RSS

Sunday, October 11, 2009

Em Ae El Ae Es?

Assalamualaikum kawan-kawan!

Apa khabar semua? Hai...aku tak tau la nak cakap apa. Minggu ni aku rasa sangat Em Ae El Ae Es! Tak tau la kenapa. Keje dah la berlambak-lambak tapi tak rasa nak buat apa-apa pun. Kronik kah aku ni? Ni tengah pujuk diri untuk tulis paper yang telah ditolak hari tu. Wakakaka! Paper yang aku tulis hari tu, berjaga siang malam, ditolak oleh Profesor. Katanya kena buat balik semula sebab format aku salah. Hmmmm.....takpe la...namanya pun belajar kan. Sekurang-kurangnya kali ini aku rasa aku boleh agak la camana nak tulis. Hari tu rasa macam ada awan kelabu je tutup pandangan aku. Blur je..tak tau nak buat camna. Doakan aku ye supaya dapat tulis dengan baik. Sekarang ni pun aku kena jadi pengunjung tetap Writing Center kat univerisiti aku. Al maklumlah kali terakhir serius menulis bahasa Inggeris masa zaman SPM dulu. Maka sudah berkaratlah otak aku ni untuk menulis esei Inggeris. Berikut adalah 3 buah buku yang aku kena baca dalam minggu ni. Muahahaha! Akak dah gilo ni..Takpe sabar2. Membaca kan bagus...Hehe..






Aku saja nak bagi korang tazkirah sikit. Ni aku dapat dari emel aku:



Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Ha...aku rasa gambar-gambar ni cantik. Subhanallah..Nak buat desktop background pun bole.


















Aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada kawan-kawan yang banyak memberi sokongan untuk aku terus menulis. Ada beberapa orang yang minta aku siarkan sambungan cerita OK secepat mungkin. Ada yang suruh aku hantar semua episod gune emel lagi. Hehehe..mana boleh...Terima kasih la banyak2. Itu la yang menjadi pendorong untuk aku menghatar post kat blog. Kalau tak, memang berjanggut la orang menunggu post aku. heheh. Baiklah. Terimalah episod 4 untuk cerita Orang Kaya a.k.a. OK.


Wassalam.


Orang Kaya

Episod 4 (OK 4)





Aku dan Farisya tertunduk-tunduk di sebalik rak perpustakaan. Farisya memanjangkan leher untuk mengintai sasaran kami yang sedang leka membaca buku di meja berdekatan.


"Ok, Ina. Kau pergi je jumpa Kak Saadiah tu. Bodek dia dulu, lepas tu kau cakaplah tujuan kau. Kata yang kau boleh bayar duit. Kalau dia tak nak, kau ikut je cakap dia," bisik Farisya.


Aku mencebik bibir. Rasa tak sanggup pula untuk merayu pada Kak Saadiah.

"Aku takutlah Sya. Masa program orientasi tahun lepas, aku ada lawan cakap dia. Mesti dia nak balas dendam kat aku. Ntah apa benda pelik yang dia suruh aku buat nanti."


"Ina, kau dah tak ada cara lain lagi ni. Dia ah calon tutor yang paling sesuai buat masa sekarang. Kaukan sanggup buat apa saja untuk pelajaran. Kau ingat tak apa yang kau cakap hari tu?"


Aku mengangguk perlahan. Sudah lebih seminggu aku menunggu panggilan Amar. Sia-sia saja penantian aku itu. Dia tak berminat dengan tawaran aku agaknya. Terpaksalah aku mencari calon lain untuk menjadi pengajarku. Tak sangka pula Kak Saa yang menjadi calon seterusnya. Aku berjalan dengan hati berdebar ke arah Kak Saa. Farisya menunjukkan isyarat bagus sebagai sokongan yang tak berbelah bagi buatku. Kak Saa kelihatan terperanjat melihat kehadiranku di hadapannya. Susah juga untuk aku menyusun ayat yang sesuai sewaktu aku menyatakan hasratku kepda Kak Saa. Kak Saa terdiam seketika. Tiba-tiba dia merenungku dengan pandangan yang kukira agak menakutkan. Ntah apalah benda yang dia fikir untuk kenakan aku tu…Kalau ikutkan, inilah masa paling sesuai untuk dia kenakan aku. Tahun lepas, selamba badak je aku lawan cakap dia. Kali ni, tak ada alasan lagilah untuk melawan cakap dia.


