talk tu santai. Aku tak payah sediakan apa-apa. Cuma jawab soalan orang. ERK?! Lagilah menakutkan. Kalau dapat soalan cepu emas ke, camana nak jawab? Dah la sumenye omputih. Dan aku dapat tahu yang tak ada sorang pun pelajar kelas tu yang Muslim. Kebanyakannya kristian dan yahudi. Memang gelabah aku. Tapi prof tu kata: jangan bimbang. Kami berminat nak tahu pengalaman seorang Muslim, tak ada soalan2 pelik. Ok la..

Maka aku pun pergi la ke kelas tu dan berucap depan kelas. Dan jawab segala soalan yang diajukan. Memang pengalaman yang tak boleh dilupakan. Sesi untuk menaikkan self confidence. Hehe~

Setiap pelajar MA dan PhD ada peti surat masing-masing di fakulti kami. Aku jarang pergi pun. Tapi satu hari aku pergi sebab nak hantar esei pada Prof aku. Alang2, trus la aku periksa peti surat sendiri. Tak sangka aku dapat kad ucapan terima kasih! Yang aku rasa terharu tu bukan Prof tu je yang tulis. Pelajar2 lain pun tulis skali. Rasa macam kad besday plak. Memang terharu la. Aku tak anggap apa2 balasan pun tapi dapat kad pulak. Terharu btul la sampai berair skit mata. Hehe~










Ok jumpa lagi lain kali/ Musim panas sudah tiba dan insya Allah aku akan pergi ke seminar. Ha..nanti aku cerita pulak pasal trip tu ye? Sayonaraaaaaa
Bookmark and Share

4 comments:

is-nanie said...

Citerla sket apa yg firuz cakap dalam talk tuh kat dorang.. Nak tau jugak.. hehe.. Kalo tak details pon, tajuk2nye ke atau skop ke.. ape ke.. hihi..

mohd adha said...

Tahniah..ini lah permulaan dakwah kpd meraka..dgn seorg boleh mengerakkan islam di tempat negara org..ermm byk manfaat nye tu..semoga berjaya...

Anonymous said...

Irresistible into kindness oecumenical diversification of attitude to consolidation in unbiased typical dole out, quotidian
included, there is a pretentiously in place of as a servicing to studying English communication in those parts of the essence, where English is not a most eye-catching language. This conclusion leads us that there is brobdingnagian rights after English-speaking tutors, who are specializing in teaching English. South Korea is cloistered of most expropriate countries in terms of taste betterment, which means teaching English in Korea would be incomparably profitable.

click here

Xiaozhengmm 123 said...

2015-7-18 xiaozhengm
cheap ray ban sunglasses
gucci
coach factory outlet
air max 90
replica watches cheap
michael kors outlet
ed hardy
oakley sunglasses wholesale
louis vuitton
michael kors handbag
polo ralph lauren
louis vuitton pas cher
coach outlet online
coach outlet online
cheap jordans
coach outlet online
ray ban uk
chanel online shop
pandora jewelry
nike air force
replica watches
gucci uk
christian louboutin
christian louboutin sale
kate spade handbags
kate spade outlet
air max shoes
ed hardy clothing
toms shoes outlet
kate spade uk
ed hardy clothing
mont blanc pen
pandora rings
fitflops outlet
true religion outlet
prada outlet
polo ralph lauren
soccer jerseys wholesale
coach outlet store online