Dalam post-post yang lama, aku ada beritahu tentang adik perempuan aku yang sedang belajar di Korea Selatan. Kami akan berkongsi pengalaman kami di blog ni. Ayla akan bercerita tentang pengalaman di Korea Selatan dan aku pula akan bercerita tentang pengalaman di Amerika. Sebenarnya post ni dia dah hantar lama kat aku tapi aku asyik terlupe je nak postkan ke blog. Huhuh~ Ok la. Terimalah catatan daripada adikku~
Sume bende yang ade kaitan dengan budaya diorang. Mahal gak la barang-barang kat sini, memang tengok jela kan, sebab mase kitorang pegi ni pun, duit allowance x masuk lagi. Jalan-jalan tengok barang, sampaila waktu makan tengah hari, ntah nape asal makan je kan mesti makan kat tempat mahal-mahal.
So, ape lagi rezeki jangan dibahagi, makan la. Kitorang pun bukan bleh maen tibia je makan, most of Korean Food ktprg x leh makan. So makan jela name die Bibimbap, nasi yang ade sayur je, ngan mate telur kerbau sebijik. Sedap, tapi tengok kedai jugakla kan… Kedai mahal mestila sedap. Kawan aku cakap, sedap kimchi die, aku ni ntah la sampai sekarang lagi masih lagi tak bleh nak makan mende tu. Soon…
Lepas tu kan, kitorang pun pegi kedai teh, konon nye muziumla kan. Tapi x de ape pun, mangkuk pecah, yang dah retak ditampal balik. Hahaha, ape tah. Ke aku yang bute seni??
Kitorang yang baru makan, terus gi situ minum pulak the. Aku order yogurt the hijau, memang masyuk giler… pastu, x tahan nak terkencing jew..
Lepas tu pulak, kitorang pegi tengok persembahan Jump Performance. Memang best giler, tiket pun mahal gak. Tapi berbaloila, aku ni dah la kalau orang wat lawak, mane nak gelak sangat, tapi ble tengok diorang ak leh gelak… Huh, ganjils… Pastu, balikla… Sampai Kodae makan malam jap, kat restoran yang macam biase, x banyak pilihan untuk aku. Ape tah… wastern style la konon. Okla, bye..
Ini pula sambungan cerita Orang Kaya episod 5 atau OK 5. ENjoy! :)
Orang Kaya
Episod 5 (O.K. 5)
"Ni kenapa salah pulak ni? Formula mana yang kau guna? Salah! Buat lagi semula."
Pap! Serentak itu pen hitam di tangan Amar hinggap buat sekian kalinya di kepalaku. Aku memandangnya dengan perasaan geram.
"Wei! Boleh tak kalau kau tak ketuk kepala aku ni? Kononnya kau nak bagi aku faham apa yang kau ajar. Tapi bile kau asyik ketuk kepala aku ni, otak aku yang sihat ni boleh jadi bengap tau!" Aku lepaskan rasa geram yag terbuku di dada. Kalau ketuk sekali dua, tak apalah juga. Ni dah berlebih-lebih ni. Dulu masa mula-mula jumpa, boleh la aku tunjuk adab sopan skit. Bahasakan diri pun saya. Sekarang ni, jangan haraplah. Kau, aku je dengan dia ni. Tak boleh berbudi bahasa sangat dengan dia ni. Nanti dia pijak-pijak pulak kepala kita.
Amar tersengih melihat wajahku yang kemarahan.
"Susahlah macam tu. Aku tak tau la kenapa aku rasa macam best pulak ketuk kepala kau.
Sabar jelah.
"Ina, kita dah buat kelas 5 kali. Kau satu habuk kerja pun tak pernah buat."
Kepalaku hampir terhantuk di meja akibat terkejut mendengar kata Amar. Sudah beberapa hari aku tidak cukup tidur gara-gara menyiapkan timbunan latihan yang diberikannya. Saiful pun dah mula merungut sebab aku sering menolak pelawaannya untuk bermain Play Station bersama. Sekarang dia kata aku satu habuk kerja pun tak buat? Dah lah kepala aku tengah bengang sebab tak cukup tidur. Sekarang dia saja nak bagi aku 'hot'. Memang nak kena dia ni!!! Aku terus mengetuk kepalanya dengan penku pula.