Kak Saa mahu aku mendekatkan telinga ke mulutnya. Terbeliak mataku mendengar permintaannya. Aku merenung mukanya untuk meminta kepastian.

"Buat. Jangan tak buat Ina. Itu baru syarat pertama." Kata Kak Saa dengan senyuman sinis.


Biar betul Kak Saa ni. Ada ke dia suruh aku menjerit kat dalam perpustakaan ni? Tak pasal-pasal aku jadi glamer tak bertempat nanti. Yang pasti, aku akan akan dihalau keluar oleh pustakawan. Aku memandang belakang ke arah Farisya. Mulutnya membentuk perkataan –apa hal sementara mukanya pula kelihatan bimbang. Aku memandang ke arah Kak Saa semla sambil menarik nafas panjang. Tak ada pilihan lain dah nampaknya. Aku kan Ina yang berani?


Aku baru saja mahu membuka mulut untuk menjerit apabila tiba-tiba aku terasa telefon bimbitku bergoncang di dalam poket seluar jean. Nada dering telefon bimbit sudah kupadam awal-awal sebelum memasuki perpustakaan. Kening Kak Saa terangkat melihat perbuatanku yang terhenti separuh jalan. Aku menuding ke arah poket seluar jeanku sambil berbisik-ada orang telefon.


"Cepatlah jawab!" bisik Kak Saa dengan marah. Aku hadiahkan sengih kepadanya sebelum aku menoleh belakang untuk menjawab telefon.


"Hello.."


"Dia suruh kau buat apa sebenarnya Sya? Kau macam nak buat benda gila je ni?" suara Farisya kedengaran. Aku menoleh ke arah rak buku tadi tetapi bayangnya sudah tidak kelihatan.


"Dia suruh aku jerit dalam perpustakaan ni."


"Ha? Kau gila ke Ina? Dah. Kau jangan ikut cakap dia. Kita cari orang lain!" suara Farisya cemas.


"Dah tak boleh nak patah balik," kataku pula.

Suara Farisya memanggil-manggil namaku masih kedengaran ketika aku menamatkan perbualan. Aku baru saja mahu beralih memandang Kak Saa semula apabila Farisya menelefonku sekali lagi.


"Aku tak kira! Aku kena buat juga!" tegasku. Namun begitu aku terdiam semula buat seketika. Aku cuba memasang telinga betul-betul.


"Apa?!!!" Suaraku agak tinggi memecah kesunyian perpustakaan. Serentak dengan itu, bunyi 'shhhh' kedengaran daripada pengunjung perpustakaan yang lain. Aku cepat-cepat memohon maaf sambil tertunduk-tunduk.


"Tak cukup kuat lagi Ina. Akak nak awak menjerit, Bukan setakat bercakap kuat," tegur Kak Saa.


"Minta maaflah Kak Saa. Kak Saa jerit la sorang-sorang kat sini. Kalau Kak Sa buat show opera kat sini lagi bagus," sindirku pula. Merah wajah Kak Saadiah menahan geram. Sebelum beredar dari situ aku sempat melambai kepada Kak Saa.


Farisya yang tiba-tiba muncul entah dari mana pantas mengikutiku keluar dari perpustakaan. Dia menyambar lenganku dan menarikku supaya memandang ke arahnya.


"Kau memang bijak sebab ikut cakap aku," katanya sambil tersenyum puas.


"Aku sebenarnya memang dah nak menjerit tadi. Sya, nasib baiklah.."


"Ye. Aku tahu Ina. Sama-sama." Bahuku diramas lembut.


"Nasib baiklah Amar yang telefon. Dia nak jumpa aku Sya!"


Farisya kaget sebentar.

"What? Ye ke ni Ina?"


Aku mengangguk laju sambil menggenggam erat tangan Farisya. Farisya menjerit keriangan lantas memeluk tubuhku.


"Bila dia nak jumpa kau?"


"Sekarang. Dekat kafe fakulti bahasa. Kau tau tak dekat mana?"


"Tau tapi kenapa dia nak jumpa kau kat tempat jauh. Kan fakulti kita pun ada kafe sendiri?"


Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Apa yang nak kau tunggu lagi? Jom, jom, jom!" Farisya menarik tanganku menuju ke arah tempat letak motorsikal. Oleh sebab Farisya yang tahu jalan ke sana, aku hanya mengikutnya dari belakang. Aku sendiri tidak pernah tiba di Fakulti Bahasa. Ketika kami baru saja sampai di Fakulti Bahasa, ibu Farisya menelefonnya dan menyuruhnya pulang untuk menjaga adik-adiknya yang lain. Aku terpaksa menemui Amar seorang diri. Sebelum pulang, Farisya sempat menunjukkan lokasi kafe Fakulti Bahasa kepadaku. Dalam keadaan teruja kerana Amar bersetuju untuk menjadi tutorku, ada juga rasa takut yang menyelit di hati. Hari itu semasa aku menawarkan 'pekerjaan' itu kepadanya, aku tahu sikapku agak keterlaluan. Bagaimana agaknya reaksi Amar nanti?


Aku cuba mencari kelibat Amar di kafe yang sesak itu. Di satu sudut, aku dapat melihat Amar yang berpakaian kemeja merah lengan pendek dan seluar jean biru sedang enak menghisap rokok. Eee…dia ni hisap rokok ke? Waktu belajar nanti, aku kena bawa topeng penapis udaralah nampaknya.


"Dah lama sampai ke?" Aku cuba beramah mesra selepas melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengan Amar.


Amar yang pada mulanya memandang ke arah tingkap, beralih dan merenungku dengan tajam. Dia hanya diam seribu bahasa buat beberapa ketika. Perutku kecut melihat reaksinya. Dah berapa jam lah agaknya dia tunggu aku?


"Apasal lambat? Kau tau tak dah sepuluh minit aku tunggu kau?"


Laa..sepuluh minit je ke? Ingatkan sepuluh jam tadi. Dia ingat aku boleh muncul kat depan mata dia sekelip mata ke?


"Saya datang dari perpustakaan. Sebab tulah lambat sikit. Lagipun saya tak pernah datang ke Fakulti Bahasa ni. Kena minta tolong orang bawakan saya ke sini," Jelasku dengan suara perlahan. Takut tersilap cakap pula.

Amar meletakkan sampul surat yang aku beri kepadanya seminggu lalu di atas meja.


"Aku dah banyak berfikir. Aku rasa kau punya idea ni baik gak."

Senyuman serta-merta terukir di bibirku. Bangga kerana akhirnya dia tahu yang rancanganku bernas juga.


"Kalau kita nak rancangan ni berjaya, kita kena buat betul-betul. Sebab tulah aku panggil kau datang ke sini. Kalau kita jumpa kat fakulti sendiri, takut ayah aku nampak pula. Nanti dia boleh syak pula rancangan kita ni."


Huhuhu…pandai juga mamat ni. Dia dah susun strategi rupanya. Ni yang menambahkan semangat aku. Lisa, Saiful, Kak Ina takkan hampakan korang. Kak Ina akan berusaha bersunggug-sungguh. Mengenangkan kebahagiaan keluarga Maksu, aku tersenyum lagi seorang diri.


"Kau ni gila ke senyum sorang-sorang? Walaupun aku setuju jadi tutor kau, aku tetap ada syarat lain." Senyumanku terus mati. Syarat? Syarat apa pulak ni? Dia nak buat syarat macam syarat Kak Saa ke? Nak suruh aku menjerit kat sini pulak?


