*Aku tak tahu pasal apa post ni buat perangai. Kalau nak baca dgn font yg lebih cantik, baca post ini di blog archive. Tekan post 'Orang Kaya 2'. Nanti keluar post tu saja. Fontnya lebih kemas. Terima kasih.
AssalamualaikumSemenjak dua menjak ni ada la peningkatan pembaca blog aku ni. Tak disangka2 habis post2 lama dibongkar smula. Hehe~ Lagi2 post pada tahun 2006 iaitu post tentang pengalaman aku di Mesir. Bila aku bukak balik, alahai kesiannya dorang nak baca. Kecik bebenor tulisannya. Sebenarnya sblm blog ni, aku ada blog di Frendster. Kemudian barulah aku tukar blogspot. Jadi post2 yg lama tu aku copy paste melulu saja tanpa edit. Jadi sekarang aku dah besarkan tulisan di post2 tahun 2006. Aku jugak dah tampal komen2 pembaca semasa di blog friendster dulu di blogspot ni. Saja aku letak balik komen2 tu buat pembakar semangat aku untuk terus menulis. Kalau ada yang belum baca post2 2006, sudi2 lah baca. Boleh tahan juga kelakarnya. Hehe~
Pada tahun tu, aku ada hantar post untuk bertanyakan pendapat pembaca untuk nama2 watak dalam cerita2 aku. Terima kasih pada mereka yang sudi memberikan pendapat. Kat sini, aku tampal balik komen mereka:
Kalau ada sesiapa yang sudi lagi beri cadangan dan pendapat untuk nama watak2 dalam cite aku, silakanlah ye. Selalunya bila menulis, aku pening pikir nak buh nama apa. Macam nak buh nama anak plak. Tapi memang pun. Cite2 yang aku tulis, aku anggap macam anak sendiri. Hehe~
Jadi untuk cite Orang Kaya ni, aku ada amik beberapa cadangan yang diberikan tu. Terima kasih daun keladi, kalau boleh nak nama lagi. Cadang nama sendiri pun takpe..Hehe~ Ok. Terimalah sambungan cerita Orang Kaya Episod 2.
Orang Kaya
Episod 2 (OK 2)
Aku melangkah longlai masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu. Topi keledar kuletakkan di atas rak kasut. Perlahan-lahan aku memanjat tangga sambli mengheret beg sandang. Seharian di kampus tambah dengan kebimbangan aku terhadap pelajaran benar-benar meragut tenagaku. Setelah mandi, aku menunaikan solat asar. Kemudian, aku terus mencari bantal dan duniaku mencari gelap serta merta.
"Kak Ina! Kak Ina!" Panggilan itu berselang-seli dengan bunyi ketukan di pintu.
Lenaku terganggu dengan bunyi bising itu. Aku mengusap mata sambil menguap sekali dua. Seorang gadis comel sudah terpacak di pintu bilik. Tangan kanannya memegang sebuah buku manakala tangan kirinya memegang tombol pintu.
"Laa…tidur ke? Sorry la sangat-sangat. Lisa nak tanya soalan matematik sebenarnya." Dia lantas duduk di birai katil.
"Pukul berapa sekarang Lisa?" Aku sendiri tak pasti berapa lama aku melelapkan mata.
"Rasanya 8.10. Kenapa?"
Mataku yang kuyu itu terus terbeliak mendengar jawapan Lisa.
"Alamak! Lamanya akak tidur. Sembahyang maghrib pun belum lagi ni." Aku terus melompat dari katil dan terus meluru ke arah tandas untuk mengambil wudhuk sekali lagi.
"Tak sembahyang lagi ke? Ingatkan dah sembahyang tadi. Orang pakai telekung untuk sembahyanglah bukannya untuk tidur." Perlian Lisa kedengaran dari luar bilik air. Aku sendiri tidak sedar yang aku tertidur tanpa sempat menanggalkan telekong setelah solat asar tadi. Penat punya pasal…apa pun tak ingat.