"Kau ni ada penyakit hilang ingatan ke hah?! Buku latihan aku ni dah nak habis sebab buat latihan kau. Sekarang, senang-senang pulak kau nak kata aku ni pemalas?!"
Dahiku berkerut seribu kerana rasa geram. Amar mengaduh sambil menggosok kepala. Dia menunjukkan muka tak puas hati.
"Woi, Ina! Berani kau ketuk kepala aku ye? Aku maksudkan kerja pasal ayah aku dengan Maksu kau la! Bukannya kerja yang aku bagi kau tu!" Serentak dengan itu, Amar melayangkan fail plastikku ke kepalaku. Adui..sakit gile wei.. apa-apa pun aku tak berani nak melawan balik. Salah aku sebab ketuk kepala dia tanpa faham perkara sebenar.
"Oo..sorry. silap faham. Aku dah lama rancang sebenarnya. Cuma nak tunggu masa je nak buat. Sekarang bila kau dah bangkitkan hal ni, nampaknya dah boleh mulakanlah."
Amar kelihatan teruja. Dia mendekatkan kerusinya padaku.
"Ye ke? Ceritalah kat aku. Aku pun dah tak sabar nak mulakan projek kita ni."
Mengenangkan apa yang bakal terjadi, aku tersenyum sendiri. Hehehe..tunggu dan tengoklah sendiri kehebatan kepala otak geliga aku ni.
"Ina…Ina..kau dengar tak aku panggil kau ni? Kenapa tiba-tiba kau senyum macam tu? Kau jangan buat aku takut Ina. Kau ni macam nak buat benda bahaya je ni." Suara Amar kedengaran sayup-sayup. Aku tersenyum sambil menyambung latihan yang tergendala.
* * *
Farisya menampal plaster yang terakhir di dahiku. Beberapa kali aku mahu melarikan diri dari situ supaya Farisya memberhentikan kerja penampalannya itu. Sia-sia saja kerana Farisya sudah memijak kakiku terlebih dulu. Terus aku 'lumpuh' di situ sambil mengaduh kesakitan.
"Boleh ke macam ni Sya? Dah macam rupa mumia aku ni."
"Kau jangan bimbang. Boleh. Boleh," kata Farisya dengan anggukan sambil mengemaskan balutan di lenganku . Tak sia-sia Farisya masuk kelab bulan sabit merah ketika zaman persekolahan dulu. Memang pandai dia dalam bab balut-membalut ni. Terlebih-lebih pandai sampai dia nak jadikan aku mumia terus!
"Ina? Ina! Kau kenapa ni?" Suara bimbang itu menyapa telingaku. Dah datang ke mamat tu? Awal-awal lagi aku sudah berpesan kepadanya untuk berjumpa dengan aku di sini. Amar sudah melutut di hadapanku yang sedang duduk di atas kerusi.
"Aku..aku..accident, Amar." Suaraku terputus-putus ketika aku
"Ya Allah. Teruknya cedera kau ni. Jom aku hantar kau balik. Kau accident dengan apa ni Ina?" wajah Amar ketika itu memang sarat dengan rasa risau yang tak terhingga.
"Dengan…dengan kapal terbang." Ketika itu juga ketawa aku dan Farisya pecah. Wakakaka! Percaya pulak mamat ni. Lawaknya aku tengok muka risau dia tu! Tanpa aku sedari, satu layangan tangan mengenai kepalaku. Terus terhenti tawaku. Suara aduhan pula yang kedengaran. Nasib baik aku ni pakai tudung. Kalau tak pakai, dah lama cap tangan dia melekat dekat kepala aku.
"Buat lawak spastik lagi." Jeling Amar. Aku tersengih.
"Kalau marah pun, janganlah pukul kepala orang," kataku dengan muncung sedepa. Tanganku masih mengusap kepala. Sakit tau!
"Apahal kau panggil aku datang sini? Kalau saja-saja nak main, baik aku balik je."
"Ok Amar. Sebenarnya aku panggil kau untuk merasmikan projek besar kita hari ni."
Mendengar saja ayatku itu, marah Amar terus hilang. Dia terus berminat untuk mendengar sambungan kataku.
