RSS

Monday, February 04, 2008

ELS, Here I Come!

Assalamualaikum!!!

Pada 28 Jan yang lepas, aku menghadiri kelas bahasa inggeris buat pertama kali di Wisma HB yang terletak berdekatan dengan KLCC. Aku memang sangat2 terharu sebab ummi sanggup menemani aku hngga ke KL hari tu. Memandangkan kelas bermula pukul 8.30 pagi, aku kena bertolak awal dari Tanjong Malim. Tapi aku memang tak sangka betul ayah belikan tiket bas pukul 6 pagi! Waaaaaaaa!!! Pukul berapa nak bangun bersiap? Pukul 5 ayah aku dah ketuk pintu suruh bangun. Jadi dalam kegelapan awal pagi tu, aku bersiap2 dgn mata separuh terbuka.

Kami memang tak tahu pukul berapa boleh sampai ke KL sbb hari tu merupakan hari percubaan pertama kami menaiki bas ke KL. Ayah dah pesan suruh solat subuh dalam bas. Aku dan ummi tak dapat duduk bersebelahan sbb bas dah hampir penuh. Tak sangka ramai juga orang Tanjong Malim yang berulang alik ke KL utk bekerja. Aku dok perhati la jam bas tu . Tgh standby tunggu masuk waktu solat. Mula2 rasa malu juga nak solat sbb sume org macam seronok tidor je dalam bas. Macam takde sorang pun yang risau pasal solat. Tapi bila fikir balik, buat apa malu nak melakukan ibadat. Orang lain tak malu nak buat maksiat kat bas, takkan la kita malu pula nak menunaikan tanggungjawab pada tuhan?

Maka, dengan machonya, aku pun melakukan solat subuh dalam keadaan duduk. Hehehehe. Itu kali pertama aku solat duduk dalam waktu musafir. Kalau dalam kapal terbang, aku memang trus bangun dan cari tmpt untuk solat. Hari tu masa balik ke Malaysia dengan kapal terbang Emirates, aku selamba je solat kat tepi dapur kapal terbang. Sempat la intai pramugari2 buka almari cari makanan. Hehehehehe.

Akhirnya kami sampai di KL hampir pukul 7 pagi. Kami berhenti di depan stesen Masjid Jamek. Aku pun merungut kat ummi...awalnya ummi..kelas mula pukul 8.30! Jadi kami pun 'shopping' sarapan sekejap di tepi stesen tu. Banyak betul makanan yang dijual. Pada awal pagi tu, ramai yang mengunjungi 'pasar sarapan' tu. Setelah membeli sedikit makanan (sebenarnya banyak juga kuih yang aku pilih. Hehehehe) kami pun menaiki ketapi. Sementara menunggu kelas pukul 8, kami berpiknik di KLCC. Kami duduk di kerusi berdekatan dengan lif. Sambil melihat orang lalu lalang untuk ke tempat bekerja. kami pun menjamu selera. Rasa macam tengok 'live film' pula. Cuma popcorn ganti dengan kuih karipap.

Ketika kami sampai di ELS org sudah ramai. Bersesak2 org di kaunter. Aku mendaftar untuk kelas level 9. Ummi pula duduk meunggu di kerusi yang disediakan. Apabila aku selesai mendaftar, aku nampak kawan aku, Roya, sedang bersembang dengan Ummi. Roya ni kawan kelas aku masa aku menuntut di Iran. Dia datang ke Malaysia untuk belajar Bahasa Inggeris dan berhajat untuk menyambung Masters bawah pimpinan ayah aku. Mula2 dia nak belajar inggeris di British Council tapi tak jadi. Dia belajar di ELS dalam kelas level 5. Dia juga la yang cadangkan aku belajar di ELS. Memandangkan aku pelajar baru, aku kena ikuti sessi orientasi. Roya tak payah pegi sbb dia dah masuk dari level lepas. Utk bulan ni, dia masuk kelas level 6. Jadi aku tinggalkan Roya dengan ummi.

Di ELS tu, boleh dikatakan 97% pelajar terdiri daripada pelajar asing. Aku pun duduk dan ikuti sessi perkenalan. Berkenalan dengan pihak atasan ELS dan sistem yang ditawarkan. Aku tak kenal langsung pelajar dari kelas level 9. Berdasarkan jadual yang diterima( agak mengelirukan juga sebenarnya), aku ke kelas yang pertama. Masa aku mula2 masuk, aku tak nampak seorang pun perempuan di situ. Terdetik la di hati aku....kenapa la aku selalu kena belajar dengan kelas penuh lelaki sorang2? Dulu masa mula2 pegi Iran pun macam tu juga. Seorang cikgu berasal dari Canada pun masuk. Masa tu baru aku ada keberanian nak tanya budak lelaki sebelah aku. Aku hanya nak pastikan lagi sekali yang kelas tu level 9. Pastu budak tu ckp dgn pelat russia dia. dis is level four..Terus kelam kabut aku melarikan diri dari kelas yg hanya ada org lelaki tu.

Aku turun ke tingkat bawah. Menurut 'kepandaian' aku membaca jadual, aku ke klas lain. Masa tu cikgu dah mula mengajar. Dengan perasaan malu sbb lambat sampai aku pun duduk sebelah minah korea. Cikgu pun baru bagi kata aluan. Sekali lagi aku nak pastikan aku sampai ke kelas yg btul. Aku bisik..klas brapa ni? pastu minah tu bisik balik...level 3...Silap lagi!! Aku pun sekali lagi macam lipas kudung keluar dari kelas tu. Macam mana la aku bole tersesat kat dalam bangunan kecik ni? Dulu duduk kat Tehran, tak la sesat banyak kali macam ni.

Akhirnya aku kembali ke 'jalan yg benar'. Heheheheh. Jumpa juga klas 9. Kira2 6 hinga 7 kawan kelas aku berasal dari Korea. Seorang dari Sepanyol.Dan 2 org dari Malaysia. Mula2 tu kekok juga tapi kemudian mengikut sejarah ' kemuraian' aku, aku pun cepat berkawan dgn sume org dlm klas tu. Heheheh. Jadi setiap hari aku berulang alik dari Tanjong Malim-KL. 6 pagi dari TM ke KL dan 6 ptg dari KL ke TM. Takpe la. Kerana ilmu, aku kena kuat semangat! Aja-aja fighting!!! Cewah..mentang2 la kawan kelas aku ramai korea. Hehehheeh.

Ok Di sini aku sambung lagi cite Cinta F.A, daun keempat. Jumpa lagi dalam post akan dtyg.Banyak benda nak cite sebenarnya tp penat la skrg. Nanti kita sambung lagi ok? Wassalam.

Cinta F.A.

Daun keempat

Irama sayu dari petikan sitar[1] mewarnai petang yang suram itu. Walaupun hanya lagu tanpa kata, kesedihan si pemetik jelas tergambar. Sesiapa saja yang mendengarnya, pasti dibelai dengan rasa sebak. Lain pula dengan Fereshte. Telinganya bagaikan disambar api yang marak. Jika telinga boleh ditanggal dan dipasang semula, sudah lama dia melakukannya.

Fereshte menghempas pintu bilik dengan sekuat hatinya sebagai tanda protes. Namun begitu, petikan sitar itu bagaikan tiada penghujung. Telinganya dikatup rapat dengan telapak tangan. Segera dia berlari ke sudut dinding dan mencangkung di situ. ‘Aku benci!’ Mahu saja dia menjeritkan kata itu tetapi dia tidak mampu.

Tidak lama kemudian, bunyi petikan sitar mati. Fereshte menarik nafas lega. Dia baru saja hendak bangun dari cangkungan apabila matanya mengesani sesuatu di sebalik almari. Hatinya sedikit tersentuh melihat album gambar berwarna merah jambu yang agak tersorok itu. Tangannya pantas mencapainya dan dia meniup debu tebal yang melekat. Itulah album kesayangannya suatu masa dahulu.

Album itu dibawa ke katil. Sambil meniarap, dia membeleknya satu persatu. Gambar semasa zaman kanak-kanak menghiasi halaman pertama. Pandangan matanya kaku pada sekeping gambar yang bersaiz besar. Di situ terpampang gambar sebuah keluarga bahagia yang terdiri daripada seorang ayah, seorang ibu dan seorang anak perempuan.

“Ibu,” Perkataan itu terbit dari mulutnya. Dia membelai gambar wanita itu dengan mata yang berkaca. Ketika dia berumur 7 tahun, ibunya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, tinggallah dia dan ayah berdua.

Halaman seterusnya dibuka. Semuanya gambar dirinya bersama ayah sejak kecil sehingga besar.Betapa ayah menyayangi dirinya. Dialah jantung, dialah intan payung. Semenjak kematian ibu, dia menjadi agenda utama dalam hidup ayah. Ayah tidak pernah berkahwin lagi. Cinta dan kasihnya hanya untuk ibu seorang. Mereka bercinta sejak awal umur 20-an tetapi berkahwin lambat kerana tuntutan pelajaran. Setelah masing-masing berjaya menggenggam ijazah yang diimpikan, akhirnya mereka berdua pun bersatu.

Sayangnya, ibu pergi dulu setelah hanya 7 tahun hidup bersama ayah. Sejak itu, ayah menatangnya bagaikan minyak yang penuh. Baginya tiada orang yang lebih disayangi melainkan ayah sehinggalah 2 tahun lalu. Dalam kegembiraan menerima surat tawaran universiti, ayah mengajukan hajat di luar jangkaan. Ayah mahu dia berkahwin sebelum menjejakkan kaki ke universiti! Dia terpana dengan permintaan itu. Mana mungkin dia berkahwin ketika semangat belajarnya berada di tahap maksima. Lagipun dia masih terlalu muda.

Alasan ayah dia tidak mahu anaknya menerima nasib yang sama seperti isterinya. Tidak lama mengecapi nikmat rumah tangga kerana masanya banyak dihabiskan untuk pelajaran. Alasan bodoh! Ajal, maut dan jodoh di tangan Tuhan. Berkahwin cepat tidak bermakna dia boleh menikmati kemanisan rumah tangga dengan lebih lama. Jika sudah ditakdirkan untuk mati, dia akan mati juga tanpa sebarang tundaan.

‘Ayah memang kejam!’ jerit hati kecilnya. Semua gunung kasih untuk ayah telah runtuh menjadi lautan benci yang tidak bertepi. Pantas tangannya membaling album itu ke dinding. Rasa sebak yang datang tadi padam disambar api.



[1] Sitar adalah salah satu daripada alat muzik tradisional Iran.

Bookmark and Share

No comments: