RSS

Tuesday, January 25, 2011

Kontroversi Syiah di Malaysia?


Assalamualaikum semua!

Walaupun perkara ini dikira sudah lapuk di Malaysia, hanya sekarang aku mendapat peluang untuk menyatakan pendapat sendiri. Itu pun aku dapat tahu tentang penangkapan orang syiah di markaz melalui kawan di Malaysia. Biasalah. Aku bukanlah seorang yang rajin membaca buku, lagi-lagi surat khabar. Kalau baca berita K-Pop tu,memang aku sukalah ;p. Kalau kawan aku tak beritahu, memang aku tak tahulah pasal kes tu. Jadi, aku pun terus cari berita tu di internet. Maka aku jumpa artikel ni di utusan.com.my.

Jadi pada Disember 16, 2010 yang lepas, beberapa pengikut syiah telah ditangkap di Hauzah Ar Ridha. Terkejut juga sebab aku sendiri pernah pergi ke situ pada tahun 2009. Tapi sudah semestinya bukan untuk mendengar ceramah atau mengikuti program. Aku ke sana sebab nak edarkan iklan cari kerja. Masa tu aku dah nak berenti kerja di syarikat minyak orang Iran di Mont Kiara. Jadi aku kena cari pengganti yag seelok-eloknya tahu berbahasa Parsi. Mengikut lojik pemikiran aku, orang-orang Malaysia yang syiah ni mesti ada yang tahu Parsi sebab mungkin ada yang pernah belajar syiah di Iran sendiri. Aku buatlah iklan kecil-kecil dan aku edarkan kertas tu di Hauzah tu. Sibuk edarkan kertas dan bersembang je, tak dengar dan tak tahu langsung ceramah apa yang disampaikan. Hahaha, tipikal Firuz.

Buat pengetahuan mereka yang tidak tahu lagi, aku pernah tinggal di Iran hampir 5 tahun. Ketika itu akulah satu-satunya rakyat Malaysia di universiti. Kawan Indonesia satu universiti pun tak ada. Khidmat internet pula sangat lemah. Kalau nak telefon rumah, aku perlu beli kad telefon dan telefon menggunakan telefon awam di universiti. Oleh itu, SETIAP HARI aku bertutur dalam bahasa Parsi dan sekali-sekala dalam bahasa Inggeris dengan kawan-kawan asing yang lain. Boleh dikatakan aku benar-benar tinggal di luar negara, kerana aku betul-betul bergaul dengan orang Iran dan orang-orang negera lain tanpa kawan Melayu. Jadi di sini aku ingin berkongsi pendapat aku sebagai seorang pelajar yang tinggal di negara majoriti syiah.

Aku bukanlah seorang yang faqih dalam bidang agama. Aku juga bukanlah seorang cendekiawan yang rajin membaca buku dan membuat penyelidikan. Aku hanyalah seorang gadis biasa yang diberi peluang untuk merantau ke beberapa tempat. Lama tinggal di Iran, tidak dinafikan aku pernah didakwah untuk menyertai syiah. Secara peribadi, aku tidak berminat untuk menjadi syiah kerana..ntah..tak rasa tertarik pun. Kalau tak ada perasaan cinta, tak bole la nak paksakan? Hehe~ Lagipun aku sudah selesa dan yakin dengan mazhab aku, sunni shafie. Apa-apa pun aku hormat orang syiah sebagai saudara semuslim. Biarpun berbeza mazhab, kitakan sama-sama orang Islam. Kenapa perlu wujudkan tembok antara kita?

Ayat ni aku memang rasa tak bole bla..

Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini itu dikatakan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.

Mungkin la ada kes sebegini tapi ini kes kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Aku tak rasa mazhab syiah ajar benda camni. Ni mesti ada yang fanatik sangat sampai melebih-lebih buat camni. Ish…ish…kalau la ni jadi pegangan orang syiah, aku takkan berada di sini. Am I the ghost Firuz? Aku tinggal di Iran seorang diri hampir 5 tahun! Kalau nak ikutkan, kalau dorang nak bunuh aku masa aku kat Iran, memang takde susah mana pun. Aku dahlah seorang diri, perempuan plak tu. Tapi Alhamdulillah, aku selamat. Tak ada langsung kes macam tu, malah aku seronok tinggal di sana bersama kawan-kawan.

"Selain itu menyiksa diri dengan memukul badan menggunakan rantai sehingga berdarah sempena 10 Muharam"

Sepanjang berada di Iran, tiap-tiap tahun aku hadiri perarakan hari Asyura tu. Takde pun aku tengok berdarah. Zaman dolu-dolu adalah berdarah-berdarah, ataupun yang tak faham bahasa, fanatik melebih-lebih nak pukul smpai berdarah. Yang aku tengok dengan mata sendiri selama 5 tahun, setakat pukul badan lembut-lembut ada lah. Yang paling teruk pun smpai ada baju terkoyak kat belakang dan lebam-lebam kat belakang badan. Tapi memang kagumlah aku tengok perarakan 10 muharram. Best woo…Macam tak percaya pun ada. Memang lain daripada perarakan yang selalu kita tengok di Malaysia.

Menurut Muhammed Khusrin, pihaknya percaya ajaran Syiah yang memudahkan ibadat dan menghalalkan nikah mutaah menjadi punca tarikan umat Islam di negara ini untuk menjadi pengikutnya.

Yang ni, aku tak nafikan kebenarannya. Kawan Iran aku yang tak beberapa ‘cerdik agama’ pernah cakap pada aku dengan senyuman mencurigakan.."Firuz best tau tak jadi orang syiah ni..Solat jamak selalu, 3 kali je setiap hari dan boleh kawen mutaah lagi..”