Selepas solat maghrib, aku menolong Lisa dengan soalan matematik. Akulah yang akan menjadi sasaran setiap kali dia mempunyai masalah dalam pelajaran. Walaupun aku sendiri ada masalah dalam pelajaran, aku akan cuba membantu selagi mampu. Lisa Surihani, itulah sepupuku yang agak rapat denganku. Memandangkan dia tak mempunyai kakak, akulah menjadi tempatya bermanja. Aku pula yang tiada adik, sudah tentu melayannya sebaik-baiknya. Aku menunaikan solat isyak dulu sebelum turun untuk makan malam. Lisa cepat-cepat menghabiskan kerja sekolah sebelum turun bersamaku.
"Kak Ina, jom main Play Station 2 sama-sama."
Aku memandang wajah kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun itu.
"Nanti dulu la Saiful. Kak Ina nak makan ni. Saiful dah makan ke? Jom la makan sekali." Anak kecil itu terus memadam televisyen dan mengikutku ke dapur. Dua orang adik beradik itu memang manja denganku. Apa saja yang aku kata, sudah tentu dituruti. Ada peluang nak eksploitasi mereka….hehehheheh.
"Ina, tadi mak Ina telefon. Dia saja nak tanya khabar Ina. Puas Maksu panggil Ina tapi tak berjawab. Ingatkan Ina tak ada kat rumah tadi."
Aku tersengih cuma. Cepat-cepat aku tolong Maksu yang sibuk menghidangkan makanan.
"Ina tertidur tadi. Sorry la Maksu. Nanti Ina telefon mak balik."
Masing-msing mengambil tempat duduk di meja makan. Malam itu Maksu masak tomyam ayam dan sayur campur. Memang sedap masakan Maksu. Saiful sedang sibuk bercerita tentang kawan barunya di sekolah. Kami hanya mendengar sambil memberi komen serta diselangi dengan ketawa sekali sekala. Aku memandang wajah 3 beranak itu. Hatiku rasa sayu mengenangkan Maksu yang sudah bergelar janda sejak 2 tahun lalu. Paksu meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Sejak itu Maksu tidak pernah ungkit mengenai perkahwinan kali kedua. Walaupun dia nampak gembira, aku tahu sebenarnya dia kesunyian. Aku pernah nampak Maksu menangis keseorangan sambil menatap gambar Paksu buat beberapa kali. Lisa dan Saiful pun masih memerlukan kasih sayang seorang bapa.
Sejak medapat tahu yang aku ditawarkan masuk ke universiti di Selangor, Maksu terus mengajak aku tinggal di rumahnya. Tak perlu tinggal di asrama katanya. Mak aku semestinya gembira mendengar cadangan Maksu. Dia terlalu risaukan aku yang pertama kali berpisah daripada keluarga. Sekurang-kurangnya apabila aku tinggal dengan Maksu, ada juga orang yang akan manjagaku.
Walaupun Selangor dengan Kedah bukannya dekat, dia mahu aku selalu pulang ke rumah setiap kali cuti. Aku pun faham kesunyian mak dan ayah di kampung. Abang-abang dan kakak semuanya sudah berumahtangga dan tinggal berjauhan. Agak sukar untuk mereka pulang ke kampung selalu. Sebagai anak bongsu yang masih belum berkahwin, akulah yang perlu selalu menjenguk mereka. Betul tak?
Selesai makan, aku terus menelefon mak. Macam-macam pesanan yang mak sampaikan. Naik berasap telefon rumah Maksu. Takpalah. Cakaplah panjang-panjang mak. Lagipun mak yang akan bayar bil telefon ni kan? Hehehhe.
Aku cuba mengadap kembali nota subjek Dr. Zul. Teresak aku sendiri. Kenapa susah sangat nak faham ni? Aku ni dah kena sumpahan bengap ke? Nampaknya aku perlu cari seorang tutor. Aku perlu tebalkan muka untuk meminta tolong daripada senior sendiri. Mulai esok aku akan mulakan episod pencarian tutor. Aku tak yakin dengan calon tutor cadangan Farisya. Sembilan puluh peratus aku akan ditolak. Lagipun aku pun tak dapat fikirkan 'sesuatu yang menarik' itu.
Apa-apa pun esok aku akan melawat Dr. Zul di biliknya. Aku perlu minta dia tolong terangkan sekali lagi tentang formula baru ini. Aku mula sibuk menyiapkan kerja untuk subjek-subjek lain. Lewat malam itu, barulah mataku terasa berat semula. Sambil baring, aku menatap gambar mak dan ayah yang terletak di atas meja lampu tidur di sebelah katil.