"Kalau kau nak belajar dengan aku, kau tak boleh main-main. Aku tak suka orang yang sambil lewa dlam pelajaran."


"Jangan risau, Amar. Saya sendiri pun berazam nak belajar bersungguh-sungguh."

Senang je syarat dia rupanya…


"Lagi satu syarat."

Erk! Ada lagi?


"Aku akan ajar kau paling lama pun untuk tahun ni je. Masuk tahun depan, aku dah sibuk sebab aku dah masuk final year. Jadi aku tak nak kau datang kacau aku lagi minta tolong aku ajar kau."


"Ok. Saya setuju. Tak jadi masalah."

Amar tiba-tiba ketawa sinis.


"Hei, pompuan! Kau ingat aku boleh percaya cakap kau? Nanti tak pasal-pasal kau panjat kereta aku lagi. Untuk langkah berjaga-jaga.."

Amar mengeluarkan sehelai kertas dari sampul surat coklat itu dan menghulurkannya kepadaku. Aku menyambutnya dan meneliti kertas itu. Mataku terjegil seketika.


"Apasal tiba-tiba pulak buat surat perjanjian?" soalku kehairanan. Gila ke apa dia ni?


"Aku tak nak jumpa kau langsung masa aku tengah sibuk untuk final year. Kau pulak jangan pandai-pandai cari aku. Aku tulis ni untuk mempertahankan hak aku. Mana tau kalau tiba-tiba kau nak bina rumah atas kereta aku pulak ke. Aku tau la perangai pompuan macam kau ni," kata Amar sambil mengangkat kertas itu dan menunjukkannya di hadapan mukaku. Aku merenung muka Amar buat seketika. Dia ni serius ke sampai nak buat perjanjian? Alahai…rasa macam cerita Full House la pulak sampai nak ada surat kontrak. Aku merampas kertas itu dari tangannya dan meletakkannya di atas meja.


"Ok. Sebelum saya sain kertas ni, saya pun ada syarat juga."

Hmm..giliranku pula untuk menunjuk 'taring'. Apa? Ingat aku takut kat kau?

"Tengok. Aku dah agak dah. Pompuan macam kau ni banyak songeh tau. Jangan mengadalah. Aku nak mengajar kau pun dah cukup baik tau." Dia pula tiba-tiba panas dengan permintaanku itu. Rokok di tangan dihisap dalam-dalam dan dihembus dengan kasar tanda protes. Aku menyilang tangan di dada sambil memandang tepi.


"Kalau macam tu, saya pun takkan sain kertas ni. Tunggulah saya bina hotel pulak atas kereta Amar tu."


Amar menghempas meja dengan kasar. Eeee..baran jugak dia ni! Asyik nak marah je!

"Ish, kau ni! Yelah! Yelah!"


Aku tersenyum kemenangan. "Ok. Syarat pertama, waktu belajar, boleh tak kalau Amar tak merokok? Macam mana saya nak belajar kalau nak bernafas pun tak boleh?"

Amar menjeling rokoknya sebentar. Lambat-lambat dia mengangguk.


"Syarat kedua, boleh tak kalau Amar jangan panggil saya pompuan?"


"Eh! Kau ni sebenarnya lelaki ke?" soal Amar dengan sinis.


"Taklah. Tapi cara Amar panggil perkataan pompuan tu saya tak suka. Hei, pompuan! Oi, pompuan!" Aku mengajuk cara panggilannya dengan memek muka sekali. Dahinya berkerut semula. Huhuhu..marahlah tu.


"Habis? Kau nak aku panggil kau apa?"


"Saya kan ada nama sendiri. Nama saya Nur Darina Abdul Halim. Amar boleh panggil saya Ina."


Aku kehairanan melihatnya yang tiba-tiba ketawa sendiri.