"Amar, ini kawan aku, Farisya. Kau boleh panggil dia Sya. Dia ni akan tolong kita untuk rancangan kali ni." Farisya dan Amar saling berbalas senyuman.
"Kau pun tahu
"Eh, kenapa pulak kita pergi tempat letak kereta? Maksu kau ternampak kita kang. Tau la dia nanti yang kau bukannya kemalangan betul-betul," sampuk Amar tiba-tiba.
"Ish, sabarlah! Orang tak habis cerita lagi ni. Ok. Farisya akan cakap yang luka aku tengah dibalut di klinik universiti. Maksu kena tunggu aku di fakulti kita ni sebab dia tak tau jalan ke klinik. Nanti kononnya ada orang akan hantar aku dari klinik ke fakulti ni. Kau pulak kena pancitkan semua tayar kereta Maksu."
Terbeliak mata Amar.
"Kenapa lak aku kena buat cam tu? Saja-saja nak cari pasal ke?"
"Hampir pukul 6 petang, baru lah aku akan muncul depan Maksu aku. Maksu tentu tak boleh buat apa-apa sebab semua tayar dah pancit. Masa tu pulak, ayah kau pulak nak balik rumah. Mesti dia nampak yang kereta Maksu ada masalah. Oleh sebab ayah kau gentleman-tak macam kau-, semestinya dia akan tolong Maksu. Apa-apa pertolonganlah. Tolong tukar tayar ke, tolong hantar balik rumah ke. Yang pentingnya, mereka akan berjumpa buat kali pertama. Itu tujuan utama kita untuk rancangan kali ni. Sekian. Terima kasih." Aku mengakhirkan kata dengan hembusan nafas yang panjang.
"Bravo Ina! Bravo!" sorak Farisya dengan tepukan. Amar mengangguk sambil tersenyum.
"Sounds interesting. I like that." Komen Amar. Heheh..tengoklah otak siapa yang fikir
"Assalamualaikum. Puan Nureen Sufiya?" Farisya memulakan perbualannya dengan tenang. Kawan aku ni memang selalu cool…
"Puan! Ina accident teruk masa naik motor kawan dia! Saya tak tau nak buat apa dah ni. Darah banyak sangat! Puan kena datang ke fakulti untuk ambik dia. Dia memang dah tak boleh bawak motor sendiri. Puan kena datang sekarang tau? Oh..Ina.Isk..isk..isk..Ina. Apa dah jadi dengan kau ni?" Suara nyaring Farisya diselangi dengan bunyi tangisan. Dia terus mematikan telefon bimbit tanpa memberi peluang untuk Maksu berkata apa pun. Farisya menarik nafas puas sambil tersenyum memandangku dan Amar. Aku dan Amar pula melopong melihat Farisya yang sedang menyanyi kecil pula.
"Woi, Sya! Kau gile ke cakap macam tu dengan Maksu aku? Mesti dia ingat aku terlanggar lori. Dah nazak. Nak mati dah."
Amar mengiyakan kataku. Farisya menayang sengih yang berpanjangan.
"Kalau nak buat projek macam ni, kena la bersungguh-sungguh. Baru la nampak real. Mesti Maksu kau terus pecut datang sini. Kalau aku kata kau kemalangan biasa, luka biasa, mesti dia lengah-lengah nak datang. Betul tak?" jelas Farisya. Aku mengangguk dengan rasa kagum dek kepintaran Farisya.
"Ok. Sekarang giliran aku dan Amar pulak." Aku bangun dari kerusi diikuti dengan Amar.
"Jangan buat silap tau. Kalau tak, rosak rancangan kita. Masing-masing ingat apa kerja masing-masing. Ok?"
Farisya dan Amar mengangguk mendengar peringatanku.
"Ok, guys. Aja aja fighting!" sorakku penuh semangat.
"Aja aja fighting!" sahut Farisya pula. Aku dan Farisya memandang Amar untuk menunggunya menyahut sorakan kami. Amar memandang kami dengan pandangan pelik.
"Aja aja apa plak ni? Mengarutlah korang ni." Amar terus melangkah pergi sambil menggeleng.
Aku cepat-cepat mengejar Amar yang sudah jauh di hadapan.
"Amar. Tunggulah aku. Woi! Tunggulah!"
# # #
No comments:
Post a Comment