RSS

Saturday, April 30, 2011

Martabat Nafsu (Bahagian 6)

*Sambungan dari Martabat Nafsu Bahagian Lima

Credits: Taman-taman Syurga
Tulisan oleh: Nur Anwar

6. NAFSU MARDIAH

Pada peringkat ini segala yang keluar darinya semuanya telah diredhai Allah. Perilakunya, kata-katanya, diamnya semuanya dengan keredaan dan keizinan Allah belaka. Akan keluar keramat yang luar biasa. Mereka sudah menanam ingatan pada Allah di teras lubuk hati mereka menerusi cara "khafi-filkhafi" , maknanya secara penyaksiaan 'basitiah' iaitu penyaksian sifat ma'ani Allah yang nyata dan dizahirkan oleh diri-Nya sendiri. Af'al diri mereka sudah dinafi dan diisbahkan secara langsung kepada af'al Allah semata-mata. Jiwa mereka betul-betul sebati, ingatan mereka terhadap Allah tidak sesaat pun berpisah darinya. Penyaksiaan terhadap hak sifat Allah jelas baginya sehingga hilang dirinya sendiri. Inilah dinyatakan sebagai Abu Yazid Bistami:

"Subha Inni.."


"Pandanglah yang satu pada yang banyak"

Peringkat ini sudah tenggelam dalam fana baqabillah. Pada peringkat inilah suka mengasingkan diri,tidak suka bergaul lagi dengan makhluk.

Namun begitu ia mempunyai kesedaran dua alam sekaligus. Zahir dan batin. Dan ia akan kembali normal seperti biasa. Kalau peringkat sebelum ini mungkin sampai tak terurus.

Konsep perjalanannya lebih kurang dengan radhiah.mereka berpegang kepada konsep:

Firman Allah:

"Apa yang di sisi kamu itu pasti lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal".

Perkataan syatahah sudah hilang.Mereka suka hidup nafsu nafsi.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila kamu sekalian melihat seseorang mukmin itu pendiam dan tenang , maka dekatilah ia.Sesungguhnya dia akan mengajar kamu hikmah"

Menyentuh tentang zikirnya, zikirnya adalah zikir rahsia, tidak lagi ada lafaz dengan lidah mahupun hati, tapi seluruh anggota zahir dan batin mengucapkan dengan zikir rahsia yang didengar oleh telinga batin di maqam tanaffas. Zikirnya tidak pernah terganggu dengan alam zahir walaupun dia tengah bercakap atau buat apa sahajapun.

Firman Allah:

"Orang-orang berzikir kepada Allah sambil berdiri, sambil duduk dan dalam keadaan berbaring... "

Bagi mereka di maqam ini setiap perbuatan, perkataan, penglihatan dan apa sahaja adalah zikir.

Pada tahap ini mempunyai kekeramatan yang amat luar biasan. Namun biasanya jarang sekali menzahirkannya kelebihannya itu. Dari segi ilmu, mereka sudah memperolehi ilmu semua peringkat sebelum ini iaitu nur, tajalli, sir, sirussir malah ditambah lagi dengan cara tawasul/yaitu secara jaga dengan ambia dan waliyullah. Kehadiran wali-wali kepada orang maqam mardiah ini lebih merupakan penghormatan dan ziarah sahaja. sambil berbincang-bincang. Mereka berpeluang menjelajah seluruh alam alam maya dan alam ghaib termasuk syurga, neraka dan sebagainya. Mereka berupaya melawat bermacam-macam tempat samada dengan pecahan diri batinnya atau dengan jasad sekali. Malah dalam satu masa boleh menjelma di pelbagai tempat. Ini dipanggil "Khawa Fulkhawaf". Ianya berlaku tanpa sengaja dan tanpa dapat dikawal

Sifat-sifatnya:

1. Redha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah
2. Lemah lembut pergaulannya
3. Elok dan tingginya budi
4. Lain-lain sifat terpuji maqam sebelum ini.


Bookmark and Share

5 comments:

Anonymous said...

Howdy! I simply want to give a huge thumbs up for the good info you will have here on this post.
I might be coming back to your weblog for more soon.



Also visit my site fisher price outdoor playhouse with slide

Anonymous said...

Whats up! I simply wish to give a huge thumbs up for the good data you might have right
here on this post. I can be coming back to your blog for more soon.



Here is my weblog outdoor kitchens orlando

Anonymous said...

Hiya! I just wish to give a huge thumbs up for the nice info
you may have here on this post. I might be coming again to your
weblog for extra soon.

My web page - showcase cinema listings bristol avonmeads

Anonymous said...

Hey! I simply wish to give an enormous thumbs up for the great information you might have
here on this post. I will be coming again to your weblog for extra soon.


Feel free to visit my website :: ƒ_ƒCƒGƒbƒg ƒTƒvƒŠƒƒ“ƒg@‰»Ï•i@”ü—e@Œ’N@”ü”’@‚₹‚é@–ò ƒoƒXƒgƒAƒbƒv ”牺Ž‰–b ’ZŠú ƒvƒ`®Œ` ’E–Ñ—\–h ”ì–ž ƒuƒ‰ƒ“ƒh 5ç‰~ˆÈã‘——¿–³—¿ƒlƒbƒgƒ[ƒN •ÛŽ¼ ƒjƒLƒr ƒGƒNƒXƒgƒŠ[ƒ€ ”ü”’ ”ü”§ ¡‚·‚® ”ü—e‰t “m’‡’ƒ ”§”N—î

Anonymous said...

Howdy! I simply would like to give an enormous thumbs up for
the great data you will have right here on this post.
I can be coming back to your blog for more
soon.

Also visit my site: limewire free download deutsch 2007