"Nur Darina? Macam nama margarine Dorina la pulak." Dia ketawa lagi. Aku mendengus perlahan. Sedap-sedap je kutuk nama yang mak dan ayah bagi kat aku. Malas untuk melayan ketawanya yang semakin menjadi-jadi, aku keluarkan pen dari beg sandang.


"Saya tambah ye syarat saya kat kertas ni?" Aku menulis 2 syarat itu di bawah syarat-syarat Amar. Kertas itu kutunjukkan kepada Amar. Dia mengangguk cuma. Aku menurunkan tandatangan di situ. Begitu juga dengan Amar.


"Tak nak ambil gambar ke? Boleh lah kita masukkan sessi tandatangan kontrak ni dalam majalah ke..tv ke.."sempat lagi aku memerlinya.

Dia menjeling mendengar perlianku itu.


"Aku ada kelas sekarang. Nanti aku telefon kau untuk tentukan masa belajar." Dengan kata-kata itu dia terus bangun meninggalkan kafe. Aku pula keluar dari kafe 5 minit kemudian. Eee..tak sangka pulak yang aku berjaya jugak jadikan Mat Capub tu tutor aku. Macam dalam mimpi. Bukan senang nak ajak orang baran macam dia tu untuk bekerjasama. I am so good! Hehehe.


Tanpa aku sedari, aku mula melompat-lompat di tempat letak motorsikal. Beberpa pasang mata sudah memandang aku dengan pandangan yang pelik. Aku hanya mampu tersengih. Huhuhu..terover pulak aku. Aku menghidupkan enjin motorsikal dan minggalkan perkarangan Fakulti Bahasa dengan hati yang berbunga riang.

# # #


Bookmark and Share

4 comments:

is-nanie said...

Nani dah teringat kat citer full house... Bile scroll down.. firuz pon mention jugak.. hahaha..

nama Saadiah tuh... tetibe teringat kat Sa'a pulak.. hehe..

btw.. selamat study~!

Unknown said...

sebab tu la dah sebut full house awal2. hehe~

yg saa tu mmg pun tulis berinspirasiakn saa kite la. saa satu dorm tu. masa tu dia mintak tulis watak gune nama dia..heheh..tapi watak sampingan dulu la. kalau nak watak utama, kena mantapkan lakonan dia dulu. heheh

thanks nani!

Unknown said...

2015-7-18 xiaozhengm
cheap ray ban sunglasses
gucci
coach factory outlet
air max 90
replica watches cheap
michael kors outlet
ed hardy
oakley sunglasses wholesale
louis vuitton
michael kors handbag
polo ralph lauren
louis vuitton pas cher
coach outlet online
coach outlet online
cheap jordans
coach outlet online
ray ban uk
chanel online shop
pandora jewelry
nike air force
replica watches
gucci uk
christian louboutin
christian louboutin sale
kate spade handbags
kate spade outlet
air max shoes
ed hardy clothing
toms shoes outlet
kate spade uk
ed hardy clothing
mont blanc pen
pandora rings
fitflops outlet
true religion outlet
prada outlet
polo ralph lauren
soccer jerseys wholesale
coach outlet store online

Unknown said...

louis vuitton handbags
jordan 4 toro
longchamp outlet
adidas ultra boost
jordan 8
coach outlet online
kevin durant shoes
kate spade handbags
michael kors outlet
coach factory outlet
michael kors outlet online
louis vuitton outlet
cheap oakley sunglasses
ralph lauren outlet
kobe shoes 11
michael kors handbags
lebron james shoes 2015
coach outlet online
coach outlet store online
true religion outlet
louis vuitton outlet
polo ralph shirts
toms shoes
louis vuitton handbags
true religion jeans
true religion
supra shoes
michael kors outlet clearance
cheap jerseys
ray-ban sunglasses
cheap jordans
michael kors handbags
cheap oakleys
coach outlet
ralph lauren outlet
polo ralph lauren
michael kors outlet
burberry handbags
christian louboutin outlet
20167.22wengdongdong