RSS

Wednesday, January 27, 2010

Pengembaraan Musim Sejuk 2009

Assalamualaikum

Saja nak cerita sikit pasal cuti musim sejuk yg lepas hari tu. Aku sebenarnya tak tenang nak bercuti hari tu sbb masalah paper yang tak habis2 kan. Semester pertama la katakan, pastu aku ni dah la tak reti apa2. Memang tak reti2 nak tulis kertas akademik, maka dengan kelajuan siput aku cuba menyiapkan kertas yang tertunda. Bila dah siap buat setelah bercekang mata berhari2 dan sampai 30 muka surat aku tulis, kena rejek la plak kan. Memang lazat berkrim la rasa rejection tu. Daripada menjadi Firuz yang selama ni kuat, bole plak aku buka empangan air kat mata sampai demam. Waakaka~ Lebih baik rasa kena reject dgn pakwe daripada rasa di'reject' mcm ni. Sabar...sabar...

Aku memang dah lama beli tiket utk pergi ke Muktamar anjuran MISG dan IMSA yang berlangsung di Atlanta. Aku dah jadi macam berbelah bahagi samada nak g ke tak sbb terfikir pasal kertas2 tu. Lagipun aku dah janji dgn adik2 Purdue Uni nak g jalan2 ke florida dgn dorang. Memang berat rasa hati...Tapi aku pk daripada aku dok terperap kat rumah ni, mengadap buku sepanjang cuti ni, lebih baik aku kuar. Tak pasal2 meroyan buku plak aku kang. Dah la kawan rumah balik India. Takut aku tinggal sorang2 kat rumah. Beberapa hari sblm tu plak ada kes polis berhampiran rumah. Ada sorang pelajar uni kena serang sampai masuk hospital. Masuk ICU.

Aku bawa BERLAMBAK2 buku utk rujukan. Memang berat tak terkata la kan. Dah la nak naik kapal terbang. Tawakal je la bab berat beg ni. Aku pun mengheret beg gedabak tu naik tren utk ke epot. Alhamdulillah lepas. Bila sampai di Atlanta tu aku terpinga2 nak cari hotel berkenaan. Naik tren lagi, dan aku duduk la dalam kesejukan menunggu shuttle hotel untuk amik aku. Budak Malaysia lain ramai yg berkonvoi naik kereta pergi ke Atlanta. Aku yng sorang ni, kena la pandai2 bawak diri.

Memang ramai la orang Malaysia dan Indonesia di hotel tu. Rasa nak menitis air mata tengok ada ramai orang kita, dalam lingkungan umur yang sama. Tak tau nak cakap macam mana. Orang yang penah rasa bole la kot paham perasaan aku. Hehe~ Macam2 akitiviti yang dianjurkan. Kalau bawah MISG, banyak aktiviti yang dianjurkan berkaitan dengan pelajar dan orang2 muda. Kalau yang bawah IMSA plak, aktivitinya banyak berkisar tentang keluarga dan anak2. Aku tak join pun sume program. Mana2 aku pegi, aku dok mengheret buku, highlighter, stickpad. Mana2 topik yang ala2 menarik, aku turun la dengan buku. Mana yang rasa mcm boring2, aku dok je dlm bilik hotel baca buku..hehe~

Slps tu aku ikut adik2 Purdue g florida. Oleh sebab lesen memandu Malaysia aku hanyalah dekorasi semata-mata, jadi aku mengaku yang aku tak berani nak memandu.Lagipun aku tak ada lesen memandu antarabangsa. Hotel kat Florida best woo! Pandai Mesak cari. Sangat selesa dan nampak cantik walaupun 20 USD semalam. Eh, tak ingat la 20 ke 40..apa2 pun murah kan? Di Florida, kami pergi ke Miami Beach, Orlando, Tampa dan Key West. Puas hati rasanya aku dapat naik macam2 roller coaster. Dah lama tak menguji ketakutan diri sendiri. Dulu aku rasa seram gak naik roller coaster. Tapi kali ni aku naik dengan sengihan dan tawa. Geli perut rasanya bila orang sekeliling menjerit2 mcm histeria. ahahahahaha~

Slps beberapa hari bercuti di Florida, kami oun bertolak ke North dan South Carolina. Singgah sekejap2 dan tumpang tidur di rumah Kak Nab. Pastu kami ke Washington D.C. dan tidur di rumah pegawai JPA yang sporting, Puan Ruziah. Lewat malam baru kami sampai di La Fayette, Indiana. Memang macam winter wonderland la. Salji memutih di mana2. Aku sempat la tengok Purdue University dalam gelap. Esoknya aku naik shuttle ke airport pukul 6.30 pagi. Terima kasih buat Hanan, Mesak, Amal dan Fidah kerana sudi bagi akak join dalam rombongan korang utk perjalanan kali ini. Insya Allah satu hari nanti kita bole la travel sama2 lagi yek?