'Selamat malam ayah, selamat malam mak. Ina tidur dulu ya? Assalamualaikum' bisikku sebelum megucup gambar itu.
# # #
Besar-besar aku melangkah untuk cepat tiba ke bilik Dr. Zul. Walaupun aku tahu sekarang masa kosong Dr. Zul, aku perlu bijak menggunakan masa. Jika lambat tiba, alamatnya aku terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan giliran bertanya kerana pelajar lain pun akan datang. Dari jauh, aku dapat mendengar suara orang berbual dari bilik Dr. Zul. Nampaknya ada orang sudah sampai dulu. Harapnya tak ramailah orangnya.
"Cuba papa tengok kertas yang Boy baru print ni. Boy dah survey di internet. Rasanya universiti ni sesuai untuk course Boy." Suara anak muda kedengaran dari pintu bilik Dr. Zul yang tidak tertutup rapat.
Papa? Anak Dr. Zul ke? Takkan la aku nak kacau perbualan anak beranak pula? Aku tak jadi masuk ke bilik Dr. Zul. Aku bersandar di tepi dinding sementara menunggu mereka selesai berbual.
"Papa tak mau tengok kertas ni Boy. Kan papa kata papa takkan setuju," tegas suara Dr.Zul.
"Papa, tolonglah bagi peluang Boy sambung Masters kat luar negara. Boy teringin sangat nak belajar kat sana."
"Apa kurangnya Malaysia ni? Belajar je la kat sini."
Ada masalah ke diorang ni? Tak sangka pula aku dapat dengar suara garang Dr. Zul. Selalunya lembut saja dalam kelas.
"Papa, tak aci lah macam ni. Papa dulu pun belajar kat luar negara. Kenapa pulak Boy atk boleh pergi?" jelas sangat rasa tak puas hati dari suara itu.
Betul juga kan? Kenapa Dr. tak izinkan? Dr. izinkanlah anak Dr. belajar di luar Negara. Kesian pula saya dengar suara dia yang merayu-rayu tu.
"Boy pun tau kan? I can bear anything but not loneliness."
"Boy bukannya nak tinggalkan papa buat selama-lamanya. Boy pergi untuk belajar je."
"Mama dah tinggalkan papa. Sekarang satu-satunya anak papa pun nak tinggalkan papa juga?" Agak tinggi suara Dr. Zul.
Aku segera menekup mulut supaya mereka tak terdengar suara terkejutku. Isteri Dr. Zul lari dengan lelaki lain ke? Waaa..berita sensasi ni. Aku cuba dekatkan diri lagi ke pintu. Mana boleh aku lepaskan sepatah perkataan pun pada waktu keemasan ni. Betul tak?
"Papa, mama dah lama meninggal dunia. Sejak Boy sekolah menengah lagi. Kita kena teruskan kehidupan ni papa. Apa kata papa cari pengganti mama sekarang?"
"Papa masih teringatkan mama lagi. Bukannya senang nak cari yang baru, Boy. Lagipun papa dah lama biasa hidup tanpa isteri. Bukannya tanpa anak. Papa tak akan berkahwin lagi Boy. "
Kesiannya Dr. Zul. Isteri dia dah meninggal dunia rupanya. Sorrylah Dr. Zul, tadi saya ingatkan isteri dr. ….
"Ok lah. Ikut suka hati papalah nak kahwin lagi ke tak nak. Apa-apa pun, nanti papa boleh jenguk Boy kat UK nanti. Papa takkan rasa sunyi."
Huh, pandai betul Si Boy ni main pusing-pusing ayat! Dr. tengah cakap pasal lain, dia boleh masuk bab lain pula. Tiba-tiba suasana menjadi senyap. Aku rasa mesti Dr. Zul bengang dengan kedegilan anak sendiri. Tak paham-paham bahasa!
"Oklah. Papa akan bersetuju bila.."
"Ye ke papa? Terima kasih." Teruja suara Boy meraikan kegembiraan.
"Jangan happy cepat sangat Boy. Papa tak habis cakap lagi. Papa akan bersetuju bila papa berkahwin lain."
"Apa?"
