RSS

Wednesday, September 22, 2010

Projek Buku Mesej Maher Zain


Assalamualaikum semua. Insya Allah seperti yang dirancangkan Maher Zain akan mengadakan konsert Save The Soul di Shah Alam pada 14 dan 15 Oktober ini. Admin Akhi Fairuz ada buka peluang untuk peminat menempah t-shirt MZM FC. Sila rujuk kepada Akhi Fairuz untuk maklumat lengkap mengenai konsert dan tempahan t-shirt.

Sebagai admin, saya juga rasa terpanggil untuk membuat projek. Rasa bersalah sebab tak boleh membantu Akhi Fairuz di Malaysia. Selain projek t-shirt MZM FC, di sini saya nak mengumumkan projek terbaru bernama ‘Projek Buku Mesej untuk Maher Zain’ atau ‘Message Book Project for Maher Zain.’

Buku mesej? Biar betul? Macam pelik je? Sabar…biar saya terangkan dulu. Anda teringin nak beri hadiah pada Maher Zain yang sudi bertandang ke Malaysia untuk membuat konsert dakwah? Inilah peluang terbaik untuk anda. Kita hadiahkan buku mesej yang berisi ucapan, doa, harapan, kata semangat, gambar kepada Maher Zain. Cuba bandingkan antara kad raya elektronik dan kad raya yang dipos. Memanglah kad raya elektronik itu lebih memudahkan dan mengurangkan kos tapi kad raya yang dipos ada lebih rasa nostalgianya. Boleh simpan sebagai kenang-kenangan. Boleh baca balik sambil tersenyum sorang-sorang….hehe~

Jadi marilah kita sama-sama jayakan projek ini. Insya Allah apabila buku itu dah siap, pihak admin MZM FC di Malaysia boleh sampaikan buku itu kepada Maher Zain. Saya yakin dia akan terharu dengan kesungguhan peminat yang menyokong karier seninya dalam berdakwah dan mungkin dia akan rasa terpanggil untuk singgah di Malaysia lagi. Well, who knows right? Don’t ever give up hope J

Projek ini merupakan peluang terbaik untuk peminat ‘mendekati’ Maher Zain terutamanya mereka yang tidak dapat menghadiri konsert berkenaan.

Ok sekarang saya akan terangkan projek ini dengan lebih lanjut. Are you ready?! ;p

1) Sila tulis mesej anda berdasarkan format berikut =

Nama sebenar atau nama samaran:

Umur: (Optional)

Lokasi:

Mesej/Harapan/Doa/Kata semangat:

Gambar: (Optional) –gambar sendiri, gambar pakai t-shirt MZM FC, gambar album Maher Zain, gambar sendiri bergaya seperti Maher Zain, gambar bebas tapi perlu menjaga segala adab dan tata susila serta tidak mencetuskan kontroversi.

2) Pastikan keseluruhan mesej anda tidak melebihi daripada 100 patah perkataan. Boleh dikira perkataan secara manual atau kira menggunakan Microsoft Word.

3) Anda dibenarkan untuk menulis mesej dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sahaja. Kalau tulis Bahasa Melayu tak boleh pula Maher Zain nak bacakan? Jangan bimbang akan kesalahan tatabahasa dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab kerana saya akan edit. Tapi kalau rasa susah juga, tulis sahaja dalam Bahasa Melayu dan saya akan terjemahkan dalam bahasa lain. Walau bagaimanapun seelok-eloknya tulis terus dalam BI atau BA, dan saya akan tolong edit untuk mempercepatkan dan memudahkan proses.

4) Ketika tulis mesej, bayangkan anda sedang bercakap dengan Maher Zain. Jangan tulis mesej dengan gambaran yang saya jadi orang tengah. Ini untuk memudahkan proses pengeditan.

5) Anda perlu mengedit gambar anda sendiri. Saya hanya akan mengedit dari segi bahasa sahaja. Pastikan gambar yang dihantar dalam formet jpeg sahaja.

6) Sila hantar mesej anda ke email berikut: mzmfc.usa@gmail.com Tulis di bahagian subject: Message Book Project for Maher Zain. Pastikan anda hantar pada email yang betul. Kalau silap tulis email, tak tahu nanti sampai ke mana…

7) Pastikan mesej anda dihantar sebagai email. Jangan hantar mesej dalam Microsoft Word.

8) Jika ada gambar yang nak dihantar, attachkan gambar tersebut bersama email.

9) Mesej berisi cacian, perlian, kekeliruan, kutukan atau apa-apa yang mengundang kontroversi adalah dilarang sama sekali.

Berikut adalah contoh yang boleh dijadijan sebagai rujukan:

Name: Sister Firuz Akhtar

Age: 26

Location: St. Louis, Missouri, USA

Message: Since the first time I heard your songs, I felt that I become nearer to Allah and Prophet Muhammad. The lyrics are meaningful and they reflect the real but unnoticed things in life. Thank you so much for your efforts to spread Islam’s love through your creative songs. May you will always have the strength and creativity to continue your da’wah. Barakallahu fik, Ya Maher Zain. Thank you again.

(Jumlah perkataan: 81 patah perkataan menurut kiraan Microsoft Word)

Perlu diingatkan yang ini hanya contoh sahaja. Ini saja yang keluar dari otak saya masa ni….hehe~ Anda boleh menulis mesej yang lebih santai atau lebih serius. Terpulang pada anda. Ingat tau, jangan rasa takut-takut tulis mesej tu. Kalau tulis Bahasa Melayu, saya akan terjemahkan. Jangan bimbang ok?

Saya akan tengok dulu bagaimana sambutan untuk projek ini. Diharapkan ramai dapat bergabung tenaga untuk menjayakan projek hadiah untuk Maher Zain. Ini merupakan tanda terima kasih kita pada dia yang berkongsi lagu-lagu berdakwah yang berkualiti. Semoga projek kita diberkati oleh Allah. Amiiiin.

Buku mesej atau buku skrap ini akan diprint dan dibinding sebelum diserahkan pada Maher Zain. Walau bagaimanapun, kalau anda mahu kita menghadiahkan buku mesej yang mempunyai kualiti yang baik seperti gambar berwarna, tulisan berwarna, kulit buku yang cantik dan sebagainya, maka belanjanya perlu lebih sedikit lah. Oleh itu, jika ada sesiapa yang sudi menderma untuk kos buku mesej ini, boleh lah menderma di akaun tersebut: [Akan dimaklumkan kemudian]

Kemudian sila hantar email kepada mzmfc.usa@gmail.com untuk memberitahu saya berapa banyak anda derma supaya tak timbul kekeliruan dalam menguruskan wang. Insya Allah kalau ada duit derma lebih, duit itu akan didermakan untuk Palestin.

Insya Allah apabila buku mesej itu telah siap, saya akan scan dan paparkan di halaman MZM FC di facebook. Kemudian anda bole print sendiri untuk simpanan peribadi.

Tarikh tutup untuk penghantaran mesej ke emel yang dinyatakan adalah pada 4 Oktober 2010, waktu 11PM CST. Pada semua ahli MZM FC di seluruh dunia, sila kira masa di tempat masing-masing dengan betul. Jangan terlambat hantar emel kerana saya perlu banyak masa untuk edit dan susun segalanya di samping tanggungjawab di universiti yang banyak. Pada mereka yang berada di Malaysia, tarikh tutup adalah pada 5 Oktober 2010, pukul 12 tengah hari.

Mari kita sama-sama jayakan projek ini. Allahu Akbar!

Bookmark and Share