Ada banyak gambar dalam facebook tapi kat sini aku bubuh beberapa gambar je. Kalau nak tengok lagi, check la kat facebook ye?

So true! ;P



Di Miami Beach




Sedang menunggu giliran naik roller coaster




Kami 5 orang gang satu kereta




Di Universal Studio, Florida



Dah terlalu lama aku tinggalkan cerpen bersiri aku ni...kesian dia. Maka di sini aku akan 'tayangkan' sambungan cerita aku bertajuk 'Orang Kaya'. Buat mereka yg tak tau lagi, cite ni aku dah lama tulis. Masa aku kat Iran lagi tapi sekarang baru nak 'terbit'. hehe~ Ok la, jumpa lagi. Wassalam :)

Credits for Muslimah cartoon picture: www.kedaikreatif.com

Orang Kaya
Episod 6 (a)




Asap rokok berbentuk bulatan menari-nari di sekelilingku sebelum hilang di udara. Sudah beberapa kali aku terbatuk sambil melambai tangan ke kanan dan kiri supaya asap itu lenyap. Amar seolah-olah tidak menyedari kewujudanku di situ apabila dia semakin enak membentuk bulatan dengan asap rokok. Aku sengaja batuk dengan lebih kuat dengan tujuan supaya dia sedar perbuatannya begitu merimaskanku.


Dah berapa lama dia tak korek telinga ni? Ceh, kononnya buat hasil seni kat udaralah tu! Aku mendekatkan mulut ke telinga dan batuk sekali lagi dengan kuat. Tersedak Amar dengan batukanku itu. Wajah yang bengis kelihatan semula.


"Jangan nak marah pulak. Kan aku kata aku tak suka orang merokok." Aku cuba membela diri sebelum tangannya terbang semula ke kepalaku.


"Pekak telinga aku tau tak? Apasal kau batuk kat telinga aku? Ikut suka hati akulah nak merokok ke tak! Kau kata tak boleh merokok masa belajar je!"

Pandai pula dia cari alasan…


"Aku taulah. Masalahnya kau sedang bekerja dengan aku. Kalau aku terpengsan kat sini sebab asap rokok kau tu, siapa nak 'cover line' masa kau tengah buat kerja?"


Amar hanya diam dan menjeling padaku. Eee..aku cucuk mata tu kang! Selalunya perempuan yang selalu menjeling. Ni terbalik pulak. Nanti juling mata tu, padan muka! Tak lama kemudian, Amar membuang putung rokoknya.


"Ha..macam nilah bagus. Barulah aku sayangkan kau Amar," gurauku.

Terbatuk Amar mendengar gurauan itu.


"Apa? Sayang? Kau nak kena penampar dengan aku ke Ina?" Uish! Ganasnya muka dia…


Aku cepat menggeleng."Aku acah je la. Itu pun nak marah. Kawal la sikit baran kau tu. Lagipun aku pun tak hingin la nak sayang-sayang laki ni. Lagi-lagi kau!"

Telefon bimbitku berbunyi buat 3 deringan dan mati begitu saja. Itu alamat daripada Farisya menandakan maksu telah sampai. Masanya telah tiba…


"Amar, Maksu aku dah sampai. Kau pergi ke tempat letak kereta sekarang. Kereta Maksu, Waja warna silver. Aku akan cover line kat sini. Takut-takut orang lain datang pulak."


Amar mengangguk dan terus beredar. Tatkala 'menjaga' kawasan itu, hatiku berdebar. Bimbang jika kami akan 'ditangkap' ketika sedang sibuk menjalankan projek mega kami. Kira-kira 10 minit kemudian, Amar muncul semula di sebelahku.