Kahwin macam tu, siapa yang tak nak beb? Huhu~ Lagi-lagi sang lelaki di luar sana. Tapi pensyarah aku di Iran pernah kata yang zaman sekarang, nikah mutaah tak bole pakai sangat dah. Dulu lain. Susah nak nak mengembara, tak ada alat komunikasi, susah nak bertemu keluarga bila dah mengembara, maka dibolehkan nikah mcm ni sebab nak elak dosa. Tapi zaman moden ni semua ada. Bole call, boleh skype, boleh YM, bole naik kapal terbang. Jadi tak ada alasan untuk buat camtu lagi.

Selama 5 tahun aku hidup dengan harmoni dengan orang-orang syiah di Iran. Walaupun aku ahli sunni, aku hormat mereka, dan mereka hormat pendirian aku. Kita kan sama-sama Muslim? Aku tak faham kenapa ada orang sampai boleh mengkafirkan orang syiah? Siapa kita untuk mengkafirkan orang lain? Na’uzubillahi minzalik. Memang la ada sesetengah orang tu buat benda tak senonoh sampai mencemarkan nama. Tapi macam yang aku katakan tadi, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Aku ingat lagi ketika musim panas 2006 di Mesir. Aku ke Mesir untuk mengikuti kursus bahasa arab. Apabila ustazah tahu aku datang dari Iran, dia kata “Firuz, orang syiah tu kafirkan?”

Terkejut badak aku sekejap. Aku memang tak berminat dengan syiah tapi tak la membenci sebegitu smpai mengkafirkan. Siapa aku untuk kafirkan dorang? Bagus sangat ke aku? Aku katalah, “Tak la, ustazah. Memang la ada beberapa benda lain kalau dibandingkan sunni dan syiah tapi kita kan sama-sama orang Islam.”

Tak pasal-pasal aku kena ceramah percuma dengan ustazah. Dia tak puas hati sebab aku tak nak cakap yang orang syiah tu kafir. Dia cakap macam-macam. Aku senyap je dan cakap “No comment.” Hai..entahlah. Tak faham aku. Aku bukannya apa. Alhamdulillah. Allah beri aku peluang untuk mengembara ke banyak tempat. Timur, barat aku dah rasa. Dan kerana itu aku rasa pemikiran dan perspektif aku terhadap kehidupan semakin matang dan terbuka (walaupun kadang-kadang aku ni macam kanak-kanak ribena). Bukannya terbuka sampai melanggar segala hukum agama, tapi terbuka yang boleh melihat melepasi kotak tipikal dalam masyarakat.

Macam-macam lagi bole cerita tapi macam malas nak tulis pula sekarang. Hehe~ Tapi diingatkan sekali lagi, aku mengaku aku bukannya pakar agama. Sekadar gadis biasa yang memberi pendapat berdasarkan pengalaman hidup. Jumpa lagi. Assalamualaikum. :D

Bookmark and Share

7 comments:

is-nanie said...

Orang yang tak penah jejak iran pulak kekadang yang lebey2 hanya kerana dengar pandangan daripada satu pihak saja. Kalo firuz bgtau kat semua orang pon, belum tentu dorang akan percaya.. =(

firuz said...

tu la pasal. firuz plg tak suka org yang 'judging' ni. bagi firuz, sblm kita nak judge org, fikir dulu, kalau kita di tempat org tu, apa kita akan buat..mcm mana kita handle situasi tu..
tu la nani. tapi tak pe la. at least i tried :)kalau dorang tak percaya, tak le nak buat pape dah :(

Anonymous said...

habih yg kat iraq orang sunni kena seksa ngan orang mana ek?

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=pINY9yrzPvU&eurl=http%3A%2F%2Ftakusahrisau.wordpress.com%2F2011%2F08%2F21%2Fvideo-menangis-seorang-sheikh-dengar-rintihan-kekejaman-puak-syiah%2F&feature=player_embedded


http://takusahrisau.wordpress.com/2011/08/21/video-menangis-seorang-sheikh-dengar-rintihan-kekejaman-puak-syiah/

Anonymous said...

bahaya Firuz ni, macam taqiyah je

Hafiz said...

mengatakan Al-Quran sudah ada tahrif

mengatakan Jibril tersilap turunkan wahyu kepada Nabi Muhammad

menghalalkan yang haram (menghalalkan nikah mutaah)

dll.

tak kafir lagi? memang le ada syiah yang hanya sesat, tak kafir (syiah yg tak kafir dikenali sebagai syiah kecil dalam kitab jarh wa ta'dil imam zahabi), tapi kalau syiah yang sudah beriqtikad akidah yang salah, boleh dikira Islam lagi ka?

Unknown said...

2015-7-18 xiaozhengm
cheap ray ban sunglasses
gucci
coach factory outlet
air max 90
replica watches cheap
michael kors outlet
ed hardy
oakley sunglasses wholesale
louis vuitton
michael kors handbag
polo ralph lauren
louis vuitton pas cher
coach outlet online
coach outlet online
cheap jordans
coach outlet online
ray ban uk
chanel online shop
pandora jewelry
nike air force
replica watches
gucci uk
christian louboutin
christian louboutin sale
kate spade handbags
kate spade outlet
air max shoes
ed hardy clothing
toms shoes outlet
kate spade uk
ed hardy clothing
mont blanc pen
pandora rings
fitflops outlet
true religion outlet
prada outlet
polo ralph lauren
soccer jerseys wholesale
coach outlet store online