Aku dapat bayangkan rasa terkejut Boy itu. Aku yang di sebalik dinding ini pun sudah separuh menganga akibat terperanjat mendengar syarat Dr. Zul.
"Tapi papa kata papa masih teringatkan mama. Papa kata papa tak nak kahwin lagi."
"Well….itu masalah Boy. Boy yang kena fikirkan macam mana nak bagi papa kahwin lagi."
Tergelak aku sendiri. Bijak sungguh Dr. Zul bermain taktik dengan anak sendiri. Haha, kalah juga Si Boy tu!
"This is not fair! Papa saja bagi syarat susah-susah. Papa saja tak nak Boy pergi. Mana boleh macam ni."
"Kalau susah, belajar sajalah kat Malaysia. Kan senang?" Aku dapat mendengar nada perlian dalam ayat itu.
"Ooo..papa ingat Boy tak boleh buat? . Boy ada masa setahun lebih lagi nak habiskan pelajaran kat universiti ni sebelum sambung masters. Jangan ingat Boy akan duduk diam. Tengoklah. Akhirnya papa akan izinkan juga Boy pergi ."
Wah, berapi-api semangat dia! Darah mudalah katakan. Cubalah sungguh-sungguh ye Boy? Aku pun teringin nak tengok apa yang dia boleh buat. Macam drama tvlah pula. Hai, rasa macam nak tergelak gila ni…aku menekup mulut dan menekan perut. Ke kanan dan ke kiri aku berjalan untuk menahan ketawa. Aku terhenti apabila ada kepala yang menunduk mahu melihat wajahku.
"Nak terberak ke kau ni?"
Terbeliak mataku melihat gerangan orang di depanku. Terus aku berdiri tegak mengadapnya. Apa Mat Capub buat kat sini? Nak tanya soalan pada Dr. Zul juga ke? Atau nak teman aku curi-curi dengar perbualan Dr. Zul dengan Si Boy tu?
"Ke..kau jadi Minah Bond, curi-curi dengar perbualan kitorang? Apasal sibuk nak tau pasal hal keluarga orang lain? Eh, pompuan! Balik baca buku lagi baguslah!" Dengan jelingan sebagai hadiah, dia terus melangkah pergi meninggalkan aku yang terkebil-kebil keseorangan di situ.
Berkerut dahiku memikirkan kembali kata-kata Mat Capub tadi. Eh..rasa-rasanya….Ya Allah! Mat Capub tu Boy, anak Dr. Zul ke? Biar betul? Dr. Zul ada anak yang belajar di universiti ni ke sebenarnya? Sama jurusan pula tu. Tercegat aku di situ buat seminit dua. Tak macam anak dengan bapa pun. Bapa bukan main gentleman, anak pula….rasa macam tak percaya pula.
Tiba-tiba mataku terbuntang buat kali kedua. Rasa seolah-olah ada lampu bercahaya di atas kepalaku.
"Yes! Yes!" terlompat-lompat aku sendiri di sebalik dinding. Senyuman nakal terukir di bibirku. Hmm…rasa-rasanya aku dah tahu apa dia 'sesuatu yang menarik' itu.
# # #
August 21st, 2006 at 10:36 am
Farid Nazmi…Sedap x?
August 21st, 2006 at 10:37 am
Muslimahnye….Salwani Alwi..Cadangan jer
August 22nd, 2006 at 1:09 am
laki - firdaus
pompuan - lisa surihani
jgn tanye sape.. mesti jual punye.. hehe
August 23rd, 2006 at 6:11 am
laki-amar fikri…ltak name arjun rampal pun bleh…cannavaro ke
pmpuan-ilham farhani
bantai2 ltak je ni…
August 25th, 2006 at 1:26 am
nama penuh dia saadiah. nick nama [sa'a] memang tak tido malam la para pembaca novel ko
August 27th, 2006 at 9:16 am
ala…akak letak jer nama amir
grenti laku punyer
heheh…heroin ltak la nama awek amir…ok x
September 3rd, 2006 at 7:42 pm
just want to suggest u some name
Guy - azane azran,idzham bakri, saiful junaidy,abdullah sufi, m.azhar
gurl- nureen safiya,nur imamah, ezzati zuhaila.
just my 2 cents ;p
regard
-MAMZ-