"Dah buat dah!" katanya dengan senyuman puas. Aku menunjukkan isyarat bagus kepadanya. Jam tangan kujeling. Belum tiba masanya lagi untuk aku muncul di hadapan Maksu. Penat berdiri, aku duduk di tepi longkang sementara menunggu 'waktu kerjaku'. Amar turut menyertaiku dan dia duduk di sebelah.


"Maksu kau ada citarasa anak mudakan? Kereta dia penuh dengan anak patung. Tak cukup kat tempat duduk kat tingkap pun dia gantung anak patung." Amar bersuara. Komennya itu menimbulkan senyuman di bibirku. Walaupun anak sulung Maksu sudah berusia 15 tahun, Maksu masih cantik dan kelihatan muda. Dia pandai bergaya sesuai dengan umurnya. Dia…Eh, jap! Aku berfikir sekejap. Wajahku tiba-tiba menjadi pucat lesi.


"Kenapa kau Ina? Pucat semacam je. Nak berlakon sekejap lagi la. Bukan sekarang."

"Amar!" tempikku dengan suara yang mahu menangis.


"Apasal nak menangis pulak ni? Sakit betul ke?" tanya Amar kehairanan.

"Kereta Maksu mana ada patung! Kau pancitkan tayar kereta siapa ni?" Hampir menangis aku apabila aku menyedari ada kesilapan berlaku dalam rancangan kami. Terperanjat Amar mendengar kenyataanku.

"Kau kata Waja silverkan?"


Aku pantas berlari ke arah tempat letak kereta. Tidak kusangka di situ ada 3 buah Waja berwarna perak. Amar menggetap bibir kerisauan. Dia telah memancitkan tayar Waja yang paling dekat dengan kami. Aku kenal sangat dengan pemilik kereta Waja itu. Itu kereta pekerja di pejabat fakulti, Cik Salwani Alwi. Habislah…


"Mana satu kereta Maksu kau?" tanya Amar cemas.

Aku menuding ke arah Waja yang tidak jauh dari situ. Amar terus berlari ke arah kereta Maksu. Dia bercangkung di situ sambil bersandar ke kereta. Aku turut mencangkung di sisinya dengan jantung yang berdegup kencang.


"Nampaknya aku kena buat semula," bisik Amar. Aku mengangguk. Bunyi penggera mengejutkanku dan Amar. Penggera di telefon bimbitku telah berbunyi tanda aku perlu pergi ke Maksu.

"Kau kena pergi sekarangkan? Pergilah. Biar aku buat sorang-sorang kat sini."


Cepat-cepat aku menggeleng.

"Mana boleh aku tinggalkan kau dalam waktu kecemasan macam ni Amar? Aku akan tolong kau cover line." Prinsipku, sama-sama buat, sama-sama tanggung. Kasihan Amar jika dia terpaksa menanggung kesan kesalahannya sendiri.


"Jangan degil, Ina. Pergilah. Tertunggu-tunggu pula Maksu kau. Nanti dia syak benda lain pulak!" Amar menekan suaranya. Aku pula masih tetap di situ sambil memandang wajahnya. Suara orang berbual kedengaran tidak jauh di situ. Walaupun aku semakin cemas, aku tak akan meninggalkan Amar keseorangan di situ. Amar memaksaku pergi tapi aku tetap berdegil. Dia naik marah semula. Kerana marah, Amar menolakku untuk memaksaku pergi. Aku gagal mengawal badan dan terjatuh dari cangkunganku. Tanpa kusedari, aku terjatuh ke atas kaki seseorang yang kebetulan sedang lalu di situ. Jeritan orang itu yang gagal mengawal imbangan badannya menyebabkan aku dan Amar menoleh ke arahnya. Tidak dapat aku bayangkan rasa terperanjat apabila aku melihat Maksu terjatuh di tengah-tengah jalan.


"Hati-hati cik!" Suara garau itu menyebabkan suasana bertambah kalut. Dr. Zul sedang berlari ke arah Maksu untuk menolongnya. Ketika itu juga, sebuah motorsikal sedang meluncur laju ke arah Maksu dan Dr. Zul. Jeritan kedengaran di sana sini. Semuanya berlaku dengan pantas. Aku tidak dapat menahan rasa takutku dan serta-merta duniaku menjadi gelap…


Bookmark and Share