RSS

Friday, July 09, 2010

Mari Berselawat Sempena Israk Mi'raj

Assalamualaikum

Semalam aku chat dengan anak murid aku yang sekarang ni darjah enam. Tak sangka budak-budak kecil zaman sekarang ni pandai guna segala teknologi. Aku masa darjah enam dulu apa pun tak tahu. Tahu nak baca buku dan buat latihan je sebab nak UPSR. Huhu~ Anak murid aku ni rajin betul tegur aku kat chat facebook. Selalu je dapat mesej...ustazaaah...ustazaaaah....

hehe~ macam-macam la budak ni. Tak terlarat nak layan tapi takpe la. Aku rasa terharu sebab dia masih ingat aku. Aku jadi guru kelas dia pun masa dia darjah empat. Tu pun untuk beberapa bulan je. AKu tanya la...tak skola ke hari ni? Dia jawab...hari ni cuti israk mikraj la ustazah. Oh..terkenang aku masa zaman skola dulu, ada majlis besar-besaran untuk israk mikraj. Bestnya..

Jadi aku saja nak bubuh video selawat nabi di sini. Israk mikraj, pengalamn Rasulullah yang tak terhingga hebatnya. Bila dengar selwat ni, rasa rindu kat Rasulullah, rindu kat Malaysia, rindu kat zaman skola, rindu kat yang lain2 yang sama waktu dengannya la. tak bole cakap banyak2. Nanti terlebih rindu, camana plak nak survive kat Amerika ni sorang2 nanti?



Jumpa lagi :D
Bookmark and Share

No comments: