Credits: Taman-Taman Syurga
Allah SWT kadangkala melaksanakan hukuman di dunia ini dengan memberikan ujian dan cubaan dalam bermacam bentuk, seperti.
1- Cubaan badaniah dan rohaniah yang berupa penyakit, luka, cacat pandangan salah satu angguta tubuh, rasa susah, gelisah, resah, duka cita, tidak aman dan lain-lain lagi.
2- Cubaan melalui kekayaan, seperti kehilangan, kebakaran, kekurangan, rosak dan sebagainya.
3- Cubaan melalui anak dan keluarga, seperti sakit, gila, lumpuh dan lain-lain.Semua ujian dan cubaan tersebut mungkin terjadi kerana:
a- Hasil undangan dari kedurhakaan manusia sendiri, hasil usaha perbuatan dan kelakuannya sendiri yang dihukum di dunia oleh Allah sebagai pembalasan langsung dari dosa-dosanya itu. Kemungkinan ini dapat terjadi sebagai tanda kasih sayangNya untuk menghapuskan dosa kedurhakaannya di dunia ini, dan ia akan keluar dari dunia ini dalam keadaan suci dah bersih. Kemungkinan lainnya ialah untuk meninggikan martabatnya, baik di dunia mahu pun di akhirat, iaitu apabila ia tidak mempunyai dosa yang harus mendapat hukuman.
b- Takdir Allah sendiri untuk menguji hamba-hambanya secara terus-menerus dirundung malang, dan nantinya akan diganti di akhirat dengan rahmat dan juga keredhaanNya. Apabila seseorang itu menghadapi segala cubaan, ujian dan rintangan dengan redha, ikhlas dan mencari jalan keluar dengan jalan yang sebaik-baiknya, tidak mengeluh, gelisah atau pun berputus asa. Allah akan mempermudahkan jalanan hidupnya.Memudahkan hisab di akhirat nanti, dan memberkati hidupnya.
-- Jangan menampal dunia dengan mengoyakkan akhirat.
Janganlah menjadi begitu masin..sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku terlampau manis, sehingga mereka menelan dirimu begitu saja...
Have a unique character like salt
its presence is not felt but
its absence makes things tasteless.
2 comments:
replica goyard bags official statement h0z08x5s61 replica bags ebay go to this site a8a86l3n30 Ysl replica replica bags korea replica bags koh samui find more info c8t38w3l55 replica bags wholesale hong kong
Post a Comment